Adsense

Rabu, 4 April 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Rozita mahu saman penyebar fitnah

Posted:

Rozita mahu saman penyebar fitnah

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar FAUZI BAHARUDIN


MENGAKUI masih solo dan belum masa untuk memikirkan hal perkahwinan.


BUKAN sekali tetapi tiga kali dia terpaksa berhadapan dengan gosip yang sama - kononnya bakal menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan yang juga merupakan suami kepada penyanyi terkenal tempatan.

Tidak dinafikan gosip-gosip liar itu telah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit buat dirinya.

Amat terkilan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pelakon popular, Rozita Che Wan memberitahu, gosip itu bukan sahaja menyinggung perasaannya tetapi juga mereka yang dikaitkan.

Justeru pelakon 'bergetah' berusia 39 tahun itu berhasrat mengemukakan saman kepada penyebar fitnah terbabit.

Tegas ibu tunggal kepada dua anak itu, adalah tidak adil buat dirinya dan mereka yang terpalit sama dengan kontroversi terbabit memandangkan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Merai warga Gerak Khas

Posted:

Merai warga Gerak Khas

Teks dan Foto oleh WANDA IDRIS
(Yang menyertai rombongan Skop Productions ke Beijing, China baru-baru ini)


TERUJA... Ahli rombongan Gerak Khas merakamkan kenangan di Tembok Besar China.


SAMBIL menyelam minum air. Begitulah ibaratnya percutian rombongan krew dan pelakon Gerak Khas ketika mengunjungi Beijing, China baru-baru ini.

Masakan tidak, selain dibawa bercuti, penerbit dan pengarah terkenal Skop Productions Sdn. Bhd., Datuk Yusof Haslam tidak melepaskan peluang menjalani penggambaran di kota kedua terbesar di China itu.

Tiga penggambaran dilakukan sekali gus sepanjang enam hari berada di negara tersebut bermula 16 Mac hingga 21 Mac lalu.

Masing-masing 15 babak bagi telemovie Asmara Di Beijing, beberapa babak drama bersiri Metro Skuad dan dua buah klip video lagu Anuar Zain bagi runut bunyi filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu).

Malah Yusof yang juga penulis skrip bagi telemovie Asmara Di Beijing yang dijangka tayangannya pada Hari Raya nanti amat bersyukur kerana segala urusan penggambaran dan percutian berjalan lancar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.