Adsense

Rabu, 25 April 2012

Sensasi

Sensasi


Fida dan Mamat kini bercinta semula,Mamat mahu pergi ke hubungan lebih serius

Posted: 25 Apr 2012 03:45 PM PDT

Adat orang bercinta ada naik dan turun nya,hati wanita nie keras keras kerak nasik kata orang..Makin lama dipujuk lama-lama lembut jugak.Lelaki kene pandai berlembut dan mengalah barulah si kekasih rasa dihargai. Fida sebelum nie putus cinta dengan Mamat kerana kontroversi gambar Fida tak bertudung.



Hubungan percintaan dengan  Mamat yang terputus sejak setengah tahun lalu kini dikatakan sudah bertaut kembali selepas pasangan ini dipertemukan semula dalam sebuah program di TV9. Perkara ini disahkan sendiri oleh Fida ketika ditemui pada majlis pelancaran Barisan Artis Nasional di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
  Fida Akui Masih Sayang Mamat
"Selepas dipertemukan semula dalam program Apa Saja FBI, hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida mengaku baik dengan dia tapi tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Apa-apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,"ujar Fida sambil memberitahu bekas kekasihnya itu masih berusaha untuk menambat semula hatinya.

"Tidak dinafikan Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat nak pergi lagi serius dalam perhubungan kami. Dia juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia.

"Namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Bagi Fida, jika ada jodoh antara kami, adalah. Apa-apapun, Fida serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang selalu cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dia dan sebagai seorang kawan, Fida rasa Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah."

Hubungan Fida dengan ahli perniagaan pu la bagaimana?

 "Kami hanya berkawan baik. Kami dah kenal lebih setahun dan hanya mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Bukan saya tak nak serius, tapi saya baru saja putus cinta dengan Mamat jadi lebih baik saya fokus dengan kerjaya dulu."

Dalam perkembangan lain, Fida yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama 'Tetap Mangrib' untuk siaran bulan Ramadhan ini memberitahu bakal melancarkan single terbarunya, 'Apo Kono Eh Jang' yang diberi nafas baru dan digubah semula oleh Alfa Booty, pada bulan Mei nanti.

Diana Danielle ayu bertudung

Posted: 25 Apr 2012 03:38 PM PDT

Semakin ayu dan jelita Diana Danielle bila bertudung kan.Lagi cantik dan manis daripada DD pakai seksi .

Megan Fox mengandung anak sulung

Posted: 25 Apr 2012 03:36 PM PDT


Pelakon terkenal dengan filem "Transformer", Megan Fox disahkan mengandung anak pertama bersama suami yang juga seorang pelakon dalam rancangan bersiri terkenal "Desperate Housewives", Brian Austin Green yang berusia 38 tahun. 
Fox yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mempunyai anak sendiri memberitahu bahawa dia inginkan dua orang anak dan mungkin tiga orang kesemuanya. 
"Saya inginkan sekurang-kurangnya 2 orang dan tidak kisah jika memiliki 3 orang anak bagi masa akan datang. Saya suka perasaan bergelar ibu kepada anak-anak sendiri." 
Walau bagaimanapun, anak yang bakal dilahirkan nanti merupakan anak kedua bagi Green yang mana dia mempunyai seorang anak yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini. 
Pasangan bahagia ini mula berkenalan di set penggambaran dalam rancangan televisyen komedi "Hope And Faith" pada tahun 2004 dan mengharungi hubungan yang naik turun sebelum ini sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan pada tahun 2010. 
Dalam pada itu, aktres berusia 25 tahun ini akan muncul dalam filem terbarunya "Friends With Kids" yang dijangka akan berada di pasaran Amerika Syarikat sekitar bulan September tahun ini manakala untuk tayangan di Malaysia dan Singapura masih belum diketahui.