Adsense

Ahad, 23 Januari 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Liu Bolin... Lelaki Halimunan

Posted: 22 Jan 2011 09:27 PM PST





Liu Bolin hanya mewarnakan dirinya dengan cat..

Tanpa sebarang trik fotografi, beliau tampil seakan halimunan!

lagii.......










cuba cari sampai jumpa ....

Reply With Quote

the Chinta Hair Saloon & Beauty

Posted: 22 Jan 2011 08:50 PM PST



Gambar diatas ni adalah kedai kecantikan untuk rambut manusia a.k.a saloon yang dinamakan Chinta Hair Saloon & Beauty. Siapa punya? jeng-jeng, pelakon Fasha Sandha yang punya. Fasha dah jadi pemilik kepada kedai ni. Belum lagi dibuka sepenuhnya, masih dalam proses 'under construction', katanya dibuka pada 14 Febuari 2011 nanti di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Jadi sesiapa yang datang sini, pasti jumpa Fasha Sandha, kalau boleh gambar-gambar sekali. Oww. -Facebook WLFS














Tin Pepsi Siti Nurhaliza dijual RM2000!

Posted: 22 Jan 2011 08:48 PM PST



Tin minuman berperisa berkarbonat, Pepsi yang ada gambar penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza, dijual dalam laman web Mudah.my yang bertarikh 3 Disember 2010 pada harga RM2,000.00!. Kata pemilik asal tin berkenaan ianya belum dibuka lagi, bermakna masih ada isi air pepsi berkenaan di dalamnya. Tidak tahu apa keistimewaan tin berkenaan sehinggakan ramai orang taksub untuk membelinya pada harga yang lebih tinggi daripada RM2,000.00. Kalau Pepsi keluarkan wajah arwah Michael Jackson, mahu berjuta ringgit kali orang kita jual. Haha.

Gambar pernikahan Ayu Raudhah, Zaquan

Posted: 22 Jan 2011 08:47 PM PST



Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan N9, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kelmarin (21/1).

Ayu Raudhah kelihatan anggun berpakaian berwarna krim dengan menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.


Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu, ibu-bapa Zaquan serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka. Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu Rozita Che Wan dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan. -Gambar ManggaOnline | mStar | Piccalasso

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha
gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha


Diana Danielle jadi duta Snips!

Posted: 22 Jan 2011 08:42 PM PST



Diana Danielle terus menjadi perhatian apabila pusat kecantikan tempatan bertaraf antarabangsa Snips International Group memilihnya sebagai duta selebriti jenama berkenaan. Majlis pengumuman sempena perlantikannya sebagai duta selebriti Snips untuk tempoh setahun telah diadakan dalam sebuah majlis ringkas di Hotel Le Meridien, di sini, baru-baru ini. Penjenamaan Snips bakal berkembang pesat ke beberapa negara seperti Arab Saudi, Australia, Qatar, Hong Kong, China, Indonesia dan Filipina dengan perancangan pembukaan beberapa salon di negara berkenaan. -Gambar Murai