Adsense

Rabu, 3 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Shahir AF8 Mahu Berhenti Jadi Penyanyi

Posted: 03 Aug 2011 08:12 PM PDT

Salam Ramadan hari ke-4 untuk semua pembaca. Aduh, cepatnya masa berlalu kan. Harap semua pembaca masih okay dan steady lagi ya. Budiey setakat ni steady lagi laa.

Alamak, Budiey sebenarnya hari ni terlajak tidur la pulak. Patutnya jam 11 pagi tadi, Budiey kena gi Media Prebiu Filem The Zookeeper, tapi bila terlajak tidur, sedar-sedar dah pun jam 10.30 pagi, alamak tak dapat la nak nolongnya. Tu la orang cakap, terlajak perahu boleh lagi kita undur, tapi bila dah terlajak tidur ni, nak undur masa macamana. Jadinya, pagi ni Budiey kena duk rumah je lah ya. Oh ya, petang ni ada satu event interbiu bersama dengan penyanyi Yassin Sulaiman di Viva Home. Nak pergi ke tak pasti lagi. Dan malamnya pula ada Rakaman Mentor Raya 2011 di Plaza Alam Sentral. Budiey rasa nak gi sana la. Musim lepas pun Budiey tak lepas peluang tengok rakaman Mentor Raya ni, kelakar giler.

Lepas mandi, Budiey berehat depan notebook ni, belek-belek berita online. Lalu, terbaca satu berita yang agak menyedihkan juga la. Kesian pun ada. Berita pasal juara AF8, Shahir yang dikatakan mahu mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi sebab ada orang aniaya dia. Budiey terfikir juga, dari dulu lagi, lepas dia keluar dari AF8, macam-macam benda yang tak elok berlaku. Semua tu dugaan sebenarnya, tak nak lah tuduh sape-sape yang dengki dengan kejayaan Shahir yang sanggup Mak Esahkan dia. Ish ish.

Shahir

Ini petikan berita tentang Shahir nak berhenti jadi penyanyi. Tak lama lagi, Shahir akan umum dengan rasminya di satu sidang media.

Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya

PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya. Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC). Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat. Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan. Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa. Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. via Mstar Online

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Shahir di Sidang Media Hos Akademi Fantasia 9
  • Shahir Pakai Ala Urban Korean di ABPBH2010
  • Shahir AF8 Retak Tulang Tangan Jatuh Bilik Air
  • Gambar Shahir & Adira di Konsert Reunion Akademi Fantasia 8
  • Gambar Kereta Nissan Fairlady Shahir AF8 Kemalangan
  • Tahniah Shahir Duta Produk Brands Terbaru
  • Lirik Lagu Luar Biasa Shahir
  • Shahir Duta Brands Berlakon Filem Karak
  • Gambar Shahir AF8 di Pelancaran Album Cinta Anita Sarawak
  • Diariku Shahir di Astro Ria
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Kasih Alia Lakonan Rafidah Ibrahim Iqram Dinzly & Sharnaaz

    Posted: 03 Aug 2011 03:34 PM PDT

    KEMELUT TRAGEDI, DENDAM & CINTA

    Menyusuli "Dewa Cinta", drama bersiri terbaru 'Kasih Alia' terbitan JS Pictures telah menemui para penonton menerusi slot Akasia mulai 1 Ogos 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Sebuah dendam yang membara telah mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak.

    "Kasih Alia" nenampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly (Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.

    logo_final

    Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.

    Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.

    Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

    Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.

    Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.

    Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.

    Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

    Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?

    Jangan lupa terus saksikan "KASIH ALIA" di slot Akasia, setiap hari Isnin – Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3!

    Poster Kasih Alia

    Tags: , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jawapan Trivia: Jam Casio G-Shock Milik Iqram Dinzly
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • Rusdi Ramli & Iqram Dinzly dalam JIMAN
  • Jawapan Trivia: Pasangan Romantis Iqram Dinzly & Fouziah Gous
  • Gambar Iqram Dinzly Dengan Putri Aurora
  • Drama Puteri Aurora Beradu
  • Gambar Sherry Ibrahim Lelong Kek Di Karnival Amal ABPBH
  • Airasia X To Appoint Y.B. Tan Sri Rafidah Aziz As Chairman
  • Sinopsis Filem CINTA PERTAMA
  • Sinopsis Novel LUKA
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Gambar) Maya Karin Semasa Melancong Ke Amerika Selatan

    Posted: 03 Aug 2011 06:49 PM PDT

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    Patutlah macam tak dengar apa-apa cerita Maya Karin beberapa bulan yang lalu. Rupa-rupanya, dia telah meninggalkan Malaysia dan melancong ke luar negara dimana destinasi yang dituju adalah Amerika Selatan. Menariknya, Maya Karin melancong secara 'backpacker' iaitu semua kelengkapan harian dimuat dalam satu beg. Macam orang mengembara tu. Lebih kurang la.

    Pengembaraan Maya Karin di Amerika Selatan itu agak lama juga, selama dua bulan. Pengembaraan'nya bermula dengan Brazil, disusuli Venezuela, lepas itu Colombia dan berakhir di Peru. Ianya bermula dari 11 Mei dan berakhir pada 8 Julai lalu sehingga Maya Karin berhadapan dengan masalah untuk memilih apa yang hendak dibawa. Seperti update Twitternya:-

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    Kat bawah ni pula antara catatan perjalanan dan beberapa gambar yang dikongsikan oleh Maya Karin melalui Twitter'nya. Jom layan..

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    GAMBAR MAYA KARIN SEMASA MENGEMBARA DI AMERIKA SELATAN

    Psstt: Mentega jenama Golden Churn Creamery Butter disahkan mengandungi DNA babi

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Shahir AF8 Akan Berhenti Menyanyi, Dakwa Dirinya Dianiaya

    Posted: 03 Aug 2011 05:57 PM PDT

    GAMBAR SHAHIR AF8 BERHENTI MENYANYI KERANA DIANIAYA

    Lebih kurang setahun berlalu, nampaknya perjalanan karier juara Akademi Fantasia musim ke-8 iaitu Shahir dilihat agak kurang memberangsangkan. Senang cakap, hanya laku sekejap. Terbaru, Shahir dikatakan sudah mengambil keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat ini.

    Menurut sumber yang juga rakan terdekat Shahir, dia nekad untuk berhenti kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu. Walau bagaimanapun, kami tidak pasti apakah bentuk penganiyaan dan penindasan yang dimaksudkan kerana ianya tidak dinyatakan secara terperinci.

    Berikut kenyataan daripada rakan terdekat Shahir itu:-

    Shahir tidak akan menyanyi lagi dan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

    Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini.

    Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

    Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

    Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.

    Kami jamin, pasti ramai peminat Shahir yang sedih dengan berita ini. Tapi kalau ini adalah yang terbaik buat Shahir, korang redhakan je la. Siapa tahu ada yang lebih baik daripada kariernya sebagai seorang penyanyi sekarang ni sedang menunggu. Lagipun, Shahir tak ler famous mana untuk terus menyanyi. Huhu..

    Psstt: Mentega yang popular digunakan untuk membuat kek lapis Sarawak disahkan mengandungi DNA babi. Habislah!

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    borak kosong

    borak kosong


    Inikah Halaman Error 404 Paling Hebat?

    Posted: 03 Aug 2011 09:00 PM PDT



    sumber: gizmodo
    image: mustified.com

    Spiderman terbaru lelaki kulit hitam?

    Posted: 03 Aug 2011 08:00 PM PDT


    PHILADELPHIA - Pihak pengurusan majalah Marvel Cormics mendedahkan bahawa adi wira Spider-Man terbaharu ialah lelaki berkulit hitam.

    Lelaki itu yang menjadi adiwira itu dikatakan pemuda kacukan kulit hitam dan Latin.

    Menurut pihak pengurusan komik tersebut, pemuda yang menjadi adiwira baharu itu ialah Miles Morales yang menggantikan Peter Parker yang telah meninggal dunia di tangan Green Goblin.

    Dalam edisi komik itu yang terbaharu berjudul Ultimate Fallou, Morales menanggalkan kostum penyamarannya dan mendedahkan mukanya buat kali pertama.

    Para peminat terpaksa menunggu sehingga satu pengumuman rasmi dibuat tentang bagaimana dia menjadi adiwira.

    Namun, satu lagi kejutan akan berlaku apabila pihak pencipta watak berkenaan menyatakan pada masa depan Spider-Man mungkin seorang gay. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Ibu kuruskan badan demi anak

    Posted: 03 Aug 2011 07:00 PM PDT

    LONDON - Seorang ibu Vikki Billingham yang bertungkus-lumus untuk membawa anaknya ke taman permainan kini menarik nafas lega apabila berat badannya sudah menurun dengan jumlah luar biasa iaitu sebanyak 107.95 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia sebelum ini mempunyai berat badan 171.45kg.

    Ekoran berat itu, Vikki malu untuk keluar ke kedai.

    Ibu dua cahaya mata yang berasal dari West Midlands yang berusia 38 tahun itu menurunkan berat badan kerana mahu membawa anak-anaknya ke taman permainan.
    BENTUK badan terkini Vikki Billingham.



    Kini, dengan bantuan majalah diet dan beberapa kumpulan kelangsingan badan, berat badannya kini hanya 69.21kg.

    Penurunan berat badan itu membuatkan Vikki gemar memakai fesyen yang menarik.

    "Saya berasa lebih muda kini berbanding sebelum ini," katanya. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Gempak ..cara kreatif seludup dadah

    Posted: 03 Aug 2011 06:00 PM PDT


    SHAH ALAM - Seimbas pandang, ia memang barang cenderamata berbentuk kepala harimau yang halus buatannya.

    Namun tidak disangka, selepas diperiksa berkali-kali, replika kepala harimau belang itu rupa-rupanya diperbuat menggunakan 8.4 kilogram (kg) dadah jenis syabu.

    Hampir 100 peratus replika cenderamata itu diperbuat dengan syabu yang menggunakan acuan berbentuk kepala harimau sebelum ia diwarnakan.

    Demikian rahsia cenderamata yang dibawa seorang warga Iran berusia 26 tahun yang ditahan pada pukul 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin.

    Sebelum ditahan lelaki itu yang masuk sebagai pelancong berlepas dari Doha, Qatar.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, replika kepala harimau itu dibawa oleh suspek dengan memasukkannya ke dalam sebuah kotak.

    "Apabila tiba di balai ketibaan, polis curiga melihat replika berbentuk kepala harimau di dalam kotak tersebut yang kononnya mahu dijadikan sebagai hadiah.

    "Setelah diteliti beberapa kali, replika kepala harimau tersebut kemudian didapati bukan sekadar replika sebaliknya ia diperbuat daripada syabu bagi mengaburi pihak berkuasa," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di sini semalam.

    sumber : kosmo online

    Wow! Wanita Kencing 'Berdiri' Efektif Cegah Kanser

    Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT


    Intermezo News - Kanser serviks adalah musuh utama kaum perempuan. Kerananya berbagai upaya pencegahan dilakukan di antaranya melalui sebuah metode 'standing pee'. Benarkah?

    Sejauh ini, oleh doktor mendeteksi awal adanya penyakit kanser serviks boleh dilakukan dengan dua cara, yakni pap smear dan vaksin. Ternyata, ada cara lain dan sedikit unik yang boleh mencegah timbulnya kanser serviks, iaitu standing pee atau kencing berdiri.


    Menurut pakar kesihatan, dr Ananto Sidohutomo MARS menyebutkan pilihan kencing berdiri ini tidak hanya berguna mencegah kanser. Tapi juga memungkinkan setiap wanita mendapat prasarana membuang air kecil secara higienis, nyaman, dan meminimalkan penggunaan tissu dan air yang banyak ditemukan bakteria, jamur, parasit, dan virus.

    "Pencegahan boleh dilakukan dari sisi apa saja. Untuk mencegah dan mengantisipasi kanser serviks, ada kad skor deteksi awal kanser serviks, ada pap-smear, ada vaksinasi HPV, ada valeri, dan 'standing pee' ,"kata Ananto.

    confessionsph.com


    Posisi kencing, kata dr Ananto, mempengaruhi aliran rembesan urin ke vagina. Menurut dr. Ananto, urin bukan cairan yang bersih. Urin termasuk sisa metabolisme tubuh yang membuang zat-zat tidak berguna di tubuh.

    Bila sisa urin mengendap di vagina maka akan menganggu kebersihannya.

    "Ingat, faktor tidak bersih juga memicu munculnya kanker serviks. Sedangkan dengan posisi berdiri, urin akan memancar keluar dari lubang uretra tanpa mengendap di bagian vagina," ungkap dr. Ananto. [mor][SUMBER]

    Bila tak reti adab

    Posted: 03 Aug 2011 11:01 AM PDT






    Manager syarikat ini sanggup curi wang syarikat kerana ketagihan seks

    Posted: 03 Aug 2011 10:30 AM PDT


    Seorang manager kewangan sangat ketagihan mengakses pornografi di dunia maya dan juga terlibat dalam prostitusi di dunia nyata. Pada intinya, lelaki bernama Alan Hornby ini sangat ketagihan seks.

    Posisi sebagai manager kewangan membuatnya mudah menipu wang perusahaan untuk membiayai hobi mesumnya. Ia dengan santai mengeluarkan wang sampai 100 poundsterling untuk membayar pertunjukan seks via internet.

    Tak cukup hanya itu, Hornby juga rutin mengunjungi rumah pelacuran, konon sampai tiga kali seminggu. Jumlah wang perusahaan yang ia gunakan mencapai 85 ribu poundsterling.

    Dia memang sangat dipercayai oleh bos sehingga selama 5 tahun, Honrby melakukan aksinya tanpa ketahuan. Namun akhirnya, dia tertangakap juga oleh rakan sekerja dan akhirnya diadili dengan hukuman 32 bulan penjara.

    "Semua itu dimotivasi sepenuhnya oleh seks dan dia sudah didiagnosa sebagai pecandu seks," ucap Kay Driver, penguamnya, seperti detikINET kutip dari Mirror, Rabu (3/8/2011).



    Selain dihukum penjara, Hornby juga bangkrut karena asetnya banyak disita. Kecanduannya pada seks dan pornografi internet yang tak terkendali berujung petaka


    source

    Gempak ..lelaki ini beli kereta dengan duit syiling yang beratnya 300kg

    Posted: 03 Aug 2011 09:20 AM PDT


    SHAANXI - Lelaki ini cuba untuk membeli sebuah kereta di dealer kereta yang ada di Kota Xianyang China dengan wang syiling seberat 300 kilogram.

    Wang membawa duit syiling sebanyak 60 ribu yuan ke sebuah dealer kereta yang terletak di Shaanxi, China, pada 1 Ogos lalu.

    Wang yang merupakan penjual tepung, mengangkut duit syiling tersebut dengan menggunakan kereta. uDuit Syiling dengan jumlah tujuh karung tersebut dikumpulkannya dengan menggunakan karung tepung.

    Seperti dilapor China Daily, Rabu (3/8/2011), dealer kereta menemui kesulitan untuk mencari bank yang menerima duit syiling tersebut, hingga akhirnya sebuah bank setuju untuk menghitung duit syiling tersebut.

    Wang pun tidak boleh langsung membawa kerrta baru idamannya kerana pihak bank hingga kini masih menghitung duit syiling yang dikumpulkan Wang dari hasil berjualannya selama 10 tahun.[okezone.com]

    Datuk Bandar ini punya cara brutal untuk selesaikan masalah kenderaan parking sembarangan

    Posted: 03 Aug 2011 08:50 AM PDT


    Banyaknya kendaraan yang parking sembarangan di pinggir jalan Ibu kota Lithuania, Vilnius, membuat Datuk Bandarnya marah. Ia pun mengambil langkah esktrim yang ampuh untuk menyingkirkan kereta-kereta tersebut.



    Dengan menumpang Tank tentera Rusia, Arturas Zuokas, 43, melanggar kereta yang diparking di pinggir jalan dan menutupi zebra cross serta jalan basikal di kota Vilnius.

    Ia berkata: "Saya sudah tidak tahan dengan pemandu kereta yang meletakkan kendaraan mewahnya di atas jalur sepeda dan zebra cross. Tank ini adalah alat yang bagus untuk menyelesaikan masalah mobil yang parking sembarangan."

    "Kami fikir kemungkinan hal tersebut sudah direncanakan, tapi kami tidak akan memberi kesempatan adanya parking haram di Vilnius."




    sumber: telegraph
    foto: SWNS

    4 Chords: Lagu Medley Paling Gempak Seluruh Dunia

    Posted: 03 Aug 2011 07:45 AM PDT

    Pada tahun 2009, The Axis of Awesome telah menyajikan sebuah susunan muzik yang sangat luar biasa yang dijuluki sebagai "4 Chords". Dasar pemikiran dari susunan muzik mereka adalah bahawa hampir semua melodi dari lagu yang menjadi hit berasal dari hanya 4 chord (kunci) sederhana.

    The Axis of Awesome terdiri dari 3 orang, iaitu Jordan Raskopoulos, Lee Naimo and Benny Davis, merupakan band komedi musikal dari Australia. Trio ini memiliki berbagai macam gaya pertunjukan dan melakukan berbagai kombinasi antara bahan yang original dan pop.




    Pada tahun 2011 mereka baru mengeluarkan video musik rasminya.


    Pelik..ubi berbentuk itik

    Posted: 03 Aug 2011 06:49 AM PDT

    Ubi berbentuk Itik ditemukan di China. aneh tapi nyata,ubi tersebut dibeli Ms. Tan di supermarket tempatan pada 23 Jun 2011 lalu.



    Pengemis cantik ini minta sedekah untuk balik ke China

    Posted: 03 Aug 2011 05:35 AM PDT






    SUMBER: stomp.com.sg

    Dressed in a gown, this attractive looking woman claims to come '500 years from the past' and is asking for money at Shanghai Metro so she can 'go home'.

    STOMPer begabomb says:

    "Has begging turned to become more creative and commercialised, or even theatrical in today's day and age?

    "This 'time-travelling woman' has appeared in the Shanghai Metro.

    "She claims to have been 'sent through time', and sits at the exit to the subway station asking pedestrians for money -- so she can return to her home town 500 years in the past.

    "The interesting bit -- this ancient woman even takes out an iPhone 4 to ask for mobile phone numbers from the passing crowd.

    "Translation of the hand-written (mostly) traditional Chinese sign on the ground: 'I am from the Qingyuan village and have unwittingly time travelled here. I have nothing upon me and am begging for travelling expenses to return home, a debt I will repay in the days ahead [future].'"

    Lukisan Pensil Super Realistik Karya Paul Lung [ Pic ]

    Posted: 03 Aug 2011 04:00 AM PDT

    Kalau saja tidak kerana judulnya, kemungkinan besar kita akan berfikir bahawa semua gambar di bawah ini adalah foto. Padahal bukan! Semuanya adalah hasil goresan pensil dari seniman berbakat dari Hong Kong, Paul Lung.





    The Mecca Royal Clock Tower, sudah berdetik pada 1 Ramadhan lalu

    Posted: 03 Aug 2011 03:00 AM PDT


    The Mecca Royal Clock Tower, jam tertinggi nombor dua di dunia sudah berdetik. Operasi jam raksasa di belakang Masjidil Haram tersebut dimulai tepat 1 Ramadan 1432 Hijriah.


    Jam raksasa ini punya banyak keistimewaan. Suara azan yang keluar dari jam boleh terdengar hingga tujuh kilometer. Sementara nyala lampu hijau dan putih saat adzan bisa terlihat hingga jarak 30 kilometer.



    Wajah jam juga dapat berganti warna. Bila siang, wajah jam berwarna putih. Bila malam menjadi hijau dan putih. Jam raksasa ini berada di atas King Abdul Aziz Endwoment Project. Sebuah kompleks megah yang terdiri atas tujuh menara.

    "Semua persiapan untuk menerima tamu saat Ramadan di hotel sudah lengkap. Seluruh bilik dan suite room sudah bernuansa Ramadan," kata Direktur Telekomunikasi dan Promosi Bisnis Fairmont Raffles Hotels International, Khaled Yamaq.



    Tinggi menara jam ini mencapai 601 meter dengan 76 lantai. Menara jam memiliki 858 bilik suite yang pemandangan dari jendelanya menghadap ke Masjidil Haram.

    Untuk upacara dimulainya operasional jam The Mecca Royal Clock Tower akan didahului oleh tujuh kali tembakan meriam. (Sumber: Republika)

    Laman web curang beri jaminan wang dikembalikan jika hubungan tak best

    Posted: 03 Aug 2011 02:00 AM PDT

    INILAH.COM, London – Sebuah situs Australia menjanjikan hubungan intim 'sukses' atau wang kembali. Menurut pendiri situs itu, hidup terlalu pendek, maka berhubungan intimlah.

    Pendiri situs ashleymadison.com Noel Biderman yang mendirikan situsnya pada 2001 itu baru saja melancarkan 'jaminan pasti wang kembali'. Menurut Dailymail, situs itu memiliki anggota lapan juta orang di seluruh dunia yang memilih berselingkuh.

    Biderman mengatakan, perselingkuhan seperti pernikahan, harus dibina. "Jika ingin mencari tingkat kesuksesan yang tepat, tingkat komitmen diperlukan. Jika hal ini tak berhasil, kami kembalikan wang Anda," ujarnya.

    Pengguna tak perlu khuatir apa pun. Pasalnya, situs ini akan menghapus komunikasi yang terjadi antara anggota. Pengguna juga boleh menyembunyikan identiti aslinya. Biderman mengaku, jika isterinya selingkuh, ia akan hancur.

    "Saya setia. Isteri saya punya keperluan emosi dan fizik yang harus saya penuhi. Jika tidak, ia akan berselingkuh dan saya akan hancur jika hal itu benar terjadi," ujarnya. Situs Biderman ini telah membuat marah satu kelompok keluarga di Australia.

    Peter Stokes dari Family Council di Victoria mengatakan, "Situs ini membuat hubungan mengalami penurunan nilai."

    Aneh, lelaki ini dapat mendengar gerakan bola matanya sendiri

    Posted: 03 Aug 2011 01:00 AM PDT


    INILAH.COM, Inggris – Aneh, lelaki ini dapat mendengar gerakan bola matanya sendiri. Hidupnya jadi berisik sekali.

    Stephen Mabbutt lelaki Inggris usia 57 ini mengaku boleh mendengar suara gerakan bola matanya sendiri. Ia boleh mendengar suara-suara dari dalam tubuhnya dengan jelas.

    Tidak hanya gerakan bola mata, Stephen juga boleh mendengar detik jantungnya. Aktiviti yang biasanya tak terdengar telinga, dapat ia dengar. Dan saat mulutnya mengunyah makanan, suaranya akan sangat memekakkan telinganya. Misalnya saat makan keropok, ia tak akan boleh mendengar suara-suara lainnya.

    "Saya sedang duduk sendirian di rumah saat sepi di malam hari, dan tiba-tiba saya mendengar suara gesekan seperti suara pada permukaan kayu," demikian katanya seperti dikutip TheSun.

    Saat itu ia tidak tahu suara apa itu, tapi kemudian ia menyedari suara itu terdengar tiap kali ia menggerakkan bola matanya. Gejala itu muncul sekitar 2005.

    Saat itu ia mengira ia sudah gila. Doktor memberinya obat semburan, obat titik, dan antibiotik, tapi tak pernah ada pengaruhnya.

    Tahun ini, setelah melakukan scan CT, ia mengetahui ada lubang kecil di tengkorak temporalnya. Lubang ini membuat cairan kanal setengah lingkaran di telinga dalam, masuk ke otak.

    Doktor yang mendiagnosis mengatakan, kes semacam ini jarang terjadi. Stephen menderita autophony, yakni salah satu gejalasindromkanalsuperior. Penyakit ini pertama kali ditemukan 10 tahun lalu.

    Permainan Menyambung Titik Tersulit di Dunia [Foto+Video]

    Posted: 03 Aug 2011 12:00 AM PDT

    Masih ingat permainan menyambung titik untuk menemukan gambar tersembunyi yang sering kita mainkan ketika masih duduk di tadika? Ya, itu adalah permainan yang cukup menyenangkan dan mudah bukan?Permainan menyambung titik dengan gambar monalisa yang akan muncul ketika kamu berhasil menyambungkan 6.329 titik di dalamnya.






    .


    Ular tiba-tiba muncuk dikaca cermin depan kereta wanita ini

    Posted: 02 Aug 2011 11:00 PM PDT


    MEMPHIS - Nasib baik masih berpihak pada Rachel Fisher dan keluarganya, setelah seekor ular berhasil menakutinya ketika tiba-tiba muncul di kaca depan keretanya. Padahal saat itu Rachel sedang mengemudi di kelajuan 65 mph.

    Ular tersebut tiba-tiba muncul dari enjin kereta dan merayap ke kaca depan kereta sehingga membuat Rachel dan ketiga anaknya menjerit ketakutan. Namun, Rachel masih dapat tetap mengendalikan keretanya dengan baik.

    Sementara sang suami, Tony, yang duduk disebelahnya, tetap tenang dan mengabadikan kejadian tersebut menggunakan kamera telefon genggamnya dan kemudian diunduh di Youtube, dan menjadi video popular setelah tiga hari diposting.

    "Saya sebenarnya tidak takut ular, namun saya terkejut tiba-tiba ada penumpang yang tidak biasa ketika sedang laju di 105 Km per jam, ketiga anak saya pun menjerit histeria, tapi kemudian kami semua tertawa," ujar Rachel Fisher sebagaimana dikutip Dailymail, Selasa (2/8/2011).

    Peristiwa tersebut terjadi pada minggu lalu, ketika Rachel bersama suami dan ketiga anaknya, Elizabeth (3), Judah (2), dan Rivers (4 bulan) kembali ke Memphis setelah mengunjungi orangtuanya di Cordova.

    Ular tersebut akhirnya jatuh ke jalan setelah sekitar tiga hingga empat minit berada di atas kaca depan.

    Rachel dan suaminya menduga, ular tersebut merangkak masuk ke dalam enjin kereta mereka pada malam sebelumnya ketika mereka parking di daerah berhutan dan keluar dari enjin kerana kepanasan.

    Video milik Tony pun sudah dilihat sekitar 26.000 kali di Youtube.(rhs)

    5 Gaun kontroversi yang menarik perhatian dunia

    Posted: 02 Aug 2011 10:00 PM PDT

    Banyak publik figur tampil mengesankankan dengan pakaian yang dikenakannya. Beberapa dari mereka terlihat luar biasa. Bahkan ada pakaian yang dikenakan publik figur tersebut menjadi t perhatian. Berikut 5 gaun yang menarik perhatian masyarakat :

    1.Gaun "Ulang Tahun" Marilyn Monroe

    Gaun berkilauan karya perancang Jean Louis dikenakan Marilyn Monroe ketika menyanyikan lagu selamat ulang tahun pada John F Kennedy di kediaman Presiden Amerika Syarikat tersebut di Madison Square pada tahun 1962. Gaun yang begitu ketat. Dilaporkan Marilyn Monroe tanpa mengenakan apapun dibahagian dalam dan bawah gaunnya. Gaun tersebut di jual dalam sebuah lelong sebanyak 1.26 juta dolar.

    2.Gaun "Balas Dendam" Puteri Diana

    Tahun 1994, tiga belas tahun setelah menikah dengan Putera Charles, Puteri Diana mengenakan gaun yang terlihat sangat berat seperti terbuat dari 50 kilogram marshmallow. Dengan gaun warna hitam tersebut Diana telah menjadi ikon dunia mode. Mungkin itu gaun terbaik yang pernah dikenakannya, pasca Putera Charles mengakui secara terbuka perselingkuhannya dengan Camilla Parker Bowles. Dengan lantang Diana mengatakan, "Aku akan selalu mendapat banyak perhatian dari Anda para lelaki."

    3.Gaun "Ratu Waria" Milik Cher

    Artis multitalenta Cher membuat sensasi saat malam penghargaan Oscar 1986. Sebelum menaiki pentas, pembawa acara, Jane Fonda mengatakan pada penonton hiasa rambut Mohawk raksasa di kepala dilengkapi bahan tipis berkilauan yang hanya menutupi bahagian tertentu saja. "Tunggu sampai anda melihat apa yang akan datang ke sini."


    4.Gaun "Angsa" Milik Bjork

    Gaun yang dikenakan penyanyi Ireland, Bjork pada penghargaan Oscar 2001 dianggap kontroversi kerana dianggap tidak tepat. Gaun karya designer Macedonia, Marjan Pejoski terbuat dari stoking seluruh tubuh dan dibaluti reproduksi bulu angsa. Karya tersebut dianggap menggelikan. Tapi Bjork justru menyukainya dan dipakai berulang-ulang dalam beberapa acara.


    5.Gaun "Pengiring Pengantin" Pippa Middleton

    Ketika Kate Middleton menikah dengan sang Putera William awal tahun ini, semua mata tertumpu padanya. Namun setelah adik Kate, Pippa turun dari limosin penghantar pengantin, perhatian jadi tertuju padanya. Dibalut gaun warna cream karya perancang, Sarah Burton dan Alexander McQueen, Pippa justru terlihat lebih dari sekedar seorang pengiring pengantin (Mungkin gaun yang dikenakan Pippa dianggap lebih baik sebagai gaun pengantin)