Adsense

Rabu, 4 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Gambar Peluk - Talha Lebih Waspada

Posted: 04 Apr 2012 06:21 PM PDT

Talha hanya ketawa apabila mengetahui gambar dia didakwa memeluk seorang lelaki telah menyebabkan seksualiti dirinya dipersoalkan. 
PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak di luar mungkin akan menggunakan ia untuk memburukkan namanya.
Talha berkata, dia kesal apabila gambar dia memeluk seorang lelaki telah tersebar sekali gus menggambarkan seolah-olah dirinya mempunyai hubungan songsang dengan individu tersebut.
"Foto itu sebenarnya adalah dari telefon Black Berry Messenger (BBM) saya yang dijadikan sebagai gambar profil sahaja kerana saya menyukai gambar sedang senyum.
"Tapi tidak sangka pula seseorang telah mengambilnya untuk menyebarkan ia kepada pihak media bertujuan untuk memburukkan nama saya tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik foto berkenaan," ujarnya kepada ketika dihubungi pada Rabu.
Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan mendedahkan gambar Talha sedang memeluk seorang lelaki dengan erat yang telah menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif sesetengah pihak.
Talha tidak dapat mengenal pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan kerana semua kenalan di BBM adalah teman rapatnya.
"Tidak tahu siapa tetapi di kalangan kawan-kawan juga (yang sebarkannya) kerana saya tidak akan menerima orang yang tidak dikenali sebagai kenalan di BBM saya," katanya.
Menjelaskan mengenai foto berkenaan, Talha memberitahu ia diambil bersama seorang pelakon lelaki semasa mereka menyertai sukaneka pada program Extravaganza MyTV3 Out baru-baru ini.
Gambar ini telah disalahertikan oleh sesetengah pihak sedangkan ia untuk memenuhi aktiviti sukan anjuran TV3 baru-baru ini.
Talha memberitahu, gambar itu telah diambil oleh seorang kenalan mereka semasa dia didukung oleh pelakon tersebut sebelum acara sukaneka bermula.
"Permainan yang kami masuk itu memerlukan saya didukung olehnya dan apabila gambar itu saya gunakan di BBM yang tidak menampakkan keseluruhan bahagian foto, ia seperti saya memeluk lelaki berkenaan dengan erat.
"Tambahan pula semasa gambar itu diambil ramai ahli MyTV3 berada di situ untuk sama-sama menyertai program terbabit dan tidak mungkin saya nak buat hal di tempat terbuka," ujarnya.
Dalam pada itu, Talha berkata, semasa mendapat tahu gambar itu tersebar dia hanya ketawa kerana menyedari masyarakat telah salah faham.
Ahli keluarganya juga turut ketawa apabila isu itu timbul namun menasihatinya supaya lebih berhati-hati selepas ini.
"Saya dan ahli keluarga sangat rapat dan mereka lebih mengenali saya daripada orang lain. Jadi apabila mereka baca laporan itu mereka hanya ketawa kerana tahu cerita berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Saya boleh tunjuk gambar sebenar kepada wartawan jika mereka berjumpa dengan saya tetapi untuk mendedahkan gambar itu kepada media rasanya tidak kerana ingin menjaga nama baik rakan artis yang mendukung saya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Talha yang pernah popular menerusi drama Juvana dan Tanah Kubur memberitahu akan berangkat ke Hong Kong dan Seoul, Korea Selatan minggu hadapan bagi menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mizan Cinta.
Dalam drama itu dia bergandingan bersama pelakon Memey Suhaiza.
Talha memberitahu dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama Masitah untuk RTM bersama Elyana, Beego, Amanda Misbun dan Abu Bakar Johar.

----

Brenda Tidak Mengalah Selepas Kegagalan 'Mulut Longkang'

Posted: 04 Apr 2012 06:19 PM PDT

Brenda. Foto AZLINA ABDULLAH
PETALING JAYA: Kegagalan single lagu pertama, Mulut Longkang ternyata tidak menjatuhkan semangat penyanyi baru, Brenda, 18, apabila dia tetap meneruskan usahanya untuk muncul dengan single kedua berjudul Manusia Biasa.
Brenda berkata, walaupun kecewa Mulut Longkang kurang mendapat sambutan, namun dia mengambilnya sebagai perkara positif untuk memperbaiki kelemahan diri.
"Saya percaya setiap 'produk' yang gagal pasti ada kelemahannya sehingga ia kurang mendapat perhatian ramai.
"Mungkin judul lagu Mulut Longkang, kasar bunyinya, membuatkan orang ramai memberi satu persepsi negatif tentang lagu ini sedangkan ia sarat dengan mesej berguna.
"Bagaimanapun, tanpa membuang masa, saya buktikan kemampuan diri menerusi laguManusia Biasa," katanya.
Tambah Brenda, hal tersebut membuatkan dia mula berhati-hati dalam memilih sesebuah lagu tidak kiralah daripada segi lirik dan tajuk.
Manusia Biasa merupakan lagu asal daripada penyanyi seberang, Yovie dan Nuno yang telah pun disusun semula untuk dinyanyikan balik oleh Brenda.
"Lagu ini sangat istimewa buat saya tambah pula setelah ia disusun semula dandiberi nafas baru, orang lain pasti tidak sedar bahawa Yuvie dan Nuno merupakan penyanyi asal lagu ini.
"Harap-harap karya ini dapat menarik perhatian ramai. Bagaimanapun, saya sudah pun bersedia dengan kritikan orang terhadap lagu tersebut," ujarnya yang akan menghasilkan album tidak lama lagi.
Ditanya adakah dia sudah dapat merasakan cabarannya dalam ingin membina tapak karier nyanyian yang kukuh, Brenda berkata, hal tersebut sudah mula dirasai sejak kemunculan lagu Mulut Longkang lagi pada pertengahan tahun lalu.
"Tidak apa, untuk menjadi seorang yang berjaya, seseorang itu haruslah menempuh dugaannya dahulu. Cuma saya harap ia tidak diganggu dengan kontroversi yang kurang menyenangkan," ujarnya ringkas.

----

Yuna Bersyukur Imej Bertudung Diterima Di Amerika Syarikat

Posted: 04 Apr 2012 06:17 PM PDT

Yuna teruja untuk menanti reaksi peminat di Amerika terhadap album sulungnya. 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan dia boleh diterima oleh pengurusan albumnya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian.
Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, sepanjang berurusan dengan syarikat rakaman dan bertemu dengan pelbagai pihak di negara itu, imejnya tidak pernah dipersoalkan walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung.
"Alhamdulillah imej bertudung saya tidak pernah sekali pun dipersoalkan oleh mana-mana pihak di sana malah pihak pengurusan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih imej yang dirasakan sesuai buat diri saya," ujarnya.
Yuna berkata, dia juga agak terkejut dengan penerimaan masyarakat di Amerika Syarikat dan menganggap ia sebagai satu permulaan baik untuk perkembangan kerjaya seninya.
Penyanyi itu baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di televisyen negara itu menerusi program popular iaitu Conan dikendalikan oleh Conan O'Brien pada 2 April lalu.
Yuna memberikan persembahan bertenaga dengan lagu Live Your Life yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal, Pharrell Williams.
Kulit album pertama Yuna di Amerika.
Dalam pada itu dia sangat teruja apabila album pertamanya berjudul Yuna bakal dilancarkan pada 24 April ini yang akan diadakan di kota New York.
Yuna memberitahu dia gembira melihat reaksi peminat terhadap muzik yang dibawanya dan berharap ia dapat diterima ramai selain mahu rakyat Malaysia berbangga dengan dirinya itu.
"Selama setahun lebih saya berusaha keras untuk album pertama dan berharap ia akan dapat diterima oleh peminat," ujarnya.
Sementara itu, Yuna yang turut menghasilkan single keduanya iaitu Lullabies akan sibuk dengan konsert jelajah ke seluruh negara itu bermula bulan Jun depan selama 30 hari.
Selama tempoh tersebut dia akan mengadakan sebanyak 30 persembahan di pelbagai tempat dan memberitahu teruja dengan perancangan yang telah diaturkan oleh syarikat rakamannya.
"Saya tidak pernah membuat persembahan selama 30 hari berturut-turut tetapi saya akan menyahut cabaran ini dan begitu teruja untuk menjelajah ke seluruh Amerika," katanya.
Dalam perkembangan sama, Yuna berkata pihak syarikat rakamannya sedang mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan album itu.
"Setakat ini album tersebut hanya akan dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja tetapi Insya-Allah peminat Malaysia akan dapat membeli album itu nanti," katanya.

----

[IKLAN] Rujukan Peperiksaan Juruaudit W41

Posted: 04 Apr 2012 06:15 PM PDT

 
[Perkongsian] Soalan Exam SPA sulit dan tak ada soalan bocor. Jika ada yang jual soalan bocor, abaikan saja, TIPU! Ringkasan 'trend' soalan exam bertulis untuk Gred 41 jika boleh dikongsikan;

- TIADANYA soalan berkaitan SEJARAH
dalam Seksyen A yang mana merupakan
komonen WAJIB untuk tahun 2008-2010
dan sebahagian 2011

- ADANYA soalan khusus berkaitan
jawatan dan isu semasa khusus berkaitan
jawatan Kastam dan Antidadah

Ini hasil 'observation' Team Tipsptd dan jika anda dipanggil ke exam JURUAUDIT 14 April ni, disarankan untuk dapatkan rujukan ini; http://www.tipsptd.com
----

Video Persembahan Yuna Dalam Conan O’Brien Show

Posted: 03 Apr 2012 11:39 PM PDT

Tahniah buat penyanyi kita, Yuna yang berjaya memukau penonton dalam persembahan bersahajanya di dalam program temubual terkenal Amerika Syarikat kelolaan Conan O'Brien.
Menurut laman web rasmi bagi rancangan bual bicara tersebut, Yuna dijemput untuk mempersembahkan single terbarunya Live Your Life hasil kolaborasi bersama Yuna dan Pharell Williams.
Daripada rancangan tersebut, Yuna mengisi segmen terakhir selepas selebriti undangan Neil Patrick Harris daripada sitkom How I Met Your Mother dan Kate Miccuci daripada siri televisyen Scrubs.



----

Bawaku Pergi Haram - Kaka Mendapat Nama

Posted: 03 Apr 2012 11:09 PM PDT



PERTAMA kali bersua muka dengan si gadis genit yang memiliki vokal serak-serak basah pada awal pagi Isnin lalu, tidak menyangka dia merupakan pelantun lagu Bawaku Pergi yang menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini.
Mana tidaknya, selama ini hanya mendengar suaranya mengalunkan lirik-lirik penuh bermakna lagu itu di corong-corong radio. Mungkin membayangkan dia seorang gadis yang agresif dan barangkali sedikit kasar berpandukan kualiti vokal menerusi lagu itu.
Meleset sama sekali, orangnya manis dan aktif menyimpul bicara. Sesuai dengan usianya yang baru 23 tahun, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff lebih senang dikategorikan seorang gadis yang senang didekati.
Namanya masih muda dalam bidang seni suara tempatan, masih menanti masa untuk bercambah menjadi ranum dan matang seumpama ibu saudaranya yang tidak asing lagi iaitu Ella.
Namun, dia enggan menempel dan dibayangi dengan jenama seorang Ella yang sudah dikenali umum. Kaka lebih senang untuk tidak bercerita mengenai pertalian darahnya dengan Ratu Rock negara itu.
"Kalau boleh saya ingin berdiri atas kaki sendiri, tidak mahu dibandingkan dengan sesiapa sekali gus ingin menjauhi perkara-perkara yang negatif," luahnya ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Anak ketiga daripada empat beradik itu bagaimanapun memiliki perspektif sendiri terutama dalam bidang seni suara yang diminatinya sejak kecil lagi.
Malah, dia bagaikan sudah menduga soalan pokok yang bakal diajukan. Tidak melenting diasak pelbagai pertanyaan berhubung isu yang tercetus daripada single sulungnya, Bawaku Pergi.
"Kontroversi itu menguatkan saya! Ia umpama cabaran pertama buat artis baharu seperti saya sekali gus mendorong untuk saya menghasilkan sesuatu yang lebih baik," tegasnya menetapkan pendirian.
Kecoh minggu lalu apabila lagu nyanyiannya bersama Zizan Raja Lawak berjudul Bawaku Pergi ciptaan sepenuhnya Malique Too Phat menjadi rungutan sesetengah pihak dan menyarankan agar lagu itu diharamkan penyiarannya di stesen radio.
Alasan mereka, lagu itu menyampaikan mesej negatif dan mendorong remaja lari dari rumah. Sehubungan itu, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberi tempoh seminggu untuk menilai semula dan memberikan kata putus sama ada lagu itu akan diharamkan atau sebaliknya.
Kaka yang melihat perkara itu sebagai satu isu yang tidak sepatutnya menjadi pertikaian menepis dakwaan bahawa kontroversi yang melanda menutup periuk nasinya sebagai penyanyi.
"Ia cuma kontroversi, kalau diperhatikan banyak lagu, filem dan drama dari luar negara yang menyampaikan mesej yang jauh tidak baik tapi tidak pula timbul isu.
"Lagu Bawaku Pergi langsung tidak mempunyai niat untuk mengajak orang ramai lari dari rumah, kebetulan isu remaja lari dari rumah sekarang sedang panas lantas lirik lagu pula dipersalahkan dan menjadi pertikaian," getusnya yang menyarankan pendengar agar melihat lirik lagu Bawaku Pergi dari sudut positif.
Katanya, lirik yang dilihatnya secara seni itu tidak sama sekali mendorong ke arah keburukan sebaliknya ia lebih berkisar untuk mengajak orang ramai mencari resolusi menyelesaikan masalah.
"Lagu itu juga mengisahkan hajat pencipta lagu itu iaitu Malique dan isterinya untuk mengembara ke sebuah tempat yang tidak kesampaian," jelasnya.
Kontroversi untuk populariti
Menceritakan bagaimana boleh tercetus kerjasama antaranya dan Zizan, ujar Kaka dia langsung tidak dimaklumkan bahawa lagu itu sebenarnya dicipta untuk Ella dan dinyanyikan bersama Malique.
"Zizan amat suka dengan melodi lagu itu yang segar dan mesra pendengar jadi dia meminta untuk menyanyikan lagu itu.
"Kemudian dia mencari individu yang sesuai untuk berduet sehinggalah pertemuan kawan atas kawan antara kami yang menjadikan kolaborasi sulung itu terhasil," cerita pencinta irama soul dan RnB itu.
Jelas Kaka lagi, tiada impak negatif berlaku pada karier dan kehidupan peribadinya susulan daripada kontroversi lagu tersebut.
"Insya-Allah karier saya akan terus berjalan dan saya akan cuba berikan yang lebih baik dari semasa ke semasa dan menyumbangkan bakat yang saya ada.
"Buat masa sekarang, Alhamdulillah saya masih disokong oleh peminat dan individu sekeliling dan tiada sebarang perkara buruk terjadi," ujarnya yang enggan melihat khabar angin mahupun forum perbincangan mengenai lagu itu di ruang maya.
KAKA mengaku kontroversi yang tercetus membuat namanya semakin menjadi sebutan ramai.


Kontroversi menaikkan populariti? Hal itu mungkin sedikit sebanyak melariskan nama seorang Kaka atau paling tidak pun dia akan lebih dikenali berbanding sebelum ini.
Hal itu diakui oleh Kaka sendiri dan dia meminta agar ruang secukupnya diberikan oleh orang ramai kepada pengkarya tempatan untuk bersuara.
"Saya akui kontroversi menyumbang ke arah populariti seorang artis tapi kalau boleh bukan isu-isu panas. Tidak perlu rasanya kontroversi seperti ini.
"Pada pandangan saya perkara negatif yang melanda negara tidak perlu dikaitkan dengan lagu kerana ia akan tetap berlaku sepanjang masa," ungkapnya.
Seandainya lagu ini diharamkan penyiarannya, penilaian Kaka tetap positif dan meminta peminat untuk tidak mengheret isu itu untuk tempoh yang panjang.
"Sayanglah sekiranya lagu ini diharamkan penyiarannya. Orang seni melihat karya ini sebagai seni dan sebolehnya jangan ambil perkara ini terlalu serius.
"Pendengar sekarang sudah boleh bezakan perkara yang baik dan buruk, menilai sesuatu itu dengan berhemah adalah langkah yang sejajarnya," sandar harapannya terhadap lagu itu.
Tumpang populariti Zizan
Tidak pernah terdetik di hati untuk menumpang populariti Zizan yang sudah dikenali umum semata-mata demi melariskan namanya yang masih baharu.
Ujar Kaka, kolaborasinya dengan bekas peserta program Raja Lawak itu merupakan permulaan yang bagus untuk membina nama.
"Mungkin secara tidak langsung saya menumpang popularitinya kerana kebanyakan pendengar lagu itu pun peminat setia Zizan.
"Kolaborasi atau solo masing-masing ada kelebihan, berduet mungkin boleh mengumpul peminat berganda berbanding berseorangan," bicaranya yang pernah menyanyikan lagu itu secara solo dalam beberapa acara sebelum ini.
Kaka kini baru menyiapkan proses rakaman single solonya yang pertama yang kemungkinan besar akan dikeluarkan pada bulan Jun tahun ini.


----

Ezany Mahu Berhenti Berlakon Kerana Kilang Kicap, Belacan

Posted: 03 Apr 2012 08:01 PM PDT

Ezany Nizariff. Foto SHAARI CHEMAT
PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff berhasrat meninggalkan dunia lakonan dalam masa dua tahun lagi untuk memberi tumpuan terhadap dunia perniagaan yang diceburinya.
Ezany yang memiliki kilang kicap dan belacan menggunakan namanya sendiri berkata, sudah tiba masanya dia mengurangkan kesibukan kerja lakonan kerana dunia perniagaannya semakin maju.
"Alhamdulillah, pergerakan perniagaan saya di landasan yang betul, begitu juga dengan tawaran lakonan yang diterima.
"Cuma, apabila melakukan dua kerja pada satu masa, ia agak memenatkan. Mujurlah isteri saya membantu mengendalikan perniagaan saya itu.
"Oleh itu saya membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti lakonan dalam masa dua tahun dan selepas itu mungkin saya terus berhenti menjadi pelakon," katanya.
Ezany yang juga mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu "Grassjeans" turut merancang untuk mengembangkan lagi perniagaannya ke luar negara tidak lama lagi.
Dalam pada itu ramai tidak menyedari dia turut mengembangkan kerjaya lakonannya di negara seberang, Indonesia.
"Sebenarnya, saya mula mencuba nasib kerjaya lakonan di pasaran Indonesia sejak tahun 2005 lagi dan Alhamdulillah sudah banyak sinetron yang telah saya lakonkan.
"Malah, pihak produksi di sana memberi peluang kepada saya berlakon menggunakan Bahasa Malaysia selain meminta saya mendalami Bahasa Indonesia bagi memudahkan saya melibatkan diri dalam produksi negara itu.
"Bagaimanapun, saya tidak begitu fokus di pasaran Indonesia kerana seperti yang saya katakan tadi, kerjaya lakonan saya mungkin tidak akan lama," ujarnya.
Sehingga kini Ezany pernah muncul menerusi sinetron berjudul Soulmate, Kirimkan Kata Cinta, dan Cinta Buat Sasha.

----