Adsense

Jumaat, 15 Jun 2012

Zon Artis

Zon Artis


Awi Rafael Mengaku Bertatu Dan Mohon Maaf

Posted: 15 Jun 2012 07:04 PM PDT

AWI RAFAEL BERTATU

Beberapa hari lalu, dunia internet heboh dengan tersebarnya beberapa gambar seorang penyanyi lelaki beragama Islam yang bertatu di lengan. Walaupun mukanya dikaburkan, tapi ramai yang dapat meneka siapakah gerangannya penyanyi itu sehingga si empunya diri iaitu Awi Rafael tampil memberi penjelasan menerusi Facebook miliknya.

Menurut Awi Rafael, gambar-gambar yang dimuat naik itu adalah gambar lama, sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk.

Dalam penjelasan itu, Awi Rafael mengakui yang dia sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama dan turut mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah. Malah, Awi Rafael juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran.

Psstt: Kejam! Gambar ibu hamil 7 bulan dipaksa gugurkan kandungan~

Related Posts with Thumbnails

(Tahniah!) Dynas Selamat Melahirkan Anak Kedua

Posted: 15 Jun 2012 05:53 AM PDT

GAMBAR ANAK KEDUA DYNAS MOKHTAR

Kami baru sahaja menerima satu perkhabaran gembira dimana pelakon dan model tinggi lampai iaitu Dynas Mokhtar telah selamat melahirkan anak kedua pada hari ini, Jumaat (15 Jun 2012). Jika anak pertama berjantina perempuan, anak kedua ini pula berjantina lelaki. Buat masa ini, kami belum mendapat info lanjut mengenai kelahiran anak kedua Dynas ini. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Dynas kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Mesti comel baby tu kan?

Zon Artis: Kami akan update entri ini (mungkin beserta gambar baby, jika ada) apabila sudah mendapat info lanjut. Tunggu~

Related Posts with Thumbnails