Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Shida Yaacob Supermodel Malaysia Meninggal Dunia

Posted: 12 Apr 2012 08:28 PM PDT


Takziah G.A.M ucapkan kepada seorang supermodel Malaysia, Shida Yaakob setelah meninggal dunia semalam. Shida Yaacob merupakan model terkenal di awal 90-an kini telah meninggal dunia akibat penyakit leukimia yang sudah lama dihadapinya.

Tahap kesihatan Shida dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini dan telah menghenbuskan nafas terakhir lebih kurang jam 3 pagi di rumahnya di Damansara.

Arwah yang cukup terkenal di 'runaway' dan iklan komersial meninggal pada usia 41 tahun. Sebelum ini arwah sudah lama meninggalkan dunia model dan fokus pada perniagaan yang dimilikinya. Jenazah arwah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas. Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

TV3 Menyiarkan Siaran Adegan Bogel - Mohon Maaf

Posted: 12 Apr 2012 08:22 PM PDT

TV3 iaitu stesen TV nombor satu negara, membuat pengakuan untuk memohon maaf kepada penonton terharap penyiaran dalam filem 'Into The Wild' yang disiarkan pada 24 Mac lalu mempunyai unsur unsur kurang sopan di khalayak penonton.

Diatas kesilapan yang dilakukkannya TV3 mengaku kesilapan yang berlaku sehinggakan menimbulkan bantahan beberapa pihak didalam kenyataanya pada sebuah portal berita.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO's (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon filem ini, Emile Hirsch.

Tak per lah minta maaf bukan disengajakan, manusia tak lari dari membuat kesilapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan