Adsense

Rabu, 25 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Majlis Hari Jadi Zizan Razak Ke 28

Posted: 25 Apr 2012 06:29 PM PDT

Minggu lalu, Budiey ada menerima sebungkus gambar-gambar menarik sekitar sekitar Majlis Hari Jadi Zizan Razak yang ke-28 tahun. Tahniah Zizan, di usia 28 tahun, anda dah berjaya menjadi pengacara dan pelawak, ada kereta mewah yang mahal dan boleh dikatakan banyak job. Berderet-deret job untuk Zizang.

Oleh kerana sibuk dengan sesi pemindahan rumah dan pejabat operasi budiey.com, Budiey hanya sempat upload dan siarkannya pada hari ini.

Majlis diadakan pada Ahad, 15 April 2012, 3PM di Bora Ombak, Ampang Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh kelab Peminat Zizan Razak dan Wire Fame Entertaiment Sdn Bhd turut hadir memriahkan majlis artis-artis naungan Wire Fame Entertaiment iaitu Kaka dan Johan Asari.

Budiey ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Zizan Razak. Antara bersama-samanye yang menyambut ialah kedua ibu bapanye, para peminat dan anak-anak yatim.

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Hari Jadi Zizan Razak

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010
  • Zizan Nin Akan Kahwin Fazilah Hani Harun 19 Mac Ini
  • Zizan Dilayan Seperti Anak Sultan?
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Raya Tak Jadi
  • Zizan Raja Lawak Nyanyi Rap dalam Selamat Tinggal
  • Video Zizan Raja Lawak Jamming Dengan Ustaz Azhar Idrus
  • Gambar Majlis Akad Nikah Zizan Nin
  • Gossip Zizan Bercinta dengan Kaka
  • Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta
  • Paan Paiz Lakonan Zahiril Adzim & Zalif Sidek

    Posted: 25 Apr 2012 08:26 AM PDT

    RIUH RENDAH HIDUP 2 SAHABAT BAIK
    APABILA 'ORANG KETIGA' MUNCUL MENGACAU

    Mereka tidak pernah berenggang sejak kanak-kanak. Mungkin agak janggal melihat 2 orang lelaki yang sudah tiba usianya untuk berumah tangga asyik 'berkepit' ke sana sini tetapi perhubungan Paan dan Paiz memang seperti magnet dengan besi yang sukar dipisahkan.

    Jadi, apabila muncul 'orang ketiga' dalam hubungan mereka selepas Paiz bercadang untuk kahwin, Paan menjadi marah kerana bimbang akan kehilangan sahabat baiknya itu.

    TV3 dan Radius One Sdn Bhd yang pernah merangkul Anugerah Drama Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2008 menerusi drama Mr Mama, sekali lagi bekerjasama dengan pengarah berbakat besar, Shahrulezad Mohameddin untuk menerbitkan drama komedi Paan Paiz yang bakal bersiaran 11 April 2012 setiap hari Rabu jam 10 malam

    Drama bersiri 13 episod Paan Paiz membariskan para pelakon seperti Zahiril Adzim, Zalif Sidek, Sari Yanti, Norhayati Taib dan Razak Ahmad. Nukilan skrip oleh Shamsull Hashim yang sarat dengan elemen komedi mengisahkan 2 sahabat karib yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak.

    Paan (Zalif Sidek) seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz (Zahiril Adzim) seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin.

    Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?

    Poster Paan Paiz 2

    Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan 'merampas' kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira (Sari Yanti).

    Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.

    Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Norhayati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?

    Menurut Shahrulezad Mohameddin, pengarah drama komedi Paan Paiz, "Alhamdulillah… Sepanjang penggambaran drama Paan Paiz, segalanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah besar yang mengganggu. Malah, saya boleh menyifatkan produksi ini antara yang paling ceria dan kecoh kerana gelagat pelakon utamanya, Zalif Sidek dan Zahiril Adzim yang sangat mesra dan suka mengacau orang."

    "Hampir setiap hari, kami akan bergelak ketawa dengan gelagat Si Paan (Zalif Sidek) dan Si Paiz (Zahiril Adzim). Paan pernah membuat kru produksi menjadi panik dan hampir memanggil ambulans apabila dia tidak dapat bangun sewaktu menyiapkan babak bersenam.

    Rupa-rupanya, Paan hanya mengalami kekejangan di perut kerana jarang bersenam. Berat badan Paan juga bertambah naik kerana tidak dapat menahan selera dengan lauk pauk yang sedap di lokasi penggambaran. Seperti kekecohan yang digambarkan dalam drama Paan Paiz, suasana lokasi kami juga sentiasa ceria dengan insiden yang berlaku di luar kawalan. Harapan kami bahawa Paan Paiz dapat diterima oleh penonton TV3 nanti. " Tambah Shahrulezad.

    Justeru, jangan ketinggalan untuk menonton Paan Paiz mulai 11 April 2012, setiap hari Rabu jam 10.00 malam, hanya di TV3!

    Paan Paiz (1)

    Paan Paiz (2)

    Paan (Zalif Sidek) 2

    logo Paan Paiz

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Telemovie Parit Jawa
  • Telemovie Parit Jawa Menyayat Perasaan Penonton
  • Zahiril Adzim dan Shera Aiyob Selamat Bertunang
  • Kad Jemputan Majlis Nikah & Persandingan Shera Aiyob & Zahiril Adzim
  • Filem Jalan Pintas Lakonan Bront Palarae, Zahiril Adzim
  • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bakal Kahwin 20 November
  • Sesuatu Yang Tertinggal
  • Filem Papa I Love
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Gambar Selebriti di Prebiu Filem Tolong Awek Aku Pontianak