Adsense

Sabtu, 19 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


Tutorial : Letak kesan salji dalam blog (Snow effect)

Posted: 19 Mar 2011 01:07 AM PDT

Dalam keboringan hari sabtu dengan cuaca mendung daripada pagi hingga ke petang, idea untuk berkongsi mengenai cerita artis bertukar kepada mood Tutorial untuk pembaca di ZoOMartis DOt Net dan Facebook.


Sedikit sebanyak post ZoOm kali ini dapat menolong anda untuk mencantikkan lagi blog dan web anda. Hari ini ZoOM akan berkongsi dengan anda cara-cara membuat efect salji didalam laman web anda .


Untuk tutorial ini akan diletakkan 2 kod iaitu untuk salji putih dan salji hitam


Cara untuk meletakkan salji dalam blog adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger, dari dashboard>layout>add a gadget>html/javascript

2. Copy salah satu kod berikut kemudian paste dalam ruangan html/javascript

Kod untuk salji putih (sesuai untuk background hitam)


<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/14104214083/snow-white.js"></script>
Kod untuk salji hitam (sesuai untuk background putih)
<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/03441140321/snow-black.js"></script>
3. SAVE dan cubalah lihat hasilnya.


ZoOM : Selamat mencuba !!
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Zahiril dan Shera nak bertunang

Posted:

Zahiril dan Shera nak bertunang

Zahiril dan Shera nak bertunang


ZAHIRIL dan Shera sedang hangat bercinta ketika ini.


KECOH pun tak, bising pun tak juga tetapi dalam diam-diam pelakon kacak Zahiril Adzim dah nak bertunang. Wanita bertuah pilihan hati jejaka itu rupanya orang Sri Pentas, TV3.

Siapa lagi kalau bukan Shera Ayoub yang cantik manis dan merupakan pengacara Wanita Hari Ini. Baguslah tu, pasangan ini tidak segan silu berkongsi kisah cinta dengan peminat.

Joyah bukan apa, sebelum ni ada pasangan artis mati-mati tak mengaku bercinta bila ditanya wartawan. Tapi pada masa sama berkepit mesra ke sana sini mengalahkan pasangan yang dah berkahwin.

Namun lain pula dengan Zahiril, 27. Penuh macho mengaku sedang hangat bercinta dengan Shera yang muda dua tahun daripadanya.

Yang lebih seronok, mereka dah rancang nak bertunang pertengahan tahun ini walaupun baru berkawan enam bulan lalu selepas kedua-duanya terbabit dalam filem Sesuatu Yang Tertinggal.

Bagi Joyah zaman dah berubah, nampaknya artis yang baru nak naik sekarang memang terbuka minda. Kalau artis dulu-dulu hendak bercinta pun main sorok-sorok.

Hari ini sudah terang lagi dan bersuluh. Agaknya itulah gaya cinta artis zaman sekarang yang dah tak kisah pun saham jatuh ketika nama baru nak popular.

Bagi peminat yang nak baca lagi cerita cinta Zahiril dan Shera itu, jangan lupa beli majalah paling popular di Malaysia, URTV yang wajah depannya diva popular Ziana Zain. Khabarnya majalah tu laris betul macam pisang panas ketika ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan pelekeh orang Perlis

Posted:

Jangan pelekeh orang Perlis

Jangan pelekeh orang Perlis

Dalam Mingguan Malaysia, 13 Mac 2011, Puan ada menyentuh tentang tumbuk sambal belacan untuk Malaysia Book of Records (MBR) yang telah di adakan di Kampung Banir Tembus, Perlis. Untuk pengetahuan puan, sambal belacan di negeri Perlis bukan hanya pembuka selera bagi masyarakat Melayu sahaja, semua lapisan masyarakat tak kira kaum suka makan sambal belacan. Semua kaum yang ada di negeri Perlis juga turut serta dalam acara tersebut.

Selepas acara MBR, kami ada jamuan rakyat. Agak-agak puan, dari mana kami dapat sambal belacan untuk menjamu jemputan seramai 5,000 orang pada hari tersebut? Saya pohon puan semak terlebih dahulu sumber maklumat puan supaya tidak menyentuh hati mana-mana pihak dengan maklumat yang tidak tepat dan boleh mendatangkan fitnah.

Memetik kata kata Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, ada orang di Kuala Lumpur, yang menganggap kami lekeh dan tercorot.

Untuk pengetahuan puan juga, susah sekali bagi kami di negeri tercorot ini untuk mendapat liputan di media massa tempatan, baik cetak mahupun elektronik. Bukannya wartawan di negeri ini tidak bekerja, tetapi tiap kali "story" di hantar ke HQ di tolak kerana kami tidak mempunyai cukup " reading power". Maknanya tidak ramai yang membaca suratkhabar di negeri ini.

Barangkali puan dan segelintir orang-orang KL tak tahu bahawa kami ada banyak IPTA dan IPTS di negeri ini. Kami juga hidup aman damai dalam masyarakat berbilang kaum dan tidak pernah rasa menumpang di bumi sendiri. Tidak ada kawasan di negeri ini yang di monopoli oleh rakyat asing dan kami rasa selamat tinggal di sini. Saya pohon Puan Siti Jarum untuk tidak membuat tuduhan membuta tuli serta tidak langsung mempunyai sensitiviti.

Cerdik tak cerdik sesuatu rekod itu bukan keputusan puan untuk mentakrifkannya. Tetapi maksud dan objektif penganjuran sesuatu acara MBR itu perlu puan fahami terlebih dahulu sebelum memberi ulasan yang memakan diri sendiri.

Fadina Othman

Kangar, Perlis.

Jangan hina orangPertama sekali, saya ini merupakan pembaca setia Mingguan Malaysia juga peminat Pancaindera. Jadi, setiap kali membaca Pancaindera, sudah pasti sy tak terlepas membaca ruangan Siti Jarum.

Untuk pengetahuan Siti Jarum, saya amat amatlah tak gemar membaca artikel Siti Jarum, kerana dalam artikel Siti Jarum ialah hanya hasad dengki dan juga niat Siti Jarum ingin merendah rendah kan orang lain dan juga artis.

Tinggi sangatkah Siti Jarum nak kata orang macam itu semua? Mulia sangatkah Siti Jarum kita ini? Maksumkah Siti Jarum sampaikan semua orang Siti Jarum pandang rendah dan hina? Jawablah. Kita ini manusia Siti Jarum oi. Sedarlah sikit. Semua manusia patut di beri peluang. Bagi sokongan. Jangan nak jatuh jatuh kan orang.

Sebagai contoh biar saya beri di sini. Pertama sekali tentang KRU mengeluarkan cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Siti Jarum kita yang mulia ini cuba banding kan cerita kita dengan orang Barat punya cerita. Patutkah berkata begitu?

Siti Jarum ini jadi wartawan ada kelayakan atau tidak? Atau hanya masuk bidang wartawan dari hasil saudara mara tolong sana sini? Tak pun kawan bapak Siti Jarum tolong? Anak ikan Siti Jarum tolongkah? Sebab apa yang saya lihat, setiap artikel Siti Jarum sangat cetek pemikirannya.

Kalau nak merendah-rendahkan orang, buatlah sendiri. Make your own Hikayat Merong Mahawangsa. Buatlah. I cabar u. Pandai sangat kata kita ni ketinggalanlah, apalah. Pandai kritik saja tak guna. Buktikan pada semua orang yang kamu boleh buat lagi hebat daripada KRU tu Siti Jarum oiii.

Awak ini pandai cakap saja. Pandai kutuk saja. Tapi benda lain apa pun tak pandai. Taubatlah Siti Jarum. Saya rasa dalam sejuta orang yang baca semua artikel Siti Jarum, 999,198 memaki, menyumpah dan tak suka akan Siti Jarum. Baki 802 mungkin suka sebab mereka ialah suku kaum Siti Jarum sendiri.

Jadi fikirlah Siti Jarum. Sebelum kita mengata orang, kita pandanglah diri kita sendiri dulu. Adakah kita mampu untuk buat macam orang lain buat? Adakah kita ini berupaya untuk lakukan sesuatu macam orang lain buat? Dan adakah kita lagi hebat dari orang lain? Fikirlah Siti Jarum.

Tetapi kalau kita ni pun tak seberapa, setakat wartawan yang tak ada apa, jangan nak kecoh sangatlah.

Janganlah tak pedulikan e-mel saya ini. Saya cuma nyatakan rasa tidak puas hati kepada seorang wartawan yang saya anggap sangat kurang ajar dan tak ada nilai sensitiviti pada orang lain.

zulashraf@ymail.com

Syabas Siti JarumSemoga Allah memberkati kehidupan Siti Jarum dengan kurniaan tubuh fizikal dan rohani yang sihat selalu. Tersenyum saya yang termasuk dalam warga emas ini membaca komen siti tentang Bob Lokman dalam Mingguan Malaysia 6 Mac yang lalu. Pada hujung senyum saya timbul rasa syukur saya pada Allah kerana ada juga wartawan yang mengambil berat tentang agama anutannya dengan teliti. Sesungguhnya komen Siti tentang Bob itu amat tepat dan ia mampu memberikan kesedaran kepada orang lain juga yang bertindak seperti Bob itu. Syabas Siti. Teruskan menghayati agama kita dengan fikiran terbuka demi hidup yang harmoni sesama insan.

A. Rahman C. M. K.

Terengganu.

Jangan main politikAku amat mual dan meluat atas komen kau yang meloyakan dan mengguris hati umat islam seluruhnya. Janganlah menari ikut rentak politik. Ini makalah hiburan, rakyat bayar duit bukan untuk kau racun dan rasuah fikiran rakyat. Awas pena kau sebelum terlambat ditelan kuasa Allah, bukan kuasa politik dan keangkuhan kau.

Yang Terguris.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Terlaris di pasaran

Posted: 18 Mar 2011 06:04 PM PDT

Hip

pix_gal0
Bukan hanya berbakat, karisma Bruno Mars terserlah di pentas

SEKELIP mata, namanya kini sebaris dengan penyanyi ternama antarabangsa yang lain. Berkebolehan mencipta lagu yang catchy dan sedap didengar, Peter Gene Hernandez, atau lebih dikenali sebagai Bruno Mars, pantas mendaki puncak populariti apabila lagu nyanyiannya, Just The Way You Are dan Grenade menguasai carta lagu popular beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Belanda dan Kanada.

Malah jejaka kelahiran Hawaii ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi lelaki solo pertama memiliki dua single yang berada pada kedudukan nombor satu selepas 13 tahun. Begitulah dahsyatnya penangan jejaka berusia 25 tahun ini apabila kejayaan yang diraihnya itu hanyalah bersandarkan kepada sebuah album.

Nama Mars terus menjadi bualan hangat apabila dia dicalonkan dalam tujuh kategori pada Anugerah Grammy baru-baru ini. Antara kategori itu ialah Lagu Terbaik Rap, Lagu Kolaborasi Rap Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik. Tuah ternyata berpihak pada Mars apabila dia memenangi anugerah vokal menewaskan calon lain seperti Adam Lambert, Michael Buble, Michael Jackson dan John Mayer.

Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang meminati muzik, kecenderungan Mars terhadap cabang seni dapat dikesan sejak kecil lagi. Dia juga peminat setia superstar Elvis Presley dan pernah muncul dalam MidWeek sebagai penyanyi legenda itu. Kebanyakan lagunya banyak dipengaruhi muzik Elvis.

"Saya ialah peminat setia penyanyi era 50-an, Elvis Presley. Saya meminatinya kerana dia cukup hebat, dan mampu membuat ramai peminat tergila-gilakan dirinya. Begitu juga dengan penyanyi Prince dan Kumpulan The Police," ungkap Mars.

Bukan saja berbakat dalam bidang penciptaan lagu, tetapi penyanyi yang sering tampil dengan imej bertopi ini juga dikenali sebagai penghibur berkarisma apabila berada di atas pentas. Mars yang sejak beberapa bulan lalu begitu sibuk dengan siri jelajah promosi albumnya, The Doo-Wops & Hooligans Tour, sering menjadi tajuk muka depan akhbar apabila konsertnya mendapat pujian ramai.
Lebih membanggakan apabila tiket untuk menyaksikan konsertnya laris bagai pisang goreng panas. Bukan bercakap kosong, tetapi itulah kenyataan. Buktinya, konsertnya di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 10 April dikatakan habis dijual walaupun pada awalnya, kehadiran penyanyi itu ke Malaysia masih menjadi tanda tanya.

Mars dijangka akan berkunjung ke Malaysia selepas mengadakan persembahan di Filipina sebelum meneruskan destinasi jelajah promosinya ke Australia.

Ditahan kerana dadah

DI sebalik cerita kejayaan yang diraihnya, penyanyi yang dilahirkan pada Oktober 1985 ini turut menjadi tumpuan media apabila ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah. Ketika ditahan di bilik air selepas dia mengadakan persembahan di Hard Rock Hotel & Casino Las Vegas, awal September lalu, Mars mengaku memiliki 2.6 gram kokain.

Bagaimanapun, sewaktu diberkas kira-kira jam 2.40 pagi, Mars memberitahu pihak berkuasa, dia tidak pernah mengambil dadah sebelum ini.

Ketika kesnya disebut di mahkamah, Mars diarahkan berkelakuan baik selama setahun serta mematuhi syarat yang terkandung sewaktu mengemukakan rayuan. Jika gagal mematuhi arahan itu, Mars bakal berdepan hukuman lebih berat iaitu merengkok di dalam penjara sehingga empat tahun lamanya.

Selain dikehendaki berkelakuan baik, Mars juga akan menghabiskan masa 200 jam untuk menjalankan kerja kemasyarakatan.

Mars bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung kesnya itu ketika wakil wartawan mengerumuninya selepas perbicaraan dijalankan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukan sekadar R&B

Posted: 18 Mar 2011 05:57 PM PDT

Hip

Dayang Nurfaizah turut menggemari lagu pop

KELUNAKAN atau kemerduan suara Dayang Nurfaizah amat sinonim dengan lagu berentak pop R&B, tetapi penyanyi dari Kuching, Sarawak ini menegaskan, kemampuannya tidak boleh dibataskan kepada satu jenis lagu saja.

Malah penyanyi yang memulakan kariernya pada 1999 ini seolah-olah mahu mengisytiharkan bahawa dirinya bukan penyanyi R&B, kerana Dayang juga menganggap dirinya memiliki kelebihan dalam membawakan pelbagai jenis lagu lain, terutama irama pop Melayu asli.

Kebolehan dan bakat yang dimilikinya itulah membuka peluang kepadanya menerima banyak tawaran daripada syarikat korporat untuk mengadakan persembahan, selain mudah diterima peminat pelbagai peringkat usia. "Bukan saja lagu-lagu berentak R&B, malah saya akan turut menyelitkan lagu asli dalam setiap persembahan. Syukur alhamdulillah, setiap kali saya mengadakan persembahan, saya menerima maklum balas yang baik daripada pendengar dan peminat.

"Walaupun lagu klasik yang saya bawa agak sukar untuk dinyanyikan, disebabkan lenggok dan gaya pembawaan yang berbeza daripada rentak terkini, namun saya cuba melakukan yang terbaik buat peminat.

"Begitupun, saya bawakan juga lagu berkenaan pada persembahan majlis makan malam atau majlis eksklusif biarpun ada antara lagu yang saya nyanyikan itu tidak pernah saya dengar sebelum ini. Peminat lebih menghargai kebolehan kita apabila berupaya menyanyikan pelbagai rentak irama muzik," katanya.

Penyanyi itu ditemui selepas menjayakan persembahan bersama 'orang lama', Roy dalam Imbauan 3 di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, baru-baru ini.
Dayang yang bakal muncul dengan album kelapannya awal bulan depan, tidak pernah meletakkan dirinya pada satu tahap yang memuaskan hati, malah sentiasa mempelbagaikan rentak lagu supaya diterima semua pihak, tidak mengira batas usia.

Malah, dengan kelahiran album terbarunya berjudul Sayang N Cahaya nanti, diharap ia mampu melonjakkan semula namanya dengan rentak yang lebih santai berbanding albumnya sebelum ini.

Album terbarunya memuatkan 12 lagu seperti Mulanya Di Sini nyanyian asal Allahyarham Seha daripada kumpulan Freedom, yang diberi nafas baru pada susunan melodi. Selain itu, antara lagu lain yang dimuatkan dalam produk berkenaan ialah Sayang, Ku Tunggu Cahaya, Rahsia Cinta, Saat Ini, Pelukan Cinta, Kau Bintangku, Sabarlah, Stay dan Life With You.

Lebih membanggakan, albumnya itu mendapat sentuhan komposer terkenal seperti Omar K, Yassin, Zain, Audi Mok dan Zuraini.

"Album terbaru ini lain daripada yang sebelum ini, malah ada penambahan apa yang kurang dalam album lalu. Jika dulu banyak lagu berentak rancak, kali ini ia lebih tenang.

"Tak sangka album kali ini memuatkan 12 lagu berbanding sebelum ini hanya dihiasi 10 lagu. Mulanya, memang kami ingat nak buat enam lagu saja, tapi tak sangka banyak pula lagu bagus yang dapat dirakam," katanya.

Daripada sejumlah lagu yang dimuatkan itu, Dayang Nurfaizah mempertaruhkan lagu Ku Tunggu Cahaya yang dijangka mendapat sambutan selain mensasarkan penjualan album secara digital berbanding fizikal, yang mudah dan cepat. Begitupun, dia tetap berharap jualan CDnya turut mencatat kejayaan membanggakan.

Impian solo di DFP

DAYANG turut menyimpan impian suatu hari nanti dapat mengadakan konsert solonya di DFP yang dianggap sebagai pentas berprestij dan eksklusif, dengan iringan muzik orkestra.

"Mungkin selepas ini ada pihak yang sudi memberi peluang kepada saya untuk membuat persembahan solo di sini. Cuma masa yang akan menentukan. Apa salahnya jika ada peluang untuk saya membuat persembahan lagi di sini, mungkin dengan penyanyi lain kalau bukan secara solo," katanya.

Baginya, setiap peluang yang diberikan kepadanya tidak akan disia-siakan demi peminat, walaupun berkongsi pentas dengan artis lain.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(TAHNIAH!) Man Juara Raja Lawak 5, Menang RM100 Ribu

Posted: 18 Mar 2011 04:41 PM PDT

man juara raja lawak 5

Man telah dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Musim ke lima memahatkan namanya sebaris bersama juara-juara Raja Lawak sebelum ini iaitu Yus, Nabil, Kecik dan sepah.. Sementara itu naib juara jatuh kepada R2.

Persaingan ketiga-tiga finalist memang sengit. Carta undian juga kelihatan beberapa kali bersilih ganti bertukar dimana pada awal pembukaan gelanggang akhir kumpulan Balas memiliki undian paling tinggi diikuti R2 dan yang terakhir sekali adalah Man. – suarabawahtanah

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar miera liyana seksi habis tak hingat

Posted: 18 Mar 2011 04:48 PM PDT





 google: miera liyana, miera liyana seksi habis, miera liyana seksi, miera liyana bogel, buah dada miera liyana, baju seksi miera liyana, gambar miera liyana seksi, miera liyana seksi terkini terbaru, gambar terkini terbaru miera liyana, miera liyana 2011, miera liyana hot, gambar hot miera liyana, miera liyana separuh bogel, baju seksi miera liyana separuh bogel

Gambar irma hasmie bertudung. Lawa betul

Posted: 18 Mar 2011 04:45 PM PDT




google:irma hasmie, irma hasmie tudung, irma hasmie bertudung, irma hasmie 2011, irma hasmie bertudung terbaru terkini, gambar irma hasmie bertudung, irma hasmie bertudung manis, irma hasmie penampilan bertudung baru

Man Dinobat Juara Raja Lawak 5

Posted: 18 Mar 2011 04:41 PM PDT

SHAH ALAM: Seperti dijangka Man atau nama sebenar Abd Rahman Kassim, 33, dinobatkan sebagai juara program realiti Raja Lawak Astro 5 dalam pertandingan akhir malam Jumaat.

Program akhir yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu menyaksikan peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini berjaya meraih undian peminat sebanyak 45 peratus.

Manakala Kumpulan RJ yang dianggotai oleh Rahim Mat Ali dan Ridhzuan Mat Ali yang menerima undian 32.5 peratus sekadar berpuas hati muncul naib juara dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Balas denganundian 22.6 peratus.

Dengan kemenangan tersebut, Man berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, barangan elektrik serta trofi sumbagan Astro.

Sementara kumpulan RJ dan Balas tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000, barangan elektrik serta trofi.

"Saya masih lagi tergamam dengan kemenangan ini, ia membuktikan pengorbanan lima tahun dari program pertama hingga ke kelima akhirnay membuahkan hasil.

"Sebagai orang biasa, saya rasakan ini merupakan satu keajaiban yang berlaku dalam hidup saya," katanya selepas diumumkan sebagai juara.

Tambah Man, dia berharap agar diberi peluang untuk mengembangkan bakat yang ada dalam dirinya.

"Perancangan selepas ini hanya serahkan kepada pihak Astro untuk mencungkil bakat lagi bakat yang ada pada diri saya.

"Selain itu, saya juga perlu berbincang dengan majikan saya Pos Malaysia untuk perancangan selepas ini," ujarnya.

Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu David Teo, Sathiya dan Afdlin Shauki, sementara keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Dengan keputusan ini, secara automatik ketiga-tiga peserta akhir ini layak untuk bertanding di dalam rancangan Maharaja Lawak yang akan bersiaran pada 1 April ini.

Program Maharaja Lawak tersebut akan menyaksikan persaingan di antara kesemua finalis rancangan Raja Lawak Astro dari musim pertama hingga kelima.

Zahiril Adzim Mahu Cepat Kahwin Dengan Shera Aiyob

Posted: 18 Mar 2011 04:40 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim (gambar) mengaku tidak mahu melengahkan perkahwinannya dengan pengacara Shera Aiyob setelah bertunang pada tahun ini.

Pelakon drama 6 Progresif, Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata, Kami The Series, Seandainya Aku Siti dan Merah Puteh ini sedang merancang untuk bertunang dengan pengacara Wanita Hari Ini itu dalam satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Pasangan ini telah menjalin hubungan sejak tujuh hingga lapan bulan lalu. Setakat ini, tiada lagi majlis merisik dan perbincangan melibatkan kedua-dua keluarga tetapi menurut Zahiril keluarganya dan keluarga Shera telah bertemu di sebuah pasaraya.

"Keluarga saya belum lagi membicarakan tentang perkara ini (kahwin) dengan keluarga Shera. Bagaimanapun, saya percaya pada jodoh dan kalau boleh tidak mahu melengah-lengahkan perkara yang baik.

"Kalau bercinta lama-lama pun, tetapi tidak berakhir ke jinjang pelamin pun tidak menjadi juga. Saya percaya kepada tiga perkara dalam hidup iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Jadi apabila merasakan dia adalah jodoh saya, buat apa nak buang masa lagi.

"Umur kami pun semakin bertambah, saya sudah 27 tahun dan dia berumur 25 tahun," kata pelakon filem Kami The Movie dan Karaoke ini.

Bagaimanapun, seperti Shera, duta Amnesty International Malaysia ini turut mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tentang majlis pertunangan mereka atas alasan banyak hati yang perlu dijaga.

"Dakwaan kami akan bertunang pada 1 Mei adalah tidak benar dan akan memberitahu tentang majlis tersebut pada masa yang sesuai.

"Lagipun perkara seperti ini melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Selagi orang tua kami tidak memberikan kata putus, kami tidak boleh berkata apa-apa kerana banyak hati yang perlu dijaga. Insya-Allah, jika tiada aral kami akan bertunang pada tahun ini.

"Kalau boleh kami tidak mahu bertunang lama-lama kerana bimbang dugaan akan datang bertimpa-timpa. Insya-Allah, saya rasa sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Juvana arahan Faizal Ishak dan terbitan produksi Kabir Bhatia untuk TV3.

Selain menerima Shera sebagai jodohnya, pelakon yang turut berdebar menunggu kemunculan filem terbarunya, Senjakala di pawagam pada 14 April ini akui tertarik dengan sikap wanita itu yang pandai berdikari dan tidak suka mengongkong.PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim (gambar) mengaku tidak mahu melengahkan perkahwinannya dengan pengacara Shera Aiyob setelah bertunang pada tahun ini.

Pelakon drama 6 Progresif, Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata, Kami The Series, Seandainya Aku Siti dan Merah Puteh ini sedang merancang untuk bertunang dengan pengacara Wanita Hari Ini itu dalam satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Pasangan ini telah menjalin hubungan sejak tujuh hingga lapan bulan lalu. Setakat ini, tiada lagi majlis merisik dan perbincangan melibatkan kedua-dua keluarga tetapi menurut Zahiril keluarganya dan keluarga Shera telah bertemu di sebuah pasaraya.

"Keluarga saya belum lagi membicarakan tentang perkara ini (kahwin) dengan keluarga Shera. Bagaimanapun, saya percaya pada jodoh dan kalau boleh tidak mahu melengah-lengahkan perkara yang baik.

"Kalau bercinta lama-lama pun, tetapi tidak berakhir ke jinjang pelamin pun tidak menjadi juga. Saya percaya kepada tiga perkara dalam hidup iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Jadi apabila merasakan dia adalah jodoh saya, buat apa nak buang masa lagi.

"Umur kami pun semakin bertambah, saya sudah 27 tahun dan dia berumur 25 tahun," kata pelakon filem Kami The Movie dan Karaoke ini.

Bagaimanapun, seperti Shera, duta Amnesty International Malaysia ini turut mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tentang majlis pertunangan mereka atas alasan banyak hati yang perlu dijaga.

"Dakwaan kami akan bertunang pada 1 Mei adalah tidak benar dan akan memberitahu tentang majlis tersebut pada masa yang sesuai.

"Lagipun perkara seperti ini melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Selagi orang tua kami tidak memberikan kata putus, kami tidak boleh berkata apa-apa kerana banyak hati yang perlu dijaga. Insya-Allah, jika tiada aral kami akan bertunang pada tahun ini.

"Kalau boleh kami tidak mahu bertunang lama-lama kerana bimbang dugaan akan datang bertimpa-timpa. Insya-Allah, saya rasa sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Juvana arahan Faizal Ishak dan terbitan produksi Kabir Bhatia untuk TV3.

Selain menerima Shera sebagai jodohnya, pelakon yang turut berdebar menunggu kemunculan filem terbarunya, Senjakala di pawagam pada 14 April ini akui tertarik dengan sikap wanita itu yang pandai berdikari dan tidak suka mengongkong.

Aishah Sinclair Tak Tentukan Masa Depan Anak

Posted: 18 Mar 2011 04:40 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Aishah Sinclair tidak akan memaksa dan menentukan masa depan anaknya apabila besar kelak.

Tambah Aishah, dia mahu anaknya, Soraya Ann yang kini berusia tujuh bulan memilih jalan kerjayanya sendiri tanpa dipaksa mana-mana pihak.

"Setiap ibu bapa mahukan anak-anaknya jadi orang berguna, sebagai ibu bapa juga kita hanya mampu untuk beri sokongan dengan apa yang mereka ingin lakukan.

"Saya ikut seperti apa yang dialkukan oleh ibu bapa saya yang tidak pernah melarang saya dan abang (Ashraf Sinclair) untuk menentukan jalan hidup kami sendiri.

"Malahan mereka beri sokongan terhadap kerja yang kami pilih ini, tapi kalau boleh saya mahu Suraya jadi wartawan" katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Aisyah tutut memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk meninggalkan Suraya dalam tempoh masa yang lama.

"Sebenarnya saya belum bersedia untuk bekerja terutamanya yang emmerlukan saya berpisah dengan Suraya dalam tempoh lama.

"Nasib baik, The Breakfast Show hanya bermula pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi sahaja, selebihnya saya akan terus balik ke rumah dan menjaga Suraya.

"Bagi saya kehidupan sangat sempurna selepas menjadi isteri dan ibu," katanya yang masih menyusukaan anaknya.

Bercerita tentang pengalaman tujuh bulan menjadi ibu, Aishah mengakui terlalu banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang tempoh tersebut.

"Saya ni cepat buntu bila terjadi apa-apa kepada Suraya, selalunya saya banyak bertanya kepada keluarga tentang hal-hal bayi.

"Saya anggap sekarang merupakan tempoh membelajaran saya tentang pengurusan kanak-kanak, biarpun kadang-kala agak kelam kabut tapi saya bersyukur kerana suami juga banyak ambil peranan menjaga Suraya," katanya.

Dynas Bersedia Kembali Aktif

Posted: 18 Mar 2011 04:39 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon, Dynas Mokhtar mengakui tahun ini merupakan tahun untuk dia bergiat aktif semula selapas hampir setahun berehat selepas kelahiran anak pertamanya, Khyra Khalyssa yang kini berusia 11 bulan.

Jelas Dynas, dia sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon, mengacarakan program televisyen dan menjalankan perniagaan butiknya.

"Sudah setahun rasanya saya berehat dari sebarang aktiviti untuk beri perhatian sepenuhnya pada Kyra dan saya rasa tahun ini adalah masa untuk kembali semula bekerja.

"Khyra juga sudah besar dan mula memahami, namun begitu dari segi lakonan saya banyak memilih drama yang melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Si Kecilku Chak!!!, Khamis.

Dynas yang terlibat sebagai pengacara program tersebut juga mengakui dia kini sibuk membuat persediaan butik pakaian ibu dan anak yang bakal dibuka Mei ini.

"Selain berlakon dan terlibat dengan program Si Kecilku Chak!!, saya juga sibuk dengan penyediaan butik pakaian Dynas Nursing Attire (DNA) yang bakal dibuka di The Curve, Mei ini.

"Pakaian berkonsep ibu dan anak ini merupakan rekaan saya sendiri yang bertujuan mengalakkan ibu-ibu muda untuk tampil bergaya," katanya,

Ketika ditanya tentang nama DNA yang merupakan gabungan nama Dynas dan Awal, Dynas memberitahu dia sayang untuk menukar nama lain biarpun tidak lagi bekerjasama dengan Awal Ashaari.

"Saya rasa sayang untuk tukar nama DNA biarpun sudah tidak lagi bekerjasama dengan AWal, Saya rasa orang ramai dan peminat sudah tahu tentang jenama ini.

"Lagi pula saya dan Awal juga sedang merancang untuk bekerjasama lagi dalam perniagaan, namun ianya masih lagi dalam peringkat perancangan," katanya.

Dalam pada itu, Dynas berkata perancangan mendapatkan cahaya mata kedua akan difikirkan pada tahun hadapan berikutan jadual kerja yang padat tahun ini.

"Tentang anak kedua saya rasa tahun hadapan baru kami merancang kerana saya dan suami masing-masing ingin fokus kepada kerja terlebih dahulu," katanya.

Imam Muda Asyraf Takkan ‘Kondem’ Remaja Bermasalah

Posted: 18 Mar 2011 04:38 PM PDT


PETALING JAYA: Juara Imam Muda Asyraf, 27, (gambar) mengaku tidak akan membuta tuli menyalahkan remaja bermasalah sebaliknya membantu mereka untuk menyelesaikan gejala sosial yang dihadapi sekarang.

Kata Asyraf yang sering menjadi rujukan para remaja selepas tampil dalam program sendiri berjudul Soal Asyraf di Astro Oasis (saluran 106), dia akan mengelak daripada menimbulkan perkara negatif .

Antara masalah yang sering dibincangkan, pengalaman bercinta turut menjadi salah satu topik yang dirujuk kepadanya.

"Soalan yang ditanya kepada saya berbentuk sejagat. Jika soalan tentang cinta sekalipun, saya akan melihat kepada kebaikan dan keburukannya agar pasangan itu menjaga batasan antara satu sama lain.

"Saya juga perlu meneliti tuan empunya badan yang bertanyakan soalan," katanya kepada mStar Online.

Buat masa ini, Asyraf sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Malaya.

Selain itu, dia turut memenuhi undangan ceramah dan tazkirah di syarikat korporat serta pusat pengajian tinggi seluruh Malaysia termasuk Brunei.

"Saya telah diundang ke beberapa tempat di dalam negara dan luar negara seperti Brunei. Setakat ini, saya telah dua kali diundang ke Brunei atas jemputan syarikat korporat di sana pada bulan Ogos dan November tahun lalu.

"Biarpun telah dikenali ramai, saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi lebih kepada pendidik," ujarnya yang memiliki laman sesawang rasmi bernama Imam Muda Asyraf.

Dalam masa yang sama, dia masih mengingati janjinya untuk menubuhkan kelab imam muda dengan alumni imam muda musim pertama yang lain pada satu masa yang sesuai.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Rezeki jual lagu

Posted:

Rezeki jual lagu

Rezeki jual lagu



DULU, sebelum menjadi terkenal seperti sekarang, lelaki kulit hitam yang meninggalkan bandar Hawaii kerana berpendapat muzik tidak dapat berkembang di sana pernah menjadi penipu demi sesuap nasi.

Waktu meninggalkan Honolulu, Hawaii dan menjadi gelendangan di bandar besar seperti Los Angeles, dia tidak punya cukup wang untuk membayar sewa rumah. Jauh sekali bermewah. Justeru untuk memastikan dia bernafas pada hari-hari seterusnya, harus ada pengorbanan yang dilakukan.

"Pengorbanannya adalah menjadi penipu. Saya memberitahu pada pengusaha sebuah kelab bahawa saya adalah seorang DJ.

"Lalu saya berjaya menjadi DJ di kelab tersebut. Namun ia tidak lama selepas mereka mengetahui sebenarnya saya tidak pandai menggesek cereka padat pun, jauh sekali menghiburkan pengunjung sebagai seorang DJ profesional," katanya sambil ketawa mengenang kisah lampau dirinya.

Dia, Peter Gene Hernandez atau dikenali dunia dengan nama pentas Bruno Mars, tahun ini baru mencecah usia 26 tahun. Tapi sudah jauh dia berjalan. Biar hanya mula terkenal pada tahun 2009, namanya melambung tinggi, apatah lagi portfolionya sebagai seorang komposer kemas bersusun dengan menjadi tulang belakang penyanyi berprolifik tinggi seperti Brandy, Adam Levine, Flo Rida serta Travie McCoy.

Mars kemudian semakin menjadi sebutan ramai apabila dinobatkan sebagai Vokal Lelaki Terbaik menerusi lagu Just The Way You Are dalam anugerah Grammy yang lalu selain dicalonkan untuk enam kategori lain dalam anugerah yang sama.

"Tercalon di dalam Grammy adalah satu hal yang cukup besar bagi saya. Malah dengan tujuh pencalonan dan bersaing sengit bersama Eminem yang mendahului 10 pencalonan, ia adalah hal yang luar biasa bagi saya," katanya yang tercalon menerusi album debutnya Doo-Wops & Hooligans.


MARS mempunyai cita-cita untuk bekerjasama dengan grup Coldplay.


Malah pada tahun 2010, dia sendiri telah diangkat sebagai pemilik Lagu Terbaik Sepanjang Tahun menerusi lagu Nothin' on You dalam anugerah Soul Train Music.

Ironi, muzik bukanlah satu yang asing bagi lelaki ini. Sebaliknya dia telah mula terjebak dengan dunia muzik seawal usia dua tahun. Ini kerana ayahnya merupakan seorang pemuzik manakala ibunya adalah penyanyi di kelab-kelab malam.

Dia menjadi 'Elvis Presley' dalam slot sendiri bersama ibu dan bapanya. Kata Mars: "Ayah seorang peminat fanatik muzik 50-an. Dia berminat dengan Little Richard, Elvis dan Ray Charles. Saya pula tertarik dengan Elvis selepas melihat beberapa videonya yang membuat banyak wanita histeria.

"Jadi sebagai anak kecil pada waktu itu, saya melihat ia adalah menarik. Lalu saya naik ke atas pentas supaya saya dapat menarik orang kerana minat saya iaitu menyanyi."

Bagaimanapun hajat menjadi penyanyi sejati tidak datang bergolek. Penghijrahan yang dibuat ke Los Angeles dengan impian besar menjadi penyanyi tidak kesampaian. Mengaku telah mempersona banyak penerbit dengan vokalnya, namun tidak ada seorang komposer pun yang sudi memberi lagu kepadanya pada waktu itu.


BRUNO MARS akan menggegarkan Malaysia pada 10 April ini melalui konsert sulungnya, Doo-Wops & Hooligans World Tour.


Lantaran itu kata Mars dia terpaksa menipu menjadi seorang DJ, selain dalam masa yang sama, dia belajar menulis lagu sendiri.

"Saya telah menyanyi di hadapan orang yang betul dan mendapat peluang menjadi penyanyi. Tetapi ia berhenti setakat itu apabila tidak ada komposer yang mahu menulis lagu untuk saya.

"Saya sangat kecewa dan saya berkata kepada diri sendiri, saya akan melakukannya sendiri tanpa bantuan orang jika itu adalah jalan terbaik untuk saya menjadi artis. Jadi itu yang saya lakukan.

"Satu hari, seorang lelaki telah mendengar karya saya dan dia meminta lagu tersebut untuk diberikan kepada sebuah grup bernama Menudo. Saya menolak permintaan tersebut dengan keras kerana berpendapat karya seni saya tidak boleh diberi kepada sebuah boy band.

"Namun lelaki tersebut menjawab, dia akan membayar saya sejumlah wang yang agak lumayan untuk lagu tersebut dan ia telah membuka mata saya tentang bisnes dunia hiburan. Jadi ia membuat saya berfikir bahawa mungkin saya belum ditakdirkan menyanyi penyanyi pada waktu itu, sebaliknya saya boleh membuat duit dengan menjual karya saya kepada orang lain. Itu apa yang terjadi sehingga pihak Elektra Records mengambil peluang. Lalu saya menulis Nothin' on You dan bersetuju untuk saya yang menyanyikan lagu itu berbanding orang lain. Maka perjalanan baru sebagai penyanyi pun bermula," cerita Bruno panjang lebar.


SEBELUM terkenal sebagai penyanyi, dia terlebih dahulu popular sebagai komposer.


Bercakap mengenai Doo-Wops & Hooligans, Mars yang pernah menganggotai sebuah kumpulan reagge sewaktu di kampung halamannya menjelaskan sengaja dia memilih doo-wop kerana dia membesar dengan aliran muzik tersebut. Malah dia menggemari penyatuan lirik yang tidak terlalu puitis tetapi berkesan dengan melodi seperti yang dihasilkan untuk lagu Nothin' on You dan Just the Way You Are.

"Pendek kata saya sukakan sebuah lagu yang ringkas, tetapi mempunyai tarikan yang kuat," katanya yang turut menampilkan anak bongsu Bob Marley, Damian Marley di dalam album tersebut menerusi lagu Liquor Store Blues.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Xpresi Kembara makin hangat

Posted:

Xpresi Kembara makin hangat

Xpresi Kembara makin hangat

Oleh HARYATI KARIM


PROGRAM Xpresi Kembara kini memasuki musim ketiga.


Sesuai bersiaran dua musim, program pengembaraan Xpresi Kembara masih kekal sebagai program yang mempunyai rating tertinggi di TV1.

Disebabkan kejayaan itu, program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM itu telah melancarkan Xpresi Kembara musim ke-3 baru-baru ini.

Program yang membawa artis menjelajah ke destinasi percutian menarik seluruh Malaysia itu cukup terkenal di kalangan remaja kerana ia sebuah program santai bersama band indie dan penyanyi solo.

Krew penerbitan Xpresi Kembara memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi untuk mengadakan Majlis Santai Media dan Pelancaran Musim Ke-3 Xpresi Kembara.

Menariknya, majlis yang berlangsung di Shari-La Island Resort dan telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Norliza Mohamad Ali itu turut membawa rombongan artis dan media untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Majlis itu diserikan lagi dengan persembahan setiap artis yang hadir iaitu Azlan & The Typewritter, Bunkface, Myo, Liyana Fizi, Couple, Black, Aizat dan 6ixth Sense.

Menurut penerbit Xpresi Kembara, Mohd. Amer Syafiq Khalip, selepas bersiaran selama dua musim, mereka telah menyuntik elemen baru di dalam program ini dengan memberi peluang kepada penyanyi solo untuk turut serta.

"Jika sebelum ini, kita hanya membawa band-band indie tetapi sekarang kita telah mula bawa penyanyi solo seperti Aizat, Liyana Fizi, Black dan Liyana Jasmay.

"Selain itu, pembaharuan yang akan kami tampilkan, mungkin kami juga akan bawa penyanyi solo lain tetapi bersama dengan anggota keluarga atau teman-teman.

"Bukan itu sahaja, kami juga mempunyai perancangan untuk mengikuti aktiviti penyanyi kita di luar negara seperti Bunkface dan Hujan," jelasnya tentang program yang mencapai 500,000 orang penonton saban minggu.

Bagi mendekatkan lagi program ini bersama peminat pihak produksi telah membuka akaun di laman sosial Twitter dan Facebook.

"Kebanyakan penonton program ini adalah remaja, jadi mereka lebih gemar menggunakan medium Internet untuk berkomunikasi.

"Malahan, kami juga mendapat banyak idea dan cadangan daripada peminat di Twitter dan Facebook untuk menjadikan program ini lebih menarik," katanya lagi.

Seperti musim yang lepas, program Xpresi Kembara mengekalkan konsep asalnya dengan bersiaran pada setiap Sabtu, pada pukul 11.30 pagi di TV1 dan ulangannya pada pukul 12 tengah hari di saluran Muzik Aktif (180 Astro).


KUMPULAN Estranged dibawa menikmati flora dan fauna di Sarawak.


Estranged di Sarawak

Terbaru, program ini telah membawa band terkenal Estranged ke Taman Negara Mulu dan Kuching, Sarawak.

Penggambaran yang memakan masa selama tujuh hari pada awal Februari lalu itu, bakal disiarkan dalam tiga episod program ini dan mula disiarkan pada hari ini (19 Mac).

Ketika berada di Taman Negara Mulu, band Estranged berpeluang merasai sendiri pengalaman yang jarang diperoleh seperti menerokai gua-gua bersejarah di sana seperti Gura Rusa, Gua Lang, Clear Water Cave dan Wind Cave.

Selain itu, mereka juga sempat menyelusuri sungai dengan menaiki bot panjang dan merasai sendiri kesejukan dan kejernihan sungai yang mengalir di Clear Water Cave.

"Saat paling mengujakan ketika krew dan band Estranged singgah di perkampungan Penan untuk melihat sendiri budaya serta adat yang diamalkan oleh masyarakat Penan," ujar Amer lagi.

Jangan lupa saksikan, kemunculan Estranged hari ini pada pukul 11.30 pagi di TV1.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Afgan seronok duduk Malaysia

Posted:

Afgan seronok duduk Malaysia

Afgan seronok duduk Malaysia


AFGAN


Afgan Syah Reza atau Afgan yang baru memulakan pengajian di Universiti Monash di Kuala Lumpur mengaku dia seronok tinggal di Malaysia.

Mengambil jurusan pemasaran perniagaan dan muzik, penyanyi ini mengaku, apa yang paling menyeronokkan dirinya tentang kehidupan baru di Malaysia adalah dia mampu hidup sendiri dan berdikari tanpa bantuan keluarga.

"Saya seronok tinggal di Malaysia kerana boleh berdikari. Saya menguruskan semua hal secara sendiri termasuk soal membeli perabot dan memilih kediaman tanpa bantuan keluarga," katanya yang baru dua minggu menjadi pelajar di universiti tersebut.

Ditanya tidakkah dia berasa rindu dengan Indonesia, Afgan menjawab: "Tidak. Itu yang pelik. Tak padahal sewaktu mahu berangkat dulu, saya menangis."

Tambah Afgan, merantau ke negeri orang membuat dia harus bertanggung jawab atas dirinya. Meski berusaha sendiri, namun terkadang ketika menemui kesulitan Afgan tak segan bercerita kepada orang tuanya.

"Walaupun saya sedang belajar berdikari, jika mempunyai masalah, saya tetap mengadu kepada keluarga. Tetapi satu yang pasti, saya belajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap semua perkara yang saya lakukan," katanya yang tinggal bersama seorang pembantu rumah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Remy titis air mata kerana Alyah

Posted: 18 Mar 2011 09:43 AM PDT

MEREKA berdua mungkin pertama kali dipertemukan namun perasaan cinta yang terbit daripada gerak tubuh mereka mampu dirasai oleh kita yang memandang.

Dengan erti lain, keserasian antara si jejaka yang datang dari dunia lakonan dan si perawan dari pentas nyanyian, begitu terserlah dalam menghidupkan sebuah lagu yang sangat indah.

Malah kalau diterjemahkan lagu bernama Kisah Hati itu ke sebuah filem atau drama, pasti ia meruntun perasaan sebagai mana kita terpana dengan keasyikan filem Legenda Budak Setan, Sepi dan Cinta.

Begitulah gambaran diberikan terhadap Kisah Hati - single terbaru Alyah yang buat pertama kalinya menampilkan aktor pujaan satu Malaya, Remy Ishak.


Siapa sangka dalam kesibukan Remy berlakon di sana-sini, dia disunting oleh pengarah muzik video itu, Ghaz Abu Bakar untuk memberi lebih roh kepada lagu ciptaan 6ixth Sense itu.


"Saya sangat tersentuh hati dengan melodi dan lirik lagu ini. Bagi saya lagu ini seindah sebuah filem dan drama kerana menggambarkan dua jiwa yang bercinta tapi tak dapat bertemu di dunia ini.

"Lalu kami sebagai pasangan kekasih sekadar muncul dalam imaginasi gadis itu apabila dia merintih dan terkenangkan kekasihnya," katanya.

Kata Remy, selepas mendapat CD Kisah Hati daripada Ghaz, dia tidak lagi berfikir dua kali kerana kebetulan meminati Alyah.

"Saya selalu dengar lagu Tak Mungkin Kerana Sayang. Bagi saya vokal Alyah sangat hebat dan dia ada 'feel' yang tersendiri apabila menyanyi.

"Kebetulan ketika ditawarkan Ghaz dan Alyah, saya tengah lapang, jadi apa salahnya mencuba sesuatu yang baru apatah lagi saya sukakan hasil kerja Ghaz yang sebelum ini. Wang bagi saya adalah soal kedua," ujar Remy ketika ditemui di lokasi taman buluh madu, berhampiran Tasoh Lake Resort, Perlis, baru-baru ini.

Apa pula komen Remy terhadap sikap Alyah?

"Alyah sangat hormatkan orang lain - tidak diva, tidak gedik. Dia boleh dijadikan kawan dan kadang-kadang suka melawak. Itu yang saya suka dan kami macam dah kenal lama walaupun baru jumpa."

Kata Remy, yang turut menyukai muzik video Kau Bisu dendangan Alyah, juga arahan Ghaz, dia sangat gementar apabila berada di lokasi Kisah Hati memandangkan dia perlu 'memadu cinta' dengan Alyah.

Namun katanya, dia terkejut dan kagum apabila Alyah memberikan reaksi bersahaja dan sangat profesional apabila babak mereka berpegangan tangan dan berpelukan yang dilakonkan awal pagi di tepian tasik.

Lebih menarik, Remy berkata, Alyah memang boleh menjadi seorang pelakon kerana dia memberikan aksi yang sangat bersahaja.

Malah pada babak akhir, Remy menitiskan air mata kerana tersentuh dengan lirik lagu itu dan penghayatan Alyah yang meraung-raung.

Bagi Alyah, kesudian Remy muncul dalam muzik videonya sangat disanjung tinggi kerana dia sendiri meminati pelakon filem Cun! dan Nur Kasih itu.

"Alyah terkejut apabila Ghaz cakap Remy akan berlakon dalam muzik video ini. Alyah tak percaya sehinggalah Remy benar-benar ada di set penggambaran.

Maklumlah, siapa Alyah ini kalau nak dibandingkan dengan Remy yang hebat dan popular itu. Tapi lepas kenal, kami dah boleh melawak dan bersembang," kata Alyah yang mengeluarkan bajet sendiri, lebih RM20,000 bagi projek itu.

Demi mengindahkan Kisah Hati, Alyah mengenakan tiga pasang adi busana (haute couture) rekaan Rizman Ruzaini, Amir Luqman dan Yanna Husin. Solekan oleh Bosco Ryzarl juga sangat dramatik, relevan dengan imej flamboyan Alyah selama ini.

Perlis jadi lokasi Kisah Hati

HARUS dinyatakan kehebatan muzik video Kisah Hati terletak kepada beberapa elemen iaitu melodi lagu itu sendiri, seni kata dan nyanyian Alyah yang sangat menggetarkan.

Ditambah pula dengan garapan Ghaz sebagai pengarah sebelum ini pernah menghasilkan muzik video untuk Anuar Zain (Mungkin & Sesucinya Cintamu) dan Kaer (Izin Ku Pergi) yang dibantu kru produksi profesional, maka segala yang cantik berjaya dirakamkan selama dua hari.

Faktor lain yang penting sudah semestinya aura Remy serta landskap Perlis Indera Kayangan yang membentuk lukisan semula jadi yang sangat mempesonakan.
Jelas sekali pemandangan indah di sekitar Tasoh Lake Resort dan jalan raya lengang di Ladang Tebu Chuping, sangat membantu kepada penceritaan dan 'mood' muzik video ini.

Apa yang menarik, pembikinan muzik video Kisah Hati bermula pada bulan lepas apabila Alyah, Ghaz, jurumekap Bosco dan penulis sendiri pergi membuat tinjuan lokasi ke arah utara Semenanjung. Terbukti bahawa Alyah sendiri sanggup bersusah payah membuat pencarian lokasi bagi memastikan apa yang dimahukannya benar-benar tercapai.

Akhirnya, selepas kami singgah di Empangan Timah Tasoh dan Ladang Tebu di Chuping, maka masing-masing terus bersetuju bahawa itulah lokasi terbaik bagi menggambarkan gelora Kisah Hati.

Seterusnya, penulis meminta perkenan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan tanpa berfikir panjang lagi, Tuanku Raja Muda terus memberi sokongan dari sudut logistik kerana pada masa yang sama berhajat mempromosikan lagi Perlis Indera Kayangan sebagai destinasi pelancongan.

Seterusnya, penggambaran Kisah Hati berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 9 dan 10 Mac lalu dan semua petugas menginap di Tasoh Lake Resort yang sudi memberikan tajaan. Pihak Alyah juga mengundang beberapa wartawan hiburan ke Perlis dan Ghaz sendiri membawa lebih 12 kru produksi profesional dari Kuala Lumpur.

Kata Ghaz, muzik video Kisah Hati itu akan siap sepenuhnya pada penghujung Mac ini dan akan diedarkan Alyah ke semua stesen TV tempatan dan negara jiran termasuk Singapura serta Brunei Darussalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lat kagum sentuhan Hans Isaac

Posted: 18 Mar 2011 09:27 AM PDT

APABILA kartun Lat Kampung Boy disiarkan di Astro Ria, penonton cilik amat akrab dengan keluarga Mat iaitu adiknya Ana, ibu bapanya, atuk dan opah serta kawan-kawan Mat yang lain.

Watak lain yang turut menambat hati ialah cikgu Mat, iaitu Mrs Hew yang terkenal dengan imej bercermin mata ala 60-an dan fesyen rambut sarang lebah sanggul tinggi.

Suasana kampung yang aman damai dengan pelbagai permainan ditonjolkan dalam animasi itu adalah ilham dan sentuhan kartunis, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat.

Dia sangat mencintai kampung halaman dan rumah yang diduduki keluarganya adalah syurga baginya. Sungai dan hutan berhampiran kampungnya menjadi 'taman permainan' untuk Mat dan kawan-kawannya.


Kini cerita animasi itu 'dijelmakan' di pentas teater oleh Hans Isaac selaku pengarahnya menerusi syarikat penerbitannya, Tall Order Productions.


Memantapkan lagi persembahan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM), Hans turut mengundang rakan karibnya, Harith Iskandar sebagai pengarah bersama dan menjadi penulis skrip.

LKBSM dipentaskan di Istana Budaya mulai Rabu lalu dan berakhir 5 April ini. Kelmarin diadakan pratonton teater itu turut dihadiri Lat dan isterinya.

Lat berkata, sesiapa pun boleh mencapai apa saja yang dihajatkan jika ada kesungguhan dan mendapat sokongan orang disayangi.

"Dalam cerita ini, saya melukis sehingga menjadi pelukis terkenal. Ketika saya belajar di tingkatan empat, orang sudah kenal saya dan bila dewasa senang cari kerja di mana saya mendapat kerja di NSTP (New Straits Times Press).

"Arwah Pak Samad (Tan Sri Samad Ismail) adalah ketua saya dan sebab itu dimasukkan wataknya dalam pementasan ini.

"Selain Pak Samad, mentor saya yang lain seperti Rejabhad dan Raja Hamzah. Sebenarnya ramai namun saya tidak boleh memasukkan semua watak itu dan untuk berlaku adil, biarlah saya ceritakan kisah saya saja.

"Bagaimanapun, apa yang anda lihat pada pementasan ini, adalah dari kaca mata Hans dan Harith. Mereka datang jumpa saya dan kami menghabiskan tiga hingga empat hari untuk bercerita kisah hidup saya," katanya.

Menurutnya, dia terhibur menyaksikan pementasan dan segala kreativiti di pentas dia serahkan kepada Hans dan Harith kerana mereka lebih arif mengenainya.

Lat juga kagum dengan persembahan tarian dan nyanyian dalam LKBSM.

Bercerita mengenai watak Mrs Hew yang ditangani cukup berkesan oleh Sandra Sodhy, kata Lat, guru bahasa Inggeris kesayangannya masih hidup dan akan datang menyaksikan pementasan itu.

"Kalau tak salah saya umurnya sekitar 75 tahun. Waktu dia mengajar saya usianya baru awal 20-an. Gaya berpakaian, fesyen rambut dan cermin yang digayakan Sandra dalam pementasan ini adalah yang biasa dipakai oleh kaum wanita zaman dulu.

"Karakter Frankie (Douglas Lim) pula saya tampilkan dalam buku Town Boy," katanya.

Awie yang memegang watak Lat zaman remaja pula berkata, dia hanya boleh mengambil 50 hingga 60 peratus saja sikap dan karakter Lat yang sebenar.

"Saya berjumpa Datuk Lat untuk melihat cara dia menyapa kawan-kawan dan cara dia bercakap. Perangai Datuk Lat yang lain, dia suka mengangkat tangan dan menyeluk tangannya dalam poket.

"Mustahil saya dapat menjadi Datuk Lat 100 peratus. Sepanjang pementasan ini, anak sulung Datuk Lat, Junaidah, ada bersama kami dan kami banyak merujuk dengannya.

"Kepada penonton di luar sana mereka kena menonton teater ini untuk melihat siapakah yang biasanya berada di belakang kejayaan seseorang," katanya.

Pementasan itu dibuka dengan zaman kanak-kanak Lat yang suka melukis sejak kecil.

Minatnya itu mendapat sokongan bapanya (Jalil Hamid). Lat berpuas hati kerana kejayaannya sebagai kartunis dapat dikongsi bersama bapanya sebelum dia meninggal dunia.

Selain watak Lat, pujian juga diberikan kepada Omar Abdullah yang dapat menjiwai watak Pak Samad dengan sangat baik.

Set pejabat akhbar NSTP, juga direka seolah-olah berada di pejabat akhbar sebenar. Keseluruhan set teater sangat cantik.

Perjalanan Lat ke luar negara seperti ke London, Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman digambarkan dengan cukup baik.

Berlatarkan Istana Buckingham yang sangat terkenal di kota London itu, dengan butiran salji berguguran ke bumi, penonton turut tenggelam dalam penceritaan pementasan itu.

Melihatkan keseluruhan set pementasan itu, Hans mengakui LKBSM adalah produksi paling mahal berbanding teater lain yang dipentaskan di IB.

"Tidak perlulah saya sebut berapa kosnya tetapi ia adalah pementasan teater yang paling mahal," katanya.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat, adalah lebih baik jika LKBSM memokuskan suasana kampung yang menceritakan segala pengalaman menarik Lat ketika membesar di kampungnya di Gopeng, Perak.

Penonton kanak-kanak misalnya lebih mengenali Lat waktu zaman kanak-kanaknya yang mana buku kartun Lat sendiri mengisahkan zaman hidup Lat ketika kecil dan kanak-kanak dengan lengkap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.