Adsense

Khamis, 19 April 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Radhi OAG Kaki Dadah di Bilik 7

Posted: 19 Apr 2012 08:13 AM PDT

Muhamad Radhi Razali yang begitu popular lagu hitnya 60's TV cukup sinonim dengan rock alternatif. Radhi OAG berasal dari Kuching, Sarawak telah membuat pengakuan lisan dia telah penat menjadi hamba dadah.

Ketika dahulu kes rumah tangga beliau telah menjadi bahan paparan utama di dada akhbar tempatan dan turut mengundang kontroversi yang berakhir dengan penceraian.

Pertemuan di Bilik 7, baru-baru ini jelas membuktikan Radhi tetap seperti dulu, mesra, ceria dan mudah bekerjasama. Cuma dalam setiap perbualannya diselitkan dengan Subhanallah, Masya-Allah dan Alhamdulillah. Kini dia semakin menghargai erti sebuah kehidupan.

Pengenalan Bilik 7 kali ini sungguh berbeza. Radhi dibawa masuk oleh anggota polis ke bilik siasatan dengan keadaan mukanya tertutup.

Mutu rancangan yang begitu menarik dimana Bilik 7 senantiasa mencipta gimik yang sungguh dramatik.

Berikut adalah petikan yang dipetik didada akhbar harian metro :

Radhi tahu bahawa konsep Bilik 7 bukan membuka aib selebriti, tapi memberi peluang dan ruang untuk mereka berterus-terang. Dia bersetuju dan bersedia membuka cerita kerana ini adalah satu platform mendekati peminatnya yang sudah lama menunggu produk terbaru OAG.

Dulu wajah Radhi nampak pucat dan kurus, tapi sekarang sedikit berisi dan wajahnya segar berseri! Ini adalah petanda dia bebas daripada simptom dadah sepenuhnya!

Apa yang membuatkan Radhi mengambil dadah ketika berada di puncak? Itu antara soalan panas yang disediakan penerbit Bilik 7, Engku Azmin Engku Zaini. Dia tidak terkejut mendengarkan soalan itu, tapi dengan wajah ceria dia memulakan pengakuan sebenar.

"Saya terbabit dengan pengambilan dadah kerana terpengaruh dengan gaya hidup rock star Barat seperti idola kumpulan rock saya. Ketika itu saya hanya membayangkan saya ingin menjadi seperti mereka begitu hebat dalam menulis lagu, membuat rakaman berkualiti dan persembahan yang mendapat sambutan.

"Tapi ternyata cara itu salah serta merugikan kerjaya dan wang ringgit," kata Radhi dalam nada kekesalan yang tak mampu diucapkannya.

Radhi mula mengambil dadah sejak berusia 15 tahun dan kenapa baru sekarang ini terlintas untuk berhenti dan membuang tabiat buruk itu? Terkebil-kebil dia hendak menjawab soalan itu, mungkin sukar untuk membuka keseluruhan rahsia yang tertutup rapat.

"Saya mahu berubah kerana anak dan rumah tangga. Kesedaran itu sudah lama ada dalam diri, tapi saya belum bersedia. Itu adalah perkataan paling sesuai. Apabila rumah rumah tangga saya tak mampu dipertahankan, diikuti paparan kes perceraian kami yang menjadi tumpuan akhbar dan TV, menimbulkan keinsafan yang mendalam. Saya hilang segala-galanya!

"Saya sudah penat menjadi hamba dadah. Niat berhenti itu memang ada, tapi kadang-kadang waktunya tidak sesuai. Dan hidup saya menjadi tidak terurus akibat dadah. Pelbagai dugaan yang saya lalui untuk mendapatkan 'barang'. Dalam kepala saya hanya memikirkan dadah, bagaimana hendak mendapatkannya dan mencari duit untuk membelinya.

"Dadah menjadi keutamaan, saya tak boleh hidup tanpanya. Pernah terjadi saya terkincit dalam seluar ketika ditahan polis. Ketika itu saya rasa sangat takut. Peliknya, itu masih belum lagi menyedarkan saya," katanya.

Dia pernah berkali-kali cuba berhenti walaupun sedar bukan mudah bagi penagih tegar sepertinya berbuat demikian.

"Saya pernah cuba berhenti ambil dadah. Berjaya untuk beberapa bulan kemudian jatuh dan ambil semula. Dulu lain, mungkin sebab saya masih muda. Kini saya dah berusia dan anak pun dah berusia tujuh tahun. Saya mesti lakukan sesuatu.

"Semuanya ini datang daripada Allah! Tiba-tiba saya tergerak hati untuk berhenti sebelum ditangkap polis dan ditempatkan dalam penjara atau pusat pemulihan. Saya tak mahu semua itu berlaku pada saya. Terus terang saya lakukan semua ini demi kasih sayang saya pada anak, Muhammad Rifdhi Musli.

"Saya tak mahu anak saya mengikut jejak saya. Percaya tak, saya pernah lihat sendiri teman saya boleh hisap dadah bersama anaknya yang berumur 9 tahun dan saya tak mahu ia berlaku pada saya. Ya, Allah jauhkan itu semua!

"Maka dengan tawakal dan reda, tanpa paksaan daripada sesiapa saya pergi sendirian ke Rumah Pengasih. Hanya itulah tempat terakhir untuk saya minta bantuan. Alhamdulillah, kehadiran saya diterima dengan senang hati. Semua penghuni di situ memberi saya sokongan moral," katanya.

Di Rumah Pengasih, Radhi menemui jalan keluar. Selepas beberapa bulan tinggal di situ, sikapnya mula berubah.

"Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang tanpa dadah. Kehadiran saya di sini bukan sebagai selebriti, tapi manusia yang memerlukan bantuan. Dari hari pertama lagi saya minta agar tidak diberikan sebarang keistimewaan. Saya melalui detik penyembuhan itu dengan semangat yang tinggi.

"Awal pagi saya sudah bangun. Sebelum ini saya bangun lambat tapi di sini, kami bangun sebelum Subuh untuk solat berjemaah. Diikuti senaman dan membuat kerja-kerja harian. Menjelang jam 11 barulah ada masa untuk berehat. Jadual saya sentiasa padat tapi saya gembira. Ini membuatkan saya mampu atasi ketagihan itu.

"Saya juga sering diundang ke sekolah, kolej dan universiti untuk memberi ceramah kempen jauhi dadah. Saya senang lakukan semua ini demi keinsafan yang timbul dari dalam diri saya semoga tidak ada remaja di luar sana yang terjerumus dalam najis dadah," sambungnya.

Biasanya penagih yang sudah berhenti dan akan jatuh semula apabila dipujuk rakan yang masih menagih. Radhi sedar situasi itu, bagaimana cuba diatasi sebaik mungkin.

"Saya optimis dengan kekuatan jati diri dan mampu mengatasi masalah penagihan ini. Doakan saya agar dapat bertahan untuk selama-lamanya. Sesekali saya terfikir sudah banyak duit yang saya bakar! Seandainya, saya tidak mengambil dadah dari dulu mungkin saya sudah memiliki beberapa buah rumah dan kereta.

"Bayangkan begitu banyak duit yang saya gunakan untuk memenuhi ketagihan. Menyesal? Dah terlambat!

Begitu lah pengakuan dari Radhi OAG mengenai duri duri perjalanan hidupnya, semoga Radhi teguh menempuh kehidupan seperti lelaki normal dan cekalkan jiwa anda mengikut landasan yang telah diberikan di Rumah Pengasih

Hot! Skandal Zahida Rafik Dan Shafie Apdal isu kehilangan RM 200,000

Posted: 18 Apr 2012 10:58 PM PDT

Sebelum ini G.A.M bercerita berkenaan Artis, tapi hari ini G.A.M ingin bercerita mengenai Ahli Politik kita yang khabarnya mempunyai skandal dengan Zahida Rafik, berkenaan isu ini, kecoh bahawa pemandu peribadi telah membawa lari wang berjumlah RM200,000 dan dipercayai milik Zahida Rafik dan isu ini telah mendapat perhatian ramai blogger blogger diMalaysia terutama pada ahli pembangkang.

Isu ini berkenaan Skandal Menteri BN dengan pelakon seksi Zahida Rafik. Kesahihannya masih dalam siasatan, kita tunggu dalam masa yang terdekat ini, adakah benar, sekiranya benar bolehkah BN menang PRU 13? pastinya isu ini akan menjadi topik panas ahli ahli pembangkang.

Adakah benar? Kita nantikan pengakuan dari pelakon terkenal Zahida Rafik yang telah didedahkan rahsia hubungannya bersama Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.


Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,000 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.


Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.



"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk."

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang."

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida."

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.

Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

"Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Dulu Zahida Rafik pernah menepis gossip mengatakan dia dibela seorang VVIP.

"Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin." – Ya, kami percaya. Jadi kita tunggu apa komen balas dari Zahida Rafik dan Pak Menteri ya.


Apapun kita tunggu episod seterusnya, apakah isu yang terbaru... berkenaan isu dibangkitkan ini

Filem Titanic Cipta Rekod Baru Kaut USD2 Billion

Posted: 18 Apr 2012 09:08 PM PDT

Filem Titanic adalah sebuah filem romantik dimana hero dan heroin mati di lautan kutub ais atlantik diakhiri filem tersebut.

Ketika filem ini ditayangkan pada tahun 1997, filem ini berjaya mengutip USD1.84 billion dan tayangan semula 3D telah menambah kutipan sebanyak USD190.8 juta menjadikan keseluruhannya berjumlah USD2.03 billion.

Filem yang pernah mencetuskan fenomena ketika ditayangkan pada tahun 1997, Titanic sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi filem kedua dalam sejarah perfileman dunia yang berjaya mencecah kutipan tiket melebihi USD2 billion.

Filem arahan pengarah ternama, James Cameron ditayangkan buat kali kedua dalam format 3D sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi yang telah mengorbankan ribuan nyawa itu.

Satu-satunya filem yang mengutip jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah ini adalah filem fiksyen 'Avatar' juga arahan James Cameron yang berjaya mengaut sebanyak USD2.8 billion.

Tahniah James Cameron kerana mencipta Mutu Perfileman yang begitu high class sehinggakan impact filem tersebut masih menjadi perbualan orang ramai sehingga kini.