Adsense

Rabu, 14 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Keprihatinan, tanggungjawab Sheila

Posted:

Keprihatinan, tanggungjawab Sheila

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN dan AHMAD ZAKKI JILAN

APABILA penghibur ternama, Datuk Sheila Majid mengumumkan mahu mewujudkan sebuah persatuan baru bagi membela nasib artis dan pemuzik tempatan, ada yang mula berkerut dahi lalu mempersoalkan tindakannya.

Pada pendapat sesetengah pihak, apakah tidak cukup dengan persatuan yang sedia ada sehingga mahu menubuhkan pula Badan Penggiat Seni Muzik Rakaman Malaysia atau Recording Performance of Malaysia (RPM).

Bagi Sheila, biar apa pun yang diperkatakan, beliau mempunyai matlamat dan visinya tersendiri menerusi RPM. Malah badan muzik yang sedang dalam proses penubuhan itu juga bukan bertujuan untuk menyaingi dengan mana-mana persatuan lain.

"Apabila memperkatakan tentang persatuan muzik dan hiburan di negara ini, ramai artis sebenarnya yang keliru dengan matlamat penubuhannya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

KPJ jadi 'sahabat' Upin & Ipin

Posted:

KPJ jadi 'sahabat' Upin & Ipin


Sa'adiah Sheikh Bakir (tudung merah) bersama watak Upin & Ipin ketika menghiburkan kanak-kanak Wad Pediatrik Hospital Tawwakal di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


APABILA kisah dua adik-beradik botak yang bernama Upin dan Ipin dihebah untuk ditransformasikan daripada siri televisyen ke pentas teater, banyak pihak melihat ia sebagai satu usaha terbaik dalam bidang seni.

Itu merupakan julung kali dan menjadi sejarah negara apabila karya animasi televisyen dan filem dialihkan ke medium pentas melalui Upin & Ipin the Musical.

Ia juga dikatakan akan mencipta sejarah apabila dipentaskan sebanyak 30 persembahan dalam tempoh 23 hari tanpa henti mulai 14 April hingga 6 Mei ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Menyedari Upin & Ipin mempunyai pengikut tegar dan telah mencipta jenama tersendiri di Asia Tenggara, maka Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Helathcare Berhad tampil untuk menjadi penaja utama bagi persembahan teater itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.