Adsense

Rabu, 4 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Video: Kumpulan CHI CHI Lancarkan PV Berjudul “Karakawanaide!!”, Comel Yawww!

Posted: 04 Apr 2012 09:16 PM PDT

Entah apa mimpi kami hari ini, tiba-tiba tertarik pula dengan muzik video dari kumpulan Chi Chi yang berasal dari Korea Selatan.

Video yang berjudul "Karakawanaide!!" ini adalah video untuk versi pasaran Jepun dimana video asalnya telah dilancarkan awal tahun lepas di Korea. Apa yang pasti, video berdurai 3.02 minit ini menampilkan anggota kumpulan Chi Chi yang comel dan juga koreografi yang OHBULAN! rasakan sesuai untuk para 'aunty' diluar sana ikut.

Ouh, tak perlu lagi bersenam atau yoga dipagi hari. Mari menari seperti Chi Chi! Suami anda pasti mahu lagi, eh?

Dira Minta Maaf & Enggan Komen Mengenai Tuduhan Pukul Orang

Posted: 04 Apr 2012 08:39 PM PDT

Setelah kecoh di media-media hiburan tentang spekulasi dan tuduhan terhadap pengacara rancangan Melodi, Dira Abu Zahar yang dituduh memukul seorang pengunjung wanita di sebuah pub, akhirnya berita terbaru dari selebriti ini mengatakan yang dia enggan komen dan meminta maaf terhadap semua pihak.

Masih belum disahkan oleh pihak polis, tapi ramai percaya bahawa Dira adalah pengacara yang telah memijak dan menendang muka pengunjung tersebut. Jika berita ini benar, Dira haruslah menghadapi masalah yang dipercayai ditimbulkannya ini dengan baik.

Dalam kenyataan Dira kepada akhbar The Star, Dira menafikan dakwaan terhadap dirinya itu dan memberitahu bahawa pada hari kejadian dia sedang keluar membeli-belah bersama keluarganya. Namun begitu, satu dokumen dipercayai laporan polis mangsa terhadap Dira yang dikeluarkan oleh sebuah blog hiburan telah memberikan tanggapan sebaliknya pula.

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa. Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang." dipetik dari laman Murai.com.my.

Tidak apa, kita tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku selepas ini. Siapa yang salah pasti akan terima balasannya.