Adsense

Rabu, 3 November 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video HD) Koleksi Konsert Tribute P Ramlee, Di Mana Kan Kucari Ganti

Posted: 03 Nov 2010 09:32 PM PDT

Yang tiada Astro di rumah kini boleh layan koleksi Konsert Tribute P Ramlee, Di Mana Kan Kucari Ganti. Ada insan yang upload rakaman video ini ke dalam youtube, dah alang-alang ada, tak salah rasanya kami berkongsi dengan anda.

Yang ketinggalan, halakan kursor anda ke review penuh kami di (Gambar) Review Konsert Tribute P Ramlee Bersama Yuna, Hujan, Dato Sharifah Aini & Lain-Lain

Andai anda minat gila dengan P Ramlee, langgan Astro Byond dan enjoice sampai lebam. Lagi banyak video selepas ini.

pixel (Video HD) Koleksi Konsert Tribute P Ramlee, Di Mana Kan Kucari Ganti
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Shout! Awards 2010 : Daphne Iking & Topi Sailor, Azlan & The Typewriter

Posted: 03 Nov 2010 08:59 PM PDT

DSC09860 Shout! Awards 2010 : Daphne Iking & Topi Sailor, Azlan & The Typewriter

Ahad lepas, kami ke Sungei Wang untuk siri jelajah promosi Shout! Awards 2010 yang menampilkan beberapa muka selebriti terkenal tanah air seperti Daphne Iking, Julie Woon (blogger boys), Azlan & The Typewriter, 6ixth Sense & Alif Satar. Selepas memperkenalkan diri kami daripada OHBULAN!, pihak 8TV begitu mesra mengajak kami duduk di bahagian media. Wah, terasa diva sekejap.

Berada di sebelah kami ialah Julie Woon, pelakon drama Blogger Boys, menjadi emcee bersama Daphne Iking untuk Shout! Awards 2010. Julie Woon, senang cakap mesra kamera. Beliau senang memberikan pose-pose istimewa yang akan dipaparkan kepada anda selepas ini.

DSC09855 Shout! Awards 2010 : Daphne Iking & Topi Sailor, Azlan & The Typewriter

Acara dimulakan dengan persembahan daripada Alif Satar yang tercalon untuk kategori Mobile Artiste Of The Year Awards, membawa lagu berjudul Cukup Indah. Persembahannya biasa-biasa sahaja, tak cukup impressive.

DSC09894 Shout! Awards 2010 : Daphne Iking & Topi Sailor, Azlan & The Typewriter

Apabila Daphne Iking menyebut nama 6ixth Sense, serta merta hadirin terus menjerit macam nak gila. 6ixth Sense yang dicalonkan untuk kategori yang sama memainkan lagu popular mereka, Tanpa & Khatimah Cinta dalam versi akustik. Tetapi kami rasa 6ixth Sense sepatutnya engage lebih lagi dengan peminat. Sebab, pada awal persembahan, Adi (vokalis) duduk diam-diam dan berada agak jauh dengan peminat. Gemuruh mungkin, Adi kemudiannya bangun dan terus memberikan persembahan yang lebih bertenaga.

DSC09935 Shout! Awards 2010 : Daphne Iking & Topi Sailor, Azlan & The Typewriter

Azlan & The Typewriters, tak perlu diperkenalkan lagi. Dicalonkan untuk kategori Rockstar Awards & Breakout Awards, mereka sememangnya layak sebab Azlan rock habis. Versi akustik menjadi pilihan persembahan mereka, suara Lan tetap sampai pada high pitch'nya!

Oh ya, petang ini pukul 3 ada pengumuman hos & artis antarabangsa bagi Shout! Awards 2010. Nantikan update daripada kami.

pixel Shout! Awards 2010 : Daphne Iking & Topi Sailor, Azlan & The Typewriter
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.