Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


‘Jangan Kaitkan Dengan Saya’ – Jue Aziz

Posted: 28 Aug 2012 07:45 PM PDT

JUE AZIZ BERCINTA DENGAN AIDIL

Ekoran dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang semua orang tahu masih suami kepada Rita Rudaini, Jue Aziz tidak menunggu lama untuk tampil mengulas segala dakwaan yang bertebaran di alam maya yang maha luas ini sekaligus menjelaskan segala-galanya bagi membersihkan namanya.

"Masalah mereka suami isteri belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana ternyata segala tuduhan yang dilemparkan pada saya hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya"

Jue Aziz memberi tahu yang dia tidak mempunyai nombor telefon Aidil dan pelik bila tiba-tiba dia dikatakan bercinta dengan Aidil. Tapi Jue Aziz mengaku mempunyai BBM Aidil yang diperolehi daripada kawan-kawannya yang berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.

Tidak perlu buang masa, mari baca penjelasan daripada Jue Aziz ni:-

"Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.

"Tolong selesaikan masalah mereka suami isteri, tidak perlu babitkan orang lain dalam masalah rumah tangga mereka berdua. Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti bila dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran drama di luar ibu kota.

"Jadual saya ada bersama mereka. Kru produksi juga 'kenal' saya dan mereka juga mengenali siapa Rita yang sebenarnya. Kalau benar ada kru produksi yang nampak saya keluar dengan Adil, beritahu saya produksi mana.

"Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan bawakan bukti sekali.

"Saya harap jangan panjangkan lagi isu ini kerana saya tiada kena mengena langsung dengan rumah tangga mereka ataupun ada hubungan dengan Aidil. Saya akan minta pendapat peguam apa yang patut saya buat jika perkara ini masih berpanjangan bagi melindungi diri dan hak saya. Tolong jangan jatuhkan maruah orang sehingga boleh merosakkan periuk nasi orang lain.

"Saya pun bukannya rapat sangat dengan Rita, jadi jangan ganggu hidup saya. Kami pernah berlakon bersama, tetapi itu pun dah lama. Sekarang pun saya tidak pernah bertemu dengannya kerana sibuk dengan penggambaran drama.

"Isu ini sangat merimaskan saya kerana ia tidak benar sama sekali. Tak ada gunanya dia memburukkan saya kerana saya memang tiada hubungan dengan suaminya,"

Mengakhiri penjelasan, Jue Aziz memberi tahu bahawa ini adalah kenyataannya yang terakhir daripadanya dan dia tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini.

"Cukuplah setakat ini kerana tak ada gunanya saya terus bersoal jawab mengenai tuduhan yang saya bercinta dengan Aidil kerana ia tidak benar sama sekali,"

Psstt: Kesian nengok harimau bintang ni~

Related Posts with Thumbnails

Rumah Imuda Dipecah Masuk, Kerugian RM7,000

Posted: 28 Aug 2012 02:30 AM PDT

Pelawak terkenal tanah air yang mula kami kenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' iaitu Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, Kuala Lumpur dipecah masuk baru-baru ini.

RUMAH PELAWAK IMUDA DIPECAH MASUK

Tarikh tepat bila kejadian berlaku tidak diketahui kerana Imuda hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya pulang daripada bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang. Seperti kata Imuda yang kami petik daripada Berita Harian:-

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang,"

Imuda berkata, suspek berkemungkinan besar terdiri daripada tiga atau empat individu dan mereka masuk melalui tingkap dan jeriji depan yang diumpil menggunakan pemutar skru. Tambah Imuda, mereka sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan