Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Phillip Phillips Juara American Idol 11

Posted: 24 May 2012 09:25 PM PDT

DEBARAN AKHIRNYA TERJAWAB PHILLIP PHILLIPS JUARA AMERICAN IDOL 11

SAKSIKAN SAAT INDAH DAN PERSEMBAHAN MEMUKAU FINALIS AMERICAN IDOL 11 SECARA PERCUMA DI 8TV

PERSEMBAHAN TOP 2
TARIKH SIARAN: 25 MEI 2012
HARI: JUMAAT
MASA: 10.00 MALAM

'FINALE'
TARIKH SIARAN: 26 MEI 2011
HARI: SABTU
MASA: 10.30 MALAM

American Idol musim ke-11 sudah sampai ke kemuncaknya apabila dua peserta berbakat, Phillip Phillips dan Jessica Sanches bertungkus-lumus memburu gelaran juara. Philip Philips, seorang pekerja pajak gadai daripada Leesburg dinobatkan sebagai juara dengan undian paling memberangsangkan iaitu sebanyak 132 juta undian.

Phillip Philips diumumkan sebagai juara American Idol 11 oleh Ryan Seacrest mengalahkan gadis comel berasal dari Georgia, Jessica Sanchez.

Phillip Phillips
Jejaka berumur 21 tahun itu menitiskan air mata ketika menyanyikan 'single' pertama beliau berjudul "Home" lalu memeluk ibu bapa serta keluarganya ketika mendendangkan lagu itu di hadapan ribuan penonton.

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat dua finalis berbakat ini dalam American Idol pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 jam 10.00 malam dan penentuan akhir juara baru American Idol pada hari Sabtu, 26 Mei 2012 jam 10.30 malam secara PERCUMA di 8TV.

"Ini merupakan musim ke-11 American Idol bersiaran dan program ini masih diterima ramai. Ini dibuktikan dengan jumlah undian sebanyak 132 juta yang diterima dan anda semestinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan menarik dari dua peserta hebat kali ini." kata Pengurus Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainun.

Airin menambah "Apa yang lebih hebat ialah anda boleh menyaksikan rancangan ini secara PERCUMA eksklusif di saluran hip 8TV!"

Jangan ketinggalan menyaksikan detik-detik manis Phillip Phillips dinobatkan sebagai juara American Idol (Musim ke-11). Tidak lengkap program ini tanpa kehadiran juri-juri hebat iaitu Jennifer Lopez, Steven Tyler dan Randy Jackson.

8TV turut bersiaran di siaran Astro 708. Anda juga boleh menyaksikan rancangan kegemaran anda di Catch Up di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami melalui www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jordin Sparks Juara American Idol 6
  • David Cook Winner American Idol
  • Melinda Doolittle Gagal Jadi Finalis American Idol
  • Star World Presents Lee DeWyze Live in Kuala Lumpur
  • Paul McDonald is Eliminated On American Idol
  • Photo Simon Cowell is Shirtless, Half Nude Naked Pix Celebrities
  • American Idol Musim Ke 11
  • Hotlink Sends Lucky Customer to Watch American Idol
  • Scotty McCreery Winner American Idol Season 10
  • American Idol Musim Ke 11
  • Tips Terbaik Memilih Jenis Lantai Rumah

    Posted: 24 May 2012 08:16 PM PDT

    Mungkin pada pembaca yang tak tahu, Budiey baru sahaja pindah rumah. Jauh sikit dari KL. Banyak betul benda nak kena settle. Mungkin sebab itu, masa untuk update blog ni pun dah makin terhad. Sibuk memanjang. Tapi sekarang, syukurlah, segalanya dah selesai. Bolehlah kembali aktif menulis blog dan hadir di event-event semula.

    Pindah rumah baru bukan sesuatu benda yang senang ya. Ia bermula dengan sesi renovation, menambah baiki, dan juga membeli perabut serta kelengkapan rumah mana yang patut.

    Apa-apa pun, dari pengalaman Budiey la kan, segalanya berdasarkan kepada keputusan kita untuk memilih yang terbaik untuk kita tinggal. Ya, untuk buat rumah, kita kena ada konsep. Itu yang penting.

    Dalam banyak-banyak hal, Budiey rasa antara yang susah ialah masa kami nak pilih tiles atau lantai rumah dan juga warna cat. Pergh! Memang susah sebab banyak sangat pilihan.

    Banjaria Court Ruang tamu

    Kalau nak tahu, tiles ni bukan sahaja untuk lantai di ruang tamu, tapi menyeluruh juga sampailah ke bilik mandi dan juga ruang dapur. Bila dah tentukan konsep tu, sebenarnya korang akan jadi lebih senang lagi nak pilih warna apa, corak apa dan tiles tu besar mana.

    Semasa Budiey ke kedai tiles dua bulan lepas, Budiey dapat rasakan masa tu, haiyo, susah giler nak pilih. Makllumlah, tiles ni bukan sahaja ada warna yang berbeza, malah jenis dan reka bentuk juga pun bervariasi jugak. Macam-macam ada. Kualiti dan kos pun kena kira jugak. Sesuai ke tidak dengan selera kita.

    Ada tiles yang khusus untuk bilik mandi, jadi bolehlah pilih sebab ia sesuai dengan permukaan yang basah. Taklah licin sangat. Pilihlah permukaan yang agak kasar. Tiles untuk dinding juga bukan main lagi, cantik-cantik semuanya. Pening kepala nak pilih yang mana satu.

    Paling susah bila nak pilih tiles untuk bilik mandi. Mak datuk… bila dah banyak pilihan depan mata, macam nilah jadinya. Apa yang penting, Budiey pilih yang fashionable sikit, yang sesuai sepanjang zaman. Taklah rasa retro sangat kan? Budiey suka pilih tiles yang berkonsepkan urban dan moden. Ringkas dan kualitinya terjamin.

    Kalau kita lihat realiti sekarang ni, kos untuk beli tiles saje memang mahal gak la. Boleh dikatakan kos besar untuk renovation. Contohnya, untuk seluas 22 X 7 rumah teres di Lembah Klang sekarang ni pun dah makan kos RM5,000.

    Tiles

    Jadi, bagaimana perkara sesenang macam tiles ni boleh membuatkan kita rasa susah? Kekadang keliru, tak tahu nak pilih yang mana satu? Haa, satu soalan yang kita ada jawapannya.

    Rata-rata Budiey perhatikan, kita seringkali mengambil jalan singkat masa nak memilih tiles lantai untuk rumah. Ramai antara kita pilih berdasarkn harga kos tiles yang rendah. Ini kerana ramai yang berpendapat, semua tiles kat atas dunia ni sama je. Tapi ini betul gak sebab Budiey rasa lantai kat resort atau hotel tu pun pilih tiles yang lebih murah untuk jimatkan kos.

    Jika kita menggunakan lantai yang tak berkualiti boleh mengakibatkan lantai jadi pecah dan juga bercalar dalam tempoh yang singkat. Tak cantik la kan? Tak sampai sebulan guna, terus ada yang rosak sana-sini.

    Mutu kerja pertukangan yang lemah dan tak berapa nak pakar ni juga menjadi faktor utama bukan sahaja untuk pemilik rumah malah untuk industri hartanah secara umumnya. Kalaulah misal kata, ada lantai yang tersalah pasang tu, pasti akan membawa masalah yang lain seperti, longgar, pecah dan sebagainya.

    Jadi, apa yang Budiey nak sampaikan kat sini, untuk menjadikan lantai rumah jadi sempurna dipasang, korang kenalah memilih tukang pasang atau pekerja yang profesional, berpengalaman dan berkualiti.

    Di sini, Budiey nak kasi cadangan atau tips untuk anda ikuti untuk membantu anda semasa memilih jenis lantai rumah:

    Pilihlah Tiles Yang Berkualiti.
    Kalau boleh, tanyalah orang yang berpengalaman luas dalam bidang binaan. Mereka ni pasti tahu produk atau jenama yang lebih bagus, yang lebih mantap untuk tiles rumah anda. Yang penting, dari situ, kita akan tahu standard dan ianya bermutu atau tidak tiles tu.

    Pilihlah Tiles Yang Sesuai & Betul
    Permukaan yang licin biasanya sesuai untuk lantai dibilik tetamu, manakala permukaan yang kasar sesuai untuk bilik air. Itu sebagai contoh yang Budiey boleh berikan. Tapi biasanya tiles permukaan yang kasar ni susah untuk dicuci kerana kekotoran tu susah nak tanggal.

    Gunalah Tukang Yang Mahir & Profesional
    Pastikan anda mengupah orang yang ada kemahiran dan kepakaran. Jadi, hasilnya mestilah sempurna dan tiles yang dipasang tu, nampak cantik dan kemas. Kalau tak, habislah korang akan tengok itu tak betul dan ini tak betul. Jadi, hati-hati semasa pilih tukang ya.

    Penjagaan Rapi adalah Kunci Utama
    Pastikan setiap hari kita menjaga keadaan tiles kita tu setiap masa agar kita dapat pastikan ia dilindungi atau dijaga dengan baik. Tiles pun seperti juga dengan baju yang kita pakai di mana kita perlu membersihnya jika ada kekotoran. Kalau boleh buatlah jadual berkala untuk menetapkan masa untuk mencucinya. Kalau boleh sapulah sampah, debu-debu dan juga vakunm untuk menghilangkan kekotoran.

    Sebenarnya, banyak lagi info yang Budiey ingin berikan kepada pembaca semua cara untuk menjaga tiles dan juga bagaimana nak pilih tiles. Nak lebih senang, anda boleh cari info yang lain di majalah dekorasi dan sebagainya.

    Terima kasih kerana sudi membaca entri ini sehingga habis. Bertemu lagi. Sekian.

    Tiles

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gossip Rumah Selebriti Bersepah Macam Sarang Tikus
  • Hayden Panettiere – Heroes Actress Has Cellulite!
  • Biodata Profile Pelakon Teater Nyonya
  • Program TV Hiasi Dirimu
  • BELAJAR MEMASAK SAMBIL MENDENGAR TIPS-TIPS BERGUNA
  • Program Majalah Di Kaki TV2
  • Pelakon Zul Yahya Bertunang?
  • Lirik Tak Bisa Memilihmu – Lagu Terbaru Sixth Sense
  • 2007 Year End Beauties Korean Belles Charm Their Way
  • Ako Mustapha Mengaku Tangkap Khalwat
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan