Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Lebih matang

Posted: 02 Aug 2011 06:50 PM PDT

Hip

Farah Asyikin

Farah Asyikin

LAMA juga nama Farah Asyikin Zulkifli memperlahankan pembabitannya dalam dunia hiburan.

Tenggelam dan timbul yang kadang-kadang secara tiba-tiba mendadak menimbulkan tanda tanya juga kepada segelintir peminatnya. Kenapa dengan Farah? Adakah dia berehat atau merajuk sehingga membuat keputusan mengasingkan diri dari kerjaya seni yang diceburinya.

Ah! rupa-rupanya bukan merajuk. Tetapi wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu melalui fasa kesedihan dan kemurungan. Atas alasan itulah, dia mencari masa untuk mendapatkan ketabahan seterusnya memulihkan kekuatan diri yang hilang bahana daripada perceraiannya sebelum ini. Farah Asyikin ini kini tampil matang dan tiada lagi air mata membasahi pipinya kerana apa yang dihajatkan selepas ini adalah kelahiran dirinya yang baru dan lebih matang, yakin serta mampu meredah dunia seni dengan sejuta harapan baru.

"Semua sedia maklum, empat tahun lalu adalah perjalanan yang sukar perlu saya lalui dan kini saya sudah kembali. Kembali sebagai Farah yang matang," katanya memulakan bicara dengan wajah yang masih menyimpan seribu tanda tanya.

Akuinya secara jujur, perpisahan atau perceraian yang mengundang dirinya sebelum ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui dan kehadiran keluarga dan sahabat karib adalah pengubat kepada kelukaan itu.

"Sewaktu saya berada dalam keadaan tertekan, keluarga dan rakan baik adalah pendorong kepada kekuatan yang saya kecapi hari ini. Saya terharu apabila ada peminat yang mendoakan kebahagiaan di sebalik kedukaan ini," kata wanita kecil-molek ini ketika ditanya daripada manakah dia menghimpun semua kekuatan dan kembali ke laluan seni.
Menjangkau usia 32 tahun, dia masih seperti sebelum ini, sentiasa tampil cantik dan mempesona dan ramah menghulur bicara.

"Jika boleh saya tidak mahu perkara lepas disebut lagi, tetapi saya faham keperluan pihak media yang mahu mengetahui perkembangan terbaru saya. Sampai satu masa, saya tidak mahu lagi menyebut kesedihan lalu kerana jika saya mengimbau perkara lalu, bagaimana saya mahu menjadi Farah Asyikin yang kuat," katanya sayu.

Anak sulung daripada empat beradik berkahwin dengan doktor bedah, Dr Fariz Yahya pada Mei 2007. Bagaimanapun, rumah tangganya tidak dapat bertahan lama apabila mereka bercerai pada Mei 2008.

Kembalinya wanita yang menggenggam diploma dalam jurusan penyiaran dan pengiklanan ini mempersembahkan cenderahati kepada peminatnya dengan kelahiran album single berjudul Kembali lagi Di Sisimu.

"Sebenarnya lagu ini sudah dirakam tujuh tahun lalu dan saya menampilkan album ini sebagai percubaan mendekati hati peminat. Namun penyampaian saya menyanyikan lagu ini berbeza berbanding dulu kerana ia disampaikan dengan jiwa dan suara yang berbeza kerana jika diteliti suara saya dulu agak kecil berbanding sekarang," katanya.

Farah Asyikin sebenarnya pernah menghasilkan album di bawah naungan Nature Records pada Mei 2007, tetapi hubungannya dengan syarikat rakaman bebas itu dikatakan agak keruh gara-gara menangguhkan pengedaran albumnya.

Pada hujung tahun 2007, Farah turut membuka syarikat pengurusan sendiri iaitu Farah Asyikin Management Entertainment. Menerusi album sendiri, dia mula dikenali menerusi lagu single Dari Sini Ke Bintang-Bintang dan Get Happy. Dia juga pernah melahirkan album kompilasi Bebas bersama Salem satu masa lalu.

Sebelum itu, Farah yang pernah meraih tempat ketiga dalam musim kedua pertandingan Malaysian Idol pada tahun 2005 dan tempat kelima dalam pertandingan One in a Million pada 2006 mengharapkan ada sinar bergemerlapan dalam perjalanan seninya kelak.

Mencari sesuatu yang lebih berharga, dia yang pernah membuka syarikat pengurusan sendiri iaitu Farah Asyikin Management Entertainment kini sudah ada yang mengatur laluan seninya bagi terus memberi impak kepada kerjanya sebagai anak seni.

"Saya kini tidak keseorangan kerana pengurusan MCV menjadi sebagai syarikat yang menguruskan aktiviti seni saya," katanya yang menunjukkan rasa selesa berada di bawah bimbingan penjaga kerjayanya itu.

Farah yang akan hadir dengan album bergenre progresif pop ini memberitahu peminat adalah antara insan rapat yang sentiasa mahu mengetahui perkembangan dirinya dan dia sentiasa menghargai perhatian yang diberikan itu.

"Jika peminat mendengar suara saya dan genre yang dibawakan saya nanti, mereka akan tahu itulah yang ingin saya berikan kepada mereka," katanya tersenyum.

Menyentuh soal hati, Farah yang sudah mengharumkan nama Malaysia di nusantara dengan meraih anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 ini juga mengakui mempunyai kawan rapat dalam kalangan jejaka, namun menafikan ada hubungan istimewa dan hanya mentakrifkan hubungan itu sebagai hubungan sesama kawan.

"Memang saya punyai kawan rapat lelaki, tetapi hubungan itu sekadar hubungan sahabat kerana saya mahu memfokuskan kepada kerjaya terlebih dulu sebaik pulih dari kesedihan lalu," katanya yang tidak jemu-jemu memberitahu dia mahu lupakan kisah luka lalu.

Sempena Ramadan yang menggamit umat Islam untuk menjalani ibadat puasa, Farah menjadikan Kota Kuala Lumpur sebagai lokasi beraya dan seperti kebiasaan menyambutnya secara sederhana.

"Katanya, dia sudah menerima beberapa tawaran sepanjang bulan Ramadan membabitkan aktiviti seni seperti majlis amal dan jemputan pihak hotel sebagai penyanyi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jawablah!: Tiada jaminan kekal bersama

Posted: 02 Aug 2011 06:50 PM PDT

Hip

Kumpulan Sepah

Kumpulan Sepah

Shuib paling banyak terima tawaran secara solo

BELUM hilang pun bahang gelaran Maharaja Lawak yang berada dalam genggaman, sudah terdengar cerita kurang enak mengenai kumpulan Sepah apabila mereka dikatakan bakal membawa haluan masing-masing tidak lama lagi. Atau dalam bahasa mudahnya, Sepah yang dianggotai Shuib, Jep dan Mamat ini bakal berpecah.

Terkejut juga apabila mendapat tahu mengenai berita ini, memandangkan jika dilihat dari pandangan mata kasar, hubungan antara tiga jejaka ini memang cukup erat. Justeru, di manakah silapnya sehingga mereka nekad untuk mengambil keputusan sebegitu? Apakah di sebalik kemesraan yang ditonjolkan itu, Sepah sebenarnya sedang bergolak? Bertemu kumpulan yang berasal dari Johor ini sewaktu mereka menjayakan program Gegar Raya Kg Pening Lalat bersama Datuk Siti Nurhaliza di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam Ahad lalu, Hip membangkitkan persoalan itu kepada mereka.
Sambil menegaskan tiada sebarang perpecahan yang akan berlaku ke atas kumpulan itu dalam masa terdekat ini, Sepah menjelaskan apa yang berlaku, mereka mendapat tawaran secara solo daripada pihak penganjur. Memandangkan dunia seni masih menjadi punca rezeki, mahu atau tidak, mereka terpaksa menerimanya walaupun menyedari tindakan mereka itu bakal mengundang pelbagai spekulasi.

Hip: Khabarnya Sepah bakal membawa haluan masing-masing selepas ini atau bahasa mudahnya berpecah. Tolong jelaskan.

Sepah: Memang benar kami akan membawa haluan masing-masing. Malah, sekarang ini perkara itu pun sudah berlaku. Tetapi bukanlah bermakna kami berpecah. Cuma, kami mendapat tawaran untuk mengadakan persembahan secara solo. Ada yang menawarkan kami untuk berlakon dan juga undangan pertunjukan pentas. Memandangkan bidang seni ialah punca rezeki kami, jadi kami perlu teruskan juga walaupun jika diikutkan, kami mahu penganjur mengundang kami sebagai Sepah dan bukannya secara solo. Pernah juga kami bertanyakan kepada mereka (penganjur), mengapa tidak mengundang kami bertiga? Biasanya, jawapan yang mereka berikan ialah bajet yang terhad.
Hip: Siapa yang paling banyak mendapat tawaran secara solo? Dan, apa perasaan anggota lain apabila perkara seperti ini berlaku?

Sepah: Paling banyak mendapat tawaran secara solo adalah Shuib. Pada kami itu adalah rezeki masing-masing dan kami tak ada hak untuk menghalangnya. Malah kami juga merestui apa saja anggota Sepah lakukan demi kebaikan bersama. Tidak timbul soal cemburu kerana seperti yang kami nyatakan tadi, itu rezeki masing-masing. Pada kami, ini juga satu latihan jika satu hari nanti, ada anggota Sepah tidak dapat bersama-sama membuat persembahan, kami tidak akan kekok kerana sudah terbiasa. Lagipun, siapa tahu satu hari nanti, kami berpecah juga akhirnya. Kita tidak tahu apakah akan selama-lamanya kami akan bersama dan kami sendiri tiada jaminan mengenai perkara itu.

Hip: Selepas menang Maharaja Lawak, bagaimana dengan tawaran persembahan kumpulan Sepah?

Sepah: Selepas menang, program paling besar yang Sepah jayakan ialah persembahan pada malam ini. Jep sebenarnya baru saja pulih daripada sakit. Manakala tawaran persembahan lain pula, adalah sikit-sikit.

Tidak tahu menahu mengenai Lawak Minggu Ini

Hip: Dalam promo yang dikeluarkan, katanya Sepah akan terbabit dalam program Lawak Minggu Ini, tetapi kamu menafikannya. Kenapa ya? Ada perkara yang tidak kena?

Sepah: Sejujurnya, kami sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara ini memandangkan kami tidak pernah mendapat undangan secara rasmi daripada pihak Astro. Sehingga kini kami tidak mendapat hitam putih daripada mereka mengenai hal ini, jadi bagaimana kami hendak menyertainya? Terus terang kami tidak boleh melakukan perkara ini pada saat-saat akhir kerana ia bukanlah perkara mudah. Jika benar mereka mahukan kami menyertai program ini, mereka seharusnya datang bertemu kami dan memberikan maklumat lengkap mengenainya supaya kami lebih bersedia.

Hip: Mungkin akan ada yang menganggap Sepah sudah mula besar kepala apabila meminta pihak Astro datang 'menyembah' semata-mata untuk mengundang anda menyertai program itu?

Sepah: Kami pernah tidak besar kepala dan kami masih lagi mengingati jasa Astro yang menjadikan Sepah dikenali sehingga ke hari ini. Cuma seperti yang kami jelaskan tadi, Sepah tidak boleh membuat kerja pada saat-saat akhir. Jika mereka mengundang kami sekarang pun, terus-terang kami tidak dapat menunaikannya kerana Sepah sangat sibuk pada bulan puasa ini. Kami banyak terbabit dengan aktiviti kebajikan dan juga mengadakan majlis bersama peminat yang banyak menyokong kerjaya kami sebelum ini. Semua aktiviti itu pula diadakan di Johor. Jadi memang kami tak dapat menyertai program Lawak Minggu Ini itu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan