OHBULAN! |
Kronologi Hubungan Fasha Sandha & Jejai, Sudah Lama Putus Cinta Posted: 24 Jan 2011 09:21 PM PST Susulan daripada kisah Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) Sah Putus Cinta, Nora Danish Bukan Gila Talak, kami menerima pula versi cerita yang lebih dramatik mengisarkan kronologi perpisahan hubungan Fasha Sandha & Jejai, hari ini. Kalau anda masih ingat, tujuan Fasha Sandha ke Bali tempoh hari kerana kecewa dengan tindakan Jejai yang tetap pergi bercuti ke Jepun bersama ahli keluarga & bekas isteri, Nora Danish. Ekoran daripada itu, OHBULAN! dimaklumkan bahawa Fasha Sandha & Jejai sudah lama putus cinta, sejak sebelum percutian Fasha Sandha ke Bali lagi. Cuma, baru hari ini ramai pihak media dimaklumkan mengenai berita perpisahan ini. Menurut sumber, kemungkinan besar hubungan Fasha Sandha & Jejai akan pulih semula, percaya atau tidak, kita nantikan hari tersebut. Kami doakan yang terbaik buat mereka berdua. Apa pula pendapat anda, adakah anda setuju dengan hubungan mereka berdua baik semula? |
Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) Sah Putus Cinta, Nora Danish Bukan Gila Talak. Posted: 24 Jan 2011 08:45 PM PST Sabtu yang lepas, kami ternampak kelibat Jejai di hotel yang sama dengan tempat kami menginap. Ala, satu Malaysia tahu nombor plat kereta bumblebee Jejai, tak mungkin mata kami tersilap tengok. Lagi pun, ramai media-media yang lain yang perasan kereta tersebut. Tidak pula kami terfikirkan apa-apa, sebab hanya kelibat Jejai sahaja yang kelihatan. Hari ini, kisah putus cinta Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) mengemparkan peminat hiburan tanah air, breaking national news! Kronologi cinta mereka yang penuh dengan debaran sejak zaman Nora Danish & Jejai masih bersama sebagai suami isteri memberikan tanda tanya - apakah sebab mereka putus cinta? Hmetro melaporkan, Jejai dalam emailnya mengesahkan perpisahan hubungannya dengan Fasha Sandha sudah berakhir & menegaskan bahawa Nora Danish tidak sama sekali terlibat dengan perpisahan itu. Menurut Jejai, Nora Danish tidak pernah masuk campur urusan peribadinya, dan apa yang berlaku antara dia & Fasha sehingga berpisah memang tiada kena mengena dengan pihak ketiga. Jejai juga mengesahkan bahawa bekas isterinya, Nora Danish bukan seorang yang gila talak & sedang mengenali seseorang. Malah, Jejai sendiri turut mengenali lelaki tersebut. Sah, Jejai sudah kembali single. Kami pasti ramai gadis hot & gorgeous yang berkejar-kejar untuk mendampingi Jejai. Fuh, untungnya kalau nama kami pun Jejai, kan? |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |