Adsense

Jumaat, 4 Februari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Semangat muhibah

Posted: 02 Feb 2011 09:44 AM PST

Hip

pix_gal0
Intan, Pushpa tidak kekok berpakaian cheongsam bersama-sama Amber dan Nadia Heng

TAHUN Baru Cina kembali lagi dan sebagaimana dimaklumi, ia juga antara perayaan terbesar di negara.

Tiba pada tarikh sambutannya, ia bukan sekadar sebuah perayaan tetapi turut dianggap masa untuk bertemu dan berkumpul sesi keluarga yang datang dari jauh, mahupun dekat.

Bagi masyarakat Tionghua, Tahun Baru Cina juga perayaan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, apatah lagi buat mereka yang sudah lama tidak berjumpa. Seperti perayaan lain, tatkala masyarakat Cina sibuk mengadakan persiapan dan seterusnya meraikan hari yang penuh warna dan kemeriahan itu, kaum lain pula turut mengambil peluang berkunjung ke rumah kenalan atau jiran tetangga sebagai lambang semangat muhibah.
Dan, biarpun era sudah semakin moden, beberapa ciri tradisi pada setiap kali perayaan tetap dikekalkan. Cuma, ia disesuaikan dengan suasana peredaran zaman. Misalnya, cheongsam, pakaian tradisi yang menjadi lambang identiti kaum wanita. Keterbukaan masyarakat negara ini menjadikan pakaian tradisional boleh dipakai oleh mana-mana kaum.

Bagi empat selebriti berbilang bangsa iaitu supermodel, Amber Chia, 30; Ratu Malaysia Universe 2010, Nadia Heng, 25; Ratu Pelancongan Dunia 2005, Pushpa Narayan, 33; dan pelakon, Intan Ladyana, 28, Tahun Arnab yang diraikan kali ini mempunyai pengertian tersendiri.

Paling tidak sabar menanti hari istimewa itu tentu saja pengasas Amber Chia Academy kerana buat julung kali dia menyambut perayaan berkenaan dengan cahaya mata sulung, Ashton Wong, hasil perkahwinan dengan Adrian Wong, 36, yang kini baru berusia empat bulan.
Menyifatkan tahun ini cukup bermakna buatnya, terutama sejak kehadiran si kecil, tidak hairan persiapan lebih diutamakan terhadap bayi mereka selain membeli-belah untuk seisi keluarga, apatah lagi kediamannya juga akan menjadi medan perhimpunan adik-beradik.

"Kebiasaannya saya pulang ke Sabah untuk menyambut Tahun Baru Cina, tetapi tahun ini disebabkan Ashton masih terlalu kecil, ibu bapa dan adik-beradik saya sepakat berkumpul di Kuala Lumpur untuk 'makan besar', seterusnya berkonvoi beramai-ramai berkunjung ke rumah saudara-mara di Ipoh, Perak.

"Lebih menggembirakan, abang saya yang bekerja di Singapura juga 'turun' ke Kuala Lumpur selepas setahun kami tidak berjumpa. Hubungan kekeluargaan kami cukup erat dan Tahun Baru Cina ialah hari wajib kepada semua adik-beradik saya berkumpul," katanya yang manis mengenakan cheongsam hijau hasil sentuhan Carven Ong.

Kata model peramah itu, walau hidup dalam arus kemodenan, adat dan budaya yang diwarisi daripada nenek moyang tetap tidak dilupakan, terutama menghadiri makan besar. Baginya, acara itu ialah simbolik pengikat persaudaraan, selain menghias rumah dengan pokok dan buah limau sebagai simbol murah rezeki.

"Memandangkan saya sudah berkeluarga dan mempunyai anak, tahun ini buat kali pertama saya perlu memberi dua angpau. Saya tidak sabar untuk berbuat demikian, apatah lagi apabila dikatakan, mereka yang ikhlas memberi akan beroleh semula kekayaan atau kebahagiaan," katanya yang mengambil cuti dua minggu untuk bersama keluarga tercinta.

Masa untuk bertemu keluarga

BAGI ratu cantik berdarah campuran Cina-Inggeris, Nadia Heng, sudah menjadi kemestian kepada keluarganya untuk pulang ke Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Tahun Baru Cina bagi menghadiri acara makan besar atau jamuan pertemuan semula.

"Saya mempunyai keluarga besar yang berkumpul di rumah nenek. Paling tidak sabar dinanti ialah kepulangan ibu dan bapa saudara dari Singapura serta Australia, kerana pasti ada hadiah buat kami.

"Dulu ketika kecil, saya dan sepupu ditugaskan membantu nenek menghias rumah dengan perhiasan merah. Itulah istimewanya perayaan apabila dapat berhimpun bersama insan tersayang malah kalau makan besar, saya tidak sabar menjamah yee sang yang disediakan nenek.

"Sebagai budak kecil, waktu yang ditunggu-tunggu pula adalah ketika pemberian angpau kerana kami akan berlumba siapa dapat wang paling banyak," katanya mengimbau memori lalu.

Walaupun kini nenek kesayangannya sudah tiada, saban tahun mereka tetap berhimpun dan menyambut perayaan itu, cuma akui bekas pegawai perhubungan awam ini, kadangkala kenangan manis meraikan Tahun Baru Cina bersama nenek membuatkan hatinya sebak.

'Uniknya negara kita'

LAIN pula cerita pelakon yang turut bergelar pengacara dan model, Puspha Narayan, yang juga berasakan bahang kemeriahan pesta angpau apabila berpeluang menikmati pelbagai makanan istimewa yang kebiasaannya hanya boleh didapati pada musim Gong Xi Fa Cai, seperti bebola pulut manis dalam sup atau Tangyuan.

Katanya, dirinya berasa cukup bertuah kerana dilahirkan di negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, sekali gus keistimewaan itu membolehkan seluruh warga negara menikmati budaya dan adat setiap kaum.

"Suami saya sendiri kagum dengan semangat muhibah rakyat Malaysia yang hidup harmoni. Keakraban itu lebih terasa menjelang musim perayaan apabila mereka mengekalkan adat berziarah atau mengadakan majlis rumah terbuka yang dipenuhi aneka hidangan.

"Kebiasaannya, saya tidak melepaskan peluang memenuhi undangan rumah terbuka bukan hanya pada Tahun Baru Cina malah Aidilfitri dan Deepavali kerana ketika itulah saya dapat berjumpa rakan atau saudara. Kemeriahan begini yang tidak mungkin saya lepaskan," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Richard Frederick Robless sejak tiga tahun lalu.

Seronok tengok pelbagai tanglung

PELAKON Intan Ladyana pula mendedahkan, saat yang ditunggu pada Tahun Baru Cina adalah pada hari ke-15 yang juga penutup perayaan itu apabila berlangsungnya Chap Goh Mei, malah pada hari berkenaan aneka tanglung dinaikkan hingga dipanggil Pesta Tanglung.

"Inilah istimewanya perayaan Tahun Baru Cina apabila pelbagai 'warna' kehidupan dapat kita selami dan saya sendiri ketika kecil seronok melihat bermacam jenis serta saiz tanglung dipasang, malah hingga kini tradisi itu tetap diteruskan biarpun di tengah-tengah ibu negara," katanya.

Akui anak jati Kuala Lumpur itu lagi, sejak bekerja dengan MIG di bawah kendalian orang kuat syarikat itu, David Teo, katanya, pelakon dan kakitangan akan diraikan dalam majlis yang lebih kepada merapatkan hubungan sesama tenaga kerja, sekali gus memberikan pengalaman berbeza kepadanya.

"Dulu ketika zaman sekolah saya sekadar berkunjung ke rumah rakan yang menyambut Tahun Baru Cina, namun apabila bekerja dan bernaung di bawah MIG, kami diraikan dalam majlis istimewa malah boleh dikatakan tetamu turut mengenakan cheongsam.

"Situasi itu tentu saja menyeronokkan kerana selepas penat bekerja, kita berpeluang berkumpul dengan rakan lain yang selama ini hanya sesekali dapat berjumpa, malah David juga cukup bermurah hati memberikan angpau kepada kami," katanya yang menyerlah dalam filem Adnan Sempit.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pernah cuba berbaik dengan Abby

Posted: 02 Feb 2011 09:42 AM PST

Hip

PELAKON Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey mengaku, segala kontroversi yang melanda dirinya tidak menjejaskan karier lakonan yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu. Dia sendiri bagai sudah lali dengan segala cerita kurang enak yang melanda diri.

Jika diberikan pilihan, tentu sekali Memey enggan mencampur adukkan soal peribadi dengan kerjaya seni, namun sebagai artis dia cukup mengerti onak duri yang harus ditempuh. Ketika yang sama dia amat bersyukur apabila semua kontroversi yang melingkari dirinya, tidak meninggalkan kesan buruk terhadap kerjaya yang sangat disayanginya itu.

Dia melahirkan kesyukuran kerana rezeki dalam bidang itu terus datang bertali-arus, membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk bergelar anak seni. "Saya bersyukur apabila cerita berkaitan peribadi saya tidak memberi kesan kepada kerjaya. Begitu juga barisan pengarah yang menawarkan watak kepada saya, mereka amat memahami apa yang saya lalui.
"Malah gosip dan kontroversi ini membuatkan saya terus maju dan bertambah kuat. Saya seperti sudah biasa dengan gosip yang dilemparkan kepada saya dan apabila bekerja, saya tidak mencampur adukkan soal kerjaya dan peribadi. Saya tidak tahu sampai bila orang ramai mahu mempersoalkan mengenai peribadi saya. Sedangkan, seboleh-bolehnya saya sendiri mahu senyap daripada segala cerita kurang enak itu.

"Saya memang tidak mahu memperbesarkan cerita yang sedia ada. Kalau boleh saya tidak mahu orang melihat kemunculan saya di dalam industri seni berlandaskan kontroversi. Saya mempertaruhkan bakat dan saya ingin melebarkan lagi sayap di dalam dunia lakonan ini," kata Memey yang ditemui di lokasi penggambaran Bola Cinta baru-baru ini.

Pelakon ini terjebak dalam kontroversi yang agak panjang apabila dia dan pelakon Norman Hakim ditangkap khalwat pada Oktober 2008. Selepas beberapa ketika menepis wujudnya hubungan intim antara mereka, kedua-dua pelakon ini akhirnya mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.
Artis muda ini turut menegaskan, dia pernah berhasrat untuk berbaik dengan bekas isteri tunangnya, Abby Abadi, namun pelakon terbabit tidak memberikan reaksi yang positif.

Justeru, dia mengambil tindakan untuk berdiam diri kerana itulah jalan terbaik bagi dirinya dan keluarga, yang tidak putus-putus memberikan semangat supaya dia tidak mudah rebah apabila berdepan cabaran sebegitu.

Memey turut memaklumkan, dia baru saja pulang dari Bandung, Indonesia, bersama Norman bagi membeli barang persiapan perkahwinan mereka yang akan diadakan dalam tahun ini. Kedua-duanya menghabiskan masa selama empat hari di sana, bagi memastikan segala barangan diidamkan dapat dicari.

Menurut pelakon yang mengidamkan majlis perkahwinan dalam taman itu, persiapan untuk hari cukup bersejarah mereka kini sudah pun siap kira-kira 40 peratus.
Perkahwinan yang akan berlangsung pada akhir tahun itu turut mendapat perhatian ramai penaja, namun pasangan ini belum membuat pilihan akhir.

Memey dan Norman juga belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka, serta tidak mahu terburu-buru dalam berbuat demikian kerana kedua-duanya mahu perancangan ke arah itu berjalan dengan teratur.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(KREATIF) Senibina Dari Komputer Lama

Posted: 04 Feb 2011 01:09 AM PST


Kalau ada komputer yang dah tak pakai dan rasa-rasa kalau jual dekat kedai second hand pun tak laku..Boleh la cuba buat macam ni.Mana tau ada muzium yang nak beli hasil kerja korang.


lagi gambar…




(GAMBAR) Seni Yang Terhasil Dari Mesin Taip

Posted: 03 Feb 2011 03:45 PM PST



Beginilah nasib mesin taip pada zaman siber sekarang ini.Dulu penting untuk menaip artikel atau novel-novel cinta.Bila ada komputer keupayaan menaip itu menjadi lebih mudah.Kini mesin taip sudah hampir dilupakan.Walaubagaimanapun seorang artis seni dari british Keira Rathbone,telah menggunakan mesin taip bagi menggantikan pensil dan berus untuk menghasilkan potrait dan lukisan yang gempak.Lepas ni budak sekolah tak payah la bawak berus dalam kelas pendidikan seni.Bawa mesin taip plak.hehe...lagi


Nasha Aziz dahulu dan sekarang

Posted: 03 Feb 2011 11:32 AM PST



Kata orang, orang makin tua makin nampak kerepot. Tapi kadang-kadang ada nampak semakin ayu dan cantik. Seperti Nasha Aziz ni, makin naik usia makin cantik pula. Memang susah nak percaya. Lihat sahaja gambar dibawah ni. Sebelah atas (lama) nampak natural muka manakala sebelah bawah (baru) nampak seperti artis-artis dari Korea gitu. Korang pilihlah mana satu yang berkenaan dihati, dulu atau sekarang. :)




Scha al Yahya enggan bertunang!

Posted: 03 Feb 2011 11:28 AM PST


Scha Alyahya lebih suka jika tidak melalui semua peringkat merisik, pertunangan dan diakhiri dengan akad nikah kepada kekasihnya yang sekarang kerana ia amat meremehkan. kalau mengikut kehendaknya dan keluarga, memadailah sekiranya masjid yang hendak dibina itu 'melompat' terus ke upacara akad nikah.

"Jika diberi pilihan, itulah jalan yang saya ambil. Namun untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, keputusan yang dicapai mestilah sepakat.

"Jadi, saya akur dengan kehendak keluarga pasangan saya yang menginginkan hubungan cinta kami diikat mengikut adat dan tradisi," cerita Scha kepada Utusan baru-baru ini.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Erra enggan melatah

Posted: 03 Feb 2011 04:00 PM PST


SEJAK bergelar artis hampir tiga dekad lamanya, kehidupan peribadi aktres jelita, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 36, ini bagaikan tidak sudah dilanda gosip liar.

Sekalipun bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu cekal berhadapan dengan gosip, namun sejak akhir-akhir ini semakin kerap pula khalayak mempersoalkan tentang kisah rumah tangganya yang dikatakan sedang dilanda krisis.

Semuanya gara-gara dakwaan kononnya si suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita di tempat kerja.

Gosip yang diperkatakan itu bukanlah baru kerana sebelum ini Erra sendiri pernah berulang kali menafikan apa yang dihebahkan, sekali gus menyangkal kebenaran khabar angin tersebut.

Mungkin khabar angin itu reda seketika. Tetapi baru-baru ini, dalam satu ruangan gosip yang ke udara di sebuah stesen radio swasta, timbul perihal rumah tangga seorang pelakon dan penyanyi popular yang sedang dilanda masalah kerana suaminya mempunyai hubungan dengan rakan sekerja.

Sinonim dengan gosip yang pernah melanda Erra, ramai membuat telahan gosip di radio itu ada kaitan dengan rumah tangga Erra - Emran.

Buat kesekian kalinya, sewaktu Hits berkesempatan bertemu dengan Erra di majlis pengumuman aktiviti Erra Art Club di Borders, The Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini, sekali lagi soalan yang sama terpaksa diajukan.

"Saya tidak ambil kisah dengan gosip itu. Memang kalau diikutkan bunyinya seperti gosip yang pernah melanda saya dahulu tetapi mungkin yang dimaksudkan dalam gosip kali merujuk kepada orang lain.

"Kita sebenarnya tidak tahu siapakah yang mereka maksudkan di sini, oleh sebab itu saya tidak mahu ambil serius mengenai perkara itu.

"Saya juga tidak menafikan bahawa saya pernah terdengar gosip yang mengaitkan suami saya. Namun seperti yang pernah saya nyatakan dahulu, selagi tiada bukti yang sahih, saya tidak akan ambil peduli," kata Erra dalam nada tenang.

Erra sedar, apabila dia berkecimpung dalam dunia yang penuh glamor ini, dirinya memang tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai gosip yang kadang kalanya menimbulkan fitnah.

Namun, katanya, untuk apakah dia cepat melatah andai akhirnya nanti hanya akan mempamerkan kebodohan diri sendiri.

Erra dengan nada gurau menjelaskan, dia pernah menyuarakan tentang gosip tersebut kepada suaminya, namun dia tidak mahu memandang perkara yang samar sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan amarah.

Sebelum bernikah dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, Erra yang pernah mendirikan rumah tangga dengan salah seorang anggota KRU, Yusry Abdul Halim menjanda selama dua tahun.

Bersama Yusry, anak didik Pengarah Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Apabila berkahwin buat kali kedua, Erra dan Engku Emran dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya yang bakal menginjak ke angka usia dua tahun pada 30 Mac ini nanti.

Natijah dilanda gosip liar terus menyelubungi Erra sehingga membuatkan dia terpanggil untuk menyangkal dakwaan yang kononnya pernah mendapatkan khidmat kaunseling berikutan krisis yang melanda rumah tangganya.

Mungkin sudah menjadi lumrah aktres cantik ini, apa sahaja yang dilakukannya mendapat perhatian.

Maka itulah, apabila tidak kelihatan kelibat suami, Engku Emran sewaktu Erra mendukung watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah dalam pementasan di Istana Budaya tahun lalu, kisah nista rumah tangganya terus dijaja.

Kata Erra, apa lagi yang mampu dilakukannya selain daripada berdoa agar gosip yang tidak berasas itu cepat reda dan senyap begitu sahaja.

Pasak dalam minda

Bukan itu sahaja, malah Erra juga mengharapkan apa-apa sahaja gosip yang melanda dirinya selepas ini, biarlah mempunyai bukti yang kukuh.

"Hal sebegini bagi saya tidak sepatutnya menjadi isu sehingga memberi tekanan dalam hubungan kami suami isteri. Bukankah ia hanya membuang masa.

"Dalam hidup ini kita perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan kerana kehidupan ini hanyalah bersifat sementara.

"Walau macam mana sayangnya kita kepada seseorang itu, jika bukan kita yang akan pergi meninggalkan dia, mungkin dia yang tinggalkan kita.

"Itu adalah kata-kata yang saya pasak dalam minda sebab itu kita tidak boleh kata, tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan," tegas Erra.

Bercerita tentang ramai artis yang mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelamatkan rumah tangga mereka, kata Erra, itu merupakan langkah yang baik demi menyelamatkan sesebuah rumah tangga.

"Bagi saya, tidak salah kalau ada pasangan yang mendapatkan khidmat kaunseling bagi menjernihkan hubungan dalam rumah tangga.

"Kalau cara itu terbaik, apa salahnya. Ini bermakna mereka ada niat untuk pulihkan kembali keadaan dan berbaik-baik semula," kata Erra yang pernah dua kali dinobatkan sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Soal Hati (2001) dan Hingga Hujung Nyawa (2005).

Ditebak pula dengan soalan, bagaimanakah pandangan Erra jika sesi kaunseling yang dihadiri dihebahkan kepada orang ramai sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi negatif dan terkesan kepada pasangan tersebut?

Kata pelakon filem Sembilu itu, tidak seharusnya tindakan pasangan berjumpa kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat disalahertikan oleh khalayak.

Ini kerana, katanya, apabila orang kecoh melihat mana-mana pasangan artis menghadiri sesi kaunseling, secara tidak langsung mereka akan jadi takut untuk ke sana lagi.

"Apa pun, semuanya terserah kepada individu. Bagi Erra, yang penting sekarang fokus kepada kerjaya di samping melihat tumbesaran anak.

"Aleesya pun sudah banyak ragam. Malah dia sudah pandai main deram. Masa inilah dia perlukan perhatian daripada ibunya.

"Andai kata Tuhan mahu mengurniakan seorang lagi cahaya mata dalam waktu terdekat ini, saya tak akan menolak malahan menerimanya dengan penuh kesyukuran," kata Erra pasrah.

google: erra fazira, masalah rumahtangga erra fazira, krisis rumahtangga erra fazira, erra fazira dan suami, gambar terbaru anak erra fazira, erra fazira dan anak, foto gambar terkini terbaru anak erra fazira, gosip rumahtanggan erra fazira, suami erra fazira

RL5 tampil lawak pelbagai

Posted: 03 Feb 2011 03:57 PM PST

SAMA seperti bidang muzik yang mempunyai pelbagai rentak lagu, begitu juga halnya dengan pertandingan Raja Lawak musim kelima (RL5) yang menampilkan gaya lawak yang berbeza-beza di kalangan pesertanya.

Gelanggang RL5 yang disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam itu menampilkan para pesertanya yang bukan sahaja datang dari merata tempat, tetapi gaya lawak mereka juga berbeza di antara satu sama lain.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, pendekatan itu dilakukan bagi memastikan para penonton tidak berasa bosan dengan gaya persembahan lawak yang ditampilkan menerusi saluran Astro Prima.

"Setiap peserta RL5 mempunyai karekter dan gaya berlawak yang berbeza di mana ia mengikut kecenderungan masing-masing. Selain mampu menggambarkan kecenderungan setiap peserta, cara itu juga akan lebih menarik perhatian ramai.

"Contohnya, minggu lalu kita ada peserta seperti kumpulan Kami yang tampil dengan gaya lawak mereka yang disulami dengan adegan lakonan atau drama. Begitu juga dengan Kopi O yang tersingkir pada minggu keempat ini.

"Kopi O tampil dengan gaya lawak yang dikenali sebagai silent comedy atau komedi senyap. Mereka tidak banyak menggunakan dialog tetapi lebih kepada pergerakan yang lucu," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Pada pertemuan selepas berakhirnya Gelanggang RL5 di Hulu Klang, Selangor itu, Nizam turut menyatakan itu adalah kelainan yang cuba ditampilkan dalam pertandingan yang mencungkil bakat-bakat pelawak baru itu.

Namun, beliau tidak menafikan pertandingan yang memilih para pemenangnya 100 peratus daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) itu mempunyai risiko tersendiri menerusi konsep jenaka yang dipersembahkan para pesertanya.

"Saya katakan risiko apabila para peserta cuba menampilkan lawak yang kurang popular atau tidak difahami oleh para penonton. Ia mungkin akan menyebabkan penonton bosan dan kurang untuk mengundi mereka.

"Dalam hal ini pendekatan terbaik ialah memilih lawak yang mudah difahami jalan ceritanya dan isu-isu yang dipaparkan juga relevan dengan situasi yang sedang berlaku ketika ini. Kalau tidak ia akan membosankan para penonton," ujarnya.

Pada Gelanggang RL5 minggu keempat Leman mendapat SMS tertinggi 18.3 peratus, Nazmi (12.9 peratus), Man (12.7 peratus), R2 (12 peratus), Lucky (10.1 peratus), Balas (9.7 peratus), Epy (9.6 peratus) dan Pukaw (7.6 peratus).

Pada pertandingan minggu itu, kumpulan duo Kopi O yang dianggotai oleh Black dan One telah tersingkir kerana mendapat undian SMS paling rendah sebanyak 7.1 peratus selain mendapat kritikan daripada pengkritik tetapnya.

Kopi O yang dikritik oleh tiga pengkritik tetap RL5 iaitu Afdlin Shauki, David Teo dan Sathiya dan tampil dengan gaya lawak senyap akur dengan keputusan itu biarpun sudah bertungkus-lumus memerah idea untuk pertandingan itu.

Salah seorang anggota Kopi O, Black atau nama sebenarnya Syariwan Joir, 28, berkata, dia juga tidak berkecil hati apabila disingkirkan daripada pertandingan itu kerana dikatakan membawa konsep lawak senyap yang agak membosankan.

"Saya akur dengan penyingkiran ini. Kami tidak boleh kata apa kalau orang kata gaya lawak kami membosankan. Ini kerana, kami lebih ke arah lawak yang sebegini.

"Kami tidak nafikan bukannya mudah untuk membuatkan para penonton ketawa hanya berdasarkan gaya pergerakan kami semata-mata. Kami mahu kelihatan lain dalam persembahan lawak kami. Sebab itu kami pilih konsep ini.

"Pada masa sama, kami akui konsep lawak ini berisiko kerana kalau persembahan melalui pergerakan badan dan mimik muka kami tidak menjadi ia akan menyebabkan para penonton susah untuk ketawa," jelasnya.

Sewaktu ditanya perancangan Kopi O selepas ini, Black berkata dia dan One atau Fakhruddin Mohd. Azmi sanggup berhenti kerja sebagai kakitangan di sebuah resort di Kuala Rompin, Pahang bagi mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Ini kerana, katanya, dia yakin mampu mengembangkan lagi bakat Kopi O dalam bidang lawak jenaka dan lakonan selain berharap kerjaya itu akan menjanjikan masa depan yang lebih cerah berbanding sekarang ini.

google: raja lawak musim ke 5, video raja lawak musim ke 5, youtube raja lawak musim ke 5, peserta raja lawak musim ke 5, pemenang raja lawak musim ke 5, juara raja lawak musim ke 5, naib juara raja lawak musim ke 5, raja lawak musim ke 5, astro raja lawak musim ke 5, raja lawak musim ke 5 2011

Haq yang keliru

Posted: 03 Feb 2011 03:55 PM PST

MENYAKSIKAN sedutan filem Haq tahun lalu, saya menyimpan keyakinan bahawa filem ini bakal menjadi 'sesuatu'. Sedutannya nampak mahal hasil sinematografi dan suntingan yang kemas, apatah lagi barisan pelakonnya bukan sekadar wajah majalah.

Dalam lambakan filem Melayu yang mahu menjual komersial semata-mata, Haq memberikan saya persepsi yang berbeza.

Jujurnya, saya tidak mengharapkan Haq menjadi filem yang luar biasa tetapi sekurang-kurangnya sebuah produk yang mampu bercerita dengan baik.

Shamsul Haq ialah seorang kanak-kanak yang dianugerahkan kuasa aneh, sama seperti bapanya. Dia berupaya menggerakkan objek di sekeliling menerusi kawalan minda. Kebolehannya itu dicemburui abang angkatnya, Badrul Hisham.

Sifat iri hati itu dibawa sehingga mereka dewasa. Haq membesar sebagai lelaki yang berhemah hasil didikan agama, manakala Bad yang menghilangkan diri bertahun-tahun akhirnya pulang ke Malaysia dengan dendam dan amarah.

Sinopsis di atas saya baca sebelum menghadiri tayangan perdana filem ini. Sayangnya, selepas menyaksikannya pun, hanya itulah yang saya dapat.

Dalam erti kata lain, Haq tidak menawarkan saya sesuatu yang ekstra, selain apa yang saya tahu menerusi sinopsis.

Haq cuba menyampaikan cerita menerusi bingkai-bingkai gambar yang cantik. Namun, selepas setengah jam menonton, saya masih tidak mampu menangkap isinya.

Persoalan demi persoalan berlegar di fikiran dan sehingga ke penghujung, saya tidak mendapat jawapan.

Saya tertanya-tanya; dari mana Bad tiba-tiba mendapat kuasa sakti, sedangkan pada awal cerita, dia digambarkan seorang manusia normal?

Bagaimana dia boleh berhubung dengan Haq secara telepati? Apa signifikannya guli-guli merah bercahaya? Siapa sebenarnya Aina dan apa pertaliannya dengan keluarga Haq?

Maaf, saya tidak boleh mengenepikan persoalan-persoalan itu kerana ia adalah kunci cerita. Tanpa memahaminya, saya tidak mampu menikmati filem ini.

Kelebihan teknikal, stail penggambaran dan lakonan bersungguh-sungguh tidak cukup untuk menutup kekeliruan tersebut.

Haq tidak mampu 'menggenggam' satu-satu aspek dengan cukup berkesan. Filem ini berada di tengah-tengah garisan, di antara menjadi dengan tidak.

Hendak dikatakan drama, ia tidak cukup menyentuh. Hendak dikatakan aksi, ia biasa-biasa saja. Hendak dilabelkan filem superhero? Belum lagi.

Efek yang ditampilkan sekadar cukup makan. Ia tidak buruk tetapi tidak juga memukau. Lagak ngeri atau aksinya juga tidak mampu membuatkan penonton tercengang.

Adegan pertarungan sambil terbang di antara Haq dan Bad tidak terasa kemuncaknya. Sedangkan babak itulah yang sepatutnya menjadi babak paling kuat dalam filem ini. Malah grafik sistem pemanduan ala Tron semasa Haq menjejaki Zahra kelihatan amatur.

Sebagai pelakon berkredibiliti, Zul Huzaimy sudah memberikan sedaya-upaya untuk menyelamatkan Haq. Begitu juga dengan Fatimah Abu Bakar, Nanu Baharudin dan Raja Farah yang memberikan persembahan terbaik.

Cuma lakonan Adi Putra yang masih berada dalam lingkungan tipikal watak jahat. Bisik suara, ketawa dan mimik wajahnya tidak mengenal erti subtle. Begitupun, lakonan mereka terasa dipersia tanpa pembangunan karakter yang sewajarnya.

Saya tidak mahu mempersoalkan bagaimana Haq boleh memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia yang lalu. Saya juga tidak mahu meragui hasrat penerbit yang dikatakan ingin menghasilkan sambungan filem ini.

Akan ada sekuel atau prekuel, itu soal kedua. Penonton berhak untuk mengetahui apa yang sedang disaksikan. Sesebuah filem harus mampu berdiri sendiri, apatah lagi sebagai filem pertama yang sepatutnya menjadi teras sesebuah naskhah atau 'jenama'.

google: haq, sinopsis haq, pelakon haq, cerita haq, filem haq, kutipan filem haq, adegan panas filem haq, filem haq ost, filem haq poster, trailer filem haq, pengarah filem haq, penerbit filem haq, kos filem haq

Kurang sambutan?

Posted: 03 Feb 2011 03:53 PM PST

BERAKHIRLAH sudah sesi pencarian calon peserta program realiti popular TV3, Mentor untuk musim kelima (Mentor 5) yang dilabuhkan tirainya oleh biduanita terkenal, Datuk Sharifah Aini di Sri Pentas, Damansara Ahad lalu.

Program yang menawarkan ganjaran wang tunai RM100,000 untuk juara dan mentor mereka, bakal memulakan siarannya di saluran itu pada 13 Februari ini.

Berbeza dengan sesi uji bakat pertama Mentor 5 yang dikendalikan oleh pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki yang diadakan di Sri Pentas pada 15 Januari lalu yang menggamit kehadiran lebih 900 peserta, hanya 50 peserta sahaja yang hadir ke uji bakat bersama Sharifah.

Tidak mendapat sambutan atau kerana syarat hanya memilih peserta wanita yang ditetapkan oleh penyanyi yang cukup selesa dengan panggilan Kak Pah itu? Apakah ia mempengaruhi jumlah kehadiran peserta?

Namun, bagi pelantun lagu Hapuslah Air Matamu itu ketika ditemui pada sesi uji bakat tersebut memberitahu, dia langsung tidak gusar dengan jumlah kehadiran peserta kerana sebilangan besar peserta yang hadir ke uji bakatnya mempunyai bakat nyanyian yang boleh diketengahkan.

"Bilangan yang datang bukan penentu bahawa mereka yang mencuba nasib tidak bagus. Hakikatnya, sebilangan besar yang hadir hari ini memang berbakat dan berkebolehan menyanyi pelbagai lagu," katanya.

Mungkinkah juga kerana faktor cuaca yang hujan sepanjang hari dan gelaran biduanita yang digenggam Kak Pah banyak mempengaruhi jumlah kehadiran peserta?

Menjawab hal tersebut, kata Kak Pah, dia tidak menolak kebenaran andaian tersebut.

"Saya ada rasa ramai yang takut nak datang sebab risau dengan gelaran itu. Namun, saya tidak nafikan juga kemungkinan kerana faktor cuaca dan syarat saya untuk mengambil perempuan sahaja menyebabkan kurangnya jumlah yang hadir pada sesi uji bakat ini.

"Sekurang-kurangnya saya boleh lebih teliti dalam menilai peserta yang hadir. Boleh mendengar mereka menyanyikan dua atau tiga lagu sebelum memutuskan sama ada mereka layak ke peringkat seterusnya atau tidak," kata Kak Pah yang kini sudah mula memakai hijab

Luna, Cut bakal didakwa?

Posted: 03 Feb 2011 03:52 PM PST

JAKARTA 2 Feb. - Selepas Ariel Peterpan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara, kini tiba pula giliran Luna Maya dan Cut Tari akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Kedua-dua artis wanita popular itu difahamkan akan didakwa kerana sejak awal kes itu dibicarakan nama mereka sudah dikaitkan dalam penerbitan video lucah bersama Ariel.

Cut, sebelum ini pernah membuat pengakuan di mahkamah bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan Ariel sebanyak tiga kali.

Menurut Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Anton Bachrul Alam, Luna dan Cut mempunyai pertalian dengan kes yang melibatkan Ariel dan mereka boleh didakwa.

"Oleh kerana (kes penerbitan video lucah) saling berkait, sudah tentu ada susulannya (dakwaan)," katanya seperti dilaporkan akhbar Warta Kota, hari ini.

Anton tidak pula memberitahu bilakah pihak berkuasa akan mendakwa Luna dan Cut.

Pada masa yang sama, polis kata beliau, amat menghormati keputusan Mahkamah Bandung pada Isnin lalu yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah dan denda 250 juta rupiah (RM85,000) ke atas Ariel.

Ariel, 29, didapati bersalah oleh mahkamah selepas membenarkan orang lain untuk menyebar dan menerbitkan video pornografi membabitkan dirinya dan pasangannya.

Polis juga sudah menyiapkan kertas siasatan ke atas Luna serta Cut dan akan menyerahkannya kepada pejabat Peguam Negara.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Ariel menguatkan dakwaan bahawa Luna dan Cut adalah dua wanita yang terlibat dalam penerbitan video lucah yang disebarkan secara meluas di Internet itu. - UTUSAN

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Lelaki cipta hotel untuk burung

Posted: 03 Feb 2011 04:34 PM PST

du 05.1 Lelaki cipta hotel untuk burung

SEORANG pembantu John Looser berdiri dekat sebuah hotel untuk burung di Toronto, Kanada baru-baru ini.


TORONTO, Kanada – Seorang lelaki, John Looser (gambar kecil) mencipta beberapa hotel kecil untuk pelbagai jenis burung seperti perling di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah satu hotel itu mengandungi 103 bilik dan sebuah kolam renang manakala sebuah lagi mempunyai terowong yang membolehkan haiwan tersebut terbang.

Harga hotel itu boleh mencecah sehingga AS$24,000 (RM73,008) dan dijual kepada peminat burung.

"Saya menyanyangi burung dan apabila saya bersara awal, saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu.

"Justeru, saya mendapat idea untuk membina kediaman untuk burung," kata Looser berusia 46 tahun.

Dia membuat kediaman burung itu supaya haiwan berkenaan hidup dengan selesa di bandar ini. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hormati Yusry sebagai pengarah

Posted:

Hormati Yusry sebagai pengarah

Hormati Yusry sebagai pengarah



KILAFAIRY kekasih terbaru Yusry Abdul Halim? Apa sudah jadi, bukankah Yusry sedang intim dengan aktres jelita, Maya Karin? Dan siapakah pula gerangan Kilafairy?

Itu persoalan yang timbul apabila heboh diperkatakan menerusi portal gosip tempatan, Kilafairy didakwa sebenarnya kekasih terbaru Yusry.

Kelibat Kilafairy atau nama sebenarnya Shakila Nisha Jahangir Khan sememangnya selalu kelihatan pada majlis yang menggabungkan selebriti dan fesyen sejak akhir-akhir ini, khususnya yang membabitkan jenama terkenal Rafflesia.

Malah, dia juga pernah mengiringi aktor Shahz Jazle pada acara karpet merah sempena majlis Anugerah Skrin 2010 awal tahun ini.

Selepas diselidiki, Kilafairy rupa-rupanya anak kepada penyanyi popular era 1990-an, Rohana Jalil.

Terima lamaran Edry

Mewarisi bakat seni yang dimiliki ibunya itu, namun anak bongsu daripada tiga beradik ini mengambil keputusan untuk terjun ke dunia lakonan biarpun turut memiliki kebolehan menyanyi.

Pernah membintangi drama rantaian Hotel Mania tidak lama dahulu, tuah ternyata berpihak kepadanya selepas itu apabila dia semakin banyak mendapat tawaran berlakon drama-drama tempatan.


SEKEMBALINYA dari Paris, Kilafairy bakal menghadapi peperiksaan di kolejnya.


Lantaran bakat serta kebolehan yang dimilikinya itu, dia telah dilamar adik Yusry, Edry Abdul Halim untuk menjadi artis di bawah naungan KRU Studio dan telah mengikat kontrak dengan syarikat tersebut sejak bulan Jun 2010.

Selain berlakon drama, dia juga bakal membuat penampilan pertama di layar perak menerusi filem seram terbitan KRU Studios berjudul Karak yang dijangka mula ditayangkan di pawagam tanah air menjelang pertengahan tahun ini.

Bagi meleraikan segala persoalan yang timbul tentang gosip hangat Yusry dan Kilafairy, Kosmo! lantas 'menangkap' Kilafairy untuk sesi fotografi khas yang berjaya disempurnakan kelmarin - sehari sebelum dia terbang ke Paris, Perancis bersama keluarga untuk bercuti di sana selama dua minggu!

"Saya sendiri tidak tahu macam mana gosip yang mengatakan saya adalah kekasih Yusry itu boleh timbul. Hubungan kami sekadar antara pelakon dan pengarah memandangkan filem Karak adalah di bawah arahannya," ucap Kilafairy cuba menangkis gosip tersebut.

Tambahnya: "Memang pada mulanya saya tertanya-tanya kenapa ada orang yang membuat cerita sebegitu. Kalau ada yang kata pernah nampak kami berdua-duaan, itu tidak benar kerana kami tidak pernah keluar bersama," ujarnya yang baru berusia 19 tahun itu.

Namun, biarpun masih hijau dalam dunia hiburan, Kilafairy ternyata tidak cepat melatah dan menganggap gosip yang muncul itu adalah sebahagian asam garam dalam dunia hiburan.

Ujarnya lagi, ibunya juga banyak memberi pesanan dan nasihat supaya tidak mempedulikan sebarang cerita buruk yang timbul, sebaliknya terus memberi fokus kepada bidang yang diceburinya itu.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Yusry memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, pelakon yang mempunyai bibir mirip aktres tersohor Hollywood, Angelina Jolie itu mengakui Yusry merupakan seorang lelaki yang kelakar dan sangat merendah diri.


SERING menjadikan ibunya sebagai rujukan, Kilafairy tidak mudah melatah apabila menjadi mangsa gosip dalam dunia hiburan.


"Memang saya minat dengan lelaki yang kelakar dan rendah diri, tetapi itu tidak bermakna saya ada menyimpan perasaan terhadapnya. Sebaliknya saya begitu kagum dengan sifat yang dimilikinya itu.

"Apa yang saya perhatikan semasa di lokasi penggambaran, dia akan bergaul dengan semua orang tanpa mengira kedudukan. Dia memang seorang pengarah yang baik dan sebab itu saya sangat menghormatinya," tuturnya.

Mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, selain kelakar dan rendah diri, Kilafairy juga meminati lelaki yang menghormati orang tua dan mementingkan keluarga.

Shahir AF8

Meskipun kini dirinya kian dikenali sebagai seorang pelakon, Kilafairy juga sudah mula mengikuti jejak langkah ibunya apabila mula berjinak-jinak dengan dunia nyanyian.

Menurutnya, apa yang membuatkan dirinya ingin cuba untuk menjadi seorang penyanyi adalah kerana sejak daripada kecil lagi dia sering mengikuti ibunya membuat persembahan di merata-rata tempat.

"Berkemungkinan besar tidak lama lagi saya bakal muncul dengan single pertama saya. Perbincangan telahpun dilakukan dengan Edry dan ketika ini kami sedang memilih beberapa lagu untuk dirakamkan.

"Baru-baru ini saya ada cuba merakamkan sebuah lagu tetapi kurang sesuai. Edry ada memberitahu bahawa suara saya sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu berentak R&B dan balada," ujarnya.

Mengenai perjalanan karier lakonannya, pelakon yang kini sedang menuntut di Raffles International Collage itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Mistik Alam Hitam di bawah arahan Rashid Sibir.

Bagaimanapun, beritahunya lagi, buat masa ini dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang diterima.

Selain sedang bercuti di Paris ketika ini, sekembalinya dari sana dia akan sibuk menelaah pelajaran memandangkan dia bakal menduduki peperiksaan pada hujung bulan ini.

"Saya sebenarnya boleh berlakon pada bila-bila masa sahaja. Namun, kebanyakan tawaran yang diterima sering bertembung dengan jadual kuliah saya hingga saya terpaksa menolaknya," ujarnya yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dalam bidang fesyen, pemasaran dan pengurusan.

Jika kebanyakan pelakon baru agak sukar untuk mendapat tawaran memegang watak utama dalam sesebuah filem, Kilafairy sebaliknya memperolehi peluang keemasan itu menerusi filem Karak.

Filem itu turut dibintangi Shahir AF8 dan Shira Ayob. Bercerita tentang filem sulung lakonannya itu, dia meluahkan rasa puas hatinya dapat terbabit dalam filem tersebut meskipun pada awalnya rasa berdebar berlakon di samping artis yang lebih popular seperti Shahir.


KILAFAIRY mengakui Yusry memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.


"Karak adalah filem pertama lakonan saya dan sebagai pelakon baru pastinya banyak kelemahan yang ada. Saya sendiri tidak kisah sekiranya ada yang mengkritik gaya lakonan saya dalam filem ini nanti.

"Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana ketika penggambaran ramai juga yang memberi tunjuk ajar.

"Sementara, sesama pelakon utama yang lain kami sering berbincang agar dapat membawakan watak masing-masing dengan lebih baik dan berkesan," ujarnya.

Pada masa yang sama, dia sangat berharap agar melalui filem tersebut mampu menjadi batu loncatan untuk dia lebih dikenali ramai serta mendapat lebih banyak tawaran berlakon pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nancie rai secara sederhana

Posted:

Nancie rai secara sederhana

Nancie rai secara sederhana

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


MENJAGA kesihatan diri dengan bermain golf, Nancie menjaga rutin pemakanannya dengan penuh teliti.


AGAMA bukan penghalang untuk merapatkan silaturahim sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Itu amalan penerbit Nancie Foo yang cukup terkenal dalam dunia perfileman Melayu suatu ketika dahulu untuk turut meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan bermula semalam itu.

Biarpun dia merupakan penganut agama Kristian, namun menurut Nancie, pada sambutan Tahun Baru Cina inilah dia dan saudara-maranya yang lain dapat berkumpul beramai-ramai.

"Biarpun keluarga saya beragama Kristian, namun kami juga turut menyambut perayaan ini. Cuma kami hanya menyambutnya secara sederhana sahaja memandangkan kami turut menyambut Krismas sebelum ini.

"Malah, saya telah melakukan persiapan dua minggu lebih awal sebelum Tahun Baru Cina. Misalnya membeli pakaian baru untuk saya, suami dan anak-anak serta membeli kuih-muih dan buat limau," ujarnya sewaktu ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Tambah Nancie, tahun ini juga lebih bermakna buat mereka sekeluarga kerana dapat menyambutnya lebih lama lagi di sini termasuk bersama anak sulungnya.

Menurutnya, pada tahun lalu dia hanya sempat menyambutnya selama sehari sahaja di negara ini kerana terpaksa menemankan anak sulungnya yang menyambung pelajaran ke Australia pada hari kedua perayaan.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai Tahun Arnab yang jatuh pada tahun ini, Nancie menjelaskan bahawa tahun berkenaan sebenarnya adalah bukan tahun yang baik kepada masyarakat Cina.

Ujarnya, mengikut ramalan pada tahun ini dijangka banyak kejadian-kejadian yang buruk yang akan berlaku dan mereka yang lahir pada Tahun Arnab juga perlu lebih berjaga-jaga supaya tidak ditimpa malang.

"Masyarakat Cina percaya bahawa dengan memakai banyak barang kemas dapat mengelakkan malang yang akan menimpa. Biarpun kurang percaya dengan ramalan, namun saya tetap melakukan persediaan untuk mengelak berlaku kejadian yang tidak baik," ujarnya.

Peminat Melayu

Selain fasih berbahasa Melayu, Nancie Foo juga merupakan antara pelakon berbangsa Cina yang sememangnya cukup dikenali di kalangan peminat Melayu.

Ketika era tahun 80-an dan 90-an, dia pernah membintangi filem-filem Melayu seperti Main-Main Hantu, Sayang Ibu dan Pemburu serta pernah memenangi Anugerah Bintang Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Kedua (FFM2), kira-kira 30 tahun yang lalu.

Menurutnya, disebabkan sering berlakon dalam filem Melayu, dia juga memiliki beberapa rakan rapat di kalangan pelakon Melayu seperti Ogy Ahmad Daud dan Noorkumalasari.

"Buat masa ini memang saya jarang berjumpa dengan mereka kerana kesibukan masing-masing. Biasanya kami hanya dapat bertemu ketika hadir pada acara-acara tertentu.

"Bagaimanapun, sesekali saya masih lagi berhubung dengan mereka sama ada melalui telefon ataupun khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanyakan khabar," ujarnya yang memulakan karier sebagai pelakon menerusi filem Bintang Pujaan pada tahun 1981.

Ketika ditanya sama ada dia berhasrat untuk kembali aktif berlakon semula, Nancie menjelaskan dia hanya akan menerima tawaran sebagai pelakon undangan memandangkan tempoh penggambaran yang tidak panjang.

Jelasnya, buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada tugas di belakang tabir sebagai penerbit eksekutif di syarikat produksi Seni 2020 dan membesarkan ketiga-tiga anaknya iaitu Wong Ai Dee, 18, Wong Ai Vee, 15, dan Wong Ai Lee, 10.


NANCIE kini lebih menumpukan masanya bersama tiga anak gadisnya (dari kiri), Ai Lee, Ai Vee dan Ai Dee.


Kekal cantik

Sudah bergelar ibu kepada tiga orang anak yang sedang meningkat usia remaja, namun bekas Ratu Cantik Malaysia 1979 ini masih lagi mampu mengekalkan kecantikannya.

Meskipun cukup berahsia mengenai usianya ketika ini, jelas Nancie, sebenarnya tiada sebarang petua istimewa mengenai dirinya untuk tetap kelihatan awet muda.

"Selain banyak mengambil makanan tambahan seperti

vitamin, saya juga kerap

melakukan senaman dan begitu mengambil berat mengenai soal pemakanan.

"Malah, saya juga turut aktif bersukan seperti golf dan bila ada kelapangan saya dan anak-anak akan mengikuti suami pergi bermain golf bersama," ujarnya.

Menurutnya lagi, sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan sibuk sepertinya aspek-aspek seperti penampilan dan kesihatan seharusnya diambil kira agar segala urusan dapat berjalan dengan lebih lancar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Winnie, Amber, Suki mahu lebih berjaya

Posted: 02 Feb 2011 05:49 AM PST

RONA merah dan sampul angpau cukup berkait rapat dengan sambutan Tahun Baru Cina. Merah melambangkan keberanian, rezeki dan semangat selain menyerlah dalam banyak perkara.

Perayaan kali ini disambut sempena Tahun Arnab. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, Tahun Baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Sempena Tahun Baru Cina kali ini, sisipan Rap menggandingkan selebriti popular Amber Chia, Suki Low dan pemilik butik barang kemas Rafflesia The Pearl Centre dan Mandalay, Winnie Sin.

Apa yang pasti, Winnie yang turut memiliki wajah cantik persis model tidak kekok untuk bergandingan dengan dua personaliti jelita itu.


Uniknya bagi perayaan Tahun Baru Cina kali ini, ketiga-tiga selebriti turut memilih rona hijau yang dipercayai membawa maksud tersendiri.


Hijau adalah warna yang biasa dilihat pada alam semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan. Selain memberi kelainan, ia boleh disesuaikan dengan beberapa aksesori pilihan pemakainya.

Mereka juga antara 30 selebriti yang bergaya dengan pakaian rekaan 17 pereka fesyen popular dalam memeriahkan program Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selebriti popular tanah air yang hadir antaranya Nasha Aziz, Erra Fazira, Shila, Zahnita, Farahdyia, Farah Asyikin, Puspha Narayan, Juliana Evans, Julia Evans, Farhan, Eja, Fazura, Azharina, Faezah Elai, Nur Fatiya, Intan ladyana, Mislina, Amanda Amani, Kilafairy dan Irma Hasmie.

Antara pereka fesyen yang terbabit pula ialah Alvin Tay, Ariff Shukor, Bill Keith, Carven Ong, Daniel & Leslie, Keith Kee, Rizman Ruzaini, Razman Razmi, Riffai, Salikin Sidek, Wanpa, Wan Huzairil, Faizel Azraff dan Von Jolly.

Menurut Winnie, masyarakat Cina bersikap terbuka untuk memilih selain warna merah untuk mencari kelainan, jadi tahun ini mereka memilih warna hijau untuk digayakan pada musim perayaan ini. Apatah lagi tahun ini, hijau membawa nasib yang bertuah bagi orang Cina.

"Biasanya warna merah memang tidak dapat dipisahkan dengan cheongsam. Pada dasarnya, masyarakat Cina akan memilih warna tertentu yang membawa kebaikan dan boleh digayakan pada Tahun Baru Cina. Menerusi acara ini juga, kami mahu menampilkan sesuatu yang berbeza, justeru warna hijau dipilih untuk bergaya pada majlis ini.

"Malah cheongsam hijau tambah menarik apabila digayakan dengan barang kemas daripada jed atau mutiara," katanya.

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina pula, Winnie yang kelihatan menawan memakai cheongsam rekaan Bill Keith memaklumkan akan bercuti selama seminggu.

"Sejak beberapa tahun lalu saya sering meluangkan masa berkunjung ke beberapa destinasi menarik dalam dan luar negara. Saya juga merancang ke Pulau Pangkor. Begitupun, disebabkan masa yang terlalu singkat dan kebanyakan hotel penginapan sudah penuh, kami membatalkan hasrat itu.

"Pada saya sambutan Tahun Baru Cina kali ini adalah masa yang terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan saudara-mara terutama dengan kehadiran kanak-kanak yang pasti menceriakan suasana," katanya.

Dia juga bersedia dengan pelbagai rekaan dan warna cheongsam antara yang pasti menjadi pilihan adalah warna hijau yang digayakan pada majlis itu.

Bagi pelakon dan model terkenal, Amber Chia, 29, sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini pastinya lebih meriah. Ibu kepada Ashton Wong, 5 bulan, merasai pengalaman tahun pertama menyambut perayaan sebagai keluarga besar.

Mengulas mengenai sambutan perayaan kali ini, Amber memberitahu memandangkan baru berpindah rumah, dia merancang menghabiskan waktu cuti selama seminggu di Kuala Lumpur. Dalam keadaan Ashton yang masih kecil, dia menjangkakan kehadiran saudara-mara berkunjung ke rumahnya.

"Memang perayaan kali ini cukup berbeza sekali. Saya dapat merasai kemeriahan membuat persiapan termasuk membeli pakaian untuk anak. Kali ini juga saya perlu bersedia dengan dua angpau memandangkan ini tahun pertama menyambut perayaan sebagai isteri dan ibu. Menurut adat kepercayaan kaum Cina, angpau bermaksud harapan dengan bersikap pemurah seseorang itu akan dikurniakan rezeki yang berlipat ganda pada masa depan.

"Setiap tahun saya dan keluarga cukup menanti perayaan Tahun Baru Cina. Kesempatan cuti panjang digunakan untuk berkumpul bersama keluarga. Lebih seronok apabila abang yang berkerja di luar negara akan pulang menyambut raya di tanah air. Selepas setahun tidak bertemu memang saya cukup teruja menantikan tahun baru," ujarnya.

Lebih bermakna apabila semua enam adik-beradik dapat berkumpul pada perayaan tahun ini. Sejak beberapa minggu lalu, duta produk kecantikan L'Oreal yang dilahirkan di Ipoh, Perak dan membesar di Tawau, Sabah ini sudah menghiasi rumah untuk menyambut perayaan. Pelakon filem The 3rd Generation, Trio & A Bed, Possessed dan Seed of Darkness ini tampil anggun bergaya dengan pakaian rekaan, Carven Ong.

Juara pertandingan realiti nyanyi, One In A Million (OIAM) musim pertama, Low Sook Yee, 21, atau Suki, pula merancang bercuti selama 10 hari sempena Tahun Baru Cina. Gadis cantik itu bakal menyambut perayaan di kampung halaman di Seremban dan Kuala Lumpur.

Perayaan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kakak yang menetap di Hong Kong lebih dua tahun. Anak kedua daripada tiga beradik itu membayangkan cuti panjang sempena perayaan kerana perlu berkerja keras.

"Sebelum ini saya tidak pernah memberi angpau. Namun saya agak segan dan berasakan diri sudah dewasa. Selain sudah mempunyai pendapatan sendiri, saya berhasrat memperuntukkan sedikit wang untuk memberi angpau kepada saudara-mara yang lebih muda daripada saya.

"Persediaan untuk menyambut perayaan kali adalah seperti biasa. Cuma lebih bermakna apabila kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Setiap kali perayaan, keluarga kami sentiasa merancang untuk berkunjung ke destinasi menarik. Mungkin sekitar ibu kota untuk meluangkan masa bersama," katanya.

Berbicara mengenai perkembangan seni pula, Suki yang cantik mengenakan cheongsam hijau rekaan Keith Kee memaklumkan, dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan album Melayu. Buat masa ini, dia mempertimbangkan kerjasama bersama beberapa komposer selain meneliti beberapa lagu yang sesuai.

Kata Suki, sejak bergelar juara OIAM rezeki dalam karier seni ternyata tidak pernah putus buatnya. Malah dia turut berpeluang melebarkan sayap seni di Taiwan apabila ditawarkan membintangi drama bersiri, The Give. Selain itu, dia membuat penampilan di pentas teater apabila menjayakan pementasan muzikal, In Love With di Genting Highlands, tahun lalu.

"Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan kepada nyanyian. Lakonan sekadar percubaan saya untuk melebarkan sayap seni selain menimba pengalaman. Begitupun, jika mendapat tawaran untuk berlakon, saya pasti akan membuat pertimbangan bergantung kepada masa dan watak yang sesuai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PK hampiri kemuncak

Posted: 02 Feb 2011 05:38 AM PST

SETIAP minggu ada saja kejutan daripada Rosyam Nor. Pada Pilih Kasih (PK) minggu kelapan yang berlangsung Sabtu lalu, penerbit program itu sekali lagi menggemparkan dengan penyingkiran dua peserta PK serentak.

Selepas Leyla Krisya dan Afiq Meadin disingkirkan bersama pada Pentas minggu ketiga, kini tiba giliran rakan seangkatan mereka, Bil Azali, 19 dan Kris Cempaka, 26, untuk menyertai mereka. Bil dan Kris, dilihat semakin menyinar melalui lakonan drama dan teater yang disampaikan setiap minggu. Akan tetapi, ia nampaknya tidak memadai untuk memastikan mereka terus kekal berada dalam pertandingan ini.

'Bil Azali, anda bukan pelakon yang saya cari'. Itulah kata-kata keramat daripada Rosyam yang menamatkan perjalanan Bil di PK. Minggu lalu, penonton tidak mendengar kata-kata itu daripada Rosyam kerana tiada penyingkiran.

'Kris Cempaka, anda juga bukan pelakon yang saya cari', kata Rosyam sejurus selepas dia menyingkirkan Bil. Sudah menjadi lumrah, seorang peserta perlu disingkirkan untuk meneruskan pertandingan sesuatu program, namun agak mengejutkan apabila dua orang tersingkir sekali gus. Namun, perkara yang dianggap mustahil itu memang boleh berlaku dalam mana-mana program realiti TV.


Apatah lagi apabila yang tersingkir itu antara bintang yang sedang menyinar dan berkembang mekar. Lakonan Bil dan Kris sangat selamba tetapi memberi impak yang besar kepada penonton. Kris dan Bil sudah pasti akan dirindui bukan saja oleh peminatnya tetapi juga tenaga pengajar dan artis PK yang lain.


Selepas ketiadaan Bil dan Kris, tinggal lapan peserta PK yang akan berentap mempertaruhkan lakonan mereka untuk minggu ini. Nampaknya program PK sudah hampir ke kemuncaknya. Tanggal 20 Februari ini, akan diketahui siapa yang bakal menggondol gelaran pelakon pilihan Rosyam untuk musim yang kedua ini selepas Pilih Kasih musim pertama dimenangi Iqbal Mazlan.

Menyorot kembali Pentas PK minggu lalu, menurut Rosyam, dia was-was dengan keputusan yang ingin dibuatnya.

"Saya keliru dan ragu-ragu untuk menentukan siapa yang harus disingkirkan. Minggu lalu, saya membuat pengecualian dengan tiadanya penyingkiran, tetapi minggu ini tidak ada lagi sebarang alasan boleh diberi. Penyingkiran tetap perlu dilakukan," katanya.

Akhirnya pengkritik tetap PK, Fauziah Nawi tampil ke pentas untuk bersama-sama Rosyam dan memberi pandangannya mengenai tiga peserta yang tercorot undiannya malam itu. Bil Azali mendapat undian 6.04 peratus, Kris pula 5.83 peratus dan Nur Jannah, 5.76 peratus.

"Mereka bertiga adalah pelakon serba boleh dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Bagaimanapun, saya mahu Nur Jannah terus kekal di PK yang akan datang. Nur Jannah terselamat daripada penyingkiran buat kali kelima dan ini semestinya satu lagi peluang bermakna buatnya untuk terus membuktikan kepada rakyat Malaysia akan kebolehan dan bakat beliau.

"Saya putuskan Bil dan Kris undur diri dari PK dengan hati yang berat. Jika diberi pilihan, saya tidak mahu menyingkirkan sesiapa pun malam ini kerana ketiga-tiganya antara yang terbaik," katanya.

Setiap minggu, PK menjemput artis terkenal untuk memeriahkan Pentas PK. Selepas Noor Khiriah, Fizz Fairuz dan beberapa artis yang lain, minggu lalu tiba giliran Aaron Aziz menceriakan Pentas PK.

Lakonan spontannya sebagai pengarah filem seram dalam teater Dilema Hantu pada malam itu ternyata tidak menghampakan. Nasihat Aaron kepada artis PK, jangan hafal skrip tetapi cuba untuk memahami dan mendalaminya dengan baik. Itulah cara yang terbaik untuk menghidupkan sesuatu watak dan menjadi pelakon serba boleh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.