Adsense

Selasa, 28 Ogos 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jelitawan Muaythai

Posted: 27 Aug 2012 04:25 PM PDT

Diana Danielle dilantik duta seni pertahankan diri Thailand

PELAKON Diana Danielle kini lebih bersedia berdepan situasi cemas selepas dilantik duta sukan Muaythai. Tawaran daripada Elite Boxing (EB) dimanfaatkan aktres ini untuk mendalami ilmu seni mempertahankan diri Thailand itu yang mampu menjadi senjata atau pendinding diri.

Akur gadis jelita ini, suatu masa dulu, dia tidak pernah terfikir ilmu mempertahankan diri harus dikuasai golongan hawa bagi menghindari jenayah yang disangka berlaku.

Sejak kecil, saya tidak ada asas seni pertahankan diri. Ini memangmembimbangkan, apatah lagi saya sering keluar seorang menuju ke lokasi penggambaran. Jadi, tawaran menjadi duta Muaythai memberi kelebihan kepada saya untuk mendalami ilmu mempertahankan diri" - Diana Danielle, Pelakon

Namun, keadaan kini sebaliknya apatah lagi status dirinya yang sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk individu yang mungkin berniat jahat.

"Sejak kecil, saya tidak ada asas seni pertahankan diri. Ini memang membimbangkan lebih lagi saya ini sering keluar seorang menuju ke lokasi penggambaran. Jadi, tawaran menjadi duta Muaythai memberi kelebihan kepada saya untuk mendalami ilmu mempertahankan diri.

"Kita tidak mampu meramal apa yang akan berlaku. Lebih-lebih lagi apabila berseorangan. Individu berniat jahat ini boleh melakukan kejahatannya di mana-mana saja seperti menahan kereta dipandu kita atau menarik kita ke mana-mana," katanya.

Wanita perlu kuasa ilmu pertahan diri
Buah hati pelakon kacak Farid Kamil ini mengambil peluang sebagai duta Muaythai untuk memberi pendedahan dan galakan kepada semua kaum hawa mengenai ilmu mempertahankan diri.

"Usah pandang remeh mengenai keselamatan dirii. Kadang-kadang wanita sengaja memperlihatkan kelemahan diri sehingga mudah diambil kesempatan oleh orang yang berniat tidak baik," katanya.

Sebagai duta Muaythai, Diana akan mengacara pertandingan Muaythai Thailand vs Challenger 2012 di Pusat Konvensyen Sunway Piramid, Petaling Jaya pada 9 Oktober depan.

"Dipilih sebagai duta Elite Boxing dan menjadi hos pada pertandingan dianggap suatu penghargaan besar. Pertandingan itu akan dihadiri ramai pemain Muaythai baik dari Malaysia dan luar negara," katanya.

Diana berkata, dia dipilih sebagai duta Muaythai selepas pihak Elite Boxing Malaysia menonton program MyEg Xtra Time di saluran ESPN.

"Ketika itu, saya menjadi hos Muaythai dan mereka nampak saya berlawan dengan Hannah Tan di gelanggang. Kebetulan mereka sedang mencari duta dan hos untuk Thailand vs Challenger 2012," katanya.

INFO Diana Danielle

  • Nama : Diana Danielle Dannye Beeson
  • Tarikh Lahir : 22 November 1991 (umur 20)
  • Umur : 21
  • Tempat Lahir : Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS)
  • Filem : Hanyut, Majika, ...Dalam Botol, Kecoh Betul, Setem, Bohsia,Jangan Pilih Jalan Hitam, Maut, Evolusi KL Drift dan Idola.