Adsense

Khamis, 14 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD

Posted: 14 Apr 2011 10:55 PM PDT

Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD
Teraju Utama SAFI RANIA GOLD

SAFI RANIA GOLD jenama produk penjagaan kulit halal dan suci nombor satu tempatan baru baru ini memperkenalkan kepada wakil media duta terbaru mereka, pelakon popular Rozita Che Wan.

Sinonim dengan imej produk SAFI RANIA GOLD yang moden tetapi masih mengekalkan kelembutan serta keayuan wanita kita, membuatkan Rozita menjadi pilihan yang tepat bagi menjadi teraju utama jenama ini.

Rania

"Beliau adalah ikon dan inspirasi wanita kini" Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Produk SAFI. Menurut beliau lagi, Rozita adalah ikon buat wanita moden kini yang berjaya mengukir nama di dalam lapangan kerjaya masing masing namun masih menitik beratkan penampilan mereka. Kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat para wanita. Semakin kita matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan, justeru itu, penjagaan kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda. Rozita membuktikannya sendiri dengan raut wajahnya yang kelihatan bermaya, anjal dan penuh keremajaan walaupun beliau berada di dalam usia 30an.

Sejak jenama SAFI RANIA GOLD diperkenalkan pada tahun 2009, ia terus membangun dan terus memberikan inspirasi kepada para wanita. Seiring dengan jenama ini, Rozita juga adalah inspirasi kepada wanita kini. Komitmen beliau terhadap kerjaya serta kehebatan beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu adalah gambaran tepat buat wanita moden kini.

Nantikan kemunculan beliau yang bakal menemui para peminatnya di seluruh Negara di lokasi rangka promosi anjuran SAFI. Ayuh kita beramah mesra bersama Rozita dan dapatkan tawaran eksklusif daripada SAFI RANIA GOLD.

Dilancarkan pada tahun 2009, SAFI RANIA GOLD adalah produk anti – penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.

Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Rania

Lengkapkan rejim anti penuaan anda dengan rangkaian produk SAFI RANIA GOLD berikut:

1) Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

2) Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

3) Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)
Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.

4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)
Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.

5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)
Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.

6) Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)
Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!

7) Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)
Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!

8) Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)
Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.

9) Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)
Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam

Dengan penggunaan rangkaian produk penjagaan kulit SAFI RANIA GOLD secara berterusan, anda bukan sahaja akan tampak jelita, tetapi juga merasa hebat kerana mengetahui kulit anda jauh lebih muda dan cantik berseri! SAFI berbangga kerana dapat memanfaatkan teknologi antipenuaan untuk membantu wanita Malaysia memiliki kulit yang cantik berseri menerusi ramuan khusus yang bertindak secara bersama dengan kulit.

Rania

Jelitawan Safi Rania Gold

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10
  • SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH
  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Gambar Rozita Che Wan Rekaan Zery Zamry di MIFW 2010
  • Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Amy Mastura Jadi Duta Produk Kesihatan
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia
  • Tahniah Shahir Duta Produk Brands Terbaru
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Drama Juvana Lakonan Zahiril Adzim Izreen Azminda

    Posted: 14 Apr 2011 10:48 PM PDT

    "AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA"

    Setiap orang wajar diberikan peluang untuk menebus kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang dipersalahkan dan dihukum atas kesalahan pihak lain? Adakah dia akan bangkit semula dengan semangat baru?

    Ikuti perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh menerusi siri drama terbaru, JUVANA mulai 25 April 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam.

    Juvana

    Sesi pelancaran JUVANA telah diadakan di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka pada petang Khamis lalu 14 April 2011 bersama para penghuni sekolah tersebut dan barisan artis yang menjayakan drama itu.

    JUVANA terbitan Filmscape yang menyaksikan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, Pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarea, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010; Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

    Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar berkata, "TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. Kami juga ingin memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri. Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri JUVANA."

    "Tidak dapat dinafikan bahawa TV3 selesa untuk bekerjasama dengan Kabir Bhatia dan Faisal Ishak dari Filmscape Production. Mereka sentiasa berfikiran kreatif dan berani, amat teliti dalam kerja-kerja produksi dalam mendapatkan visual-visual yang menarik serta membentuk watak-watak yang berkesan. Kami berharap agar JUVANA akan menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton-penonton TV3 nanti. " tambah Puan Nurul.

    Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

    Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

    Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

    Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan JUVANA, setiap hari Isnin jam 9.00malam mulai 25 April 2011, hanya di TV3!

    Juvana

    Juvana

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Jalan Pintas Lakonan Bront Palarae, Zahiril Adzim
  • Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal dalam Drama 6 Progresif
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Karnival Sua Rasa TV9 Kuala Terengganu
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Zahiril Adzim Dan Nas T Berlakon Drama Bersiri Waris
  • Drama Merah Putih Lakonan Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah
  • Zahiril Adzim dalam Teater SHORT EYES
  • Sinopsis Filem Bunohan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Pengacara MHI, Fedtri Yahya Akan Berkahwin Mei Ini.

    Posted: 14 Apr 2011 10:08 PM PDT

    Pengacara MHI, Fedtri Yahya Akan Berkahwin Mei Ini.

    Seorang peminat Fedtri Yahya (Sebelah Kiri) berkongsi berita gembira menerusi email sebentar tadi.

    Sekadar berkongsi bahagia, saya merupakan salah seorang sahabat serta peminat setia pengacara televisyen Ahmad Fedtri Yahya. Saya mendapat tahu bahawa Ahmad Fedtri Yahya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 5 iaitu pada 29 Mei 2011. Majlisnya akan diadakan di Kelantan iaitu di rumah bakal pengantin sebelah perempuan.

    Majlis sebelah lelaki pula adalah pada 11 jun 2011 ini.

    Difahamkan, bakal pengantin perempuan yang juga merupakan seorang guru fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong itu merupakan orang Pasir Mas, Kelantan. Mereka berkenalan melalui sesawang Facebook. Beliau merupakan seorang yang kuat agama dan keluarga hafiz hafizah. Alhamdulillah.

    Harap ohbulan dapat kongsi tentang perkara ini. Berkongsi bahagia, selepas pertunangan Ally Iskandar, nampaknya Fedtri dulu yang makan nasi minyak!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Review Filem Seru : Bunyi Lightsaber, Hutan Terang Benderang.

    Posted: 14 Apr 2011 09:51 PM PDT

    Seru, sebuah filem arahan Pierre Andre & Woo Ming Jin akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 28 April ini. Mengambil trademark "Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku", filem ini sepatutnya mempunyai kekuatan elemen-elemen tertentu yang dapat membangkitkan rasa seram. Apabila kami meneliti barisan krew yang terlibat, Pierre Andre & Woo Ming Jin turut terlibat sebagai penulis skrip & lakon layar. Jadi, secara logiknya gabungan 2 idea patut membuatkan kami berkata "wow", tetapi tidak sama sekali.

    Kedua-dua pengarah juga mengakui mereka menggunakan filem Quarantine sebagai rujukan utama untuk menjayakan filem Seru. Jalan cerita filem ini sebenarnya membabitkan kejadian aneh yang berlaku kepada sebuah produksi filem "Jangan Bernafas". Semuanya bermula ketika sesi rakaman "Jangan Bernafas" yang melibatkan Awal Ashaari, Nora Danish & Pierre Andre, apabila seorang krew produksi telah dirasuk & lari ke dalam hutan.

    Maka, sesi rakaman terpaksa dibatalkan & ditunda ke hari seterusnya. Pihak produksi pula menggangap kejadian krew dirasuk & hilang ini patut dirakam & menjadi footage untuk promosi filem "Jangan Bernafas". Nak dijadikan cerita, krew-krew telah diarahkan untuk mencari mangsa yang hilang sambil merakamkan apa sahaja yang berlaku. Dan, al-kisahnya, walaupun diserang, dibunuh, kamera kekal kool seperti biasa.

    Dari segi teknikal, kami terganggu dengan penggunaan sound effect bagi setiap transition babak-babak dalam filem ini. Bunyi seakan pergaduhan pedang lightsaber antara Jedi & Darth Vader ini menjadi taruhan untuk "mengejutkan" para penonton. Ya, awal-awal memang kami terkejut. Selepas itu, nan hado.

    Kemudian, penggunaan cahaya yang melampau untuk sebuah filem seram, gagal menyeramkan kami. Logik akal, mana ada hutan yang terang benderang, kan? Bukan ke hutan khatulistiwa ada lapisan kanopi yang menghalang cahaya matahari daripada sampai ke lapisan bawah hutan? Cahaya matahari kot, apatah lagi cahaya bulan.

    Namun, kami harus memberikan pujian kepada pelakon Along Ezzendi (Sam) yang memegang watak sebagai pengarah filem "Jangan Bernafas". Lakonannya nampak real. Dengan gaya penuh langsi & bersahaja, Along Ezzendi berjaya menimbulkan tension sebagai seorang pengarah yang kuat mendesak, panas baran.

    Oh ya, kami nak maklumkan bahawa Awal Ashaari & Nora Danish hanya muncul untuk 15 minit pertama. Lakonan mereka lebih menyeramkan daripada jalan cerita asal. Dan, Nora Danish kelihatan awesome ber-bareback.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    SkyCrewz Network

    SkyCrewz Network


    404 Not Found

    Posted:

    Sorry, Readability was unable to parse this page for content.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Lelaki terbakar ketika asyik menonton video porno

    Posted: 14 Apr 2011 09:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki terbakar di dalam sebuah kedai penjualan produk pornografi dan ketika ini berjuang untuk hidup setelah dia menderita luka terbakar tingkat tiga.

    Dilapor Herald Sun, Khamis (14/4/2011), Seorang ahli bomba di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS), mengatakan tidak tahu apa penyebab kebakaran kerana si lelaki sedang asyik menonton video porno di bilik peribadi di kedai itu ketika kebakaran terjadi.

    Si lelaki kemudian berlari keluar dari pintu depan dan tubuhnya ditutupi oleh nyala api dan ditemukan polis yang sedang berdiri di jalan raya. Demikian disampaikan juru bicara polis setempat.

    "Ia keluar dari kedai dengan tubuh yang sudah terbakar," kata Lt. Kevin McNaughton. Petugas pemadam kebakaran nasib baik berada di sekitar lokasi itu dan boleh memadamkan api.

    Seorang pelatih jumpa gula-gula mengandungi wajah mirip tunang Putera William

    Posted: 14 Apr 2011 08:00 PM PDT

    Macam-macam kejadian aneh..
    saya petik dari kosmo online


    LONDON - Seorang pelatih akauntan, Wesley Hosie, 25, menemui gula-gula yang mengandungi wajah mirip tunang Putera William, Kate Middleton, lapor sebuah akhbar semalam.

    Hosie kini merancang untuk menjual gula-gula itu sehingga pada harga £500 (RM2,467) di laman lelongan di Internet, eBay.

    Dia dan kekasihnya, Jessica White, 24, mendapati wajah pada gula-gula itu mirip Middleton pada Selasa lalu di rumah mereka di Taunton, Somerset, Britain.

    Hosie mengesan wajah itu semasa dia mahu memakan gula-gula yang disimpan dalam sebuah balang.

    "Semasa Jessica membuka balang itu, saya dapat melihat gula-gula yang mengandungi wajah Middleton itu dengan serta-merta. Dia (Middleton) seolah-olah memandang ke arah saya," kata Hosie.

    Middleton akan berkahwin dengan William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain dan cucu pemerintah diraja Britain, Ratu Elizabeth II pada 29 April depan. - Agensi

    Wow..kereta dua bampar di jalanraya

    Posted: 14 Apr 2011 07:45 PM PDT

    Berani betul lelaki ni...
    saya petik dari kosmo online

    BEIJING - Polis terkejut apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memandu kereta yang mengandungi dua bampar di sebatang jalan raya di Taizhou, lapor sebuah akhbar semalam.

    Seorang anggota polis menahan pemandu kereta itu yang mendakwa dia memandu kenderaan tersebut kerana ia merupakan cara pengangkutan yang paling murah.

    Lelaki tersebut diberikan amaran oleh polis supaya tidak mengulangi perbuatannya kerana tiada undang-undang di China yang melarang penggunaan kereta unik itu. - Agensi

    Hebat..Lelaki China ini tubuh unit tentera palsu

    Posted: 14 Apr 2011 06:00 PM PDT


    LOS ANGELES: Seorang lelaki China ditahan kerana menubuhkan satu unit tentera Amerika Syarikat palsu dan meyakinkan orang ramai bahawa penyertaan itu akan memudahkan mereka mendapat status kewarganegaraan.

    Yupeng Deng, 51, didakwa memberi peserta unit itu pakaian seragam tentera dan mengarahkan mereka berarak di pinggir Los Angeles.


    Dia juga membawa mereka melawat sebuah kapal pengangkut USS Midway, yang kini dijadikan muzium.


    Bagi setiap penyertaan warga China itu, Deng mengenakan bayaran sehingga RM1,400. - Reuters

    saya petik dari myMetro


    VIDEO: Polisi Joget Mengatur Lalu-lintas

    Posted: 14 Apr 2011 05:00 PM PDT

    VIVAnews –  Tony Lepore, seorang polis di Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat. Tingkah Lepore berbeza dengan polis lain. Tony asyik berjoget-joget sembari mengatur arus lalu lintas di sebuah  jalan.

    Walaupun dikecam, dia mempunyai ramai penggemar. Mereka meminta agar Tony terus beraksi meski polis berusia 64 tahun itu sudah pencen sejak 1992 lalu.




    Seksi gila 'kakak' ni

    Posted: 14 Apr 2011 11:01 AM PDT

    image
    seksi gila kakak ni….

    Demi Seks Aman, Anak 11 Tahun Ditawari Kondom

    Posted: 14 Apr 2011 10:01 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM – Sebuah keputusan kontroversi demi mempromosikan seks aman membuat kebanyakan orang hairan kerana  anak berumur 11 tahun mulai ditawari kondom. Demikian dilapor FoxNews, Khamis (14/4/2011).

    Kempen yang dilancarkan Philadelphia Department of Public Health disebut Take Control, Amerika Syarikat (AS). Kempen ini berisi informasi mengenai kesihatan seks termasuk cara penyebaran penyakit seks, cara mencegahnya, dan cara mencegah kehamilan. Ada tiga kondom gratis yang boleh dipesan melalui pos dan informasi serta gambar detail bagaimana menggunakannya secara benar.

    "Bermain aman sebenarnya sangat mudah. Jika kamu berusia 11-19 tahun dan tinggal di Philadelphia kamu boleh memesannya secara senang," demikian isi kempen di web rasmi mereka.

    Staf kesihatan publik setempat mengatakan jika informasi itu termasuk tiga kondom gratis sangat penting bagi generasi muda Philadelphia dan disetujui oleh Pusat Penanganan dan Kawalan Penyakit kerana mereka mengidentifikasi mulai usia 11 tahun anak-anak mulai berhubungan seks di Amerika Syarikat.

    Lapangan Golf yang Pemainnya Harus Telanjang

    Posted: 14 Apr 2011 09:45 AM PDT

    Satu-satunya di dunia, lapangan golf yang mengharuskan para pemainnya telanjang termasuk kedi dan pegawai lainnya.

    Sebahagian orang mengatakan olah raga golf adalah salah satu olah raga bagi kaum 'berduit'. Mungkin benar. Dilihat dari harga stick atau pemukulnya saja sudah jutaan – kalaupun harus sewa di tempat, harganya tidak murah. Belum lagi pakaian yang dikenakan mulai dari topi, t-shirt, seluar, kasut, sarung tangan, kaca mata dan asesoris lainnya.

    Tapi di daerah Perancis barat, mungkin kamu boleh bermain golf dengan kos perbelanjaan sedikit lebih murah. Kerana kamu tidak perlu memikirkan kos untuk membeli pakaian, topi, kasut dsb.


    Adalah lapangan golf 6-holes yang berlokasi di sebuah kompleks percutian bernama La Jenny Naturist Course , satu-satunya di dunia di mana semua pemainnya harus telanjang (odditycentral.com).



    Di sini kamu tidak perlu malu meskipun tidak boleh bermain golf sehebat Tiger Wood. Kerana yang terpenting adalah kamu mahu melakukannya sambil telanjang.


    Baru-baru ini salah satu media sukan di Amerika mengadakan poling destinasi golf paling diminati di dunia; La Jenny Naturist mengumpulkan suara terbanyak. Selain boleh bermain golf dengan telanjang, pemilihan La Jenny Naturist juga berdasarkan pemandangan pantai dan orang-orang telanjang yang boleh dinikmati selama bermain golf.

    Remaja Perempuan Ini Setiap Malam Tidur dengan King Cobra

    Posted: 14 Apr 2011 08:46 AM PDT

    Jika ular jenis King Cobra merupakan salah satu haiwan paling beracun di dunia dan dianggap sangat berbahaya untuk didekati, namun bagi sebahagian orang ini bukanlah suatu larangan.

    Seorang kanak-kanak perempuan bernama Kajol Khan dari India yang ternyata lebih memilih King Cobra sebagai teman mainnya daripada anak patung  (the sun.co.uk).


    Meskipun sudah pernah dipatuk tiga kali, namun Kajol tidak merasa takut mengajak mereka  bermain bersama, bahkan setiap malam tidur dengan King Cobra.

    Jenis ular yang membawa 'bisa' sangat keras hingga konon boleh membunuh 40 orang ini seolah menjadi teman curhatnya. "Mereka adalah teman baik saya," kata Kajol. "Memang sungguh terasa sakit ketika saya dipatuk, tapi saya tahu, mereka hanya bergurau saja."



    Ayahnya, Taj Mohammad (55th) merupakan seekor pawang ular yang sehari-hari didatangi orang untuk berubat dari hempedu ular. Sementara sang ibu, Salma Bano (45th) tidak menyukai tingkah laku anak perempuannya yang terlalu dekat dengan ular, yang menyebabkan Kajol dikeluarkan dari sekolah setelah suatu hari ditangkap membawa 'teman mainnya' ke sekolah.

    "Saya benci ular," kata Salma. "Tapi saya mencintai suami dan anak saya, dan saya tidak ingin membuat mereka berdua patah hati jika saya mengusir semua ular-ular di rumah ini."

    sumber : http://cahayaku-cahayamu.blogspot.com

    Kerana asyik berpelukan ,orang seluk saku pun tak sedar

    Posted: 14 Apr 2011 07:00 AM PDT





    Memang betul-betul berani penyeluk saku.....


    Lelaki Mesir Mengaku Imam Mahdi di Masjidil Haram

    Posted: 14 Apr 2011 06:25 AM PDT

    Hidayatullah.com–Jamaah solat Asar hari Selasa (12/4) di Masjidil Haram terperanjat ketika seorang lelaki merebut pembesar suara dan mengumumkan bahawa dirinya adalah Imam Mahdi.

    Arab News melaporkan, menurut para saksi imam baru saja memulai solat ketika lelaki tersebut tiba-tiba merebut mikrofon dan membuat pernyataan mengejutkan. Petugas keamanan masjid bertindak cepat menahan lelaki yang disebut-sebut berkebangsaan Mesir dan berusia 30-an tahun.

    Petugas membawa lelaki itu ke pos penjagaan yang berada di komplek Masjidil Haram untuk disiasat.

    Polisi menyimpulkan lelaki menghadapi masalah mental.

    Cara menghidupkan lilin menggunakan asapnya

    Posted: 14 Apr 2011 05:00 AM PDT



    Aksi perempuan yang nak tunjuk bagus,akhirnya tergolek

    Posted: 14 Apr 2011 04:00 AM PDT


    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Trick baru untuk duduk di reserved seat

    Posted: 14 Apr 2011 03:00 AM PDT






    Sumber : stomp.com.sg

    Another commuter was caught wearing an eye-mask while sitting on a reserved seat on the train. This new tactic to avoid giving up their seats by pretending to sleep is becoming prevalent among some commuters, judging from several photos sent in to STOMP.

    STOMPers have previously sent in photos of a man and a woman who used eye-masks to hog seats on the train.
    di 
    STOMPer Lawrence, who sent in a photo of the latest 'masked pretender' today (Apr 14), said:

    "This man sitting on a reserved seat made sure his conscience was not affected by handicapped or old people. 

    "His excuse: 'Didn't see, lah...

    Ditemukan Makam Gay Tertua berumur 5000 Tahun

    Posted: 14 Apr 2011 02:00 AM PDT

    Baru-baru ini para arkeologi melakukan penggalian kuburan zaman batu di wilayah Republik Czechoslovakia  Di dalam komplek makam yang dikatakan berumur 2900 – 2500 sebelum masihi ini ditemukan sebuah kerangka manusia yang oleh arkeologi dianggap sebagai penganut orientasi seksual yang berbeza (dailymail.co.uk).

    Menurut mereka, selama peringkat tahun-tahun ini, para lelaki umumnya dikuburkan berbaring di sisi kanan dengan kepala menunjuk ke arah barat, dengan senjata, palu, pisau batu dan beberapa jenis makanan sebagai bekal untuk perjalanan ke dunia lain.

    Sementara para wanitanya dikubur di sisi kiri dengan kepala menghadap ke timur, dilengkapi dengan kalung dari gigi haiwan, anting-anting tembaga, teko dan panci yang ditempatkan di dekat kaki.




    Namun di salah satu makam, mereka menemukan sebuah kerangka dengan posisi yang aneh. Berada di kompleks makam laki-laki dengan kepala menghadap ke barat, namun dibekali dengan teko, panci, tanpa senjata dan pisau.

    Tentunya ini bukan merupakan suatu kesalahan yang tidak disengaja. Mengingat di zaman itu, orang melangsungkan sebuah pemakaman dengan sangat cermat dan serius.

    "Sejarah dan Etnologi mengatakan bahawa orang-orang di tahun ini melakukan upacara pemakaman dengan sangat serius dan sangat tidak mungkin ini merupakan suatu kesalahan yang tidak disengaja," kata pemimpin peneliti, Kamila Remisova Vesinova. "Kemungkinan besar adalah bahawa lelaki ini selama hidupnya memiliki orientasi seksual yang berbeza, homoseksual atau pondan."

    Wanita Ini Ingin Jadi Tergemuk di Dunia

    Posted: 14 Apr 2011 01:25 AM PDT

    NEW JERSEY – Seorang wanita biasanya ingin memiliki tubuh yang langsing dan indah, tapi tidak bagi Donna Simpson. Dia berniat menjadi wanita terberat di dunia.

    Wanita asal New Jersey, Amerika Syarikat yang kini beratnyat 273 kilogram (kg) ini berniat menambahkannya menjadi 457 kg.

    Untuk melancarkan niatnya, ia selalu memakan 12 ribu kalori per hari, dengan memakan 70 potong sushi, yang menjadi makanan kesukaannya, hanya dengan sekali duduk.

    Simpson mulai hobi makan ketika ia masih bersuamikan seorang tukang masak yang selalu membawa makanan ke rumah.

    Hasil pernikahannya itu mereka mendapatkan seorang anak lelaki, namun kemudian bercerai. Setelah itu, tubuhnya mulai 'membesar'. Dia pun cuba untuk melakukan diet, tapi akhirnya gagal.

    Dia pun kembali menemukan jodohnya di dunia maya yang mempertemukan pasangan yang memang memiliki berat lebih.

    Ketika Simpson melahirkan anak keduanya, 19 doktor dan beberapa jururawat membantunya melahirkan dengan jalan operasi cesar.

    Seperti dilapor Orange, Khamis (14/4/2011), ketika melahirkan putrinya tersebut, beratnya telah mencapai 241 kg.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Oops…Pak Guru Tertangkap Curi Seluar Dalam Wanita Kemudian Dipakainya

    Posted: 14 Apr 2011 12:00 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM, KARIMUN - Sepatutnya guru jadi teladan dan contoh namun tindakan seorang okn guru di Tanjungbalai Karimun, Kepulauan Riau (Kepri) yang satu ini bukan hanya tak patut dicontohi, tapi harus dihindari.

    Seorang guru, bernama IH tertangkap kerana mencuri pakaian dalam (seluar dalam wanita) di sebuah pusat membeli belah ternama di Karimun.

    Aksi  IH berawal ketika dia masuk ke dalam ruang ganti (fitting room) pakaian dengan membawa tiga set dalam kotak pakaian dalam wanita.

    Di dalam ruang ganti itulah IH beraksi dengan cara memakai dua helai celana dalam wanita dan mengembalikan lebihannya ke dalam kotak lain dan menyimpan kotaknya kembali ke dalam rak.

    Aksi IH yang masuk ke dalam ruang ganti pakain sebenarnya sudah diketahui seorang SPG (sales promotion girl). SPG itu merasa hairan kerana seorang lelaki membawa dua kotak seluar dalam wanita ke ruang ganti pakaian.

    Tak berani menegurnya, maka SPG melaporkannya ke sekuriti di departement store tersebut.

    "Ketika kotaknya kita periksa, memang seluar dalamnya sudah hilang dua. Langsung kita periksa IH dan memang benar Pak Guru itu memakai  dua seluar dalam itu," ujar Khoiruddin, sekuriti yang memeriksa IH, kelmarin.

    Khoiruddin tak habis fikir kalau IH itu boleh melakukan perbuatan menjijikan tersebut. "Kalau lihat wajahnya, kita tak menyangka dia boleh berbuat seperti itu. Orangnya nampak baik. Setelah kita tahu kalau dia guru, saya tambah hairan," ungkap Khoiruddin.

    Setelah ditangap IH bersedia mengganti dan membeli seluar dalam yang sudah dikenakannya tersebut. "Setelah tertangkap dia kata dia akan bayar. Mungkin saja sudah beberapa kali dia berbuat itu tapi baru ketahuan sekarang," ujarnya.

    Khoiruddin akhirnya melaporkan ke atasannya terkait kes tersebut. Atas kebijakan perusahaan, akhirnya ditempuh jalan kekeluargaan. IH akhirnya diminta mengganti seluar dalam yang  dikenakannya, disertai membuat surat pernyataan untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.

    Khabar inipun beredar luas di masyarakat. Malah sehari setelah kes itu tersebar, IH yang mengajar bahasa asing di sebuah sekolah swasta ternama di Karimun tersebut, dikhabarkan sudah tidak mengajar lagi.

    Khabar tak sedap inipun sampai ke telinga pihak yayasan. Setelah dinyatakan kebenaran khabar tersebut, seorang guru memberikan keterangan kalau IH sudah tidak lagi mengajar di sekolah tersebut.

    Seorang guru dan beberapa siswa sekolah bersangkutan memilih tidak banyak memberikan komentarnya terkait aksi nekad IH tersebut.

    "Kami dengar memang, tapi tak tahu  kejadian sebenarnya, yang pasti kelmarin dia memang tidak masuk mengajar,sehingga kami disuruh balik awal," ujar seorang siswa di sekolah tersebut.

    ‘Tentara Allah’ Bantu Penduduk Kampung Melayu Selambo – Deli Serdang

    Posted: 13 Apr 2011 11:47 PM PDT


    Jakarta (voa-islam) – Pagi itu, waktu Dhuha, pukul 10.00 WIB, setelah selesai berladang, 20 petani Kampung Melayu Selambo, Deli Serdang, Sumatera Utara yang sedang rehat di teras Masjid Al Barakah, tiba-tiba diserang sekitar 300 lebih kelompok lelaki bersenjata tajam. Sambil mengacukan golok, tombak, sabit, dan batu, kelompok itu meneriakkan: "Bunuh, cincang saja orang Islam teroris, di Jakarta kalian boleh menang, tapi jangan cuba-cuba disini."

    Bukan hanya mengacungkan senjata, tapi juga melempari atap masjid tersebut dengan batu, sampai atapnya bocor di sana-sini. Kejadian itu terjadi, Sabtu, 30 Oktober 2010 lalu. Hingga masuk waktu Zuhur, petani yang semuanya muslim itu bertahan di dalam masjid. Di tengah situasi yang mencekam dan dipenuhi rasa takut itu, para petani mengumandangkan azan. Setelah azan, mereka meneriakkan takbir "Allahu Akbar".  Lalu apa yang terjadi, para penyerang itu lari lintang pukang.

    Ramai saksi baik di pihak penyerang mahupun para pekerja bangunan yang sedang bekerja di sekitar masjid, menyaksikan dan melihat langsung pasukan berjubah putih, berpakaian ala Romawi dan Ninja. Kata seorang warga yang bekerja sebagai pekerja bangunan kepada Pengurus FUI Sumatera Utara, ia seperti menonton filem dari atas balkoni saja. Bahkan dia melihat para penyerang yang berjumlah ratusan orang itu saling berkelahi sendiri.

    Lantas siapakah pasukan berpakaian ala Romawi, berjubah putih dan bergaya Ninja seperti yang disaksikan ramai orang? Bukan tidak mungkin, Tentara Allah datang memberi pertolongan kepada umat Islam di Kampung Melayu Selambo – Deli Serdang yang terkepung dalam keadaan tak berdaya.Wallahu'alam bishshowab.

    Subhanallah, aneh bin ajaib, walaupun warga muslim yang hanya berjumlah 20 orang ini dalam posisi diserang, tapi yang terkorban adalah di pihak penyerang. Dikhabarkan, empat orang penyerang terluka, dua diantaranya kritis dan harus dirawat di sebuah hospital di Medan.

    Bayangkan,  300 melawan 20. Logiknya, yang sedikit akan dikalahkan yang banyak. Sedangkan, menurut pengakuan Sabarudin, dirinya bersama rakannya tidak melakukan perlawanan, dengan alasan takut dan tidak punya senjata. Setelah mengepung warga muslim di Masjid Al Barakah itu, akhirnya para penyerang mundur ke belakang dan membakar tujuh unit rumah penduduk.

    Diantara penyerang itu, kata Sabarudin Sagala, salah seorang petani yang diserang itu, mengenali beberapa wajah yang ternyata sebahagian berasal dari warga setempat. "Kelompok penyerang itu sepertinya pengganas dan ada diantara mereka, yang saya kenal," ujarnya.

    Tak lama kemudian,pihak polis mulai melakukan pengamanan di sekitar masjid. Keanehan kembali terjadi, sekitar pukul 14.00 WIB, ketika salah seorang anggota polis sedang rehat di ruang Masjid Al Barkah. Tiba-tiba saja, kaki  kirinya seperti ada yang terangkat. Begitu terbangun, polis itu melihat makhluk berukuran tinggi besar dan mengerikan. Percaya atau tidak, wajah makhluk  itu terlihat hingga di hujung langit.

    Melapor Malah Ditahan

    Kepada wartawan, Sabarudin Segala yang bergabung sebagai anggota Himpunan Tani d wilayahnya itu itu mengatakan, sejak Subuh, dia bersama rakannya sesama warga Kampung Melayu Selambo, Deli Serdang, Sumatera Utara, memang terbiasa berkumpul di teras masjid, tak jauh dari ladang, tempat mereka menanam Palawijaya. "Kami biasa minum kopi di teras masjid."

    Seingat Sabarudin, Dari 20 petani yang bertahan di Masjid Al Barkah, diantaranya adalah bernama Thamrin, Midun, Amal Limbong, Andri Pasi, Thoriq, Nasrin Limbong, Darto, Tenang, Kholid, Rosyid, Sapriyadi, Sobri dan Ilyas.

    Kes penyerangan, kata Sabarudin, bukanlah yang pertama, sebelumnya,ladang milik warga juga sempat dirosakkan seorang lelaki yang dibayar" Motifnya adalah agar kami terusir dari ladang tersebut. Ada mafia tanah yang ingin merebut ladang petani yang kesemuanya muslim. Hingga saat ini pelaku yang merosakkkan ladang petani Kp Melayu Selambo itu belum ditetapkan sebagai tersangka. Warga meyakini, ada individu yang dilindungi polis yang terbabit dalam kes ini.

    Pernah, petani yang dirosakan ladang itu menemukan mesin perosak yang ditinggalkan pelaku di ladang mereka. Ketika petani melapor pada polis, justru sang pelapor itu yang dituduh mencuri mesin milik si perosak ladang itu.Polis malah menahan Ridho Limbong, warga dan petani yang melapor, selama 11 hari. Kerana tidak terbukti, akhirnya Ridho Limbong dikeluarkan dari tahanan.

    FUI Sumatera Utara (FUI SU) yang dipimpin oleh Ustadz Sudirman Timsar Zubil yang mendampingi korban petani muslim Kp Melayu Selambo-Deli Serdang ini, telah berupaya menjembatani berbagai pihak berwenang untuk membantu menyelesaikan masalah.

    Hingga saat ini petani muslim Kp Melayu Selambo masih mengalami trauma untuk kembali ke ladang. Dari tanah garapan masyarakat seluas 425 hektar, kini tinggal 10 hektar, kerana telah direbut mafia tanah yang melibatkan pihak berkuasat dan pejabat setempat. Anehnya, ketika ditagih warga untuk mengusut dan menangkap pelaku pembakaran rumah warga, pihak polis selalu berkata,. "Sulit. Menangkap pelakunya seperti menemukan jarum di atas tumpukan jerami," kata warga menirukan ucapan polis.

    Pemuda ini hobinya makan ulat bulu

    Posted: 13 Apr 2011 10:46 PM PDT

    INILAH.COM, Garut – Ketika orang-orang di sejumlah daerah seperti Probolinggo Jawa Timur serta Sumedang dan Garut dilanda ketakutan akibat serangan ulat bulu, lain halnya dengan Nurdin (30).

    Warga Kampung Cimuncang, Desa Karangtengah, Kecamatan Kadungora, Kabupaten Garut ini malah mempunyai hobi memburu berbagai jenis ulat, termasuk ulat bulu.

    Ironisnya lagi, selain tak mengenal rasa takut terhadap ulat, Nurdin juga malah kerap menjadikan ulat sebagai ubat. Ia tak segan-segan memakannya mentah-mentah. Anehnya, Nurdin tak pernah terkena impak dari kesukaannya bermain-main dengan ulat atau memakan ulat. Tak hairan, kalau ia digelar "Pawang Ulat" oleh orang yang mengenalnya.

    "Saya terbiasa bermain-main dengan ulat bahkan memakannya mentah-mentah. Sedikitpun tak ada rasa takut saya jika melihat ulat. Justru saya setiap hari mencari dan mengumpulkan ulat. Jika sudah banyak, ulat-ulat yang terdiri dari berbagi jenis, baik ulat berbulu ataupun tidak berbulu, saya letakkan di tubuh. Saya juga bahkan sering memakan ulat mentah-mentah sebagai ubat," ujar Nurdin, Selasa (12/4/2011).

    Benar saja, di hadapan wartawan, tanpa ragu Nurdin mengambil puluhan ekor ulat dan meletakkannya ke seluruh bahagian tubuhnya. Bahkan Nurdin nampak begitu menikmatinya saat memasukkan ulat itu ke dalam mulutnya dan mengunyahnya untuk kemudian ditelannya.

    "Bagi saya ulat bukan hanya menjadi sahabat tapi juga menjadi ubat untuk kesegaran tubuh. Selain itu, setiap kali sakit perut, saya selalu mengubatinya dengan memakan ulat, pasti sembuh," tuturnya.

    Nurdin mengaku melakukan kebiasaannya itu sejak duduk di bangku sekolah rendah Semula kebiasaannya ini mendapat larangan dari orangtua serta saudara-saudaranya. Namun lama-lama, keluarga akhirnya memaklumi kebiasaan Nurdin yang sangat aneh tersebut.