Adsense

Isnin, 24 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Ayu usaha puaskan Zaquan

Posted:

Ayu usaha puaskan Zaquan

Ayu usaha puaskan Zaquan

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS dan AHMAD SYAHIR KASSIM
hiburan@kosmo.com.my



HUBUNGAN cinta yang disulam sejak lebih setahun lalu akhirnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan apabila mereka selamat diijabkabulkan pada petang Jumaat lalu di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Dengan sekali lafaz sahaja, Ayu Raudhah bergelar isteri kepada jejaka tampan, Zaquan Adha sekali gus menjadi permulaan episod suka duka kehidupan berumah tangga.

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini yang lebih mesra disapa Ayu, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

"Ayu akan cuba jadi isteri yang sempurna bagi memastikan perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat," katanya usai majlis akad nikah.

Kata Ayu, dia dan Zaquan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan berharap ikatan perkahwinan itu dapat menjadikan hubungan mereka lebih matang.

"Ayu bimbang kalau tidak dapat puaskan hati Zaquan dan sebagai isteri, Ayu akan cuba memahaminya demi ikatan perkahwinan ini," ujarnya.

Ketika diajukan mengenai perbezaan usia di antara dia dan suaminya itu, Ayu berkata, ia bukanlah penghalang mahupun masalah besar yang perlu dibimbangkannya.

"Kami tidak pernah mempersoalkan tentang perkara itu dan walaupun Ayu lebih tua daripada Zaquan, Ayu tidak pernah nak mengarah Zaquan itu dan ini.


PASANGAN ini sepakat untuk tidak menghalang kerjaya masing-masing tetapi harus bijak membataskan pergaulan.


"Zaquan pula matang dalam semua perkara, jadi perbezaan umur bukan satu masalah perhubungan kami suami isteri," jelasnya.

Menurutnya lagi, dia juga telah bersedia untuk menghadapi apa jua gosip liar yang mungkin melanda rumah tangganya.

"Insya-Allah Ayu bersedia untuk menghadapi semua itu dan sebagai manusia waras, Ayu dan Zaquan tidak akan cepat melatah sebaliknya berbincang dengan baik.

"Lagipun semasa kami bercinta dan bertunang pun banyak gosip yang timbul tetapi kami tidak jadikannya satu perkara serius," katanya penuh yakin.

Mengenai dunia lakonannya, Ayu berkata, pembabitannya dalam dunia seni itu akan tetap diteruskan dan ia mendapat sokongan daripada suami tersayang.

"Ayu kini sudah bergelar isteri orang, jadi beberapa perkara perlu diambil kira antaranya membataskan pergaulan dengan lelaki lain serta cara pemakaian yang tidak terlalu seksi.

"Ayu tahu batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri," ujarnya.

Selain itu, katanya, dia juga akan memastikan hanya berlakon dalam watak-watak yang sesuai dengan dirinya yang kini sudah memegang status isteri.

"Ayu buat semua ini kerana mahu hidup bahagia dan saling menyayangi sampai ke akhir hayat," katanya.

Ketika ditanya tentang lokasi berbulan madu, Ayu belum mempunyai sebarang perancangan memandangkan Zaquan sibuk dengan latihan di padang.

"Ayu suka pulau dan jika ada kelapangan kami akan putuskan lokasi bulan madu dan ia mungkin sekitar Mac ini," jelasnya.

Mengenai anak pula, Ayu tidak merancang dan bersedia menjadi ibu pada bila-bila masa.

Zaquan yang juga pemain skuad Negeri Sembilan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri.

Ia diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.


ZAQUAN mengaku, perasaan berdebar dan puas saat diijabkabulkan lebih hebat daripada menjaringkan gol.


Pada majlis serba sederhana itu, lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat; ibu bapa Zaquan, Abd. Razak Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

Debaran

Perasaan berdebar ketika upacara akad nikah berlangsung benar-benar menguji kejantanan mempelai lelaki yang hebat menggegar gawang gol, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak. Ini kerana Zaquan mengaku debaran yang dirasakan mengalahkan ketika dia beraksi di padang.

Perasaan ketika berjaya menjaringkan gol memberi satu kepuasan kepada penyerang Negeri Sembilan itu tetapi kepuasan yang dialami sejurus jurunikah mengesahkan kabulnya amat berbeza sama sekali.

"Saat ijab dan kabul amat mendebarkan berbeza bermain di padang. Apabila jurunikah mengatakan sah, kepuasan yang dialami lain macam dan amat berbeza.

"Namun, syukur majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Saat-saat yang saya tunggu (majlis akad nikah) berlangsung dengan baik," ujar pemain yang memakai jersi nombor 8 itu.

Sebelum upacara berlangsung jurunikah yang juga Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Mustafa Kamil Abdul Jamil sempat mengusik Zaquan ketika menyebut satu per satu rukun nikah.

"Pertama lelaki, kedua perempuan, ketiga wali, keempat saksi serta kelima sighah atau lafaz (ijab dan kabul). Di sini ramai saksi, jurugambar dan wartawan juga saksi," ujarnya yang disambut senyum Zaquan.

Seperti mana Ayu yang sudah meluahkan perasaannya rela berkorban apa saja demi kebahagiaan rumah tangga mereka, Zaquan turut mempunyai ikrar yang sama.

"Saya mengharapkan kebahagian ke akhir hayat bersama dengan wanita yang kini bergelar isteri yang saya sayangi iaitu Ayu," kata adik kembar Mohd. Aidil Zafuan itu.

Air mata jantan Zaquan turut menitis ketika berpelukan dengan kembarnya selepas selesai akad nikah yang penuh bersejarah itu.

"Zafuan sempat berpesan, jadilah seorang suami yang bertanggungjawab," ujar Zaquan.

Beraksi semula

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kariernya, Zaquan yang digugurkan dari skuad kebangsaan pada Piala Suzuki AFF bulan lalu akibat kecederaan lutut akan turun bersama rakan sepasukan di padang minggu depan.

Namun, Zaquan masih belum boleh beraksi berikutan kecederaan yang dialami belum pulih sepenuhnya dan terpaksa menunggu sehingga Mac.

"Saya dinasihatkan doktor supaya berehat. Saya ketika ini cuma menjalani latihan ringan bagi mengekalkan ke cergasan," katanya.

Menyentuh kerjaya si isteri yang cantik itu dalam bidang lakonan selain mempunyai ramai peminat dan tidak kurang di kalangan lelaki Zaquan berfikiran terbuka.


BERI restu. Kakak Ayu, Rozita Che Wan tidak ketinggalan menepung tawar mempelai.


Dunia lakonan yang tidak boleh lari dengan perasaan cemburu apabila si isteri bersama dengan artis lelaki lain mampu ditangani Zaquan menerusi rasa percayanya kepada Ayu.

"Saya mengenali Ayu sebagai seorang insan yang ber kecimpung dalam bidang lakonan, jadi saya tidak punya halangan seperti Ayu yang memahami kerjaya saya dalam bola sepak.

"Saya cuma nasihatkan Ayu, apabila sudah masuk ke alam perkahwinan perlu bijak memilih sama ada keluarga atau kerjaya. Mana yang lebih penting.

"Rasa cemburu, tipulah kalau tidak ada rasa cemburu, semua insan ada perasaan itu. Cuma terpulang kepada Ayu jika dia rasa watak (dalam lakonan) tidak menyinggung perasaan suami dia," katanya.

Apabila berbicara mengenai dunia lakonan lebih-lebih kepada pelakon yang manis seperti Ayu ini tidak boleh lari dari imej seksi.

"Saya seorang yang sangat ringkas. Terpulang kepada individu apabila bergelar isteri kena pandai untuk berpakaian. Takkan depan ibu dan bapa mertua nak berpakaian seksi. Jadi haruslah bijak membawa diri. Itu .perkara yang saya sering ingatkan Ayu," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

DJ Fuzz luah pandangan peribadi

Posted:

DJ Fuzz luah pandangan peribadi

DJ Fuzz luah pandangan peribadi

Oleh FAIZAL SAHARUNI


DJ FUZZ bersama album terbarunya Mixologi 3.


MENGGALAS tanggungjawab sebagai disc jockey (DJ) tidak dinafikan sering dihadap pertuduhan kurang enak oleh segelintir pihak. Terlibat dalam pengambilan alkohol atau penyalahgunaan dadah, itu antara persepsi biasa dilemparkan buat individu yang menggesek jemari-jemari di atas piring hitam bermain instrumen turntable.

Kononnya, energi yang dimiliki oleh DJ sewaktu mengadakan persembahan di pusat-pusat hiburan kebiasaannya 'ditemani' oleh alkohol dan dadah. Maka, tidak hairanlah apabila mereka boleh bertahan dalam tempoh panjang sehingga mencecah dinihari bagi menghidangkan hiburan berterusan kepada pengunjung.

Biar apa jua tanggapan segelintir umum terhadap luaran negatif kerjaya tersebut, yang pasti, salah seorang DJ terkenal dalam arena muzik hip hop, DJ Fuzz, 33, bagaimanapun meluah pendapat peribadi bahawa bukan keseluruhan DJ mengamal gaya hidup Barat dengan meminum arak dan menggunakan dadah.

"Terus terang, saya jarang dengar cerita golongan DJ mengambil dadah sewaktu menjalankan kerja. Tetapi, pada waktu sama, orang lain kena faham persekitaran kelab malam yang menjalankan bisnes masing-masing dengan menghidangkan minuman beralkohol kepada pengunjung di premis mereka setiap waktu.

"Paling jelas, DJ tidak ada kena mengena dengan pengambilan minuman keras atau dadah tambahan pula mereka sekadar datang di pusat-pusat hiburan untuk melakukan tugas. Saya sendiri tidak meneguk arak biarpun lama berkecimpung dalam bidang ini kerana masih tahu batasan tertentu.

"Saya mengamal prinsip kalau tengah bekerja dan mengendalikan turntable, minuman alkohol pengunjung harus berada jauh daripada mesin mixer saya. Ini melibatkan soal kerja sekali gus mata pencarian saya. Lantaran itu, saya harus memastikan diri tidak terpengaruh dengan perkara yang dilarang keras ini.

"Begitupun, ini semua bergantung kepada individu. Cuma, sekali lagi, saya ingin menegaskan, tidak semestinya DJ kena mengambil alkohol dan mabuk sewaktu menjalankan tanggungjawab mereka," hurai DJ Fuzz ketika ditemui pada pelancaran album Mixology 3 di Laundry Bar, The Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tidak mencuri waktu panjang, DJ Fuzz atau nama penuhnya Farzwa Emir memberitahu, kecintaan mendalam terhadap dunia DJ melebihi daripada segala-gala.

"Tidak adil rasanya menyalahkan kami gara-gara perlakuan seorang atau dua DJ yang terlibat dalam masalah alkohol dan dadah. Pinta saya, beri kami ruang untuk memperlihat bakat masing-masing terutama anak-anak muda untuk berkarya," ujar DJ Fuzz yang terinspirasi daripada Kid Capri, Funkmaster Flex dan DJ Premier.

Akademi sendiri

Berada di gelanggang DJ selama 11 tahun, DJ Fuzz melangkah ke depan dengan membangunkan sekolah DJ, Akademi DJ Mixology di pusat beli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya sejak tahun 2005. Lebih membanggakan, pusat pengajian kedua telah ditubuhkan di Prangin Mall, Pulau Pinang pada Jun 2010.


MENGAKU persekitaran kerjanya sering 'ditemani' unsur negatif, DJ Fuzz bagaimanapun tidak mudah terpengaruh.


"Saya akui suka mengajar orang lain terutama para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tentang cara mengendalikan turntable dan mesin mixer. Senang cerita, saya ingin lihat lebih ramai orang Malaysia terlibat sebagai DJ lebih-lebih lagi cabang ini masih belum menerima pendedahan masyarakat sepenuhnya.

"Sebaik saja melancarkan album perdana, Mixologi 1 sekitar enam tahun lalu, salah seorang kenalan, Altimet memunculkan idea kepada saya untuk mengajar budak-budak yang berminat membabitkan diri sebagai DJ. Malah, saya sering menerima panggilan telefon daripada kawan-kawan atau orang luar sambil meminta tunjuk ajar.

"Daripada situ, saya terfikir, ada betul kata Altimet. Pada waktu sama, saya sebenarnya telah mengajar beberapa orang anak muda di rumah dalam tempoh beberapa bulan. Lama kelamaan, saya ambil keputusan untuk membangunkan akademi sendiri diberi nama Akademi DJ Mixology bagi menampung lebih ramai pelajar.

"Kalau dikira, diam tidak diam, saya sudah mengajar 100 orang sejak kebelakangan ini. Situasi ini sebagai peningkatan bagi mengetengah lebih ramai generasi baru untuk menjadi DJ," ujarnya yang telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu.

Tidak hanya itu, pemuda yang sedang melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri Muay Thai juga dalam proses menyiapkan buku hasil tulisan sendiri, Teach Me How To DJ. Menjadi naskhah lengkap berbalut panduan untuk menjadi seorang DJ, ia bakal menemui peminat pada pertengahan tahun ini jika tiada aral melintang di depan.

"Buku ini ditulis sejak Mac 2010. Saya anggap ia merupakan masa sesuai untuk berkongsi segala pengalaman dimiliki selepas terlibat dalam dunia DJ lebih sedekad lalu. Selain menerangkan cara bergelar DJ, saya juga menghurai keistimewaan karier ini berbanding kerjaya lain," jelas graduan Perakaunan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu.

Mengulas kehadiran Mixologi 3 di pasaran baru-baru ini, DJ Fuzz tidak hanya bertindak selaku penerbit. Dia bagaimanapun sempat bereksperimen dengan haluan baru seperti mempersembahkan gandingan bersama beberapa artis popular tempatan. Antaranya ialah Noh (Hujan), Mizz Nina, Altimet, Tactmatic dan Aizat.

"Mixologi 3 menjadi langkah awal saya bekerjasama dengan lebih ramai artis baik dalam dan luar negara. Saya cuba melakukan perubahan tersendiri sebagai eksperimental dalam variasi genre seperti contoh Selamat Pagi Sayang nyanyian Noh dan Di Manapun Engkau Berada (Aizat Amdan). Ia terlihat sebagai kelainan ketara bagi album ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.