Adsense

Ahad, 23 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Fouziah sudah jatuh cinta

Posted:

Fouziah sudah jatuh cinta

Fouziah sudah jatuh cinta



DIA pernah menjadi kuntum yang tiba-tiba menarik banyak perhatian. Banyak mata tertumpu kepadanya apatah lagi, aroma yang ditebarkan dari kelopaknya segar berbau sensasi. Ketika itu, mudah sahaja dia dikaitkan bermacam cerita panas.

Bunga ini pernah dilanda gosip menjalin hubungan dengan bos sebuah stesen televisyen. Dia dilabel wajah kesayangan stesen televisyen sehingga banyak mata memandang sinis terhadapnya.

Di sebalik semua itu, Fouziah Gous tiba-tiba muncul sebagai pucuk baru yang hangat di pasaran.

Masa berlalu, Fouziah Gous mengakui zaman itu ditempuhinya dalam langkah yang tercari-cari. Selingkar budaya yang tidak pernah dijangka akal, dia sekadar mengikut darah muda, mahu cepat dikenali dan seronok mengecap perhatian yang bukan sedikit tumpah kepadanya. Namun, seperti hukum alam yang tidak pernah statik, ada panas dan dinginnya mengikut musim.

Wanita muda ini juga sedang melewati satu fasa dalam hidupnya.

Hari ini, kepanasan nama Nor Fouziah Gous tidak menggelegak seperti di awal kemunculannya dahulu. Sedikit suram daripada publisiti bahkan panggilan fotografi jarang-jarang disahutnya. Merajukkah Fouziah atau muak dengan persoalan yang kerap dibangkitkan.

"Itu semuanya berpunca daripada komitmen. Sekarang saya cuba mengelak untuk lari ke sana ke sini semata-mata untuk fotografi. Saya cuba untuk tidak menyusahkan pihak produksi.

Situasi itu semuanya berdasarkan pengalaman.

"Masa mula-mula dulu saya sanggup terima sahaja apa sahaja permintaan orang. Sekarang saya sudah mula faham kerenah industri. Sekarang saya selesa dengan situasi begini. Banyak pihak sudah mula percayakan kredibiliti saya, yang saya perlu buktikan kini ialah komitmen seratus peratus, itu sahaja.

"Sama ada nama saya sudah suam atau panas, saya tidak pernah terfikir dan dengar tentang perkara itu. Pandangan orang memang berbeza-beza tapi saya sangat bersyukur kerana tawaran kerja yang datang kepada saya sekarang, semakin mencabar. Itu yang menjadikan hidup saya semakin menarik," katanya berbunyi serius.

Sedia berkahwin

Mengakui, secara harfiahnya dia seorang yang membosankan, tiada perkembangan terbaru tentang cinta hati atau rutin harian yang terlalu ekstrem, Fouziah mahu meletakkan posisinya sebagai seorang pelakon yang serius.

"Saya juga dapat rasakan, mungkin orang juga sudah bosan dengan saya. Asyik-asyik cerita lama yang diungkitkan, gosip lama, saya sendiri agak bosan diajukan dengan persoalan yang sama. Kadang-kadang, walaupun perkara itu tidak benar, pembaca akan percaya juga," luahnya tidak menolak jika ditakdirkan menemui jodoh dalam waktu terdekat.

Bercakap tentang cinta, wanita berusia 28 tahun itu sekali lagi membuat penegasan. Setiap gosip mengaitkan dirinya dengan cinta sepanjang tiga tahun serius sebagai anak seni, tidak benar sama sekali.

"Semua cerita yang menggembar-gemburkan kisah cinta saya tidak pernah sampai ke hujung, tiada kepastian.

"Tapi kalau nak bercakap tentang jodoh, saya boleh katakan, secara fizikal, mental dan hati saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya seorang wanita bukan lagi kanak-kanak, cuma jodoh itu sahaja yang belum sampai.

"Kalau dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar bertanggungjawab, boleh menjamin masa depan dan mampu menjadi pemimpin, saya tak kisah untuk berkahwin," katanya tidak mahu meletakkan sasaran umur tertentu untuk menamatkan zaman bujang.

Tambah Fouziah, dia menganggap niat mahu berkahwin pada usia tertentu sebagai sesuatu yang tidak betul.

"Kalau betul-betul bersedia mahu berkahwin tidak perlu tunggu umur, saya pun begitu, lagipun saya bukan jenis yang huru-hara, saya rapat dengan keluarga," katanya.

Ketawa sebelum cerita tentang cinta bersambung lagi. Anak jati Kuala Lumpur itu membuat pengakuan.

"Bagaimanalah untuk saya bertemu dengan lelaki baru, habis kerja, saya terus balik ke rumah. Buah hati pun tidak ada bagaimana pula hendak bertemu jodoh. Dulu ada cerita mendakwa saya ada hubungan dengan Datuk Seri Farid Ridzuan, tapi memang kelakar sangat sebab kami memang tiada apa-apa hubungan, akhirnya cerita itu menjadi senyap begitu sahaja.

"Paling-paling keluar cerita tentang saya dan Iqram Dinzly tapi Iqram itu kawan baik saya, macam manalah saya boleh bercinta dengan kawan baik sendiri," keluh Fouziah dalam canda.

Fasa baru Fouziah

Cenderung fokus berbalik kepada karier, ungkap Fouziah, berada di lokasi Trilogi Cinta selama lebih empat bulan sepanjang hujung tahun 2010, bukan satu tempoh yang pendek. Namun, dia seronok mengepung diri membawa emosi orang lain ke dalam karakternya.

"Saya mula jatuh cinta dengan lakonan, mula merasa rindu terhadap watak yang didalami apabila terpaksa menukar karakter kepada watak yang lain. Itu perkara baru yang terjadi kepada saya dan berbeza dengan Fouziah yang dulu.

"Dulu saya tidak minat dengan lakonan, apabila orang bertanya, saya boleh keluarkan kenyataan berlakon hanya untuk suka-suka, tapi sekarang tidak lagi. Saya dah faham banyak perkara, tentang teknik dan sudut kamera, pencahayaan dan penyuntingan," ucapnya yang kini semakin dipuji sebagai pembawa watak Norjinah di sisi Rosyam Nor.

Drama arahan Amie Maziah terbitan Suhan Movies itu disiarkan setiap Ahad hingga Selasa pukul 10 malam di TV1.

"Memang saya tidak pernah diberikan watak wanita matang, semuanya mesti perwatakan di bawah usia 28 tahun. Tapi watak Norjinah itu lain, saya benar-benar menjadi orang lain. Berada dan berlakon dengan orang berpengalaman secara tidak langsung memberi banyak ilmu kepada saya.

"Dulu saya berlakon beria-ria tapi orang tetap lihat lakonan saya macam ada yang tidak kena. Sekarang baru saya tahu apa itu lakonan," katanya yang juga terlibat dengan drama Tiramisu di TV3.

Sedang sibuk di lokasi Kala Terbit Cinta juga bawah arahan Amie Maziah, dalam tempoh sebulan sehingga sekitar 20 Februari nanti Fouziah mahu memberi ruang kepada dirinya untuk bertemu media.

"Kalau diikutkan perancangan asal, saya akan ke Tanah Suci sekali lagi, tapi kali ini untuk penggambaran drama terbaru di sana. Tapi tidak banyak yang boleh dikongsikan kerana takut ada perubahan," ucapnya yang menunggu dua buah filem, Rasuk dan Ratu yang dijadualkan tayangan sekitar tahun 2011 ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Amyza bikin single

Posted:

Amyza bikin single

Amyza bikin single



TIBA-TIBA sahaja, kisah rumah tangganya menjadi sensasi. Hanya disebabkan si suami bermalam di rumah keluarganya, hubungan pengacara dan pelakon popular Amyza Aznan dengan Khairil Izhar Mohd. Nazir didakwa sedang berdepan krisis.

Bukan terlalu konservatif, tetapi pengaruh daripada 'badi' program realiti tarian Sehati Berdansa memang mudah terpasak di ingatan ramai. Lalu apa sahaja kejanggalan yang berlaku kepada bekas pesertanya mudah menimbulkan curiga. Sama juga kisahnya dengan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak yang diterjah media gara-gara muncul di sebuah mahkamah syariah, baru-baru ini.

"Itu semua permainan oranglah. Saya dengan Busu (panggilan Amyza terhadap suaminya) bahagia. Tidak timbul masalah sampai bergolak-golak. Kalau bergaduh kecil-kecil itu adat orang berkahwin," ujarnya tanpa terbit ketidakselesaan.

Bagi Amyza, fokusnya hanya mahu meningkatkan kestabilan rumahtangga. Malah usia tujuh tahun perkahwinan itu semakin ceria dengan dua putera, Andre Mikhail, 5, dan Andrian Adam, 2.

"Sekarang jadual saya sangat sibuk. Komitment pengacaraan untuk Sehati Sejiwa secara langsung di RTM membuatkan jadual saya padat. Lagi satu, saya sibuk dengan perancangan single pertama saya," katanya tertawa besar.

Berbelas tahun dalam dunia lakonan, 2011 bakal membuka lembaran baru buat Amyza untuk bergelar penyanyi.

Amyza sebelum ini berjaya menggeletek hati, menimbulkan benci dan marah penonton sepanjang dia bergelar pelakon.

Namun nekadnya berdiri di pentas nyanyian menerbitkan pelbagai persoalannya terutama rasional tindakannya sekarang.

"Biarlah orang nak ketawa dulu, kemudian mereka akan menangis bila tengok dan dengar nyanyian saya," katanya yakin dengan projek single pertamanya.

Lagu balada tersebut diterbitkan bersama Azlan Abu Hassan manakala liriknya ditulis oleh Habsah Hassan yang diharap dapat memberi impak dalam kariernya.

"Masa muda remaja dahulu memanglah saya tak layak untuk bergelar penyanyi, vokal entah ke mana, nyanyi karaoke pun tak lepas. Tapi sekarang saya cukup bersedia. Lagi pun sejak tahun lepas lagi saya banyak menyanyi untuk undangan persembahan korporat. Banyak kali juga saya dapat tawaran mengacara dan menyanyi sekali gus.

"Keyakinan Azlan sendiri beri kekuatan kepada saya. Dia pun bukan calang-calang komposer. Kita tunggu dan tengoklah nanti," katanya.

Sibuk di lokasi penggambaran telemovie berjudul Menantu Tip Top, Amyza banyak dipuji menerusi drama bersiri Trilogi Cinta gandingan bersama Rosyam Nor setiap Ahad dan Isnin, 10 malam di TV1.

"Saya bawa watak Salmi, isteri Rosyam. Biasanya penonton akan kasihankan watak perempuan yang lumpuh tetapi Salmi tidak. Karakternya boleh membuatkan penonton membencinya," kata Amyza yang sudah berlakon dalam berpuluh drama.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Gerhana dunia seni kreatif

Posted:

Gerhana dunia seni kreatif

Gerhana dunia seni kreatif


KUTIPAN royalti merupakan sumber rezeki terbesar penggiat muzik tempatan setelah penjualan fizikal (album) merundum jatuh.


PERTENGAHAN tahun lalu, sejumlah isu berkaitan Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia Bhd. (MACP) sudah dibangkitkan. Ada pihak yang mempersoalkan ketelusan MACP dalam menjalankan tanggungjawab memungut dan mengagihkan royalti hak cipta untuk komposer, penulis lirik serta syarikat penerbit muzik.

Malah Timbalan Ketua Biro Hal Ehwal Pengguna Pemuda MCA, Kua Song Tuck dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar Sin Chew Daily pada 1 Jun tahun lalu mendakwa, Malaysia mempunyai dua buah institusi yang mengumpul royalti tetapi mengikut pemahamannya, pemilik hak cipta iaitu komposer dan penulis lirik tidak menerima sebarang faedah daripada pengurusan tersebut.

Dakwa Song Tuck, MACP hanya mengumpul RM600,00 setahun manakala secara purata setiap ahlinya mendapat RM600. Dia turut meminta semua pengedar telefon bimbit mematuhi notis yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan atas alasan pihak kerajaan akan bersidang di Parlimen untuk meminda Akta Hak Cipta 1987.

Mulai Januari ini, MACP dan Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM) tidak lagi dibenarkan mengutip royalti terhadap penyiaran karya hak cipta yang disiarkan oleh stesen televisyen di tempat awam seperti hotel, restoran, hospital serta klinik.

Malah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, larangan itu berkuat kuasa berikutan syarikat penyiaran (radio atau televisyen) sudah membayar royalti kepada Badan Kutipan Royalti (CMO) dan tidak perlu lagi dikutip PPM ataupun MACP.

Ujar Lian Hoe, kementerian menerima rungutan daripada pemilik premis perniagaan berhubung isu kutipan royalti oleh PPM dan MACP, termasuk daripada Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) hingga menjurus kepada mesyuarat pengurusan.

"Bagi mengelak kekeliruan, kementerian memutuskan tiada lagi pembayaran royalti berkuat kuasa hari ini (semalam)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan membabitkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo), MBHA, PPM dan MACP.

Melihat kepada isu ini, anak-anak seni yang terdiri daripada komposer dan penulis lirik mula berasa kurang senang. Malah keadaan ini dilihat sedikit sebanyak bakal mengganggu perjalanan seni terutama bagi individu yang bergantung kepada royalti sebagai periuk nasi utama mereka.

Merujuk kepada fenomena ini juga, ada yang beranggapan bahawa situasi ini bakal menjadi permulaan bagi sebuah gerhana dalam dunia hiburan.

Bermula dengan serangan lanun cetak rompak pada tahun 90-an dan diikuti dengan muat turun lagu secara berleluasa daripada laman web, soal royalti ini adalah polemik baru yang bakal mereka hadapi untuk tahun ke sebelas dalam era millenium ini. Industri rakaman sebagai salah satu elemen terpenting industri muzik tempatan mengalami pukulan demi pukulan.

Sekadar merenung dan meneliti masa hadapan yang bakal dihadapi oleh penggiat seni ini, mereka bakal kehilangan peratusan besar dalam hasil pencarian dan sumber rezeki mereka.

Fenomena penjualan album bukan lagi dilihat sebagai punca pendapatan para penggiat seni. Penjualan album fizikal merosot dengan signifikan malah ia ialah petanda awal bahawa penggiat seni perlu mencari alternatif untuk survival.

Kutipan royalti yang diambil tidak memberangsangkan dan ia boleh dianggap sebagai sebuah bonus kepada penghasilan karya mereka yang dimasukkan ke dalam sebuah produk berunsur fizikal yang tidak lagi mendapat tempat di hati para pendengar muzik.

Geruhnya suasana sudah lama dirasai anak-anak seni ini. Apa lagi cara yang dapat menjamin masa depan dan ketahanan mereka dalam mendakap status anak seni dan melahirkan karya yang bersifat malar segar, kreatif dan genius untuk generasi masa hadapan? Hanya duit royalti yang merupakan sumber utama manusia-manusia berjiwa seni ini.

Selama ini MACP merupakan badan yang paling profesional dan diiktiraf dalam mengumpul royalti paling profesional. Malah Persekutuan Antarabangsa Persatuan Penulis Lirik dan Komposer (CISAC) merupakan penasihat bagi MACP dalam menjalankan tugasan mereka buat anak-anak seni.

Buat rujukan, pada 1990, MACP berjaya mengutip sejumlah RM434,446 setahun. Pada 2009 pula, MACP mendapat sejumlah RM31.6 juta dan 85 peratus diagihkan kembali kepada ahli-ahli berdasarkan peruntukan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan juruaudit bagi MACP adalah pihak Earnst & Young.

Sebagai industri yang melahirkan, menampilkan, mempromosikan dan melestarikan budaya dan karya muzik sudah selayaknya industri ini diselamatkan daripada sebarang kehancuran.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.