Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Pengacara MHI, Fedtri Yahya Akan Berkahwin Mei Ini.

Posted: 14 Apr 2011 10:08 PM PDT

Pengacara MHI, Fedtri Yahya Akan Berkahwin Mei Ini.

Seorang peminat Fedtri Yahya (Sebelah Kiri) berkongsi berita gembira menerusi email sebentar tadi.

Sekadar berkongsi bahagia, saya merupakan salah seorang sahabat serta peminat setia pengacara televisyen Ahmad Fedtri Yahya. Saya mendapat tahu bahawa Ahmad Fedtri Yahya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 5 iaitu pada 29 Mei 2011. Majlisnya akan diadakan di Kelantan iaitu di rumah bakal pengantin sebelah perempuan.

Majlis sebelah lelaki pula adalah pada 11 jun 2011 ini.

Difahamkan, bakal pengantin perempuan yang juga merupakan seorang guru fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong itu merupakan orang Pasir Mas, Kelantan. Mereka berkenalan melalui sesawang Facebook. Beliau merupakan seorang yang kuat agama dan keluarga hafiz hafizah. Alhamdulillah.

Harap ohbulan dapat kongsi tentang perkara ini. Berkongsi bahagia, selepas pertunangan Ally Iskandar, nampaknya Fedtri dulu yang makan nasi minyak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Review Filem Seru : Bunyi Lightsaber, Hutan Terang Benderang.

Posted: 14 Apr 2011 09:51 PM PDT

Seru, sebuah filem arahan Pierre Andre & Woo Ming Jin akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 28 April ini. Mengambil trademark "Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku", filem ini sepatutnya mempunyai kekuatan elemen-elemen tertentu yang dapat membangkitkan rasa seram. Apabila kami meneliti barisan krew yang terlibat, Pierre Andre & Woo Ming Jin turut terlibat sebagai penulis skrip & lakon layar. Jadi, secara logiknya gabungan 2 idea patut membuatkan kami berkata "wow", tetapi tidak sama sekali.

Kedua-dua pengarah juga mengakui mereka menggunakan filem Quarantine sebagai rujukan utama untuk menjayakan filem Seru. Jalan cerita filem ini sebenarnya membabitkan kejadian aneh yang berlaku kepada sebuah produksi filem "Jangan Bernafas". Semuanya bermula ketika sesi rakaman "Jangan Bernafas" yang melibatkan Awal Ashaari, Nora Danish & Pierre Andre, apabila seorang krew produksi telah dirasuk & lari ke dalam hutan.

Maka, sesi rakaman terpaksa dibatalkan & ditunda ke hari seterusnya. Pihak produksi pula menggangap kejadian krew dirasuk & hilang ini patut dirakam & menjadi footage untuk promosi filem "Jangan Bernafas". Nak dijadikan cerita, krew-krew telah diarahkan untuk mencari mangsa yang hilang sambil merakamkan apa sahaja yang berlaku. Dan, al-kisahnya, walaupun diserang, dibunuh, kamera kekal kool seperti biasa.

Dari segi teknikal, kami terganggu dengan penggunaan sound effect bagi setiap transition babak-babak dalam filem ini. Bunyi seakan pergaduhan pedang lightsaber antara Jedi & Darth Vader ini menjadi taruhan untuk "mengejutkan" para penonton. Ya, awal-awal memang kami terkejut. Selepas itu, nan hado.

Kemudian, penggunaan cahaya yang melampau untuk sebuah filem seram, gagal menyeramkan kami. Logik akal, mana ada hutan yang terang benderang, kan? Bukan ke hutan khatulistiwa ada lapisan kanopi yang menghalang cahaya matahari daripada sampai ke lapisan bawah hutan? Cahaya matahari kot, apatah lagi cahaya bulan.

Namun, kami harus memberikan pujian kepada pelakon Along Ezzendi (Sam) yang memegang watak sebagai pengarah filem "Jangan Bernafas". Lakonannya nampak real. Dengan gaya penuh langsi & bersahaja, Along Ezzendi berjaya menimbulkan tension sebagai seorang pengarah yang kuat mendesak, panas baran.

Oh ya, kami nak maklumkan bahawa Awal Ashaari & Nora Danish hanya muncul untuk 15 minit pertama. Lakonan mereka lebih menyeramkan daripada jalan cerita asal. Dan, Nora Danish kelihatan awesome ber-bareback.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan