Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Saya ada alahan-ShahirOleh RONI HIDAYAT RIDWAN BIBIR Shahir disuntik botox! Itu antara berita hiburan artis tanah air yang boleh dikatakan agak panas hujung minggu lalu. Shahir yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan juara program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawani. Pakejnya sebagai artis boleh dikatakan lengkap. Dia berwajah tampan, penampilan yang menarik dipandang dan memiliki vokal 'jantan' khususnya menerusi lagu hitnya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Justeru, tidak menghairankan pemuda berusia 23 tahun itu baru-baru ini dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) sekali gus tersenarai antara lima calon artis paling popular di Malaysia! Lumrah menjadi seorang artis terkenal dan cukup dikenali ramai, ternyata dia juga sememangnya tidak dapat lari daripada dilanda gosip negatif seperti yang menimpa kebanyakan artis yang lain. Bermula dengan kisah dia telah menghilangkan diri beberapa hari sebelum malam pertandingan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) pada 10 Januari lalu sehinggalah dia dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon cantik popular iaitu Rozita Che Wan, pemuda kelahiran Kampar, Perak itu tidak habis-habis dilanda gosip. Terbaru, dia dikatakan cuba mengelak daripada dirakam fotonya pada majlis sidang media filem pertama lakonannya, Karak yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini. Malah, dia memberitahu Kosmo! yang turut berada pada sidang akhbar tersebut bahawa bibirnya itu bermasalah selepas memakai solekan untuk malam ABP 2010. Sedangkan apabila Kosmo! bertanya kepada pihak urus setia ABP 2010, mereka memberitahu Shahir telah memaklumkan bahawa dia sudah mengalami masalah pada bibirnya itu sejak beberapa hari sebelum ABP 2010 berlangsung! Impaknya, ada yang melabelkan Shahir sebagai artis yang semakin sombong dan mula meninggi diri. Lebih malang, timbul pula gosip mendakwa bibirnya bermasalah akibat daripada melakukan suntikan botox! Disebabkan Shahir masih mendiamkan diri daripada mengulas mengenai isu kontroversi tersebut, Kosmo! menuntut penjelasan dengan menghubungi sendiri Shahir. Menurut Shahir, sememangnya pada masa itu bibirnya memang mengalami sedikit masalah kerana alahan memakai solekan terlalu lama pada wajahnya. "Ramai yang tidak tahu sebenarnya saya memang ada alahan sehingga tidak boleh terlalu lama memakai solekan pada wajah. Kalau terlalu lama, saya akan mengalami bengkak di bibir. "Biasanya kalau membuat sesi fotografi atau pun ketika mengadakan persembahan pentas, selepas selesai sahaja saya akan terus mencuci wajah saya," jelasnya bersungguh-sungguh. Tambah Shahir, dia turut menafikan sekeras-kerasnya bibirnya mengalami masalah bengkak yang berpunca daripada solekan yang digunakan semasa ABP 2010 tempoh hari. KESAL difitnah menyuntik botox di wajahnya, Shahir meminta pihak terbabit bersemuka dengan dirinya. Sebaliknya, dia memberitahu bahawa semasa acara tersebut dia sememangnya memakai solekan terlalu lama sepanjang majlis berkenaan berlangsung selama beberapa jam dan ia tidak ada kena-mengena langsung dengan alat solek yang digunakan. "Memang saya akui pada mulanya saya menolak bergambar kerana berasa kurang selesa. "Setelah diyakinkan bahawa bibir saya yang bengkak itu tidak jelas kelihatan dalam gambar, akhirnya barulah saya bersetuju," ujarnya. Dosa Sementara itu, dia turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada segelintir pihak yang telah menuduhnya telah membuat suntikan botox di bibir gara-gara alahan yang dialaminya itu. Menurutnya, orang yang menyebarkan cerita tidak benar berkenaan adalah pihak yang tidak mengetahui keadaan sebenar tentang situasi yang dilaluinya itu. "Pada saya, ia merupakan satu fitnah yang cukup berat apabila saya dituduh membuat suntikan bibir untuk kelihatan lebih menarik. Lagipun ia bukan melibatkan saya seorang sahaja tetapi turut melibatkan maruah keluarga. "Seharusnya orang yang menyebarkan fitnah itu tahu tentang dosa yang diterima. Biarpun berasa sangat kesal, namun saya sedia memaafkan pihak terbabit sekiranya datang sendiri berjumpa dengan saya," tegasnya mengenai perkara tersebut. Menurutnya lagi, dengan penjelasan yang diberikan itu dia meminta agar para peminat dan pihak media tidak salah sangka dengan apa yang telah berlaku dan berharap terus mendapat sokongan kepada perjalanan kariernya. Kanser hati Pastinya ramai yang sedia maklum dengan kenyataan Shahir beberapa bulan lalu mengenai dirinya yang disyaki menghidap penyakit kanser hati hingga dia terpaksa menghilangkan diri buat seketika. Menurutnya, penyakit tersebut mula dikesan sewaktu dia menjalani ujian darah di sebuah hospital swasta dan mendapati bahagian hatinya mengalami masalah. Bagaimanapun, apabila menjalani pemeriksaan yang sama di hospital yang lain, penyakit yang dilaluinya itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius. Ketika diajukan tentang tahap kesihatannya ketika ini, Shahir memberitahu bahawa sekarang ini dia berada dalam keadaan yang sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang serius. "Alhamdulillah, sewaktu menjalani pemeriksaan sebelum ini, doktor ada memberitahu kepada saya supaya tidak perlu terlalu bimbang dengan keadaan kesihatan diri saya. "Cuma doktor memberi pesanan supaya saya membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali. Apapun saya tetap gembira kerana dapat menjalankan aktiviti seni seperti biasa," ujarnya. Menurutnya, ketika ini dia masih lagi dalam pemantauan doktor dan kini dia lebih mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Sheila, Glenn duet terbaikOleh SAHLIZAH MOHAMED PADUAN vokal Sheila dan Glenn Fredly memukau dan menimbulkan keterujaan audiens. MENEPATI jangkaan, paduan suara daripada ikon dua negara, Glenn Fredly dan Datuk Sheila Majid menjadikan Minggu Setiausaha yang dibawa oleh Neo Magik Sdn. Bhd. (Neo Magik) kelihatan eksklusif dengan gaya yang tersendiri. Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara itu turut diserikan lagi dengan pengacara Harith Iskander yang sentiasa sarat dengan lawak jenaka yang cukup menghiburkan. Tampil membuat persembahan terlebih dahulu, kelibat Glenn bukan hanya diiringi dengan alunan muzik, malah turut mengundang jeritan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir. Penyanyi kelahiran Ambon, Indonesia itu yang tampil ringkas mengenakan jean, kemeja putih dan bertopi putih dilihat cukup teruja untuk membuat persembahan di hadapan penonton yang terus melaungkan namanya. Bermula dengan lagu Kau dan diikuti dengan Linda, Glenn turut mendendangkan lagu secara medley iaitu Mobil Mama dan Cukup Sudah. Pada satu ketika, tindakan Glenn mengundang salah seorang penonton wanita ke pentas menimbulkan suasana 'tegang' daripada khalayak apatah lagi bila Glenn dilihat menatap wajah wanita itu sambil melantunkan lagu Terserah dengan penuh emosi. Glenn turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang hadir dan menikmati persembahannya. "Saya sangat gembira dan teruja membuat persembahan di hadapan anda semua. Buat pengetahuan anda, ini adalah kali pertama saya dijemput untuk mengadakan persembahan pada minggu setiausaha dan ia sungguh hebat sekali," laung penyanyi berusia 36 tahun itu. RAKAN-RAKAN artis, Ziana dan Anuar Zain serta Zahid (kanan sekali) turut hadir memberi sokongan buat Sheila dan Glenn. Usai dendangan sebanyak sembilan buah lagu, Glenn memberi laluan kepada ratu Jazz negara, Sheila mengambil alih pentas dengan membuka persembahan menerusi lagu Pengemis Muda sebelum disusuli dengan medley Kekasih Baru, Datanglah ke Dalam Mimpiku dan Relakan. Diiringi persembahan di bawah kelolaan suaminya sendiri, Acis, Sheila kelihatan berseri mengenakan gaun rona putih dan kelihatan amat bertenaga. Antara lagu hit yang yang diperdengarkan oleh Sheila ialah Lagenda, Antara Anyer dan Jakarta, Warna, Sinaran dan Ku Mohon. Saat kemuncak persembahan yang berlangsung hampir tiga jam itu mula dirasai apabila kedua-dua bintang besar itu berkongsi pentas sebelum menutup majlis dengan menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu. Lantunan suara yang mengasyikkan terus membuat penonton dibuai dengan perasaan sendiri dan tidak ketinggalan ada dalam kalangan penonton yang menari di sisi meja masing-masing. Secara tidak langsung, mereka berdua telah melakar sejarah masing-masing kerana digabungkan buat julung-julung kalinya untuk menjayakan majlis tersebut di hadapan kira-kira 1,000 penonton yang hadir. Antara selebriti yang dilihat turut hadir ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Amy Search dan Zahid (AF2). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Filem paranormal pertama Malaysia Posted: Filem paranormal pertama MalaysiaREALITI. Inilah lokasi sebenar filem Penunggu Istana. SEPERTI cendawan tumbuh selepas hujan, setiap minggu para peminat filem Melayu dihidangkan dengan produksi tempatan di pawagam. Kini, giliran Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios yang sememangnya telah diakui kehebatan dalam menghasilkan filem-filem pecah panggung dengan membawakan satu kejutan menerusi filem terbaru berjudul, Penunggu Istana. Naskhah ini bukanlah sebarangan filem. Amaran awal patut dilaungkan kepada masyarakat Malaysia khususnya peminat filem Melayu bergenre seram. Jika selama ini mereka menonton filem-filem seram yang pada andaian mereka cuma sebuah cerita, maka mereka perlu berfikir lima kali sebelum mengambil keputusan untuk menonton filem ini. Buat pertama kalinya, penonton filem di Malaysia akan disajikan dengan filem berbentuk dokumentari realiti seram bergenrekan paranormal! Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, tetapi ia adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah tempat yang dipercayai sangat berpuaka iaitu sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai Istana Billah. Mengulas mengenai Penunggu Istana, kata Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios selaku penerbit eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: "Filem ini adalah sebuah dokumentari yang mana ia mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka." "Siasatan mereka telah dibantu oleh kumpulan Seekers, yang sememangnya sinonim dengan kegiatan aktiviti paranormal di Malaysia." Tambahnya: "Niat kami adalah untuk mendedahkan penemuan mereka ini kepada umum melalui filem. Ini adalah satu bentuk pembaharuan yang cuba kami serapkan dalam era filem bergenre seram.
"Kami yakin ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem bergenre seram di Malaysia. "Jadi, tiada maknanya mengatakan kami cuba meniru filem luar, sebaliknya apa yang dihasilkan ini adalah rentetan kisah benar yang ingin kami kongsikan pada masyarakat di luar sana." Menurutnya lagi: "Rumah tinggalan yang digelar Istana Billah ini juga mempunyai banyak kisah seram yang diceritakan menerusi perbualan mulut penduduk setempat. "Tambahan pula, produksi drama Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana mengalami pengalaman yang mengerikan. "Ini menunjukkan tempat tersebut benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini." Plot Penunggu Istana merupakan cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama, Istana Billah. Secara naratifnya, Penunggu Istana dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperolehi mereka sendiri. Cantuman footage tersebut itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan. Penemuan inilah merupakan satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan. Ia bukan seperti filem-filem seram terdahulu yang menampakkan kesemua bentuk fizikal makhlus halus dan membuatkan anda berasa seram cuma di dalam panggung sahaja. Paparan visual yang dipamerkan melalui filem Penunggu Istana adalah daripada rakaman video yang diambil oleh kelima-lima pelajar tadi. Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan penonton sehingga tiba-tiba meremang bulu roma dan membuatkan degupan jantung lebih laju dari biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut. Buat pertama kalinya filem realiti seram bergenre paranormal bakal menemui rakyat Malaysia pada 21 April ini. Buat pertama kali ini jugalah, anda bakal merasa apa itu sebenarnya yang dikatakan sebagai satu 'kejutan'! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |