Adsense

Rabu, 14 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


Promo: Menangi Hampir RM100 Ribu Dalam Kempen MASYUK BERSAMA Hot FM

Posted: 14 Mar 2012 08:46 PM PDT

MASYUK BERSAMA HOT FM

Anda pendengar setia Hot FM? Ini berita baik untuk anda (yang tak berapa nak setia tu pun, berita baik juga untuk anda sebenarnya) dimana mulai 19 Mac ini, anda boleh memenangi wang tunai yang ditawarkan oleh stesen radio itu melalui kempen peraduan yang diberi nama MASYUK BERSAMA. Teruskan membaca post ini untuk info lanjut mengenainya.

Apa Yang Masyuk?

Hot FM Masyuk Bersama, dibawakan oleh Berita Harian akan menjadi peraduan hangat bersama yang menawarkan hampir RM 100,000 untuk dimenangi.

Dengarkan Hot FM setiap hari untuk peluang memenangi lebih wang besar. Jika anda merasakan hari anda sudah cukup hangat, masyukkan lagi bersama pasangan yang mungkin menjadikan anda berdua memperolehi wang berkepuk-kepuk di poket.

Bagaimana caranya? Itu mudah sahaja dan paling penting anda tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja. Ini bermakna, ianya PERCUMA. Jom tengok!

1) Dengarkan ENAM lagu yang akan dimainkan dalam Zon Masyuk Bersama.

2) Jadilah pemanggil ke-5 dan ke-6 apabila Isyarat Memanggil Masyuk Bersama dimainkan.

3) BERIKAN ARTIS dan TAJUK LAGU yang telah dimainkan semasa Zon Masyuk Bersama secara bergilir-gilir.

4) SUSUNAN, ARTIS dan TAJUK lagu hendaklah diberikan dengan BETUL.

5) Masa yang yang diberikan adalah 20 Saat. Setiap pasangan akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai *RM600 atau jumlah terkumpul untuk 2 orang.

Waktu Bonu$$$ – Masyuk Bersama Berita Harian

Dalam kempen Masyuk Bersama ini, akan ada Waktu Bonu$$$ yang memberi peluang kepada pendengar untuk menambahkan lagi koleksi wang. Jadi, pastikan anda sentiasa membuka telinga luas-luas dan dengarkan bunyi duit bertaburan.

Tapi pastikan anda telah mendapatkan suratkhabar Berita Harian pada hari itu untuk peluang yang cerah menjadi Orang Kaya Baru dengan mudah dan segera. Baca ni:-

1. Dapatkan suratkhabar Berita Harian setiap hari!

2. Jawab soalan mudah yang diberikan penyampai.

3. Jawapan terdapat di halaman 'Trivia – Hot FM Masyuk Bersama Berita Harian' mulai 19 MAC 2012.

4. Rebut hadiah wang tunai waktu bonu$$$ bernilai *RM400 untuk 2 orang.

So, mulai 19 Mac ini, pastikan anda mendengar Hot FM sepanjang masa walau dimana sahaja anda berada kalau nak menang duit tu. Untuk terma dan syarat, sila baca di sini.

Related Posts with Thumbnails