Adsense

Rabu, 3 Ogos 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


IDA NARINA KEMBALI KE LAYAR PERAK...

Posted: 02 Aug 2011 02:25 PM PDT

Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu, Ida Nerina dikatakan bakal kembali aktif dalam industri seni tanah air. Beliau akan memegang watak Jah dalam filem 'Tanda Putera' arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang telah menjalani penggambaran pada bulan lalu.

Selain kontroversi video bogel yang dinafikannya, pelakon popular itu juga sebelum ini mengalami kecederaan pada tulang belakang selepas insiden kemalangan di rumahnya pada Jun 2009. Biarpun watak Jah yang dilakonkan oleh Ida hanya pelakon undangan, namun Shuhaimi yakin kemunculan Ida mampu menyumbang sesuatu.

"Setiap kali membikin filem, pasti saya teringat pada Ida Nerina. Saya selesa bekerja dengan Ida yang pernah berlakon dalam beberapa filem arahan dan terbitan saya sebelum ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 dan 1957 Hati Malaya.



"Saya tertarik dengan cara persembahan lakonannya dan kredibiliti Ida sebagai seorang pelakon yang versatil dalam melakonkan setiap watak," kata Shuhaimi dipetik sebagai berkata.

"Saya pasti para penonton pasti menanti-nantikan kemunculan semula Ida di layar perak. Walaupun tidak melakonkan watak utama, tetapi Ida tetap memberikan lakonan yang mantap dan bertenaga," tambahnya.

Tanda Putera mengisahkan tentang perjuangan dan persahabatan di antara dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan ia menelan kos RM4 juta. Selan Ida, turut berlakon ialah Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Kamarulzaman Taib atau Che' Kem (Tunku Abdul Rahman), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar).

Turut bergandingan dengan Ida ialah Fizz Fairuz, Kavita Kaur, Zoey, Ika Nabila dan Alan Yun.



.