Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Nafi ditaja

Posted: 12 Apr 2012 04:51 PM PDT

Hip

TASHA Shilla, pemenang Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011).

TASHA Shilla, pemenang Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011).

Tasha Shilla lali dakwaan serong, anggap kemenangan adalah rezeki

TASHA Shilla, pemenang Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), baru-baru ini menafikan kemenangan itu ada kena mengena dengan dakwaan kononnya dia ditaja oleh pihak tertentu.

Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri, Gemilang itu menganggap kejayaannya dalam anugerah berprestij itu sebagai rezeki yang sudah tersurat dan kemahuan peminat setianya yang mahu melihat dirinya dinobatkan sebagai pemenang. Bertuahnya empunya diri apabila walaupun pertama kali dicalonkan dalam ABPBH, dia sudah berjaya memegang gelaran artis baru popular dan menewaskan calon pilihan yang dianggap lebih popular seperti Izara Aishah, Najwa Latif, Neelofa dan Nur Fathia.

Malahan kemenangan Tasha juga dianggap sebagai mengejut sehingga suasana di dalam Arena of Stars Genting Highland tempat berlangsungnya malam kemuncak ABPBH2011 menjadi agak senyap kecuali dengan jeritan dan sorakan daripada pelakon itu sendiri.

Tasha, anak kelahiran Ampang berusia 25 tahun ini, berkata, sudah menjadi lumrah setiap kemenangan pasti dipertikai dan dia menganggap segala kata tuduhan itu sebagai perkara biasa.

"Tasha tidak merasakan kemenangan ini disebabkan Tasha ditaja mana-mana pihak. Ia adalah rezeki Tasha dan hasil kerja keras peminat dan pengundi yang berusaha untuk menjadikan kemenangan itu milik Tasha.
"Lagipun, kemenangan ini tidak langsung Tasha jangkakan kerana ketika hadir ke majlis itu, Tasha anggap ia sebagai sokongan kepada Berita Harian dan untuk bertemu peminat.

"Ketika nama diumumkan, rasa tidak percaya kerana saingan begitu sengit sekali dan calon lain turut berbakat. Jadi, apa yang tersurat adalah rezeki Tasha," katanya.

Turut tenang menafikan tuduhan yang mengatakan dia 'membeli' peminatnya dan menggunakan pelbagai cara untuk menang, Tasha positif untuk melalui segala kata-kata itu walaupun menyedari perkara itu menjadi bahan bualan kini.

"Tasha sudah tahu perkara ini kerana ada rakan yang beritahu berkenaan tuduhan yang tersebar dalam beberapa media, tetapi Tasha hanya mahu fokus kepada kerjaya.

"Ini kerana selepas kemenangan, tanggungjawab sebagai pelakon adalah lebih besar. Saya perlu berlakon dengan lebih baik kerana membawa harapan dan semangat daripada peminat.

"Walau apa pun, saya masih Tasha Shilla yang dulu kerana jatuh bangun saya adalah kerana sokongan peminat," katanya.

Sementara itu, berita baik sentiasa mengiringi kerjaya pelakon dengan nama sebenar Natasha Sheila Abd Razak ini apabila tawaran datang bersilih ganti.

Mana tidaknya, tidak sampai seminggu anugerah berprestij itu menutup tirai, figura ini sudah ditawarkan berlakon tiga filem dan turut menerima tawaran berlakon drama.

"Selepas menerima kemenangan daripada ABPBH, rezeki saya semakin mencurah-curah. Setakat ini, saya sudah ditawarkan berlakon tiga filem dan salah satu filem itu akan diarahkan oleh Mamat Khalid.

"Saya bersyukur, walaupun masih tidak tahu watak apa yang akan dibawakan disebabkan ia masih dalam proses permulaan, saya diberikan kepercayaan untuk berlakon dalam filem arahan pengarah itu. Dua lagi filem masih dalam penelitian saya sama ada untuk menerimanya atau tidak," katanya.

Tidak putus melahirkan terima kasih kepada Berita Harian dan peminat yang mempercayai bakat seninya, Tasha mahu menjadi pelakon yang berbakat dan mampu membawakan sebarang watak yang memberikan kesan kepada penonton walaupun ia adalah watak tempelan saja. Katanya, pengiktirafan yang diterimanya membuatkan dia rasa dihargai peminat dan mengakui hubungannya dengan kelab peminat Tasha Shilla Team sangat akrab dan mesra.

Gara-gara mangsa cetak rompak

Posted: 12 Apr 2012 04:49 PM PDT

Hip

ANTARA babak menarik dapat disaksikan dalam filem Berani Punya Budak.

ANTARA babak menarik dapat disaksikan dalam filem Berani Punya Budak.

Skrip Berani Punya Budak terpaksa dirombak, penggambaran dibuat sekali lagi

AFDLIN Shauki tidak menafikan filem terbarunya Berani Punya Budak di adaptasi daripada filem Brave yang diterbitkan menerusi usaha sama syarikat penerbitan filem Thailand, Film Frame Production dan Vision Works dari Malaysia.

Filem Brave sudah siap pada tahun 2007 tetapi hanya ditayangkan di Thailand. Mengikut perancangan Brave ditayangkan di Malaysia pada tahun 2009 tetapi disebabkan menjadi mangsa cetak rompak yang serius, penayangannya dibatalkan. Bermula pada tahun 2010, Afdlin merombak semula kira-kira 30 peratus skrip asal Brave. Rombakan itu dibuat untuk disesuaikan dengan budaya dan cita rasa penonton di Malaysia.

Kali ini selepas diberikan hak cipta sepenuhnya daripada Film Frame Production, Afdlin menerbitkan selain bertindak sebagai pengarah filem Berani Punya Budak di bawah label syarikatnya sendiri iaitu Vision Works.

Disebabkan 70 peratus filem ini masih mengekalkan pelakon asal yang menggabungkan bintang dari Thailand dan Malaysia iaitu Afdlin sendiri, Awie dan Sharifah Sofia bersama-sama Supakson Chaimongkon, Pairote Boongerd, Sahaschai Chumrum, Rapeepan Budthong dan Wanchart Chunsri.

Menurut Afdlin yang juga pengarah dan penerbit bersama filem Brave, dia terpaksa mengadaptasi kembali filem itu daripada filem genre aksi komedi (Brave) kepada komedi aksi (Berani Punya Budak) yang akan ditayangkan di 65 pawagam seluruh negara mulai 26 April nanti.
"Filem ini menjalani penggambaran semula sebanyak 30 peratus dengan menambah beberapa pelakon baru seperti Johan, Nabil, Riezman Khuzaimi serta mengekalkan pelakon sama daripada Malaysia dan Thailand.

"Seperti yang sudah dipersetujui bersama penerbitan dan pengarah bersama filem Brave, Thanapon Maliwan, filem ini akan ditayangkan di Malaysia ini dengan mengalih kepada bahasa Melayu, namun kami sangat terkejut apabila sudah dicetak rompak sebelum ia ditayangkan.

"Lantas pada tahun 2010 kami mula menjalani penggambaran semula dan meyakini genre komedi aksi sangat kuat di negara ini, lebih lagi barisan pelakon juga adalah pelakon yang sangat disukai ramai," katanya yang dihubungi HIP semalam.

Selain isu cetak rompak itu, faktor lain yang memaksa pengolahan semula filem itu adalah sebagai strategi jangka panjang untuk mengembangkan lagi filem ini.

"Kalau saya ingin mengambil 100 peratus filem Brave itu boleh hanya perlu mengubah bahasa saja, namun saya mengolah kembali filem itu kepada filem Berani Punya Budak bersesuaian dengan budaya dan cita rasa masyarakat negara ini.

"Kami tidak mahu terlalu mengikut sangat acuan Thailand kerana dibimbangi penonton kurang faham dan perancang jangka panjang juga adalah untuk melahirkan sekuel filem ini sekiranya filem ini berjaya mencecah pecah panggung," katanya yang mengakui Berani Punya Budak adalah hak mutlak Vision Works.
Dengan 'tageline' Kalau takut dipukul gangster, jangan berumah dekat rumah gangster' sudah cukup menggambarkan filem komedi aksi ini cukup berlainan dengan filem terbitan syarikatnya.

Sinopsis

Shuhami Abdullah/Tong baru saja tiba di lapangan terbang, namun dia ditangkap oleh Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samseng di Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot dipaksa untuk melakukan kerja itu setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan.

INFO

Filem Berani Punya Budak

Tarikh Tayangan : 26 April 2012
Pengarah : Afdlin Shauki
Penulis skrip : Afdlin Shauki & Nat Nualpant
Penerbit Eksekutif : Datuk Ismail Abdur Rahman & Afdlin Shauki
Penerbit : Noradyman Sulaiman
Terbitan : Vision Works & Ismail Holdings
Pelakon Malaysia: Afdlin Shauki, Awie, Sharifah Sofea, Johan, Nabil dan Riezman Khuzaimi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan