Adsense

Jumaat, 15 Jun 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Berdiri gah membina empayar

Posted:

Berdiri gah membina empayar

Berdiri gah membina empayar

SIAPA sangka dengan hanya modal permulaan sebanyak RM2,000, KRU kini berjaya menubuhkan syarikat gergasi KRU Berhad yang menghasilkan produk muzik, filem, program televisyen dan lebih hebat sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Akademi KRU. Malah, jenama KRU juga sudah berada di pasaran antarabangsa.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah melahirkan rasa kagum dengan potensi dan semangat yang dimiliki tiga adik-beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim itu dalam membina empayar dengan hanya bermodalkan RM2,000.

Namun, apabila rasa kagum itu diucapkan kepada Norman, dia sekadar tersenyum malah berkongsi cerita bahawa segala kejayaan yang dikecapi mereka kini adalah berkat sokongan kedua ibu bapa dan peminat selain pernah melalui jerih perih kehidupan sebagai insan seni bermula tahun 1992.


PEMINAT ternyata masih teruja persembahan KRU selepas sekian lama tidak muncul di pentas konsert.


"Bukan mudah. Kami (KRU) terpaksa meminjam wang sebanyak RM2,000 daripada syarikat rakaman Fantasia Music City atau FMC semata-mata untuk membeli alat muzik keyboard. Melalui alat muzik tersebut kami menghasilkan lagu dan seterusnya album pertama KRU yang berjudul Canggih," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.

Mereka pantas meraih populariti menerusi lagu Hanya Kau. Album Canggih berjaya dijual sebanyak 65,000 unit dan melayakkan mereka untuk memenangi anugerah platinum.

Apabila muzik KRU mula mendapat tempat di hati peminat, ada pula pihak yang kurang berpuas hati dengan muzik yang dibawa tiga beradik itu. Mereka dituduh cuba merosakkan minda anak muda dengan aliran muzik hip hop kebaratan yang dikatakan menjurus kepada muzik bertemakan seks, pembunuhan dan pemberontakan.

"KRU pernah melalui detik paling hitam apabila konsert pertama kami iaitu Krumania diharamkan pada tahun 1997. Bayangkan ketika itu kami sudah ikat kontrak dengan penaja untuk buat konsert jelajah ini ke 20 buah negeri.


KUMPULAN Elite berjaya mengembalikan nostalgia.


"Malah, kami juga ada membuat pinjaman bank semata-mata untuk menjayakan konsert ini. Malangnya, ia diharamkan dan kami terpaksa membayar pinjaman bank," jelasnya.

Protes

Tidak cukup dengan itu, ujar Norman, setiap kali KRU mengadakan persembahan, pasti akan ada protes daripada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan mereka. Namun, semuanya dapat diatasi berkat kesabaran dan juga semangat KRU memperjuangkan muzik mereka.

"Daripada cabaran seperti itu, KRU mula bina kekuatan. Masa itu kami tidak prihatin untuk dekatkan diri pada politik dan menerangkan lebih lanjut muzik yang dibawa. Alhamdulillah, selepas memperkenalkan KRU dan mendekatkan diri dengan mereka, muzik kami mula diterima umum," bicara Norman penuh kelegaan.

Berkongsi saat manis perjuangan KRU pula, ungkap Norman, terlalu banyak kenangan manis yang mereka peroleh. Paling tidak dilupakan ketika KRU mengadakan konsert jelajah album Inggeris mereka iaitu The Way We Jam.

"Kami bukan sahaja mengadakan konsert jelajah untuk album itu di Malaysia malah di luar negara seperti Filipina, Singapura dan Brunei.

"KRU juga mengecapi kenangan manis tatkala mengadakan konsert ulang tahun yang ke-10 di Dataran Merdeka. Bayangkan ketika itu peminat yang datang lebih 50,000 orang," ceritanya.

Formula kejayaan


BANGGA. Yusry, Edry dan Norman di samping ibu dan bapa mereka.


Ditanya mengenai kepuasan yang dimiliki KRU, tutur Norman, dia bersyukur kerana daripada kumpulan muzik KRU, kini sudah kepada jenama yang boleh dilihat dan dirasai.

Walau bagaimanapun, katanya, banyak lagi yang ingin dicapai KRU contohnya di peringkat antarabangsa.

"Sebagai CEO (ketua pegawai eksekutif operasi) syarikat, saya ingin lihat jenama KRU terukir gah di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat.

Berkongsi formula kejayaan, ujar Norman, sumber kejayaan KRU adalah kedua ibu bapa mereka dan juga peminat.

Ujarnya, tanpa dua formula tersebut mereka tidak akan sampai ke tahap ini.

"Biasalah walaupun kami adikberadik tetap bergaduh. Ibu bapa kami adalah pendamai untuk terus bersama membina empayar sehingga kini," jelasnya.

Notis Neelofa buat Anzalna

Posted:

Notis Neelofa buat Anzalna

Notis Neelofa buat Anzalna

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


NEELOFA mendakwa Anzalna telah memfitnah dirinya.


PENDEDAHAN yang dibuat oleh pelakon Nur Anzalna Md. Nasir, 24, terhadap perbuatan Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, yang telah memburuk-burukkan namanya menerusi artikel sebuah akhbar pada Ahad lalu pastinya mengejutkan ramai pihak.

Dalam laporan akhbar tersebut, Anzalna yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Indera Joned itu mendakwa Neelofa telah menghina keluarganya menerusi laman sosial Facebook atas sebab yang tidak diketahui.

Anzalna juga membuat kenyataan bahawa Neelofa ada membuat ugutan sekiranya Anzalna memenangi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 yang disertai mereka dua tahun lalu.

Pertandingan tersebut menyaksikan Neelofa dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010/2011 sedangkan Anzalna tidak memenangi sebarang gelaran dan sekadar muncul sebagai finalis.

Mengakui dirinya sangat kecewa, Neelofa yang juga pengacara rancangan Nona kelmarin telah tampil untuk menangkis segala dakwaan yang telah dibuat oleh Anzalna. Ikuti temu bual bersama aktres jelita kelahiran Kelantan ini.

Kosmo!: Apakah reaksi Neelofa sebaik sahaja membaca artikel akhbar tersebut?

NEELOFA: Sudah tentu saya terkejut dan kecewa kerana ia telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon. Ingin saya tegaskan bahawa segala tuduhan yang telah dilemparkan terhadap saya itu adalah fitnah semata-mata.

Apakah tindakan yang akan dilakukan anda?

Saya telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini. Apabila perbincangan dilakukan bersama peguam, kami mendapati banyak kenyataan yang dibuat oleh Anzalna memang berbaur fitnah.

Ketika ini peguam saya telah menghantar satu notis tuntutan kepada Anzalna dan dia diberi masa seminggu untuk memberikan bukti serta penjelasan terhadap tuduhannya itu. Kalau benar seperti apa yang dikatakannya menerusi akhbar itu, sila kemukakan bukti kepada saya dengan segera.

Bagaimana pula kalau Anzalna tidak memberikan sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan itu?

Saya akan mengambil tindakan selanjutnya dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman ke atasnya. Bagi saya perbuatan yang dilakukannya ini telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon dan duta produk.

Setelah kerap kali terbabit dengan kontroversi, kenapa kali ini baru anda mahu mengambil tindakan?

Sebelum ini saya tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana segala kontroversi yang timbul tidak terlalu memberi kesan kepada diri saya. Namun, tuduhan yang dibuat oleh Anzalna memang telah memburukkan nama baik saya. Sekarang saya cuma menantikan setiap bukti terhadap segala tuduhannya itu. Kalau dia tidak dapat mengemukakan bukti-bukti tersebut, dia perlu membuat permohanan maaf secara terbuka.

Boleh ceritakan sedikit mengenai persengketaan yang berlaku antara anda dan Anzalna ketika sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011?

Kalau boleh saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang persengketaan yang berlaku antara kami berdua. Buat masa ini saya mahu lebih fokus kepada notis tuntutan yang dibuat kepadanya.

Semenjak artikel tersebut diterbitkan, adakah terdapat sebarang tawaran kepada anda yang telah dibatalkan?

Buat masa ini masih belum ada tawaran yang dibatalkan, cuma kini saya sedang melakukan perbincangan setelah ditawarkan menjadi duta kepada sebuah produk. Namun, saya percaya pihak yang memberikan tawaran itu pasti mengikuti perkembangan tentang perkara ini dan tidak mustahil mereka boleh berubah fikiran.

Sekiranya ditawarkan berlakon dalam mana-mana drama atau filem yang turut membabitkan Anzalna, anda akan menolak atau menerima tawaran tersebut?

Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran tersebut kerana sebagai pelakon saya perlu bertindak profesional. Saya perlu menghormati kehendak penerbit atau pengarah dan tidak kisah kalau kami ditakdirkan berlakon bersama-sama.

Lohan dampingi aktor filem porno

Posted:

Lohan dampingi aktor filem porno

Lohan dampingi aktor filem porno


JAMES DEEN


BINTANG kontroversi, Lindsay Lohan yang ketika ini sedang menjalani penggambaran filem Liz & Dick membuat gempar sekali lagi apabila dia kini mendampingi seorang pelakon lelaki filem lucah kacak, James Deen.

Namun, Lohan dan Deen sebenarnya bakal menjalinkan hubungan intim menerusi filem The Canyons yang dijadualkan memulakan penggambaran pada bulan depan. Deen sebelum ini sudah membintangi kira-kira 2,000 buah filem lucah.

Penerbit filem Bret Easton Ellis menulis dalam Twitternya: "James Deen dan Lindsay Lohan merupakan pelakon utama filem The Canyons. Saya berasa sungguh teruja kerana James dan Lindsay masing-masing bakal memegang watak Christian dan Tara dalam filem ini.

Filem tersebut bakal diarahkan oleh Paul Schrader yang sebelum ini merupakan penulis skrip dan lakon layar filem Raging Bull dan Taxi Driver.