Adsense

Ahad, 23 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gossip) Ibu Artis Serang Produser Kerana Tak Puas Hati

Posted: 23 Jan 2011 08:30 PM PST

Kami dengar cerita ada seorang artis ini yang telah lama berkecimpung dalam industri hiburan dan pernah popular dengan kumpulan pop satu ketika dulu khabarnya bersikap tidak profesional dengan produser sendiri. Artis ini kalau kami sebut nama, memang semua orang kenal, tapi biarlah kami simpan identitinya dulu. Tak thrill'lah bagitau awal-awal kan?

Al-kisahnya, artis lama ini baru bergiat semula dalam bidang baru sebagai pengacara dalam sebuah program tv berkonsepkan wanita urban. Kerana sudah lama mendiamkan diri, artis ini kena asah balik karat tu. Jadi, produser ini memang faham yang artis ini memerlukan bimbingannya untuk menjadi pengacara yang bagus. Kerana sayangkan artis ini, produser program kerap menegur artis ini supaya memperbaiki mutu pengacaraan, biar nampak lebih hidup & menarik.

Namun, niat produser yang baik itu telah disalah tafsir oleh artis ini. Dikatakan, artis tersebut telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada ibunya. Nak dijadikan cerita, baru-baru ini produser program tersebut telah diserang oleh ibu artis di pejabat mereka sendiri. Habislah produser program itu kena marah sampai mereka terpaksa panggil pak guard untuk leraikan keadaan.

Kami yang mendengar pun terkejut besar. Artis itu orang lama, sepatutnya sudah tahu asam garam bidang hiburan. Nampak sangat tak profesional sampai libatkan ahli keluarga. Kami berpendapat, sepatutnya artis tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati melalui saluran yang betul. Nah, sekarang apa jadi? Dengar cerita produser itu mahu keluarkan artis tersebut daripada programnya. Kerana panas baran, tak pasal-pasal kena buang. Mungkin lepas ini artis itu tukar profesion jadi penari kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ayu Raudhah Usaha Puaskan Zaquan, LOL!

Posted: 23 Jan 2011 07:36 PM PST

Ini tajuk paling epik yang pernah kami hadapi sepanjang menceburi dunia blog sejak 5 tahun lepas. Hari ini, akhbar KOSMO! berjaya memecahkan perut kami dengan tajuk yang berjudul "Ayu Raudhah Usaha Puaskan Zaquan" yang mungkin menceritakan kisah perkahwinan mereka baru-baru ini.

Double meaning, yah otak kami agak merewang sebenarnya. Serius, pagi Isnin kami disertai dengan hilaian tawa yang mencerminkan mood baik di awal minggu. Ehem, dapatkan kisah Ayu Raudhah & Zaquan Adha di akhbar KOSMO! untuk kisah selanjutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.