Adsense

Rabu, 3 November 2010

Sensasi

Sensasi


Enam anak Sosilawati saman RM60juta terhadap Pathmanabhan

Posted: 03 Nov 2010 09:28 PM PDT


Enam anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya semalam memfailkan tuntutan saman ganti rugi bernilai RM60 juta terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan lima individu lain kerana didakwa membunuh dan melupuskan mayat ibu mereka akhir Ogos lalu.

Enam anaknya terdiri daripada Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md. Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 8.45 pagi semalam.

Bagaimanapun, kesemua anak Sosilawati tidak hadir di mahkamah.

Selain Pathmanabhan, mereka juga menamakan K. Kathavarayan, R. Mathan, T. Thilailayagan, J. Sarawanan dan U. Suresh, kesemuanya pekerja ladang milik Pathmanabhan, sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, kesemua anak Sosilawati antara lain mendakwa kematian ibu mereka pada usia 47 tahun telah menyebabkan mereka trauma dan mengalami penderitaan yang berterusan.

Kronologi Kes Pembunuhan Along Spoon,Hukuman Mati dijatuhkan selepas 11 tahun

Posted: 03 Nov 2010 08:51 PM PDT




Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.

Sensasi:Along Spoon dibunuh ketika zaman popularnya,jadi memang sgt menggemparkan org ramai,walaupun rangka dijumpai dan dipercayai Along dan di sahkan DNA bahawa itu memang Along Spoon namun pada awalnya keluarga Along tidak percaya hakikat itu dan terus berharap yang Along akan pulang,namun setelah lama akhirnya mereka akur dengan kematian Along Spoon.. Kisah sadis pembunuhan ini berlaku kerana dikatakan Along bercinta dengan isteri kepada Lans Korporal tersebut,dan akhirnya membawa kepada pembunuhan tersebut,Lans korporal tersebut yang menyerah diri selepas membunuhnya dan menunjukkan tempat dimana dia membuang mayat Along...

Layan Video Lisa Surihani Menari Poco-Poco

Posted: 03 Nov 2010 08:53 PM PDT



Pandai je Lisa nie Menari poco poco...Sensasi rasa skrg nie ramai yang dah pandai ikut rentak tarian Poco poco..Sensasi je yang tak pernah try..hee..

Tapi sensasi tengok Lisa nie makin kurus..kaki dia kurus sgt la...huhu

Gosip Cinta Maya dan Yusry :Maya mengaku keluar bersama

Posted: 03 Nov 2010 08:29 PM PDT








Kebelakangan nie heboh Gossip kedengaran yang Yusry dan Maya bercinta..Ini kerana mereka berdua dilihat sering kemana mana berdua...

Terbaru Pasangan ini dilihat pergi menonton wayang bersama-sama,PErgi ke FFM-23 bersama-sama..bahkan dilihat berpegangan tangan semasa di Chow Kit.

Namun Maya karin menafikan yang mereka bercinta walaupun mengaku keluar berdua dengan Yusry ,Maya cakap dia dan Yusry hanya kawan seperti mana hubungannya dengan Remy Ishak yang digossipkan dengannya dulu..

Sebelum ini,Gossip Maya dan Yusry pernah heboh semasa penggambaran Mr.Cinderella 2 dulu..


Nabil mengaku bersalah dan terleka,tapi masih cintakan Irma

Posted: 03 Nov 2010 08:08 PM PDT

Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.

Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.

"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.

"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.

"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi

Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.

"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah.

"Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil.

"Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya.

Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil:

"Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar.

"Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik," kata Nabil.


Sensasi:Irma dah taknak sgt2 kat Nabil tentu dia kecewa sgt dengan sikap Nabil,sebelum tue Irma dah dengar mcm macam tentang perangai Nabil tapi tak percaya kalau tak tgk dgn mata sendiri,dengan bantuan kawan,Irma pergi menerjah rumah Nabil dan mmg kantoi pukul 4 pagi dengan pramugari tue..kenapa bila dah senang lelaki mesti berfoya foya...hmmm..

Gambar Fasha Sandha Seksi

Posted: 03 Nov 2010 08:03 PM PDT