Adsense

Isnin, 14 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Perjalanan Ramli Sarip

Posted:

Perjalanan Ramli Sarip

Perjalanan Ramli Sarip

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar IZHAM JAAFAR


RAMLI Sarip teguh sebagai penyanyi yang tidak ditelan zaman.


SELAMA 40 tahun insan seni bernama Ramli Sarip mendambakan diri dalam industri hiburan biarpun dia bukan anak Malaysia.

Dilahirkan di Singapura pada 15 Oktober 1952, insan berzodiak Libra ini memulakan langkahnya untuk menjadi penyanyi bersama-sama kumpulan Sweet Charity.

Langkah pertama bersama Sweet Charity pada tahun 1979 menerusi album sulung, bukan hanya sekadar satu pengenalan muzik genre rock, slow rock atau balada rock kepada peminat.

Sebaliknya, album demi album yang dilahirkan bersama Sweet Charity seperti Pelarian (1980), Sejuta Wajah (1981), Penunggu (1982) Batu (1983), Koleksi (1984) dan Berita Gempa (1985) terus mengulit halwa telinga peminat di tanah air.

Kekuatan lagu-lagu dendangan Ramli yang menjadi ikon irama rock kerana suaranya yang parau dan seksi itu membuatkan ramai di kalangan kita yang membesar dengan lagu-lagu dari kumpulan Sweet Charity.

Langkah yang diatur oleh Ramli yang bergelar Papa Rock tidak pernah terhenti sebaliknya terus maju sehingga melangkau ke alaf milenium.

Setelah melahirkan tujuh album bersama kumpulan tersebut, Ramli mengorak langkah sebagai penyanyi solo.

Mungkin merasakan sudah tiba masanya, Ramli mengetengahkan dirinya sebagai seorang penghibur, 12 album solo telah dilahirkannya sehingga tahun 2002, Kalam Kesturi.

Kehebatan Ramli menghiburkan peminat tidak pernah terhenti sebaliknya apabila dia berpadu suara bersama Khaty Ibrahim (Datuk Khadijah Ibrahim) menerusi lagu Doa Buat Kekasih, Ramli adalah lagenda rock yang masih bertenaga setiap kali mengadakan persembahan.

Ramai yang tertanya-tanya, setelah sekian lama menyanyi dan menghiburkan peminta di atas pentas, apakah yang dicari oleh lelaki berimej rambut panjang itu?

Tidakkah dia pernah merasa puas dengan pencapaian yang telah dikecapinya selama 40 tahun dalam bidang seni?

Lontaran soalan itu diajukan kepada Ramli ketika berpeluang bersua secara empat mata dengannya baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Biarpun nawaitu asal pertemuan itu adalah untuk menghebahkan kepada para peminat Papa Rock yang dia akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Dewan Merdeka, PWTC pada 20 dan 21 April ini.

Namun tidak sah jika Hits tidak mendekati Ramli untuk berbual sedikit panjang dengannya yang sememangnya tidak pernah berubah apabila menyusun butir bicaranya.

Mesra membahasakan diri sebagai abang dan memanggil wartawan hiburan dengan panggilan adik, Ramli berkias apabila diajukan soalan, apakah pencarian yang masih belum diketemu oleh Ramli dalam muzik yang diperjuangkannya itu.

Kerinduan datang sendiri

"Industri muzik dari kaca mata saya umpama satu alam yang menuntut kita supaya duduk, lihat, pandang dan dengar.

"Maka itulah, tidak banyak yang saya nak gusarkan tentang perjalanan muzik yang saya bawa dari dulu sehingga hari ini dan akan datang.

"Bagi saya, segala yang berlaku adalah satu kehidupan yang kita kena lalui... Ada pasang surut, ada timbul dan tenggelam.

"Hanya mereka yang tidak dapat mencapai apa yang tersimpan dan terselit di dalam hati, dihimpit dengan kegusaran.

"Hanya mereka yang masih belum tercapai apa yang ingin dicapai, akan merasakan perasaan itu," katanya memulakan perbualan.

Ramli yang memiliki 12 album solo, bermula pada tahun 1985, antaranya, Ramli Sarip, Bukan Kerana Nama (1986) dan Perjalanan Hidup (1987) berkata, kepuasan akan datang apabila perasaan bersyukur lahir dalam hati.

Oleh itu, katanya, bukan mahu bernada sinis terhadap sesiapa pun, cuma kata Ramli, mereka yang tidak tahu mengucap syukur sahaja yang terus-terusan merasa tidak puas dengan pencapaian.

Kata pelantun lagu berhantu, Kamelia ini, dia menyedari ada kalanya peminat bertanya, mengapakah dia senyap tanpa publisiti di dada akhbar atau majalah.

Jawapan yang diberikan oleh pemilik album Istilah (1988) ini cukup mudah dan membawa makna yang tersirat.

"Dulu, rakan-rakan seperjuangan diterima peminat dan mereka, seperti juga saya, pernah merasai zaman kegemilangan kerana ketika itu, usia juga masih muda.

"Apabila tiba saat dan ketika kita merasakan tidak diingati, kita akan terasa seperti rendah diri sedangkan perasaan itu tidak seharusnya ada.

"Percaya dengan apa yang kita lakukan, yakin dengan apa yang kita genggam, maka jalanlah dengan elok dalam ruang industri muzik ini.

"Apabila kita tidak selalu bertemu, pasti akan ada kerinduan. Kerinduan itulah yang membuatkan kita bertemu sekali lagi.

"Seperti adik (Hits) dengan abang yang sudah lama tidak bertemu tetapi tetap ada rasa kerinduan dalam hati.

"Hari ini, kita bertemu dan pertemuan kita adalah kerana rasa rindu yang sentiasa ada. Itulah yang saya katakan kepada diri dengan peminat kerana di antara kami, selalu ada rasa rindu," ujarnya.

Kata Ramli, bukan dia seorang sahaja yang memperjuangkan genre rock supaya irama itu terus kekal dalam genre-genre muzik lain.

Sebaliknya ramai lagi rakan-rakan artis yang tampil sebagai penyanyi rock, turut memperjuangkan irama itu supaya tidak pupus ditelan zaman.

Bagaimanapun, kata Ramli, hidup atau matinya sesuatu irama atau muzik itu terletak di tangan peminat.

"Inilah elemen kuasa rakyat kerana kuasa sebenar, ada di tangan peminat. Golongan ini juga pemegang kuasa beli kerana album seseorang artis itu, mungkin dibeli atau tidak oleh peminat.

"Kuasa rakyat (people's power) tidak hanya berlaku kepada artis tetapi ia turut terjadi ke atas ahli politik sama ada jatuh atau bangun mereka itu dalam bidang politik.

"Justeru, prinsip diri perlu mudah iaitu kita buatlah yang terbaik kerana benih baik yang disemai itu, akan memberikan buah atau hasil yang baik," kata Ramli sambil melemparkan satu pandangan yang jauh.

Melihatkan perubahan yang berlaku dalam industri muzik tanah air, Ramli beranggapan, muzik kolaborasi mampu memanjangkan jangka hayat seseorang penyanyi atau genre muzik pilihan.

Maka itulah, katanya, setiap artis yang lahir untuk menjadi seorang penyanyi, harus bijak dalam membina masa depan mereka.

Katanya, pengalaman mendewasakan dan juga mematangkan kita semua.

Kematangan dan kedewasaan seseorang itu, jelas Ramli, boleh diukur dengan pelbagai cara. Begitu juga dengan kematangan yang ada dalam arus muzik tempatan.

"Saya bermula dengan kumpulan Sweet Charity. Ketika itu, kita menyanyi di bawah-bawah khemah orang kahwin.

"Pernah saya hadir pada satu majlis perkahwinan. Waktu itu, ada satu grup yang menghiburkan hadirin.

"Melihatkan kehadiran saya, penyanyi itu menyanyi dan terus menyanyi tanpa merasai, apakah yang dinyanyikannya.

"Nyanyian sepatutnya masuk ke dalam jiwa, tanamkan perasaan supaya mampu menembusi anak-anak muda kerana itu lebih meninggalkan kesan," katanya yang sememangnya benar kerana lagu-lagu seperti Teratai, Sejuta Wajah dan Bukan Kerana Nama masih membuai perasaan jika mendengarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ikan, buku penghibur Ramli Sarip

Posted:

Ikan, buku penghibur Ramli Sarip

Ikan, buku penghibur Ramli Sarip

Oleh HASNURUL MOHAMED
gambar Izham Jaafar

DI atas pentas, Ramli Sarip menghiburkan ribuan peminat dengan puluhan lagu-lagu hitnya termasuk Jangan Tunggu Lama-Lama, Hilang Gelap Terbitlah Terang dan Jangan Rayu Ku.

Tetapi apakah yang menjadi penghibur kepada Ramli tatkala dia merasa sunyi ketika berada di rumah?

"Ikan. Itulah penghibur hati saya. Sejak kecil lagi, saya suka tangkap ikan. Dulu, saya pernah dibesarkan di Muar, Johor. Jadi, banyak masa saya habiskan dengan menangkap ikan di sungai.

"Apabila ada kemampuan, hari ini saya mempunyai empat tangki ikan yang diisi dengan ikan jenis Angel.

"Melihat ikan-ikan yang berenang, merasa begitu damai dan tenang di hati ini. Gelagat ikan-ikan itu menghiburkan saya.

"Tangki ikan yang saya ada hari ini, semuanya diisi dengan Angel fish kerana ia mudah dipelihara. Yang penting kita tahu sukatan makanan dan vitamin yang diperlukan oleh ikan-ikan.

"Kalau difikir-fikirkan, dalam satu tangki itu, boleh memuatkan kira-kira 20 ekor yang saiznya, adalah sebesar telapak tangan saya.

"Kalau nak tahu, perkara wajib yang saya lakukan apabila pulang ke rumah, saya akan melihat dahulu ikan-ikan ini berenang.

"Bagi diri saya, itu adalah satu bentuk terapi kejiwaan.

"Satu tabiat saya pula ialah tidak suka tengok tangki ikan kotor. Tanpa mengira penat, saya akan bersihkan dahulu tangki-tangki ikan jika ia kotor.

"Kemudian, barulah lapang rasa dada ini" katanya yang bukan sahaja seronok ketika berbicara tentang ikan tetapi menunjukkan sikap budak kampung sejati.

Walaupun Ramli banyak menghabiskan masa di Malaysia, sering berulang alik ke negara ini kerana memenuhi pelbagai undangan menyanyi, dia masih menetap di Singapura.

Dengan keadaan sedemikian, Ramli memberitahu, dia sebenarnya menganggap Malaysia sebagai rumah kedua bagi dirinya.

Biarpun status kewarganegaraan Ramli masih tidak berubah namun katanya, bumi bertuah ini juga adalah negaranya dan mahu memahatkan namanya supaya kekal dalam industri hiburan di sini.

Langsung tidak cuba untuk menafikan memiliki sebuah rumah di Bukit Gasing, kata Ramli, rumah itu disewakannya.

Apabila diajukan dengan soalan, tidakkah terlintas di dalam hatinya untuk menukar kewarganegaraan seperti mana yang dilakukan oleh rakan-rakan artis seangkatan dari Singapura?

Sambil tersenyum, Ramli berkata, "persoalan itu, kita bincang lain kali."

Mengubah ke topik waktu senggang, kata Ramli, selain ikan, dia banyak mengisi masa dengan membaca buku terutamanya buku-buku yang mendekatkan diri dengan penciptanya

Dari situ, kata Ramli, orang beranggapan dia banyak berdakwah termasuklah menyampaikan lagu-lagu berunsur ketuhanan.

Sebenarnya, jelas Ramli, terdapat macam-macam cara jika seseorang itu mahu berdakwah.

"Mungkin secara kebetulan, lagu-lagu ketuhanan begitu dekat di hati saya tetapi tidak seharusnya apabila kita berdakwah, kita perlu melakukannya dalam kumpulan.

"Kalau kita menjadi artis nasyid sekali pun, itu juga adalah dakwah. Apa yang penting ialah setiap benda itu perlu dinilai baik kerana penilaian yang baik itu juga adalah sebahagian daripada dakwah," katanya.

Ramli menafikan di Singapura, dia memiliki bisnes sebaliknya dia menjelaskan, rakan-rakan yang memiliki perniagaan di negara jiran itu sering menggunakan namanya, Ramli Sarip.

"Saya tidak ada bisnes. Bisnes saya ialah nyanyian saya, muzik yang saya bawakan selama ini.

"Saya hargai apabila peminat memandang saya sebagai pejuang muzik rock. Kalau ikutkan, saya lebih senang (suka) buat lagu tradisional kerana di halwa telinga saya, lagu-lagu seperti ini lebih sedap didengar.

"Kecenderungan saya ialah untuk mengabdikan lagu-lagu bercorak nusantara kerana lagu seperti ini ada perjuangan dan ada falsafah.

"Saya amat berharap agar generasi baru dapat meneruskan dan melahirkan lagu-lagu bercorak kemelayuan kerana rock itu sebenarnya bukan mewakili orang timur.

"Rasailah kehebatan kita sebagai orang timur dan saya mengharapkan agar generasi baru dapat teruskan memperjuangkan lagu-lagu Melayu.

"Jangan biar ia ditenggelamkan oleh satu keadaan kebaratan.

"Lagipun, hidup ini penuh dengan pilihan dan apabila kita membuat sesuatu pilihan itu, ia berdasarkan gerak hati," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Pusat Borong Plaza GM di Chow Kit

Posted: 14 Mar 2011 08:28 AM PDT

Plaza GM ni terletak di Lorong Haji Taib 5, dekat dengan stesen monorel chow kit. Untuk pengetahuan, ada 7 aras dalam Plaza GM ni, tak termasuk Ground floor. Sesuai lah dengan jolokan plaza barangan borong terbesar di Malaysia, memang banyak barang yang dijual dalam ni. Semuanya murah-murah!!! Jom kita tengok ada apa dalam plaza ni.


Ground floor:
Jam tangan, barang perhiasan seperti gelang, selipar dan sandal, barangan kulit, alat kosmetik, beg tangan wanita dan sebagainya.
Aras 1:
Cermin mata, jam tangan, barangan kulit, barang perhiasan kristal, minyak wangi, kain cadar dan sebagainya.
Aras 2:
Tali pinggang dan dompet, jam tangan dan jam dinding, beg sekolah, beg melancong, pen, beg tangan wanita, dan sebagainya
Aras 3:
Barang perhiasan seperti gelang, barangan kulit, beg tangan wanita, kain curtain dan textiles dan sebagainya
Aras 4:
Barang perhiasan seperti gelang, gajet elektronik, perhiasan rambut, topi, barangan kulit, dan sebagainya
Aras 5:
Barang perhiasan seperti gelang, beg tangan wanita, barang perhiasan titanium/silver, tudung dan textiles, baju perempuan dan sebagainya
Aras 6:
Barang perhiasan seperti gelang, beg tangan wanita, barang perhiasan titanium/silver, tudung dan textiles, baju perempuan/kanak-kanak/remaja dan sebagainya
Aras 7:
Barang perhiasan seperti gelang, beg tangan wanita, baju perempuan dan sebagainya.

Map GM sebagai rujukan :


Kalau tak Click URL dalam Google Maps yang ZoOM sediakan untuk anda Hanya Click Di Sini 2x ---> GM Klang Maps 




Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Protege Mentor Kumpulan A Lemah !!!?

Posted: 14 Mar 2011 08:11 AM PDT

Satu persatu protege Mentor musim ini mempersembahkan lagu mereka bersama Mentor masing-masing di MBSA semalam, namun satu persatu peserta ini menerima teguran daripada Datuk Ramli MS mengenai mereka yang dikatakan gagal menjiwai lagu yang dinyanyikan semalam.

Berikut beberapa "Statement" yang sempat ZoOM kongsi bersama mengenai komen Datuk Ramli MS mengenai persembahan bakal artis ini di akhbar Mstar.
"Saya bukannya menghentam mereka. Tetapi kelemahan-kelemahan yang berlaku pada persembahan awal konsert perlu dijelaskan dengan nyata agar peserta tidak bersikap sambil lewa dalam pertandingan tersebut dan saya mahu bantu mereka
"Bila menyanyi menggunakan melodi yang betul, keseluruhan lagu akan menjadi betul dan sedap didengar. Ini kerana dari melodi itu datangnya kemerduan.
"Biasanya, bila ada yang katakan nyanyian seseorang itu 'flat' atau 'sharp', mereka sebenarnya merujuk kepada melodi tetapi menggunakan bahasa ringkas.
"Setakat ini, mereka perlu banyak belajar dari segi penggunaan teknikal suara daripada mentor masing-masing kerana mereka masih baru," tegasnya selepas pertandingan Mentor tersebut, di Auditorium MBSA, Shah Alam, Aha
d.
Tambah Ramli, pengetahuan yang diberikan itu sebenarnya akan dijadikan rujukan di masa akan datang dan teori tersebut akan digunakan selama penglibatan peserta tersebut dalam dunia nyanyian




Pada ahad ini saksikan pula kumpulan B memberikan persembahan untuk penonton di MBSA dan kaca TV anda.

Apa kata anda mengenai bakal artis ini ??


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Kicap Jenama Ezany di Pasaran !!

Posted: 14 Mar 2011 07:57 AM PDT

Alhamdulillah berkat usaha keras selama ini telah membuahkan hasil yang sungguh memberangsangkan kepada artis kita yang bernama Ezany Ezariff ini. Mana tidaknya bermula daripada perniagaan kecil-kecilan pada suatu ketika dulu kini telah berkembang dengan pesatnya.

Malah menurut empunya diri perniagaan kicap dan belacannya telah berada di pasaraya terkemuka seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco. Malah artis ini kini mempunyai kilang di Lestary Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

Selain itu beliau turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco.


Sekadar Hiasan

Bagi ZoOM perniagaan adalah salah satu rezeki yang patut anda cuba kerana 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan sendiri. Zaman sekarang kalau hanya mengharapkan gaji yang masuk setiap bulan sudah pasti tidak mencukupi bagi anda.

Mungkin ramai pembaca di luar sana yang mempunyai pendapat yang sama dengan ZoOM, dan buat pengetahuan anda ZOOm sendiri telah mencuba nasib di UPTOWN Kelana Jaya, bersebelahan dengan Stadium Kelana Jaya.

Jika nak datang bagi tau kat ZOOm yer...

APa-apa pun, apa kata anda mengenai rezeki berniaga ini !!!?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Story : People Talk About AIDS

Posted: 13 Mar 2011 08:14 PM PDT

Q:
Why are condoms transparent?
A: So that sperms can at least enjoy the
scene even if their entry is Restricted!


Signboard outside a prostitute's house:
Married MEN
not allowed. We
serve the needy, not the greedy...


New AIDS awareness slogan:
Try different positions with
the same woman
instead of same position with different women.

Why is $ex like shaving?
Well, because no matter how
well you do it today... tomorrow you'll have to do it again...


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Cerita Lawak : Kisah Pakcik Dan Jururawat Cantik

Posted: 13 Mar 2011 08:04 PM PDT

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya kerumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawatyang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.
Begitulah,mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendakterbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.
Beberapasaat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri.Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulahterjadi selama beberapa menit.
Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.
Keesokan harinya anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan Bapak di sini?" tanya anaknya.
"Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, perawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah"

"Masalah apa Pak?"
"Mereka tidak benarkan Bapak kentut di sini"


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Gempak Sungai Petani

Posted: 13 Mar 2011 03:55 PM PDT

Hip

pix_gal0
Gamat apabila peminat berikan sambutan hangat kepada finalis ABPBH 2010

ANDAI diwujudkan anugerah untuk peminat paling 'sporting' dan 'happening', pastinya gelaran itu menjadi milik pengunjung Village Mall, Sungai Petani, Kedah. Alasannya mudah saja. Sambutan hebat yang diberikan kepada finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berkunjung ke pusat beli-belah itu Sabtu lalu cukup membuktikan mereka memang layak dianugerahkan gelaran berkenaan.

Gelak ketawa, gurau-senda mewarnai acara yang dikendalikan Along Raja Lawak dan penyampai Hot FM, Kieran. Ada saja bahan jenaka mereka tampilkan di atas pentas menyebabkan hampir 5,000 peminat yang membanjiri kawasan ruang legar pusat beli-belah itu tidak kering gusi. Meskipun sudah tiga tahun lokasi itu digunakan sebagai tempat mempromosikan acara ini di Zon Utara, namun kesetiaan peminat menanti kehadiran artis kesayangan mereka tidak pernah pudar. Bahkan ada di antara artis yang hadir pernah mengunjungi lokasi itu untuk acara serupa tahun lalu.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani yang memenatkan itu bagaikan tidak terasa sebaik saja melihat wajah ceria yang seakan tidak sabar untuk bertemu artis pujaan mereka. Tiada perasaan jemu, tetapi apa yang wujud ialah rasa teruja kerana artis kesayangan yang selama ini hanya mampu dilihat di majalah, akhbar dan kaca televisyen, kini berada di depan mata. Tepukan gemuruh dan sorakan kedengaran sebaik saja barisan finalis seperti Aizat, Faizal Tahir, Zizan Raja Lawak, Alyah, Black, Shahir, Meet Uncle Hussain, Mirwana, Sharnaaz Ahmad, Didie Alias, Kenchana Dewi, Fizz Fairuz dan Elfira Loy melangkah masuk menuju ke bilik menunggu.

Begitulah hebatnya sambutan diberikan, lengkap dengan layanan kelas pertama oleh kakitangan pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit. Keselesaan finalis serta warga kerja Berita Harian diutamakan dan mereka juga turut dijamu hidangan menyelerakan sewaktu berada di ruang menanti yang disediakan.

Berbalik kepada acara yang diatur, penganjur bukan saja menyajikan persembahan nyanyian oleh finalis, tetapi turut memberi ruang kepada pengunjung bermesra dengan mereka. Caranya mudah saja, iaitu menyediakan permainan untuk dimainkan di atas pentas bersama peminat bertuah.
Bagai nak pecah perut apabila permainan disediakan cukup kelakar dan mencabar fizikal artis serta peminat. Sebagai contoh, ketika tiga pelakon semakin meningkat naik iaitu Fizz, Sharnaaz dan Elfira tampil di pentas, mereka dikehendaki mencari pasangan masing-masing untuk bermain permainan dinamakan Kerusi Berdarah.

"Kami dikehendaki mencari pasangan dan meletakkan belon di dada masing-masing sambil berebut kerusi. Memang lucu apabila ada pasangan sampai jatuh tergolek-golek di atas pentas semata-mata mahu merebut kerusi," cerita Elfira sambil tertawa.

Kata pelakon remaja itu lagi, dia seronok melihat sambutan yang diberikan kerana ini kali pertama dia bertemu peminatnya di luar Kuala Lumpur.
"Kalau sebelum ini peminat di KL meminati saya berdasarkan pelbagai watak saya bawakan menerusi drama lakonan saya, di sini kebanyakan mereka begitu meminati watak saya dalam drama bersiri Qalesya," katanya.

Lebih melucukan tatkala Black, Zizan dan Along, serta pengacara Didie dan Kieran, didera peminat apabila wajah mereka diconteng berwarna-warni. Meskipun kotor, namun demi peminat, mereka cukup sporting dan tak kisah diperlakukan sedemikian rupa. Tabik spring buat finalis ini.

"Mereka memang sporting, saya suka mereka," ringkas komen yang diberikan Zizan.
Kerenah peminat di sini memang pelbagai. Jika sudah minat, apa saja sanggup mereka lakukan walaupun terpaksa menunggu artis kesayangan mereka di muka pintu bilik rehat finalis yang terletak di aras dua bangunan terbabit.

Biarpun cuba dihalang pengawal keselamatan bertugas, namun dek minat yang mendalam, tindakan itu bukanlah halangan buat mereka. Bagaimanapun, penantian mereka itu memang berbaloi kerana artis yang dinanti sudi juga untuk bertemu dan merakamkan foto bersama mereka.

Selain menjadi medan menemukan artis dan peminat, sesi jelajah promosi ABPBH 2010 ini juga menjadi wadah untuk finalis bertanya khabar dan beramah mesra sesama mereka. Maklum sajalah, di KL, masing-masing sibuk dengan aktiviti tersendiri. Jadi sesekali berpeluang 'bercuti' seperti ini, kesempatan digunakan sebaiknya untuk mengeratkan tali silaturahim.

Sambil menanti giliran untuk mengadakan persembahan, ada yang bersembang kosong dan tak kurang juga berlatih sebelum naik ke pentas. Malah ada yang sempat jamming untuk mengelakkan kebosanan. Pendek kata ada saja aktiviti dilakukan finalis.

Selain persembahan artis, turut diselit ialah sesi soal jawab mengenai Berita Harian dan ABPBH kepada pengunjung bertuah. Bagi mereka yang berminat mendapatkan cenderahati eksklusif keluaran Berita Harian, gerai menjual barangan terbabit turut disediakan.

Selesai majlis, rombongan artis dan media menaiki bas menghala ke Restoran D'Jetty 8 Beradik, Sungai Merbok, yang sudi menaja makan malam. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terbabit. Siri jelajah ABPBH 2010 akan meneruskan perjalanan mereka ke Pasir Gudang hujung minggu ini.

Corat-Coret

  • MASUK tahun ini, sudah tiga tahun berturut-turut syarikat Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd menjadi penaja pengangkutan. Syarikat pengangkutan milik Shaharumi Mohamad Yusof merangkap Pengarah Urusan Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd ini dipilih untuk membawa rombongan ABPBH menjelajah negeri terpilih bagi mempromosikan acara tahunan ini kepada peminat.
  • SEBELUM menuju ke destinasi Sungai Petani, rombongan ABPBH 2010 berhenti sebentar di Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar untuk beramah mesra dengan peserta kem terbabit. Selain disajikan persembahan kedua-dua pihak, pelatih turut menyerahkan borang undian kepada Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH 2010, Hanizam Abdullah.
  • ROMBONGAN terbabit turut dijamu dengan hidangan durian oleh pihak tuan rumah. Walaupun pada mulanya ada yang malu-malu, tetapi apabila sudah ada di depan mata, apa lagi masing-masing melepaskan geram menikmati raja buah berkenaan.
  • WALAUPUN sudah berjanji lebih awal untuk turut serta, namun batang hidung kumpulan 6ixth Sense sampai sudah tidak kelihatan. Tak tahulah apa masalahnya. Perkara yang sama turut berlaku kepada naib juara Akademi Fantasia 8, Adira. Pada saat akhir, barulah penyanyi itu menyatakan tidak dapat menyertai siri promosi kerana terpaksa pulang ke kampung.
  • BLACK yang badannya semakin sasa turut menanggalkan baju dan hanya bersinglet semata-mata untuk menunjukkan perubahan bentuk badannya itu kepada peminat. 'Cayalah!'
  • FAIZAL Tahir menghangatkan suasana penutup persembahan apabila peminat turut menyanyi bersamanya sewaktu penyanyi popular itu menyampaikan lagu popularnya seperti Selamat Malam dan Sampai Syurga.
  • SEBAGAI mengenang nasib mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Aizat mendedikasikan lagu Sungai Lui khusus buat mereka.
  • KETIKA menjamu selera di restoran D'Jetty 8 Beradik, Sungai Merbok, selepas persembahan tamat, finalis mengambil kesempatan berhibur sesama sendiri sambil diiringi kumpulan muzik yang anggotanya terdiri daripada kakitangan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH2010.

    Lagi gambar-gambar menarik yang mewarnai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di Village Mall, Sungai Petani, Kedah terdapat dalam akhbar Berita Harian hari ini.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Hasil filem ikut selera penonton

    Posted: 13 Mar 2011 03:27 PM PDT

    Hip

    SABREE (berdiri, dua dari kanan) dan Marina (berdiri, tengah) bersama barisan pelakon Tokak.

    SABREE (berdiri, dua dari kanan) dan Marina (berdiri, tengah) bersama barisan pelakon Tokak.

    Tokak uji kemampuan Sabree Fadzil, pelakon kurang ternama

    MAR Energetic Industries Sdn Bhd (MEISB) dilihat mengambil langkah cukup berani apabila memutuskan untuk menghasilkan filem pertama berjudul Tokak dengan menampilkan pelakon kurang dikenali.

    Malah, mereka juga turut mengambil pengarah yang belum teruji kemampuannya di layar lebar, Sabree Fadzil. Biarpun menyedari risiko yang ditanggungnya bukan kecil, namun penerbitnya yang juga Pengarah Urusan MEISB, Datuk Marina Mahammad tetap bersemangat untuk meneruskan projek itu, sebagaimana dapat disaksikan pada majlis prapelancaran filem berkenaan di Hulu Klang, baru-baru ini.

    Filem bergenre seram komedi dengan kos penerbitan lebih RM2 juta itu menjalani penggambaran pertengahan Mac ini.

    Walaupun sambutan hangat diberikan penonton kepada filem dalam kategori itu sejak akhir-akhir ini, namun MIESB tidak ghairah dengan keadaan itu, sebaliknya mereka lebih suka mengambil pendekatan menyajikan filem yang mengikut kehendak penonton.

    Menurut Marina juga, pelakon dan pengarah dianggap suatu yang subjektif untuk diperkatakan, namun apa yang ingin disajikan ialah produk yang mengikut kehendak penonton masa kini.
    "Saya sering melihat pawagam tanah air dihiasi filem yang dilakonkan pelakon popular saja. Ke mana perginya pelakon yang tidak mempunyai nama besar, tetapi berbakat besar dalam bidang itu?

    "Jadi saya berasakan, peranan saya adalah untuk mengangkat pelakon yang kurang diberi pendedahan, untuk menjadi antara pelakon utama dalam filem ini, seterusnya bakal menjadi hero dan heroin baru tanah air.

    "Mereka bukan saja terikat dengan projek filem ini, malah sebahagian daripada pelakon terbabit juga sudah bersetuju untuk bernaung di bawal label Mar Energetic, sebagai artis saya untuk projek akan datang," katanya.

    Diminta pandangannya berhubung senario kegagalan syarikat baru untuk bertahan selepas menerbitkan hanya sebuah judul, Marina berkata, nasib tidak menyebelahi syarikat terbabit kerana kekurangan mereka dari segi pengurusan.

    "Kebiasaannya, syarikat yang bersemangat membuat filem tetapi akhirnya jatuh mungkin disebabkan mereka gagal menguruskan kewangan dengan baik. Lagi satu, mungkin mereka menganggap membuat filem ini seperti makan kacang saja. Bagi saya pula, bukan senang untuk kita menghasilkan filem sekiranya tanpa persediaan mental dan fizikal.

    "Saya memberi jaminan segala hal berkaitan kewangan, kebajikan pelakon dan pengarah akan saya selaraskan sendiri. Saya mempunyai tenaga pakar dalam soal kewangan. Saya juga berani untuk mengambil pinjaman Dana Industri Kreatif bernilai RM1.5 juta kerana saya yakin sekiranya disokong promosi yang cukup, industri perfileman boleh menjadi bentuk perniagaan utama hari ini," katanya.

    Mengenai pemilihan Sabree sebagai pengarah, Marina melahirkan keyakinannya pelakon itu mampu melaksanakan tugas diberikan dengan baik.

    Katanya, Sabree berjaya mempersembahkan idea menarik sejak awal pertemuan mereka lagi. Bahkan lelaki itu juga mampu membuka mindanya untuk menceburkan diri dalam bidang penerbitan filem.

    "Saya juga sudah melihat filem arahannya, Datin Ghairah, yang dihasilkan dengan cukup baik," katanya.

    Antara pelakon yang bakal membintangi filem ini ialah Abon, Joey Daud, Faiz (Raja Lawak 4), Airis Yasmin, Kazar, Keena (Mentor 3), Lana Nordin, Diana Johor dan penampilan khas Julia Ziegler serta Latif Borgiba.

    'Bukan filem syok sendiri'

    SEMENTARA itu, Sabree yang berpengalaman luas dalam lakonan mengaku peka dengan segala kehendak penonton, justeru dia berani mempertaruhkan genre seram komedi sebagai buah tangan pertama menerusi MEISB.

    "Saya sedar dengan kehendak penonton. Mereka bukannya mahukan filem yang berat dan harus memerah otak untuk berfikir. Saya buat filem bukan untuk saya atau untuk syok sendiri, tetapi mengikut kehendak penonton masa kini. Bagi saya, filem seram yang memaparkan hantu kini sudah menjadi satu hiburan keluarga," katanya.

    Sabree turut mendedahkan, Tokak dipilih daripada bahasa pasar masyarakat di Kedah, yang bermaksud gigit.

    "Saya berharap filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga ini akan menjadi satu lagi fenomena baru dalam industri, dengan mempertaruhkan pelakon tidak dikenali namun memberi hiburan yang sepenuhnya," katanya yang akan melakukan penggambaran di sekitar Kemensah, Hulu Klang dan Port Dickson, Negeri Sembilan.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    - Blog Hanz -


    Atomic Tom - Take Me Out (Live On NYC Subway)

    Posted: 13 Mar 2011 11:49 AM PDT




    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Filem Ratu The Movie

    Posted: 13 Mar 2011 11:36 AM PDT

    Artis Malaysia filem  | 14 March, 2011

    filem ratu the movie posterSinopsis Ratu The Movie:- Filem "Ratu The Movie" mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.

    Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.

    Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.

    Tajuk Filem:
    Ratu The Movie

    Pengarah:
    Prof Madya A. Razak Mohaideen

    Penerbit:
    Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd

    Dipawagam:
    17 Mac 2011

    Pelakon Ratu The Movie:
    Eizlan Yusof
    Fouziah Ghous
    Aminah Rhapor
    Cico Harahap
    Zaibo
    Ramona
    Shaharuddin Thamby
    Patrick Teoh
    Yusry Abd Halim
    Yasmin Hani
    Aren
    Eina

    Trailer Ratu The Movie:

    Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Saya bukan gay! - Arja Lee

    Posted:

    Saya bukan gay! - Arja Lee

    Saya bukan gay! - Arja Lee



    TIDAK dinafikan bahawa sejak dari awal proses pembikinan filem ... Dalam Botol terbitan JAS Sdn. Bhd. pelbagai halangan yang terpaksa dilalui oleh penerbitnya iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman.

    Bermula dengan tajuk asalnya yang terpaksa diubah atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) beberapa babak yang dikatakan boleh mencetuskan kontroversi sehingga masalah kewangan yang dihadapi.

    Malah, di sebalik pelbagai kisah kontroversi yang melanda, Raja Azmi turut mengambil risiko dengan memperkenalkan dua orang pendatang baru iaitu Arja Lee dan Wan Raja untuk memegang watak utama.

    Namun begitu, Raja Azmi kini boleh menarik nafas lega kerana akhirnya filem yang diarahkan oleh Khir Rahman itu akan menemui penonton di seluruh negara pada 24 Mac ini.

    Menurut Azharudin Ramli yang juga dikenali sebagai Arja Lee, dia mengakui menerima tawaran untuk memegang watak Ruby kerana sangat tertarik dengan jalan ceritanya yang diangkat daripada sebuah kisah benar.

    "Saya akui memang agak sukar dan mencabar untuk membawakan watak sebagai Ruby dalam filem ini. Bayangkan ketika itu saya merupakan seorang pelakon baru yang langsung tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

    "Namun saya menganggap itu semua adalah sebagai satu cabaran dalam hidup saya semata-mata menggapai impian untuk bergelar seorang pelakon suatu hari nanti," ujarnya.

    Tambah Arja, selain membuat kajian dengan membaca tentang lelaki bersifat homoseksual untuk mendalami watak Ruby, dia juga turut bergaul dengan golongan lelaki gay.

    "Sebenarnya dengan cara sebegitu juga banyak membantu saya untuk menghayati watak berkenaan. Malah, dengan kerjaya sebagai penari sebelum ini, ada di kalangan rakan lelaki saya yang terdiri daripada golongan tersebut," jelasnya.

    Sementara itu, Arja menjelaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya dilemparkan tuduhan oleh segelintir pihak yang mengatakan dirinya seorang lelaki gay kesan daripada filem tersebut.

    "Ramai yang bertanya sama ada saya ini gay atau tidak. Jawapannya, saya adalah lelaki normal. Ruby hanyalah sekadar watak yang diberikan dan ia langsung tidak mempengaruhi kehidupan saya di luar," katanya yang mempersetankan tanggapan liar khalayak asal kerluarga tahu orentasi dirinya sebenar.

    Sebagai pelakon baru, Arja turut mengharapkan sokongan daripada peminat dan menjelaskan dia sudah bersedia untuk menerima sebarang komen dan kritikan daripada penonton menerusi filem sulungnya itu.

    Sementara, bagi Saiful Redzuan Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Raja, dia sendiri sememangnya tidak pernah menyangka untuk terpilih memegang salah satu watak utama iaitu sebagai Ghaus.

    Menurut pelakon kelahiran Pulau Pinang itu, asalnya dia sekadar menemani salah seorang rakan yang menghadiri sesi uji bakat untuk mencari watak utama filem itu yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

    "Pada masa itu memang tiada niat langsung untuk terbabit dalam sesi uji bakat itu. Sebaliknya, saya hanya melihat kehadiran ramai pelakon yang mahu mencuba nasib.


    ADAKAH mesej di sebalik cinta sejenis yang cuba dipaparkan dalam ... Dalam Botol akan difahami oleh khalayak kelak.


    "Kemudian apabila Raja Azmi lalu di hadapan saya, terus dia bertanya sama ada saya berminat untuk turut serta. Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju dan akhirnya berjaya pada sesi uji bakat tersebut," jelasnya.

    Bagaimanapun, tidak bermakna dia terus berjaya memegang watak berkenaan. Sebaliknya dia terpaksa bersaing dengan dua orang lagi aktor popular iaitu Norman Hakim dan Fauzi Nawawi di peringkat akhir.

    "Bayangkan pada masa itu saya terpaksa bersaing dengan dua orang lagi pelakon yang sangat popular.

    "Boleh dikatakan saya tidak terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk menjadi pilihan ramai. Namun mungkin sudah menjadi rezeki saya, akhirnya saya berjaya memegang watak tersebut," ceritanya.

    Ujarnya lagi, biarpun perasaan seronoknya ketika itu sukar untuk digambarkan, tetapi luahnya dia merasa agak tertekan kerana menyedari tanggungjawab yang begitu besar untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh peminat serta penerbit yang telah memilihnya.

    Berhenti kerja

    Biarpun namanya hanya mula dikenali selepas membintangi filem ... Dalam Botol, tetapi Wan Raja sebenarnya sudah mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak dia menuntut di universiti lagi.

    Mengambil jurusan Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM), tetapi Wan menjelaskan bahawa semasa di universiti dia sering terbabit dengan persembahan teater.

    "Selepas tamat belajar, saya pulang semula ke Pulau Pinang dan bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej swasta. Namun pada masa yang sama saya masih lagi meneruskan aktiviti teater," katanya yang pernah mewakili Pulau Pinang ketika festival teater kebangsaan.

    Malah kecintaannya terhadap bidang lakonan telah membuka pintu buat dia berlakon sehingga mengambil keputusan nekad untuk meletakkan jawatan sebagai pensyarah pada penghujung tahun 2008.


    Arja dan Wan Raja menjadi pasangan kekasih dalam ... Dalam Botol.


    "Saya jenis yang sukar untuk buat pelbagai pekerjaan dalam satu masa. Ketika menjadi pensyarah, saya juga terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur hingga mengabaikan para pelajar saya. Akhirnya saya ambil keputusan berhenti mengajar untuk memberi sepenuh tumpuan dalam bidang lakonan," katanya yang juga berkebolehan menulis skrip.

    Masih menuntut

    Berbanding Wan Raja yang kini aktif dunia lakonan, Arja Lee pula terpaksa menolak tawaran berlakon yang diterima memandangkan kini dia masih lagi menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Lakonan dan Pengarahan.

    Ujarnya yang kini berada di tahun dua pengajian, buat masa ini dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran terlebih dahulu sebelum kembali berlakon.

    "Walaupun telah ditawarkan berlakon banyak kali, namun keputusan saya tetap sama iaitu mahu memberi fokus terhadap pelajaran. Pada saya, pelajaran sangat penting untuk masa hadapan," ujar pelakon berusia 28 tahun itu lagi.

    Bagaimanapun, sebelum terbabit dalam filem ... Dalam Botol, Arja sebenarnya pernah terbabit dalam pementasan teater seperti Puteri Gunung Ledang The Musical 1 dan 2 serta Mahsuri dan Kaki Blue.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    MML tak cari hantu

    Posted:

    MML tak cari hantu

    MML tak cari hantu

    Oleh SAHLIZAH MOHAMED


    BARISAN individu yang terlibat dalam Mastika Mencari Logika.


    SELAMA lebih 65 tahun diterbitkan, majalah Mastika yang selama ini memaparkan kisah benar mengenai pengalaman sebenar serta kisah daripada khazanah cerita rakyat tempatan akan diterbitkan dalam bentuk program televisyen.

    Berjudul Mastika Mencari Logika (MML), ia akan mendedahkan sebuah kembara realiti pengalaman menarik dan mendebarkan dalam pencarian logika di sebalik pelbagai fenomena paranormal dan kepercayaan mistik di luar jangkauan minda yang berlaku di serata tanah air.

    Selain berinspirasikan Mastika, MML turut diilhamkan daripada penceritaan sebuah lagi majalah terbitan Utusan Karya Sendirian Berhad (UKSB) iaitu Infiniti.

    MML bukan hanya akan merangsang perhatian, malah turut mempertimbangkan rasional penonton secara kritis agar bebas daripada penjara tahyul dan khurafat menerusi perspektif para intelek Sains Islam pelbagai bidang khususnya dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Bertongkatkan dua hos yang memegang peranan sebagai wartawan iaitu Intan Liyana Yusof Izzudin dan Alif Satar, MML akan menyingkap rahsia alam mistik menerusi pengalaman secara langsung oleh kedua-dua hos yang berdepan dengan pelbagai suasana menyeramkan serta mencabar kekuatan mental dan fizikal untuk menonjolkan paparan yang lebih menarik dan realistik.

    Bercerita lanjut tentang MML, pengarahnya, Hanif Hassan berkata, dia pada mulanya tidak pernah terfikir akan dipanggil untuk mengarah program sedemikian.

    "Pada mulanya, saya berat untuk terima tawaran itu kerana saya tidak pernah melakukannya sebelum ini dan subjek fokusnya juga amat berbeza.

    "Jalan penceritaannya juga lain kerana subjek itu perlu dicari," terangnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran MML di Hulu Langat, baru-baru ini.

    Menurut Hanif, setiap episod akan memaparkan kisah yang berlainan dalam pelbagai bentuk sama ada menerusi bunyi, bau atau secara melihat.

    Katanya lagi, MML bukan berkonsepkan program yang mencari dan memburu mistik, tetapi lebih kepada memaparkan apa yang dapat dirakamkan tanpa menggunakan kesan khas.

    "Kami tidak mencari 'benda' itu atau mengundang mereka supaya hadir, kami hanya memaparkan apa yang dirakamkan termasuk sedikit elemen lakonan semula melalui penceritaan individu yang kami temui.

    "Terdapat juga demonstrasi daripada individu-individu yang kami temui untuk melihat cara mereka mengamalkan perubatan tradisional masing-masing," jelasnya lagi.

    Antara episod menarik yang boleh ditonton dalam MML ialah ilmu besi yang dimiliki oleh seorang warga emas yang boleh menundukkan serta mengawal besi dan senjata lama menerusi berdamping dengan penjaga-penjaganya, kehebatan seorang bomoh hujan yang mengawal cuaca dan memindahkan hujan dan paparan sebuah kampung yang didakwa keras kerana dipenuhi jelmaan saka, penunggu dan sihir.

    Sementara itu, Intan Liyana ketika ditemui mengakui dia menimba pengalaman yang berbeza selama terlibat dalam bidang pengacaraan sejak dua tahun lalu.

    "Bagi saya, MML bukan sebuah program yang sengaja mahu mencari hantu, tetapi ia lebih kepada untuk merungkai kisah misteri dan harta pusaka yang jarang ditemui.

    "Sepanjang penggambaran, saya sukar untuk melihat 'benda-benda' tersebut, tetapi rasa itu ada sehinggalah malam terakhir penggambaran yang diadakan di Sungai Pajam, Nilai, Negeri Sembilan.

    "Mungkin sudah malam terakhir, 'dia' tunjukkan dirinya kepada saya," kata pengacara berusia 25 tahun itu.

    Menurut Intan Liyana lagi, sebaik ditawarkan, dia sudah menetapkan dalam diri dengan memasang niat untuk bekerja dan mencari rezeki selain menjaga pertuturan dan tingkah laku.

    Bagi Alif pula, dia mengakui dirinya tidak begitu berani, tetapi tawaran yang hadir tidak disia-siakan dengan tujuan untuk mencari pengalaman.

    "Saya akui saya memang seorang yang penakut. Tetapi saya terima tawaran tersebut kerana sifat ingin mencuba dan menimba pengalaman.

    "Sebelum terima, saya sebenarnya fikir banyak kali sama ada mahu terima atau tidak. Akhirnya saya putuskan untuk terima dan mencuba sejauh mana mampu saya lakukan.

    "Saya cuba tetapkan dan kawal minda saya serta elakkan memikirkan perkara yang bukan-bukan," luahnya yang akan membaca ayat-ayat suci al-Quran setiap kali sebelum memulakan penggambaran.

    MML terbitan Utusan Studios menyaksikan Azlan Naim Abdullah sebagai penerbit dan dijangka akan menemui penonton pada 8 April ini (Jumaat) selama 30 minit di saluran Astro Prima sebanyak 13 episod.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Charlie Sheen tuntut RM320 juta

    Posted:

    Charlie Sheen tuntut RM320 juta

    Charlie Sheen tuntut RM320 juta


    CHARLIE SHEEN


    SETELAH dipecat daripada membintangi drama bersiri popular, Two And A Half Man, pelakon utamanya Charlie Sheen telah menuntut sebanyak RM320 juta daripada Warner Bros dan penerbit Chuck Lorre.

    Seperti yang dipetik daripada laman web TMZ, pelakon berkenaan bertindak berbuat demikian kerana berasakan pemecatannya itu tidak adil serta menuduh Chuck dengki terhadap dirinya.

    "Saya percaya dia telah membuat keputusan untuk memecat saya kerana egonya sendiri dan mempunyai kepentingan peribadi. Malah, saya dijadikan sebagai kambing hitam semata-mata untuk memuaskan kehendaknya," tegas pelakon berkenaan.

    Sebelum ini, dia mengakui bahawa Chuck sememangnya begitu membenci dirinya dan sempat menggelar penerbit berkenaan sebagai seorang badut dan lelaki bodoh.

    Tegas pelakon itu lagi, keputusan yang dibuat untuk memecatnya itu dilihat tidak adil kerana dia sedang sakit dan kontraknya hanya tamat pada Mei 2012 akan datang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Mahu kendali program serius, analitikal

    Posted: 13 Mar 2011 08:31 AM PDT

    TIDAK dinafikan berita pertunangan pengacara popular Ally Iskandar Mohd Mardzi atau Ally dengan naib juara pertandingan pencarian bakat Gadis Melayu musim pertama, Aishah Zainal membuatkan banyak hati kecewa terutama peminat wanita yang sudah lama menaruh minat padanya.

    Begitupun pada waktu sama bagi mereka yang kenal rapat dengan selebriti yang dibesarkan di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu ini, berita pertunangan itu berupa berita gembira.

    Maklumlah sebelum ini, Ally seperti sudah beberapa kali gagal dalam percintaan. Apabila majlis pertunangan antara dia dan Aishah berlangsung ramai memanjatkan syukur, kerana hati jejaka idaman ramai itu sudah diikat.

    Ditemui pada sesi fotografi khas bersama Rap, di Sri Pentas, Bandar Utama

    baru-baru ini jelas Ally, dia bersyukur kerana akhirnya ditemukan dengan gadis yang serasi, lebih penting kedua ibu bapanya juga merestui pilihannya itu.

    "Memang pernah beberapa kali gagal dalam usaha mencari jodoh hidup, tetapi tidak bermakna saya berputus asa. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang namun jodoh ditentukan Tuhan. Mengikut perancangan asal saya mahu mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun tetapi ia tersasar 10 tahun. Umur 35 baru bertemu dengan bakal isteri," katanya.

    Bercerita latar hubungannya dengan Aishah, jelas Ally dia dan Aishah hanya rakan biasa, namun yang membuatkan hatinya 'bulat' untuk melamar gadis berasal dari Melaka itu apabila keluarga turut menyenanginya.

    "Aishah boleh diibaratkan kenalan keluarga juga. Malah hubungannya dengan
    adik-beradik saya yang lain juga baik seperti rakan. Bukan itu saja, sebelum ini sekiranya ada program di rumah keluarga saya dianjurkan TV3 mahupun TV9, dia akan singgah di rumah bertemu ibu bapa saya. Setiap kali saya balik, mereka akan bertanya mengenai Aishah. Melihat kepada perkembangan itu saya berasakan, Aishah adalah orang yang sesuai di jadikan suri hidup," katanya lagi.

    Beralih topik kepada kerjaya, sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang pengacaraan, Ally yang begitu sinonim dengan TV3 sudah mengendalikan hampir semua jenis program sama ada hiburan mahupun temu bual.

    Bagaimanapun pengacara yang turut dicalonkan dalam Kategori Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) lebih menggemari program serius dan analitikal, selain memiliki editorial yang sangat kuat.

    "Bakat saya dicungkil daripada rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan TV3. Bagaimanapun kerana belum ada pelapis saya masih lagi aktif mengendalikan rancangan hiburan. Kalau mahu tinggalkan program hiburan pun saya akan lakukan secara perlahan-lahan. Dalam tempoh lima tahun akan datang saya percaya TV3 akan bertemu dengan pelapis baru.

    "Menyentuh mengenai wajah yang sinonim dengan TV3, saya berterima kasih dengan stesen nombor satu ini yang berjaya mencungkil bakat saya dan mengembangkannya sehingga saya berada sekarang. Malah saya akan terus bersama TV3 selagi bakat diperlukan.

    "Saya gembira sepanjang berkhidmat untuk TV3, ia ibarat datang bekerja di rumah sendiri. Saya percaya jika saya ke stesen televisyen lain, saya tidak akan memperoleh keseronokan bagaimana saya bekerja di sini," katanya.

    Selain itu Ally turut berkongsi pengalaman bagaimana hendak bertahan dalam dunia pengacaraan, katanya sepanjang pembabitannya sebagai pengacara dia belajar setiap kali beraksi di hadapan kamera berkenaan program terbabit dan bukan dirinya.

    "Tugas saya memastikan program dilaksanakan dengan lancar. Lebih penting orang
    ingat program yang diterbitkan dan bukannya saya sebagai pengacara. Orang akan bosan kalau pengacara lebih menonjol berbanding rancangan dikendalikan. Kalau perkara itu berlaku bermakna pengacara itu cuba membayangi rancangan terbabit.

    "Contoh terbaik untuk menjelaskan perkara ini pada saya adalah Ryan Seacrest dalam mengendalikan rancangan American Idol. Dia tidak pernah cuba menonjol sebaliknya menonjolkan peserta bertanding. Seperkara lagi sebagai pengacara, sekiranya rancangan dikendalikan itu bagus orang tidak akan memuji pengacara melaksanakan kerja dengan baik, tetapi sekiranya rancangan itu kurang menarik pasti pengacara akan dipersalahkan. Itulah antara cabaran yang harus dihadapi pengacara," katanya.

    Selain mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Ally kini turut mengacarakan rancangan hiburan pencarian bakat Mentor musim kelima yang disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam. Menyentuh mengenai program itu jelas Ally penonton harus ingat bahawa ia bukan mengenai Protege tetapi Mentor.

    "Mengapa saya berkata demikian, sebenarnya Mentor menonjolkan kemampuan penghibur berpengalaman membentuk bintang baru. Lihat saja Mohd sewaktu menyertai Mentor. Bagaimana Ziana berusaha mencungkil bakatnya sehingga dia muncul juara. Jadi dari sudut itu

    kita sudah tahu bahawa sebenarnya Mentor adalah menonjolkan kemampuan Mentor, dan kerana itu judulnya rancangan ini Mentor," katanya.

    PROFIL

    Nama Penuh: Ally Iskandar Mohd Mardzi
    Panggilan: Ally
    Tarikh Lahir: 13 Januari 1976
    Umur: 35 tahun
    Asal: Kuala Lumpur (dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu)
    Adik-Beradik: Anak kedua daripada tujhu beradik.
    Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan
    Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.
    Makanan Kegemaran: Nasi lemak masakan ibu.
    Minuman Kegemaran: Kopi O
    Hobi: Bola keranjang
    Kerjaya: Penerbit dan pengacara
    Rancangan TV: Ally, MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3, Anugerah Juara Lagu, Konsert Jom Heboh, Majalah Tiga Edisi Perkahwinan Aidid Marcello dan Norzie Pa'Wan Chik, Tiada Rahsia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, Singgah Sahur, ResQ, Peringkat Akhir Pesona Nona dan Mentor

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mamat tetap merendah diri

    Posted: 13 Mar 2011 08:22 AM PDT

    DALAM nada merendah diri Mamat Khalid berkata, kejayaan filem arahannya, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang berjaya meraih kutipan RM7.9 juta kerana komitmen semua pelakon filem itu.

    Katanya, dia hanya aturkan saja dan merekalah yang mengadunkan filem itu dengan baik.

    Antara pelakon filem itu, Zami Ismail (Pak Abu), Awie (Hussein), Delimawati (Kak Limah), Johan Raja Lawak (Abu Hurairah), Man Kadir (Pak Jabit) dan Ummi Nazeera (Cik Nien).

    Mamat ditemui pada majlis penghargaan kepada tenaga kerjaa HKLBR dan juga pemberian bonus, Jumaat lalu, berkata Awie membuktikan yang dia pelakon versatil dan siapa sangka dia boleh berlakon komedi.


    Dengan suara macho dan tubuhnya yang sasa, Awie dikurniakan bakat melawak.


    "Kejayaan HKLBR terletak kepada lakonan semua pelakon dan apa yang mereka beri. Saya hanya mengaturkannya saja, yang lain itulah daya usaha pelakon.

    "Mereka berjaya menjadikan filem ini kegemaran ramai. Karya sesebuah filem itu amat bergantung kepada bakat tetapi jika tiada yang mahu melayan apa yang saya hendak buat, ia tidak akan jadi juga.

    "Terima kasih kepada Gayatri (Gayatri Su-lin Pillai - Pengurus Besar dan Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd- TUSB). Amat susah untuk mendapat layanan sebegitu daripada produser lain. Kejayaan filem ini memberi nafas baru bagi saya apabila filem yang sangat saya sayangi, Estet, gagal di panggung.

    "Kegagalan itu membuatkan saya tertanya-tanya 'di manakah aku dalam industri ini?'. Namun kejayaan HKLBR juga tiada maknanya tanpa bantuan dari rakan media yang begitu banyak memberikan sokongan," katanya.

    Menurut Mamat, asalnya ia adalah telefilem dan tidak mendapat sambutan penonton. Kemudian rakan baiknya, Raffi Zamani menyarankan dia buat dalam versi filem pula.

    "Maka saya pun pergilah mengadu dengan Gayatri dengan mengatakan padanya filem ini bagus dan akan meletup. Harapan saya dengan menerbitkan filem HKLBR ini dapat menampung semula kerugian filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) yang menang Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia tetapi kurang diterima penonton. Sedih betul masa itu.

    "Meskipun begitu, KMBM berjaya mengembara ke sekeliling dunia apabila dipanggil menyertai festival filem luar negara. Seperti dijangkakan HKLBR mendapat sambutan tetapi tak sangka pula dengan kuasa Allah, sambutan terhadapnya sangat hebat.

    "Dengan kejayaan itu, ia petanda baik menunjukkan filem kita ada penonton dan dengan jumlah kutipan itu juga jumlah penonton filem Melayu sudah hampir sejuta," katanya.

    Menceritakan latar filem itu yang terjadi di Kampung Pisang, jelas Mamat di seluruh negara ini ada Kampung Pisang. HKLBR adalah filem kedua Mamat yang berlaku di Kampung Pisang selepas filem Zombi Kampung Pisang. Turutan daripada itu Mamat sudahpun menyiapkan sekuel ketiga yang terjadi di Kampung Pisang, berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

    "Saya juga sudah siapkan skrip Zombi The Ultimatum tetapi kerana saya masih sayangkan semua watak dalam filem itu yang dapat dikembangkan menjadi jalan cerita yang lebih menarik saya akan arahkan tiga lagi filem sebelum Zombi The Ultimatum sebagai filem terakhir untuk siri Kampung Pisang.

    "Kampung Pisang melambangkan Malaysia dan masyarakat Melayu. Bagaimanapun dalam setiap filem, saya bukan hendak menyampaikan mesej tetapi kritikan sosial.

    "Bukan kerja kita untuk mengajar orang lain. Dalam setiap filem yang diarahkan saya hanya ingin mengupas apa saya lihat dan rasa.

    "HKLBR menunjukkan betapa masyarakat kita sangat mempercayai tahyul. Hussien misalnya tidak percaya cerita tahyul tetapi dia sendiri akhirnya terpaksa berhadapan dengan hantu Kak Limah. Kita hidup dalam masyarakat yang percayakan benda halus dan supernatural.

    "Apapun, perkara yang paling penting dalam filem saya mesti ada elemen hiburan. Misalnya seperti saya buat telefilem Rombongan Cik Kiah, 12 tahun lepas, moralnya ada di situ.

    "Daripada filem pertama lagi saya cuba sajikan unsur hiburan dari pelbagai sudut dan saya lebih mengutamakan penerimaan penonton daripada kehendak saya sendiri.

    "Kalau ikutkan keinginan hati, saya hendak buat filem yang menceritakan asal usul orang Melayu dan filem epik," katanya.

    Kejayan HKLBR ini memberi cabaran baru kepada Mamat kerana penonton akan mula berharap sesuatu yang luar biasa daripadanya.

    "Sebagai pengkarya saya perlu mengekalkan prestasi dengan sentiasa mencari kelainan. Dalam filem Apokalips saya buat khusus untuk penonton muda dari 15 hingga 25 tahun. Ketika mengarahkan filem itu, saya berasakan yang diri ini kembali muda.

    "Saya perlu mencari peminat dan penonton baru. Tanpa perlu ada pelakon cantik dan seksi, HKLBR membuktikan dengan jalan cerita yang bagus dan lakonan berkesan, ia tetapi diminati ramai.

    Gayatri selalu gaduh dengan Mamat

    DARIPADA 28 filem yang ditayangkan, HKLBR adalah filem pertama yang mencapai kutipan pecah panggung dan sebagai menghargai jasa semua yang terbabit dalam pembikinan filem itu, TUSB menyediakan RM200,000 sebagai pemberian bonus buat mereka.

    Walaupun sebelum ini ada juga filem Mamat yang kurang berjaya namun Gayatri terus bekerjasama erat dengannya kerana yakin dengan kebolehannya yang luar biasa.

    "Penonton sudah faham dan boleh menerima karya Mamat. Pada awalnya mungkin mereka tidak berapa faham apa yang cuba disampaikan oleh Mamat dan sekarang mereka ternanti-nanti karyanya. Tidak semestinya apabila satu filemnya dengan TUSB tidak 'menjadi' kami terus menolaknya. Peluang itu mesti terus diberi.

    "Misalnya, meskipun KMBM tidak mendapat sambutan penonton namun dipandang tinggi di luar negara dan secara tidak langsungnya nama TUSB jadi besar di mata dunia.

    "Penangan HKLBR juga ada orang yang tidak pernah menonton filem di panggung wayang selama 30 tahun, tiba-tiba dia tergerak hati untuk menonton filem ini.

    "Dalam bekerjasama saya dan Mamat, kami selalu bergaduh demi mencapai keputusan yang terbaik," katanya.

    Sebagaimana Mamat, Gayatri sendiri tidak menyangka kutipan tiket HKLBR akan capai hampir RM8 juta.

    "Apabila kutipannya mencecah RM4.5 juta, saya ingat ia mesti hanya akan pergi setakat RM5 juta. Saya sangat berbangga dengan pencapaian filem ini kerana ia adalah filem yang biasa dan bukannya filem yang ada banyak CGI. Terbukti filem yang dekat di hati penonton dan kehidupan mereka, akan diterima ramai," katanya.

    Dalam memantapkan lagi industri filem tanah air, Gayatri berkata, TUSB juga membuka ruang kepada produser baru untuk bekerjasama.

    "Kerjasama itu menerusi pelaburan bersama dalam tiga atau empat filem. Jika satu filem saya, hasilnya tidak akan nampak. TUSB membuka ruang kerjasama itu kerana saya lihat ramai produser hari ini yang tersalah langkah dan selepas menerbitkan satu filem, syarikat itu terus hilang begitu saja," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.