Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Hijabster : Tampilkan Keunikan Dalam Berhijab

Posted: 20 Jul 2012 02:27 AM PDT

Dewasa ini, hijab merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi di kalangan peminat dunia fesyen tempatan. Terdapat pelbagai rekaan gaya dan potongan hijab diperkenalkan oleh pereka fesyen bagi menampilkan kelainan dan keunikan dalam rekaan mereka.

Berikut merupakan empat langkah mudah untuk diaplikasikan bagi menampilkan kesegaran dan keunikan dalam berfesyen :

Untuk langkah pertama, anda harus memilih dua anak tudung daripada rona yang sesuai, seperti rona hijau dan kuning. Seterusnya, padankan kedua-duanya dibahagian kepala dengan cara bersilang dan pastikan ia selesa dan kelihatan menarik.

Setelah itu, lakukan ikatan selendang di bahagian belakang laher, dan pastikan ia betul-betul kemas agar tidak mudah tertanggal. Seterusnya, ambil selendang di sebelah kiri, dan bawakan ia kehadapan. Lilitkan ia di sekitar bahagian kepala dan pastikan lilitan yang dilakukan tampak kemas dan cantik.

Langkah terakhir, ambil selendang di sebelah kanan dan bawakan ia kehadapan supaya menutup bahagian dada. Sematkan ia di bahagian bahu anda dengan kemas dan cermat. Gaya ini sungguh mudah dan praktikal untuk digayakan setiap hari. Selamat mencuba!

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk :

Hujung rambut lebih berusia dan kering kerana ia lebih lama mengalami kehausan. Sebab itu rambut sentiasa kusut terutama di hujungnya. Perapi dapat menyuburkan hujung rambut semula. Hasilnya – rambut lebih kalis terhadap kusut dan putus.

Kredit Foto : Flickr Busana Shafika

Produk Kecantikan Kose Sahut Kempen “Save The Blue”

Posted: 20 Jul 2012 12:01 AM PDT

Semalam telah berlangsungnya kempen "Save the Blue" oleh produk kecantikan Kose di perkarangan Mid Valley, Kuala Lumpur. Kempen telah dimeriahkan dengan kehadiran pelakon dan penyanyi terkenal Amy Mastura. Di mana, secara umumnya beliau juga merupakan duta bagi produk kecantikan dari Jepun ini dan ini merupakan tahun kedua beliau dilantik sebagai duta.

"Save the Blue" merupakan sebuah kempen inisiatif bagi produk Kose untuk memelihara alam sekitar menerusi pemeliharaan semula terumbu karang di dasar lautan. Pada dasarnya, kempen ini telah bermula menerusi pemeliharaan semula terumbu karang di Kepulauan Okinawa, Jepun dan kini ia telah dikembangkan di negara Malaysia.

Setiap pembelian barangan Kose untuk produk edisi terhad, sebahagiannya akan diserahkan kepada pihak Malaysia's Coral Reefs untuk aktiviti kajian, pendidikan, dan juga usaha untuk memelihara semula terumbu karang di dasar lautan.

Menerusi program ini, antara pulau yang dipilih untuk menjayakan kempen ini adalah Pulau Redang dan Pulau Tioman. Ini kerana, kedua-dua pulau ini memiliki keistimewaan dan tarikannya sendiri untuk aktiviti perlancongan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan