Adsense

Sabtu, 16 Jun 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Doa yang terbaik - Erra

Posted:

Doa yang terbaik - Erra

Doa yang terbaik - Erra



ERRA FAZIRA mengaku lemas asyik disogok soalan tentang kerukunan rumah tangganya dengan Engku Emran.




PERMATA hati. Erra tidak mahu kisah rumah tangganya memberi impak kepada anaknya yang kini berusia tiga tahun, Engku Aleesya.




BARISAN karyawan Parut Ashikin termasuk Erra Fazira (tengah) bergambar sebelum sesi pratonton telefilem itu ditayangkan pada Khamis lalu di Astro.


TENANG dan masih cantik seperti selalu, Fazira Wan Chik atau nama pentasnya, Erra Fazira ketika ditemui pada majlis tayangan telefilem Parut Ashikin arahan Sabri Yunus baru-baru ini.

Usai tayangan tamat, Erra seperti sudah mengerti soalan yang berputar di kepala pihak media.

Sejak kebelakangan ini kisah kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Engku Emran Zainal Abidin yang dinikahi pada 25 Oktober 2007 tidak pernah surut.

Pelbagai spekulasi yang muncul. Ada yang mendakwa pasangan ini telah menghadiri sesi kaunseling, sudah tidak tinggal sebumbung dan juga suaminya sudah berkahwin lain.

Kebenarannya, hanya Erra dan Emran sahaja yang tahu. Akui Erra, dia agak rimas apabila kisah rumah tangganya menjadi tatapan umum dan pelbagai versi cerita sampai ke telinganya.

"Memang rimas sebab tidak habis-habis orang bercakap tentang rumah tangga saya. Saya ingin berpesan, kata-kata itu satu doa. Jadi janganlah bercakap yang bukan-bukan tentang perkahwinan saya.

"Kalau boleh cakap yang elok sahaja. Dalam dunia, semua orang mencari kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan jiwa, sama juga seperti saya," ujarnya mohon pengertian.

Tidak menafikan dalam rumah tangganya terdapat masalah yang melanda, tegas Erra tanyalah mana-mana pasangan suami isteri, mereka juga menghadapi masalah yang sama.

"Saya tidak boleh tipu, biasalah dalam rumah tangga, ada masalah dan pasang surutnya. Jujurnya, saya tidak tahu sejauh mana spekulasi di luar sana bercakap tentang rumah tangga saya. Macam-macam yang saya dengar tetapi hakikatnya tidak pula seperti yang diperkatakan orang," ucapnya tenang.

Tekanan

Disoal mungkin kerana awal perkahwinan mereka kelihatan begitu romantis dan suaminya cukup rajin mengikut Erra ke acara hiburan, tetapi kini tidak lagi menyebabkan kontroversi rumah tangganya semakin melarat.

Erra mengangguk kepala tanda setuju dan membalas: "Ya, mungkin dulu dia selalu ikut saya, tetapi sekarang dia sudah berhenti teman saya.

"Sebagai isteri, saya tidak boleh paksa kerana saya hormati dia yang tidak berminat untuk masuk ke dunia hiburan. Saya juga jarang sekali menemani dia ke majlis yang melibatkan kerjayanya."

Apabila ditanya apakah reaksi Emran apabila kontroversi rumah tangganya berlegar-legar di media massa, jawab Erra: "Saya tidak boleh menjawab soalan itu bagi pihaknya, lebih baik tanya dia sendiri."

Baik keluarga Erra mahupun Emran, kata Erra keluarganya lebih tahu apa yang berlaku dan tidak perlu untuk dijelaskan kepada mereka.

"Saya tidak perlu beri penjelasan kepada mereka, keluarga saya tahu saya macam mana, begitu juga dengan keluarga Emran, mereka lebih kenal anak mereka," tuturnya.

Walaupun berjiwa kental dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai anak seni, jiwa wanita Erra juga rapuh seperti wanita lain apabila kisah rumah tangga menjadi bahan bualan orang sekeliling.

Tertekan dengan kontroversi, Erra menyalurkan tekanan itu dengan menyibukkan diri dengan kerja.

"Saya melepaskan tekanan dengan menyibukkan diri terhadap kerja serta fokus untuk anak saya, Engku Aleesya yang kini berusia tiga tahun," katanya.

Bimbang anaknya akan menerima kesan daripada kontroversi yang melanda, tegas Erra dia sedaya upaya mahu mengembangkan minda Aleesya agar tidak mendapat tekanan.

"Saya akan membuat dia sentiasa gembira, saya tidak mahu perkara yang diluar kawalan saya memberi tekanan kepadanya," getus Erra.

Sedar dirinya seorang selebriti, pintanya bukan semua perkara boleh dikongsi bersama orang ramai.

"Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan saya kerana setiap kata-kata ada batasnya. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak boleh terlalu terbuka untuk bercakap soal rumah tangga sendiri," katanya minta difahami.

Kekal popular

Meskipun ramai artis baharu yang muncul, pada usia 38 tahun Erra masih lagi laku dan menjadi buruan pihak penerbit. Menjadi wajah eksklusif Astro untuk drama sehingga 2013, Erra bersyukur dengan perjalanan kerjanya.

"Bercakap tentang kerja, pengalaman hidup serta pendedahan kepada bermacam perkara, saya bersyukur jalan yang saya lalui. Pahit, manis pengalaman itu menjadikan saya Erra Fazira yang dilihat hari ini," ujarnya.

Pernah menerima jolokan primadona filem Melayu, Erra sendiri tidak menyangka dirinya kekal bertahan sehingga ke hari ini.

"Mungkin saya laku sebab saya ada kontrak dengan Astro, jika tidak, saya pun tidak tahu bagaimana nasib saya. Setakat hari ini saya tidak pernah merungut tentang kerjaya," tuturnya berterus-terang.

Terkini, Erra sibuk dengan penggambaran drama Mencari Juwita bersama Lisa Surihani dan Umie Aida dan drama Pontianak Beraya untuk siaran Aidilfitri kelak.

Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ramadan yang akan menjelang, Erra akan sibuk dengan latihan teater Tun Siti Hasmah yang dijangka menemui penonton pada 30 Ogos depan di Istana Budaya.

"Alhamdulillah, saya masih sibuk bekerja. Saya bekerja hanya untuk besarkan anak. Jadual saya juga padat sehingga kena aturkan masa sebaik mungkin," katanya.

Erra yang muncul pertama kali sebagai pelakon menerusi filem Sembilu pada tahun 1994, kini lebih memilih naskhah seni yang diberi kepadanya. Misalnya, Telefilem Sanggul Beracun.

Tele filem tersebut telah mengangkat Erra pada tahap yang berbeza, apabila lakonannya cukup berkesan sehingga drama itu dinobat sebagai drama terbaik pada Anugerah Skrin 2011.

"Saya bermula dengan naskhah komersial, saya tidak cukup didedahkan dengan naskhah yang berat dan serius. Sebagai pelakon, menjadi tanggungjawab untuk memberi peningkatan terhadap mutu lakonan.

"Apabila saya mula terlibat dengan naskhah berat, orang mula memberi perhatian kerana sebelum ini saya sering bawa watak yang ringan sahaja. Jadi, itu sesuatu yang baharu membuatkan saya terus kekal bertahan dalam industri lakonan," jawabnya.

Anzalna tak akan minta maaf

Posted:

Anzalna tak akan minta maaf

Anzalna tak akan minta maaf

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


ANZALNA mendakwa, sehingga kini dia masih belum mendapat notis daripada peguam Neelofa untuk membuat sebarang permohonan maaf atau menunjukkan sebarang bukti mengenai kenyataan yang dikeluarkan terhadap Neelofa.


PERANG antara dua pelakon baru meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, atau Neelofa dan Nur Anzalna Md. Nasir, 24, atau Anzalna nampaknya sudah sampai kemuncak. Neelofa telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk memastikan Anzalna bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dianggap satu fitnah ke atas dirinya.

Anzalna juga tidak berdiam diri. Pelakon tersebut bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana memberitahu dia kini juga telah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman yang akan mengendalikan kes tersebut.

Bagaimanapun Anzalna dengan tegas memberitahu dia tidak akan menurut tuntutan yang dibuat oleh Neelofa kerana sehingga kini, masih belum menerima sebarang notis daripada pihak peguam pelakon kelahiran Kelantan itu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anzalna selanjutnya.

Boleh anda komen apabila Neelofa melantik peguam dan mahu menyaman anda berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar?

Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa apabila dia ambil perkara ini terlalu serius sehingga melantik peguam. Saya tidak akan memberi apa jua penjelasan kepadanya (Neelofa).

Kenapa anda terkejut dengan tindakan Neelofa sedangkan anda sendiri membuka aib dia?

Bukan tujuan saya mahu buat publisiti murahan. Kalau saya mahu buat, dah lama saya buat dan buka cerita. Tetapi saya tidak sangka cerita ini diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu.

Maksud anda penulis akhbar tersebut?

Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak. Tetapi, saya enggan komen panjang takut isu lain pula yang timbul.

Apakah tindakan anda selepas ini?

Bila dia (Neelofa) ambil benda ini serius, saya juga akan buat perkara yang sama. Saya juga sudah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman, peguam yang sama mengendalikan kes pelakon Fazura dahulu untuk mengendalikan kes ini.

Setakat ini adakah anda menerima sebarang surat atau tuntutan daripada Neelofa?

Setakat ini, saya tidak menerima sebarang surat atau notis tuntutan daripada dia. Jika dapat nanti, biarlah peguam saya yang uruskan semuanya. Sekarang, segala urusan kes ini telah mula diambil alih oleh peguam saya.

Adakah anda menyesal dengan kenyataan yang telah anda berikan?

Sikitpun saya tak menyesal kerana apa yang saya luahkan itu benar. Cuma, saya tak mahu memanjangkan cerita atau mengaibkan dia lagi. Cukup sekadar apa yang disiarkan itu.

Adakah anda akan membuat permohonan maaf dan menunjukkan bukti dalam tempoh tujuh hari seperti yang dikehendaki Neelofa?

Saya tak akan buat permohonan maaf atau memenuhi kehendak pihak Neelofa. Bukan kerana saya tak mahu buat, tapi masalahnya, selepas tempoh tiga hari, saya masih belum menerima sebarang notis daripada dia. Jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ini secara profesional jika belum mendapat notis tersebut. Selebihnya, saya serahkan kepada peguam saya.

Kate Moss dikecam

Posted:

Kate Moss dikecam

Kate Moss dikecam

SUPERMODEL Kate Moss memang cukup terkenal di seluruh dunia. Oleh kerana begitu popular, Moss baru-baru ini telah dikecam oleh peminatnya kerana dia menolak untuk berpenampilan seperti seorang isteri dan ibu.

Menurut laporan Contactmusic, Moss mula berhadapan dengan kecaman selepas dia memberi kenyataan kepada majalah Grazia.

Moss memberitahu, suaminya, Jamie Hince akan gila kalau melihat penampilannya seperti seorang suri rumah tangga.

"Suami saya akan gila jika saya mula berdandan seperti suri rumah tangga! Dia lebih suka saya berpenampilan rock n roll seperti seorang gadis muda," ujarnya.

Sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, Moss mendapat pelbagai respons kurang senang daripada golongan ibu rumah tangga di Twitter miliknya, yang berasa model tersebut tidak patut bercakap demikian.