Adsense

Rabu, 3 November 2010

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jawablah! Cinta mula berputik?

Posted: 02 Nov 2010 04:28 PM PDT

Hip

Yusry dan Maya dikatakan sering dilihat bersama-sama sehingga timbul andaian mereka sedang berkasih

TIGA tahun dulu, pasangan ini pernah dikatakan bercinta. Namun, selepas gosip percintaan itu bertebaran, aktres jelita, Maya Karin dan penyanyi, pelakon dan pengarah terkenal, Yusry KRU ini menafikan dakwaan mereka pasangan kekasih.

Meskipun kedua-duanya masih solo ketika itu, namun menurut mereka, hubungan yang terjalin itu tidak lebih dari sekadar rakan sekerja.Bagaimanapun itu cerita tiga tahun dulu. Selepas Maya kembali bersendirian, cerita lama membabitkan mereka kembali mekar. Malah, gosip mengenai hubungan intim pasangan ini kembali hangat diperkatakan antaranya berjalan berpimpin tangan di sebuah pusat membeli belah. Baru-baru ini pula, Maya menjadi satu-satunya pelakon filem Magika yang hadir pada majlis kenduri kesyukuran anjuran KRU Studios.
Justeru, sejauh manakah kebenaran cerita kononnya mereka berdua bercinta? Bagi mendapatkan kesahihannya, Hip menghubungi kedua artis terbabit. Seperti yang dijangka, kedua-duanya sepakat mengatakan tiada rasa cinta yang mengikat mereka.
Masih tegar mempertahankan pendirian bahawa hubungan mereka hanya sekadar kawan, pada masa yang sama Maya dan Yusry memohon semoga hubungan baik mereka itu tidak disalahertikan kerana bimbang kejernihan persahabatan itu akan bertukar menjadi keruh hanya disebabkan ia menjadi bahan sensasi.

Hip: Sejauh manakah benarnya khabar yang mengatakan Yusry dan Maya semakin rapat?

Yusry: Saya kenal Maya sudah lama dan memang kami berkawan sebelum ini. Namun hubungan kami tidak sampai tahap bercinta. Tak dinafikan saya dan Maya memang pernah keluar bersama, berdua atau bersama kawan-kawan lain tapi itu tidak bermakna kami adalah pasangan kekasih. Kami keluar bersama pun semuanya atas dasar kerja serta langsung tidak membabitkan soal peribadi.
Hip: Tapi bagaimana pula dengan gosip yang mengatakan anda berdua saling berpimpin tangan?

Yusry: Itu juga hanyalah satu gosip. Kami tidak pernah berjalan berpimpin tangan. Tapi saya tak nafikan yang kami pernah keluar bersama pada masa itu. Kejadian itu berlaku di Alamanda, Putrajaya. Kebetulan Maya ada penggambaran Nona di situ. Jadi kami pun pergi berbuka bersama selepas itu. Jadi tak timbul soal berpegang tangan. Saya rasa si penyebar cerita itu sengaja mereka-reka cerita.

Hip: Tadi Yusry kata kerap keluar dengan Maya. Selalunya topik apa yang diperbincangkan?

Yusry: Seperti yang saya katakan tadi, selalunya topik pasal kerjalah yang selalu kami bincangkan. Jarang kami berbincang soal peribadi. Sepanjang saya kenal Maya pun saya tahu cerita peribadi dia hanyalah setakat 10 hingga 15 peratus saja. Kalau kami keluar berdua pun, kami keluar makan di kawasan awam, tempat terbuka. Tak adalah nak pergi ke restoran eksklusif. Tak ada apa yang perlu kami sembunyikan mengenai hubungan ini.

Hip: Sebagai kawan, apa pendapat Yusry mengenai Maya?

Yusry: Pada saya Maya memang seorang kawan yang baik. Kami boleh bersembang banyak perkara. Soal adakah dia mempunyai ciri-ciri sebagai calon isteri, saya tidak melihat perkara itu dengan sedalam-dalamnya. Apa yang saya boleh katakan, saya masih belum berpunya dan sehingga kini masih mencari dan mencari.

Apa pula kata Maya?

Hip: Benarkah Maya dan Yusry sedang bercinta seperti yang digembar-gemburkan ketika ini?

Maya: Kami sudah saling mengenali sudah bertahun-tahun lamanya. Jadi sepatutnya soal bercinta itu tidak sepatutnya wujud. Saya sendiri tidak faham kenapa orang nak mensensasikan hubungan kami walhal kami hanya berkawan saja. Memang saya akui yang kami pernah keluar berdua tetapi itu bukanlah bermakna ia satu lesen untuk mengatakan yang kami bercinta.

Hip: Bagaimana pula dengan dakwaan berpegangan tangan?

Maya: Yang itu memang tidak benar. Saya rasa mereka yang mengatakan kami berjalan berpimpinan tangan itu sebenarnya mata dia rabun atau dia sedang lapar. Disebabkan itulah dia tak nampak apa yang sebenarnya berlaku.

Hip: Mungkin status Maya sebagai janda membuatkan orang begitu mudah menebarkan spekulasi?

Maya: Terus terang, saya tidak bersedia untuk berdepan dengan gosip seperti ini. Mungkin ada kebenarannya kenyataan itu. Hanya selepas saya kembali bersendirian khalayak mula memberi tumpuan terhadap saya dan juga hal peribadi. Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang hubungan buat masa ini. Fokus saya buat masa ini tertumpu pada kerjaya lakonan. Tahun depan, sudah ada dua filem menanti untuk masuk ke lokasi. Jadi soal mencari pengganti, biarlah saya ketepikan terlebih dulu.

Hip: Ramai yang sudah sedia maklum bahawa Maya bukan lagi pengacara Nona untuk musim hadapan. Khabarnya ada kaitan dengan perihal rating yang menurun. Komen sikit.

Maya: Memang saya tidak lagi menjadi pengacara Nona untuk musim hadapan. Tapi perkara itu tak ada kena mengena dengan soal rating jatuh tetapi soal kontrak yang sudah tamat. Saya hanya mengacarakan program ini untuk tempoh setahun kerana masalah komitmen. Kesibukan memenuhi pelbagai jadual membuatkan komitmen saya dengan program Nona sedikit terganggu.Ada ketika, saya tidak dapat membuat laporan di lokasi kerana terbabit dengan lakonan. Jadi tidak mahu menyusahkan sesiapa dan mahu tumpukan sepenuh perhatian dalam bidang lakonan maka saya sukarela meninggalkan tanggungjawab itu.Masalah rating program Nona yang menurun rasanya bukanlah disebabkan saya seorang saja.Rasanya perkara ini ada kaitan dengan aspek lain juga.

Hip: Maya sendiri selesa mengacarakan program bercorak kewanitaan seperti Nona?

Maya: Setakat ini saya rasa tak ada masalah mengacarakan Nona.Sebelum ini pun saya pernah menjadi pengacara program berkonsepkan perkahwinan iaitu Ratu Sehari dan sambutannya cukup menggalakkan.Malah Astro asyik mengulang siar program terbabit.Jadi dalam hal ini tak timbul soal kononnya saya tidak mampu mengacarakan program berkonsepkan wanita.Cuma tak dinafikan, saya menghadapi masalah dari segi bahasa dan juga masa kerana terpaksa berkejar ke sana ke mari sepanjang menjadi pengacara program ini.

Hip: Tak rasa sedih tinggalkan Nona?

Maya: Sedih juga sebab banyak pengalaman yang saya timba sewaktu mengacarakan Nona.Tinggal empat episod saja lagi yang perlu saya siapkan. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya sepanjang saya terbabit dalam pembikinan program ini.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tetap sendiri

Posted: 02 Nov 2010 04:21 PM PDT

Hip

SENYUMAN jejaka bujang, Halim Othman.

SENYUMAN jejaka bujang, Halim Othman.

Kesibukan di konti halang Halim berkahwin

PADA usia 46 tahun, penyampai radio Suria FM, Halim Othman masih sendirian. Sedangkan pada usia itu, ada sebahagian lelaki yang sudah pun menimang cucu. Namun bagi jejaka kelahiran Terengganu itu, dia tidak mahu terburu-buru menamatkan zaman solo.

Sebelum ini Halim pernah membuat pengumuman dia bakal melangsungkan perkahwinan pertengahan tahun ini dengan calon yang sudah dikenali sejak 15 tahun lalu. Bagaimanapun, tarikh itu sudah berlalu dan Halim masih lagi bersendirian. Halim yang ditemui pada majlis rumah terbuka Suria FM baru-baru ini berkata, dia tersilap percaturan apabila mengumumkan perancangan untuk berkahwin tahun ini. Selepas pengumuman itu, ramai yang mula bertanya kenapa sehingga kini kad masih belum dilayangkan.

Walaupun dihambat pertanyaan sama setiap kali ke mana-mana, Halim tidak jemu memberi jawapan serupa, malah dia juga menganggap orang yang bertanya prihatin dengan dirinya.

Siapa yang tidak mahu berkahwin? Tetapi nampaknya 2010 bukanlah waktu sesuai buat personaliti radio ini untuk bergelar suami. Alasan diberikan, dia terlalu sibuk dengan kerja di konti hingga terpaksa membatalkan hasrat terbabit. Lalu, terbit pertanyaan, takkanlah terlalu komited pada kerja hingga hal peribadi sanggup diketepikan?

"Memang saya pernah maklumkan sebelum ini saya mahu berkahwin tahun ini juga, tetapi jadual Suria FM agak ketat. Bagi saya, untuk melakukan dua perkara besar dalam satu waktu yang sama satu tindakan kurang bijak.
"Calon isteri sebenarnya sudah ada, tetapi kami masih dalam proses menyesuaikan diri. Biasalah, apabila merancang untuk berkahwin, ada pelbagai masalah yang timbul di kemudiannya. Saya tak kisah walaupun lambat dipertemukan jodoh kerana setiap ketentuan itu ada hikmah.

"Bagi saya, awal atau lambat seseorang itu berkahwin tentunya ada kelebihan yang tersendiri. Saya bimbang sekiranya saya berkahwin sekarang, usaha untuk menaikkan nama Suria FM akan menjadi tidak begitu sempurna. Oleh itu saya harus memberikan sepenuhnya komitmen kepada tugas di konti," kata Halim yang mengendalikan Breakfast @ Suria bersama Zizi.

Halim yang pernah dua tahun meninggalkan dunia penyiaran radio kini semakin selesa dengan kedudukannya di stesen terbabit. Kehadirannya bersama Linda Onn ke Suria sejak Januari lalu dikatakan berjaya melonjakkan nama radio berkenaan sehingga ia berada dalam kelompok 10 stesen tempatan terbaik menerusi kajian yang dikeluarkan AC Nielsen, baru-baru ini.

Kejayaan membantu stesen radio itu mengukuhkan jenamanya sudah tentu menjadikan Halim dan Linda sebagai anak emas stesen berusia lima tahun itu.
Namun Halim tidak berasa sedemikian. Dia tidak pernah berasakan dirinya 'diva' atau mahu disanjung pihak pengurusan. Bagi Halim, kedudukannya dengan penyampai lain adalah sama, malah mereka saling melengkapi untuk membawa Suria FM pada kedudukan sekarang.

"Peningkatan Suria FM berlaku disebabkan pengisian slotnya. Kebetulan ketika saya menyertai stesen radio ini, pembaharuan pengisiannya berlaku secara serentak. Saya cuma mengharapkan kehadiran saya di stesen radio itu turut membantu.

"Saya juga lega apabila kehadiran ke stesen ini tidak menjejaskan mana-mana penyampai. Maklumlah sebelum kehadiran saya ke situ, Tuah mengelolakan slot Breakfast @ Suria bersama-sama dengan Zizi. Bagaimanapun Tuah memberitahu, dia kini selesa mengendalikan program malam.

"Saya seronok bersama Suria. Ia membuatkan saya berasa seperti sedang melalui pengalaman yang pernah saya alami ketika bersama dengan Era dulu. Ini adalah waktu yang paling menyeronokkan apabila kita berusaha keras untuk menaikkan nama stesen. Saya lebih sukakan peningkatan yang perlahan. Jika melonjak terlalu tinggi, tetapi apabila kajian akan datang dikeluarkan keputusannya tidak memberangsangkan, nanti kita akan rasa kejatuhannya," kata penyampai yang pernah meraih gelaran Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak lima kali berturut-turut itu.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.