Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Solekan Mata Metalik

Posted: 24 May 2012 10:46 PM PDT

Inginkan kelainan dalam menatarias wajah anda. Cuba lah gaya solekan mata yang berlainan dari hari-hari anda. Solekan mata yang memberi sentuhan elegant adalah satu gaya yang jarang digunakan oleh wanita. Ini kerana ada yang merasakan ia solekan yang terlalu 'over' akan tetapi jika ia disolek dengan cara yang betul pasti akan nampak bersahaja dan menarik.

Perhatikan setiap gerak geri solekan dalam video ini. Ianya mudah dan sangat jelas perincian solekannya. Hasil yang sangat memuaskan dapat dihasilkan jika anda yang menonton video ini mengikutinya dengan teliti. Selamat mencuba.!!

Rantai Leher Arared

Posted: 24 May 2012 07:00 PM PDT

Gaya penampilan seseorang akan diperlihat dari seluruh sudut.Biasanya ia akan diriasi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tidak lengkap jika penampilan seseorang itu digaya tanpa sebarang aksesori diri seperti rantai,gelang,cincin dan pelbagai lagi. Rantai leher merupakan salah satu pelengkap gaya yang harus dimiliki oleh setiap wanita. Pelbagai fesyen rantai juga boleh didapati dalam pasaran sekarang.

Terbaru seorang anak gadis Malaysia bernama Mas Angelina telah mereka cipta rantai buatan beliau sendiri. Rantai leher yang diberi nama Arared ini merupakan rantai yang dibuat khas dari hasil kerja tangan beliau sepenuhnya. Berinspirasikan fesyen urban beliau telah memberanikan diri mereka cipta rantai ini. Rantai yang kelihatan seperti objek belahan kayu ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan bagi pengemar fesyen yg sentiasa 'up to date'.

Bukan sahaja mendapat sambutan bagi pengemar fesyen malah artis terkenal Yuna Zarai juga turut memiliki rantai leher ini. Yuna berkesempatan mengayakan rantai leher arared ini pada majlis juara lagu 2011 yang lepas. Hasil rekaan rantai yang ringkas ini membuatkan penampilan beliau kelihatan sangat menarik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan