Nuffnang

Kosmo Online - Hiburan

sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bersedia jadi ibu tunggal

Posted:

Bersedia jadi ibu tunggal

Bersedia jadi ibu tunggal

SETELAH empat bulan ditinggalkan tanpa mendapat sebarang nafkah, akhirnya pelakon popular Rita Rudaini Mokhtar terpaksa menerima hakikat bahawa dia akan diceraikan oleh suaminya iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.

Lebih perit, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang sudah memfailkan penceraian mereka sehari sebelum dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Biarpun terpaksa menelan hakikat yang dia bakal diceraikan oleh suaminya pada bila-bila masa, ternyata pelakon yang pernah popular menerusi filem Mami Jarum itu masih mampu kelihatan tenang.

Malah, sewaktu meraikan majlis ulang tahunnya yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini, Rita masih mampu tersenyum dan kelihatan ceria melayan para tetamu yang hadir.

Semasa diberi peluang untuk menyampaikan ucapan di hadapan tetamu sempena majlis ulang tahunnya itu, pelakon berkenaan memberitahu ia merupakan kali pertama dia meraikannya secara besar-besaran.

"Sebenarnya bukan senang untuk saya mengumpulkan ahli keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bersama anda semua bersama-sama meraikan hari ulang tahun kelahiran saya.

"Apa sahaja dugaan dan cabaran yang melanda terhadap diri saya sekarang, paling penting saya masih mempunyai kedua-dua orang anak yang menjadi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan," ujarnya.

Menurut Rita, selama ini dia tidak pernah meraikan sambutan ulang tahunnya dalam sebuah majlis yang besar serta menganggap ia merupakan hadiah yang paling bermakna buat diri saya.

"Lagipun tujuan saya menganjurkan majlis ini adalah untuk meraikannya bersama rakan-rakan dan peminat yang telah banyak menyokong semenjak saya terbabit dalam industri seni.

"Saya juga sangat berterima kasih dengan beberapa orang pengarah yang banyak memberi tawaran berlakon serta rakan media yang masih memberi peluang kepada saya, meskipun sebelum ini saya pernah dipulau oleh mereka," ujarnya yang kelihatan cukup jelita dengan kuntuman bunga mawar yang didandan kemas di kepalanya.

Dilihat tenang pada mulanya ketika menjawab setiap soalan daripada para wartawan yang hadir, akhirnya Rita yang mengakui sukar untuk mengalirkan air mata tidak dapat menahan sebak apabila diasak dengan persoalan tentang sensasi rumah tangganya yang tidak pernah surut sehingga akhirnya berpenghujung dengan sebuah penceraian.

Kosmo!: Adakah anda terkejut apabila menerima SMS Aidil yang mengatakan dia sudah memfailkan penceraian?


RITA mendukung Airit Rayyan Rizqin sewaktu meniup kek ulang tahun ke-36nya semalam.


Rita: Sebenarnya saya memang sudah jangka perkara ini akan berlaku dan tidak terkejut apabila Aidil menghantar SMS kepada saya dan memberitahu dia sudah menfailkan penceraian.

Sebelum ini kami berdua hampir bercerai, tetapi perkahwinan kami dapat diselamatkan. Kini, saya sudah tawar hati dengannya dan reda sekiranya suami mahu berpisah dengan saya.

Setelah apa yang berlaku, adakah anda menyesal mendirikan rumah tangga dengan Aidil?

Bagi saya tiada istilah menyesal kerana saya percaya segala yang berlaku ini sudah ditentukan oleh Allah. Lagipun saya berkahwin dengannya semata-mata kerana cinta dan bukan kerana duit atau harta. Sehingga saya sanggup menanggung risiko untuk bernikah dengannya di Songkla, Thailand dan kemudian dipulau pula oleh rakan-rakan media. Kemudian saya korbankan kerjaya untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan saya lakukan ini semata-mata kerana cinta dan sayang terhadap suami.

Jadi, anda kecewa dengan sikap suami?

Sudah tentu saya kecewa kerana sebagai isteri sudah tentu saya memerlukan seorang suami yang berfikiran matang dan menjadi pelindung kepada keluarga. Bukan terus menghilangkan diri sekiranya menghadapi sebarang masalah. Lebih-lebih lagi dia lari meninggalkan saya dan anak-anak tanpa sesen pun. Dulu, saya boleh bersabar dengan sikapnya kerana saya seorang diri, tapi kali ini saya tidak boleh bersabar kerana dua anak saya turut terbabit dengan masalah kami. Saya rasa dia macam dayus bila tinggalkan kami begitu sahaja.

Mungkin masalah ini berpunca daripada faktor usia Aidil yang terlalu muda dan jurang usia kalian?

Ini bukan soal orang tua atau lelaki muda. Ini soal bagaimana kita boleh menggunakan akal kita dengan bijak. Ada juga orang tua tapi tak berakal dan sebaliknya.

Sekiranya pihak Aidil mahu membuat tuntutan hak penjagaan anak, apa yang akan anda lakukan?

Ingin saya tegaskan yang saya akan lawan dengan apa cara sekalipun dan saya akan pastikan anak-anak akan terus bersama saya. Setelah apa yang berlaku ini biarlah mereka membesar di bawah tanggungjawab saya, namun saya tidak akan menghalang sekiranya suami ingin bertemu mereka. Jika dia berani, dia lawanlah sebab kalau dia boleh lari tinggalkan kami anak-beranak, macam mana kalau dia mengambil hak jagaan anak-anak dan kemudian bila ada masalah, adakah dia akan meninggalkan mereka seperti sebelum ini?

Bagaimana pula hubungan dengan ibu dan bapa mertua?


PENYOKONG setia. Rita bersama bapanya Johari Junid dan ibunya Basariah Ibrahim serta dua anaknya, Airit Rafqa Arjuna (dukung) dan Airit Rayyan Rizqin.


Sewaktu masalah rumah tangga kami selesai dahulu, hubungan saya dengan keluarga mertua semakin baik. Malah, saya ada bertemu dengan ibu dan bapa mertua dan mereka juga melayan saya dengan baik. Mengenai keluarga saya pula mereka sememangnya tidak masuk campur dalam hal ehwal rumah tangga saya. Cuma mereka ada juga memberi sedikit nasihat agar masalah yang saya hadapi ini dapat diselesaikan.

Apakah perancangan anda selepas bercerai nanti?

Saya akan kembali aktif berlakon semula kerana mahu mencari rezeki untuk membesarkan kedua-dua anak saya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1. Walau apapun yang terjadi, saya mahu kedua-dua anak saya membesar di bawah jagaan saya. Sepanjang saya berhadapan dengan pelbagai masalah, hanya anak-anak yang menjadi kekuatan dalam diri saya. Lagipun saya yang sentiasa bersama mereka kerana suami sering sibuk dan selalu tidak ada masa bersama keluarga.

Datuk Shake mahu pikat setiausaha

Posted:

Datuk Shake mahu pikat setiausaha

Datuk Shake mahu pikat setiausaha

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


DATUK SHAKE bersama isterinya, Melina. Shake akan menghiburkan peminatnya di Mega View Banquet Hall yang terletak pada ketinggian 288 meter di Menara Kuala Lumpur.


SETIAUSAHA adalah golongan pekerja yang diraikan setiap tahun pada bulan April yang khusus dinamakan sebagai Minggu Setiausaha. Pada setiap bulan April, golongan setiausaha adalah golongan yang paling bertuah kerana bukan sahaja mendapat pelepasan untuk berhibur, tetapi juga boleh bertentang mata dengan penyanyi pujaan mereka dalam majlis yang diadakan.

Tidak mahu ketinggalan, kali ini sempena Minggu Setiausaha, Menara Kuala Lumpur bakal mengadakan majlis Minggu Setiausaha dan artis yang dipilih merupakan seorang penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Datuk Shake. Selaras dengan kemunculan Shake, Menara Kuala Lumpur memilih tema Perancis yang dinamakan Ooh La La! .

"Majlis sambutan Minggu Setiausaha bersama Datuk Shake pada tahun ini akan menjanjikan persembahan yang memukau dan istimewa buat semua setiausaha. Selain daripada itu, inilah masanya para setiausaha dapat meraikannya penat lelah bekerja dengan ketua atau bos masing-masing," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said.

Menurut Zuraidah lagi, selain dihiburkan dengan nyanyian Shake, tetamu yang hadir turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan bakal dihiburkan dengan celoteh Didie Alias yang akan menjadi pengacara pada hari tersebut.

Sementara itu, menghiburkan tetamu di Menara Kuala Lumpur bukan pertama kali buat penyanyi yang kini menetap di Perancis itu. Sebaliknya ia adalah persembahan kali kedua selepas kali pertama Shake berpeluang menghiburkan para bapa sempena Hari Bapa pada tahun 2011.

Mengulas tentang persetujuannya untuk menghiburkan para setiausaha, Datuk Shake berkata, dia amat berbesar hati untuk menghiburkan tetamu yang dianggap cukup istimewa itu.

"Setiausaha hanya diraikan di Malaysia. Saya rasa ia suatu perkara yang baik untuk meraikan setiausaha yang telah penat bekerja. Saya akan menyanyi dalam tiga bahasa iaitu Perancis, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

"Saya memang teruja untuk mengadakan persembahan di sini bersama para setiausaha. Ada banyak lagu kegemaran ramai yang akan saya nyanyikan," ujarnya penuh teruja.

Lebih menarik, Shake memberitahu dia akan membuat kejutan pada hari tersebut dan enggan mendedahkan apa kejutan yang bakal dibuat nanti.

Tiket berharga RM500 hingga RM1,300 seorang telah mula dijual.

Shake bakal memukau seramai 250 orang tetamu dengan lagu-lagu istimewa dan persembahan bertenaga pada 17 dan 18 April ini. Antara lagu yang bakal dinyanyikan adalah Anugerah Dari Kegagalan, Kau Bungaku, Lina, Pulanglah, Umi dan sebuah lagu Perancis yang terkenal iaitu Rien N'est Plus Beau Que L'amour (Nothing Is More Beautiful Than Love).

Joey, Watie diulit bahagia

Posted:

Joey, Watie diulit bahagia

Joey, Watie diulit bahagia

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


WATIE dan Joey sudah bernikah selama tiga bulan dan pernikahan mereka berlangsung di kediaman Watie di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, bukannya di Thailand seperti yang didakwa.


KISAH hubungan cinta antara Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali dengan Joey atau Zulkifli Daud bukan kisah baharu. Ia sudah lama diperkatakan sejak tahun lalu. Penyebab kisah cinta mereka menjadi hangat adalah kerana pada ketika percintaan mereka sedang dalam fasa pasangan kekasih, Watie dituduh menjadi punca retak rumah tangga Joey dengan Noraini Mohamad Nasir sehingga mereka bercerai.

Selepas bertubi-tubi dilanda badai mengenai cinta mereka, kisah itu senyap seketika. Ia kembali membadai apabila Watie dan Joey tiba-tiba didakwa sudah berkahwin secara rahsia pada tahun lalu. Baik Watie mahupun Joey, mereka menafikan berita tersebut.

Malah sewaktu ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Cinema Studio keluaran Cinema Secrets yang bertempat di Centro Mall, Klang, Selangor, pasangan bahagia ini menolak dakwaan mereka berkahwin lari di Thailand seperti yang didakwa segelintir pihak. Bagaimanapun Watie mengaku ia juga adalah kesilapan mereka kerana menyembunyikan berita pernikahan mereka sehingga menimbulkan fitnah bagi pihak yang tidak menyenangi hubungan mereka berdua.

"Untuk kami tiada istilah menyorok atau kahwin lari seperti yang didakwa. Itu semua mulut orang dan anggap sahaja begini, biar saya uruskan dengan Tuhan dahulu, kemudian baru manusia," ujar Joey tegas.

Menyokong kenyataan yang diberikan suaminya, Watie juga menjelaskan tiada sebab untuk mereka mahu melangsungkan perkahwinan dengan cara yang tidak betul. Ini kerana perhubungan dan perkahwinan mereka direstui keluarga.

"Tapi mungkin tidak salah juga kepada sesiapa yang membuat fitnah kerana memang saya akui kami menjalankan pernikahan secara senyap-senyap dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga yang terdekat sahaja," tutur Watie yang kelihatan tenang menjawab persoalan yang diberikan.

Ditanya bila tarikh sebenar dan lokasi pernikahan mereka, pasangan ini tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis penuh erti bagi mereka berdua itu.

Namun Watie tidak lokek untuk berkongsi sedikit saat bahagia mereka. Ujar Watie, dia dilamar Joey untuk menjadi isterinya pada hari ulang tahun ke-35, tahun lalu di hadapan ibu Joey.

"Kemudian kami telah bernikah sekitar tiga bulan lalu dan pernikahan berlangsung di kediaman saya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur," kongsi Watie yang kelihatan begitu romantik dan manja di samping suaminya itu.

Cemburu

Beralih cerita tentang kebahagiaan hidup sebagai pasangan suami isteri, Joey begitu teruja berkongsi kisah. Tanpa berselindung dia memberitahu begitu mencemburui Watie kerana isterinya itu kini menjadi kesayangan ibunya.


WATIE menyifatkan suaminya, Joey sebagai seorang yang pandai mengambil hatinya dan pendorong kuat untuk dia menjalani kehidupan dengan tabah.


"Lebih membuat saya bahagia kerana kini banyak perubahan positif yang berlaku dalam hidup saya. Saya juga rasa dihargai dengan kehadiran Watie sebagai isteri saya," ujar Joey bersungguh-sungguh.

Vokalis grup Exists dan pelakon itu juga menambah, kehidupannya juga semakin teratur dengan kehadiran Watie sebagai isteri. Katanya, walaupun Watie sibuk, namun dia tetap menjalankan kewajipan sebagai isteri dengan baik.

Namun lain pula cerita Watie yang mengatakan hidupnya semakin sibuk memikul tanggungjawab sebagai isteri setelah lapan tahun hidup sendiri.

"Semenjak bergelar isteri, kehidupan saya memang sangat sibuk tapi bahagia. Saya perlu jalankan tiga tanggungjawab serentak iaitu sebagai seorang artis, isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata, Ahmad Afif Danial, 8. Tapi saya gembira kerana suami saya sentiasa menceriakan hidup saya.

"Joey seorang lelaki yang sangat kelakar. Dia suka bagi saya ketawa. Apabila saya berasa tertekan, dia akan menaikkan semula semangat saya. Setiap hari dia buat begitu dan sering memberi kata-kata semangat kepada saya. Sebab itu saya simpan gambar dia dan anak dalam kereta," tutur Watie yang mengatakan Joey dan Afif sentiasa menjadi keutamaannya.

Mengenai perancangan berkeluarga pula, mereka merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga pada tahun hadapan ketika Afif menginjak usia sembilan tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan