Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Doakan kami ke hujung nyawa

Posted:

Doakan kami ke hujung nyawa

Doakan kami ke hujung nyawa

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
pengaranghiburan@utusan.com.my
Gambar: Ihsan Joey dan Watie.


SAAT-saat indah disatukan sebagai suami isteri. majlisnya penuh sederhana.


EKSKLUSIF kepada Hits, setelah sekian lama memberi janji, akhirnya pelakon Watie Elite sudi berkongsi gambar-gambar pernikahannya dengan penyanyi Beradu Suratan, Joey.

Meskipun telah lima bulan berlalu, gambar-gambar menarik sekitar pernikahan rahsia pasangan ini masih mempunyai nilai beritanya kerana belum tersiar dalam mana-mana akhbar juga di Internet.

Pasangan ini bernikah di rumah Watie di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur dengan diwalikan oleh adik lelaki Watie sendiri, Mohd Norazly Sadali.

Keluarga rapat kedua-dua pengantin memberi restu termasuklah ibu Joey, Zaidah Zakaria yang datang dari Johor untuk sama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.

Pertama kalinya juga, Watie membuat pengakuan mengenai apa sebenarnya yang berlaku sehingga membuatkan pernikahan mereka dirahsiakan daripada orang ramai.

"Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa-apa tentang acara akad nikah. Joey merancang seorang diri secara rahsia dan saya sangat terkejut apabila pada malam itu rumah kami didatangi juru nikah.

"Keluarga saya juga diuruskan oleh Joey dan rupa-rupanya mereka telah berpakat dan membuat perancangan secara sulit untuk menikahkan kami.

"Saya bukan merahsiakan babak-babak indah ini tetapi detik-detik pernikahan itu adalah perancangan kejutan untuk saya oleh suami," kata Watie membetulkan tanggapan.

Joey penyayang

Berjodoh dengan Joey, seorang artis yang berada di kelas tersendiri dalam kualiti kesenimannya adalah satu pilihan.

Meskipun pelbagai pertanyaan dan jolokan gelaran diberikan, pada Watie dia menerima takdir berjodohan dengan lelaki berkarisma romantis itu.

Kata Watie, cinta agung Joey terhadap dirinya membuatkan dia nekad untuk menerima lamaran yang dibuat setelah lebih setahun berkenalan.

"Dia melayan saya seperti seorang puteri, kasih sayang dia sarat dan saya berasa sangat dihargai.

"Biarpun kami tidak kaya harta, tidak terlalu mewah tetapi kasih sayang Joey yang melimpah kepada saya dan anak, Afif (8 tahun) telah menyatukan kami dalam ikatan pernikahan.

"Saya harap semua pihak akan mendoakan agar pernikahan ini memberi bahagia yang selamanya, sepanjang kehidupan buat kami.

"Keinginan saya selepas ini tidak lain mahu cepat-cepat hamil dan melahirkan anak kami. Sangat tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa anak kami itu nanti," pinta Watie yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki hasil pernikahan terdahulu.

Bunga cinta Natasha-Khalid

Posted:

Bunga cinta Natasha-Khalid

Bunga cinta Natasha-Khalid

Oleh WANDA IDRIS
Gambar IHSAN PINOGRAPHY
Solekan CHINTA

PERJALANAN cinta aktres Natasha Hudson dan pasangannya, ahli perniagaan dan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow bernama Khalid Kamal amat mudah.

Mereka sudah kenal lama sebelum terputus hubungan, kemudian bertemu semula, menjalinkan cinta dan selebihnya bak kata orang adalah sejarah.

Semudah perjalanan cinta mereka, begitulah juga dengan keinginan pasangan itu terhadap majlis pernikahan yang bakal dilangsungkan pada pagi hujung minggu ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Segala-galanya mudah dan ringkas. Demikian kata Natasha. Tidak akan ada majlis persandingan seperti lazimnya meraikan pasangan raja sehari kerana baik Natasha mahupun Khalid, mereka sepakat untuk hanya melunaskan perkara wajib yang dituntut dalam agama.

Malah jika diikutkan kehendak bakal pasangan mempelai ini, tiada juga wang dan barangan hantaran yang mengiringi majlis pernikahan mereka.

Pun begitu, kerana ingin menghormati adat resam masyarakat Melayu, Natasha dan Khalid tetap menyediakan barangan hantaran sebagai penyeri acara.

Itu pun kata bakal pengantin ini, mereka sepakat untuk menyediakan hantaran berupa barangan yang boleh dimanfaatkan seperti al-Quran, telekung dan sejadah yang dibeli Natasha mengerjakan umrah baru-baru ini.

"Barangan hantaran itu inspirasi ketika menunaikan umrah yang saya anggap lebih bernilai dan istimewa," katanya kepada Hits ketika berbual tentang perancangan perkahwinannya.

Malah saat ditanya tentang nilai wang hantaran yang bakal diterima yang seringkali menjadi tumpuan tetamu, sambil ketawa kecil, Natasha memberitahu, "itupun dalam jumlah serba sederhana."

Jelasnya lagi: "Segala-galanya serba ringkas. Majlis pernikahan juga nanti akan dibuat seringkas mungkin. Yang penting adalah akad nikah, acara batalkan air sembahyang dan kenduri meraikan tetamu. Tiada majlis resepsi dan persandingan."

Menurut model bergelar pelakon itu, majlis pernikahannya tersebut bukan sahaja akan dilangsungkan seperti dituntut agama tetapi ia juga merupakan upacara yang diimpikan.

"Tidak membazir dan saya sendiri tidak berminat untuk membuat secara besar-besaran. Cukup perkara yang wajib."

Namun Natasha mengakui sedikit kelam kabut menguruskan majlis pernikahannya itu lantaran baru pulang dari mengerjakan umrah pada 4 April lalu selepas dua minggu menjalani ibadah di sana.

Apalagi kerana perancangan awal pernikahan yang sepatutnya dijadualkan penghujung bulan ini dipercepatkan atas saranan pihak pengurusan masjid memandangkan tiada kekosongan pada tarikh yang mereka rancang.

Bagaimanapun Natasha bertuah kerana bakal suaminya itu banyak membantu melunaskan persiapan perkahwinan mereka.

"Ketika saya pergi mengerjakan umrah, Khalid pula baru pulang dari Tanah Suci. Ketika dia berada di sana, saya menguruskan persiapan di sini dan begitulah sebaliknya.

"Alhamdulillah... Semuanya kini teratur mengikut rencana dan diharap semuanya berjalan lancar ketika majlis berlangsung," kata pelakon yang pernah membintangi filem Chermin itu lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan