Adsense

Rabu, 4 April 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 Dataran Merdeka

Posted: 04 Apr 2012 08:54 AM PDT


Perhimpunan Bersih 3.0 bakal diadakan pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Merdeka jam 2 petang.

Berdasarkan laporan MalaysiaInsider, mengatakan yang Perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia kali ini memfokuskan reformasi yang lebih besar. Antara sebab mereka mahu mengadakan satu lagi versi perhimpunan Bersih ini adalah disebabkan :



- Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0
- Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi
- Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil
- SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih
- PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi

Mari kita nantikan apakah reformasi yang akan dilakukan dalam gerakkan Perhimpunan Bersih 3.0 ini.

Huh A. Samad Said Duta Perhimpunan Bersih 3.0?

7 Gambar Zizan Raja Lawak beli Mitsubishi Evo 10

Posted: 04 Apr 2012 08:06 AM PDT


Fuh, siapa sangka bermula dari melawak hingga kini telah melebarkan bakatnya pelbagai cabang, Mungkin Zizan kini pendapatan nya sudah terlebih, sehinggakan mampu membeli kereta berkuasa tinggi. Kini dengar khabar Zizan Raja Lawak sudah membeli kereta baru. Kereta itu adalah Mitsubishi Evo 10, Wow pasti ramai awek menjadi perhatian lepas nie. Jom tengok gambar gambar zizan raja lawak pose dengan kereta barunya.









Kad Pengenalan Mr Bean Rakyat Malaysia?

Posted: 04 Apr 2012 07:33 AM PDT

Rata-rata mesti yang mengenali siapakah Mr Bean, nama sebenar beliau Rowan Sebastian Atkinson. Kat sini bukti yang menunjukkan Mr Bean mempunyai kad pengenalan.

Pada mulanya sukar untuk dipercayai tetapi setelah melihat bukti yang dilampirkan, kepercayaan ku mula tergugat. So korang lihat lah sendiri okay.





so apa komen anda?

Dira Pengacara Melodi terlibat Insiden Pijak Muka Mangsa?

Posted: 04 Apr 2012 12:16 AM PDT

Gempar! Kecoh! pelbagai teka teki spekulasi pengacara tersebut yang telah menafikan insiden Sepak dan Pijak Muka Mangsa sehingga mangsa di masukkan ke hospital.

Kami telah terbaca di satu laman yang mengatakan pengacara tersebut adalah Khaidhirah Abu Zahar, 28 iaitu Pengacara Melodi.

Berikut adalah sekeping kertas bersaiz A4 sebagai salinan laporan polis.




Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan.

"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini.

"Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pengacara rancangan gosip popular dikatakan menyerang seorang wanita yang sedang meraikan majlis hari lahir rakannya di sebuah pusat hiburan dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tinggi.

Datuk K mahu mengahwini Rozita Che Wan - Siti Percaya Suaminya

Posted: 03 Apr 2012 10:51 PM PDT

Demikianlah Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 33 dan mengakui diduga lagi dengan gosip terbaru apabila suaminya , Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K) dikatakan mahu mengahwini pelakon jelita, Rozita Che Wan, Siti menyambut perkhabaran itu dengan perasaan 'kosong'.

"Sebelum ini, gosip yang sama pernah disebarkan dan sekali lagi diperkatakan baru-baru ini. Ketika membacanya, Siti langsung tak rasa apa-apa, jauh sekali mahu bertanya pada suami Siti kerana Siti tahu semuanya tak betul.

"Kadang-kadang memang Siti geram juga tapi Siti malas nak layan sebab akhirnya kita juga yang pening. Sebagai isteri, tentu kita lebih kenal siapa suami kita dan tiada sebab Siti nak curiga dengan DK (Datuk K). Siti pula jadi kesian dengan DK apabila kawan-kawan bertanya tentang gosip itu.


"DK nampak sangat tertekan dan tak selesa namanya diheret lagi ke dalam gosip sebegini sehingga Siti pula terpaksa menenangkannya," ujar Siti ketika ditemui kelmarin.


Enggan melayan cerita karut sebegitu, Siti akui kalau ada perasaan yang terbit pun ia hanyalah lebih kepada rasa kesal kepada pihak yang tidak sudah-sudah menabur fitnah.

Mengulas laporan akhbar ini Jumaat lalu mengatakan, Rozita atau Che Ta khabarnya mahu mengahwini Datuk K, perkara itu juga dinafikan sekeras-kerasnya oleh Rozita.

Bahkan pelakon drama Bunga Bunga Syurga itu merancang untuk menyaman penyebar fitnah itu kerana laporan berkenaan menjejaskan reputasi dan mengaibkan maruahnya.

"Susah juga hendak menjejaki individu yang terbabit menyebarkan fitnah itu sebab identiti mereka kurang jelas.

"Sekarang ini, apa yang Siti mampu lakukan adalah berdoa kepada Allah s.w.t.
Hanya Dia yang tahu tahap kesabaran Siti selama ini. Siti berdoa semoga dosa penyebar fitnah itu diampunkan sebab dosa orang fitnah lebih dahsyat daripada membunuh," katanya.

Langsung tidak pernah terdetik untuk membenci Rozita, kerana Siti sedar bahawa aktres itu juga menjadi mangsa keadaan.

"Tiada sebab untuk Siti bermasam muka dengan Rozita kerana dia pun mangsa fitnah. Lagipun, setiap hari DK bersama Siti. Habis kerja, DK akan pulang ke rumah dan Siti tidak nampak kenapa Siti perlu curiga," katanya lagi.