Adsense

Khamis, 23 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Resepi Nasi Sri Mayang

Posted: 23 Feb 2012 12:58 AM PST

Bahan-bahan:

1/2 kg udang kecil - direbus, dibuang kulit & dikisar halus

5 cawan beras siam

1/2 cawan marjerin

4 cawan santan pekat

3 cawan air

3 batang serai

Garam dan serbuk perasa secukupnya



Bahan Mayang:

10 ulas bawang merah

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

2.5 cm halia



Cara Menyediakan:

1. Basuh beras dan tuskan.

2. Cairkan marjerin, tumis bahan mayang hingga naik aroma.

3. Masukkan udang, santan pekat dan air. Biarkan mendidih.

4. Bubuh sedikit garam, serbuk perasa, serai dan beras.

5. Kacau hingga sebati. Biarkan sehingga nasi benar-benar masak. Angkat dan hidangkan.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Raja Lawak 6 : Kumpulan Skema Dan Riki Tersingkir Pada Minggu Ke 6 raja Lawak 6

Posted: 23 Feb 2012 12:27 AM PST

Selepas berjuang selama enam minggu di Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya perjalanan dua kumpulan iaitu Skema dan Riki berakhir sebentar tadi selepas mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir.

Skema dan Riki tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding enam peserta lain yang membuat persembahan di minggu keenam ini. Kumpulan 2Yol yang turut diumumkan antara tiga peserta yang mendapat undian terendah bagaimanapun terselamat dari penyingkiran.

Berlangsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 6 membawakan tema retro dan para peserta diminta membuat persembahan berdasarkan situasi, gaya pemakaian, dialek bahasa dan imej yang berdasarkan nostalgia zaman 50-an, 60-an, 70-an atau 80-an.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Allahyarham Mohd Imran Anak Amir Ukays Meninggal Dunia Semalam

Posted: 22 Feb 2012 11:38 PM PST

Marilah kita sama-sama sedekahkah Surah Al-Fatihah untuk arwah :

 Al-Fatihah

Dan berikut berita mengenai Anak Amir Ukays yang meninggal dunia semalam :

MH Online mendapat perkhabaran, anak kepada penyanyi Amir Ukays telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur selepas maghrib malam tadi. Allahyarham Mohd Imran yang baru berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak daripada lahir dan terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Amir Ukays yang dihubungi MH Online turut mengesahkan perkara tersebut. "Saya tidak berada di sisi allahyarham di saat-saat akhirnya. Saya sendiri menerima berita ini secara mengejut. Apa pun, saya redha di atas pemergiannya itu walaupun hubungan kami cukup rapat. Kami masih menunggu kepulangan ibunya dari London sebelum majlis pengebumian," ujar Amir sebak.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dikebumikan selepas Isyak pada malam ini.
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Sedih Ahmad Nisfu Pelakon Zaman P.Ramlee

Posted: 22 Feb 2012 11:31 PM PST

Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku!!!!"

Haaa dialog dari cerita apa tu? Itulah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Mungkin dalam blog-blog lain yang korang baca, korang asyik baca cerita pasal gossip artis sana-sini tetapi dalam entry blog kali ni, kitorang nak cerita sikit tentang kehidupan artis-artis era Jalan Ampas untuk dikongsi bersama korang. Kali ini, kitorang nak cerita pasal kehidupan Ahmad Nisfu.


Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti social Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau. 


Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa sedara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat. 

Al-Fatihah.

Sumber : www.cari.com.my 


ZoOM : Sedihnya baca cerita ni, sampai sekarang jika cerita ini tidak tersebar sudah tentu anda tidak mengetahui apa yang terjadi dengan palkon yang sering kali tidak memberi peluang anda bermasam muka tatkala menonton filem hitam putih mereka. Semoga artis sekarang mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan jangan hanya masa senang dan fikirlan dikemudian hari anda.


  

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Tabiat Ika Nabila Suka Kentut Tapi Tiada Bau !!!!!

Posted: 22 Feb 2012 11:17 PM PST

ZooM terkejut dan terkedu seketika apabila membaca Trivia Artis angin-angin sedu ini yang menyebarkan tabiat unik beliau kepada pembaca satu Malaysia. Dan kenapalah soalan dan jawapan sebegini dimasukkan dalam akhbar yang sudah pasti dibaca oleh ratusan malah jutaan orang diluar sana !!!

Walaupun ia dianggap perkataan lawak tetapi dimana nak letak muka..(bukan muka buku tau) jika satu Malaysia membaca dan bercerita mengenai Tabiat anda ?

Bagi ZoOm ia tidak sepatutnya berlaku dan jika jawapan itu keluar dari mulut seseorang tapi dan elakkan la daripada mengaibkan orang, walaupun dia dah buat salah.

 Dan berikut ayat yang ada dalam akhbar tersebut untuk bacaan anda dan rujukan komen anda di ZoOmartis Dot Net :
 
Bahagian wajah atau tubuh paling disukai
Gigi

Tabiat dianggap unik
Suka kentut tapi tiada bau...haha!

Perkataan yang sering diucapkan

Wey pasai pa?

Filem kegemaran
Salt

Ciri lelaki pilihan
Kacak, kurang bercakap, lemah lembut, romantik, bukan jenis panas baran atau erti kata lain bertentangan sifat saya

Perkara membuatkan anda mudah menangis
Apa-apa saja hal sensitif membabitkan keluarga

Artis Pujaan
Angelina jolie dan Shah Rukh Khan

Jenis bacaan kegemaran
Novel serius atau thriller hasil tulisan Dale Brown dan Sidney Sheldon

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kereta Ferrari Dato Lee Chong Wei

Posted: 22 Feb 2012 08:31 PM PST


 Inilah kereta Ferrari Dato Lee Chong Wei, dan untuk pengetahuan anda di Malaysia beliau merupakan atlet pertama yang memilikinya. Kereta Ferrari ini segah dengan nama beliau di persada dunia badminton di dunia selaku pemain No 1.Ferrari F430 ini memang superb bagi anda yang pernah memakainya (Surf dalam internet je ) daripada luaran pun anda sudah tergaman menyaksikan kehebatan seni pembuatannya.


Jadi...bagi anda yang mempunyai bakat janganlah anggap pekerjaan sebagai atlet ini tidak menjamin masa depan anda :)..Fikir-fikirkanlah.





Price:
RM 1,230,000.00
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Perkahwinan Lisa dan Yusry | Kad Kahwin Yusry Dan Lisa | Majlis Perkahwinan Yusry Dan Lisa

Posted: 22 Feb 2012 08:07 PM PST

Sudah menjadi adat jika seseorang gadis melayu ingin menempuh alam perkahwinan beberapa perkara perlu dilakukan. Begitu jugalah kisah yang dialami oleh artis bernama Lisa Surihani yang akan melangsungkan perkahwinannya bersama pasangan dalam waktu terdekat.


Sudah pasti hari yang dinantikan akan berjalan dengan penuh debaran dan kisah perjalanan yang menjadi perhatian pembaca diluar sana. Suasana sedemikian pastinya menjadi hari yang tidak dapat dilupakan oleh artis ini sendiri dan juga dikalangan sanak saudara yang turut sama menyelesaikan perkara yang perlu sebelum hari bahagia itu tiba.


Proses pertama sekali yang Lisa perlu buat adalah mandi bunga, kemudian malam berinai dan seterusnya khatam al Quran.


Majlis yang dilangsungkan pada 26 Februari ini pastinya akan bertambah seri jika ketiga-tiga perkara ini diselesaikan terlebih dahulu.


Dan bagi pihak ZoOMartis, akan mendoakan hari bahagia itu akan tiba dengan senyum dan memori indah
yang tidak dapat dilupakan. Serta semoga kekal hingga ke akhir hayat. Insyallah


Berikut beberapa gambar yang sempat ZoOM upload untuk tatapan anda (Mandi Bunga,Berinai dan Khatam al Quran) :

 Majlis Berinai
 Majlis Mandi Bunga
Majlis Khatam al-Quran
 Kad Kahwin Lisa Dan Yusry


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!