Adsense

Khamis, 23 Februari 2012

Sensasi

Sensasi


Video Comel: Aksi Kucing dengan Air

Posted: 23 Feb 2012 10:58 AM PST



Specially for all cats lover,mesti tersenyum tengok video nie..So cuteee and adoreable..

Video Kelakar:Ragam Orang Arab naik Escalator

Posted: 23 Feb 2012 10:18 AM PST



Haha,pelik Sensasi nape semua naik jatuh kat tmpt yang sama plak tue..adakah escalator tue senget,rosak atau berpuaka? huhuhu..layannz

Video Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Posted: 23 Feb 2012 10:03 AM PST





Lisa Surihani sah Isteri Yusry KRU

Posted: 23 Feb 2012 10:03 AM PST





Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05 malam tadi.

Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU itu.

Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Selesai sahaja akad nikah, Lisa menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.

Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.

Yusry juga menyerahkan seutas rantai, selain tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.

Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri kurang 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.

Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.







Gambar Lisa Surihani Mandi bunga,malam berinai dan Khatam Quran

Posted: 23 Feb 2012 09:58 AM PST

Alhamdulillah,akhirnya Lisa Surihani sudah selamat disatukan dengan suaminya Yusry Abdul Halim..

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sekaligus membuktikan ramalan Uncle Seekers memang salah...dan tak boleh pakai.


Link
Menurut Lisa, dia menuruti kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena majlis perkahwinan tersebut.

Jelas Lisa lagi, ibunya berpendapat, meskipun majlis perkahwinan yang dirancang dibuat secara sederhana, namun ia tidak bermakna amalan dan budaya tradisi Melayu dilupakan.

"Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya, kemudian selang dua hari selepas itu pula saya mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama saudara-mara wanita sahaja.

"Seminggu sebelum itu pula, saya meminta penyanyi, Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji untuk melancarkan lagi setiap bacaan dan sebutan ketika membaca Al-Quran," ujar Lisa

"Saya berasa seronok melakukan semua amalan tersebut bersama teman rapat dan sanak saudara kerana ianya seperti kembali mempraktikkan budaya nenek moyang yang semakin dilupakan.

"Selepas mengadakan majlis khatam Al-Quran, berinai dan mandi bunga, terasa sejuk hati dan dalam pada masa yang sama jiwa menjadi tenang,"