Adsense

Selasa, 27 Disember 2011

Zon Artis

Zon Artis


David Teo Dianugerahkan Pangkat Mejar

Posted: 27 Dec 2011 06:55 PM PST

DAVID TEO DIANUGERAHKAN PANGKAT MEJAR

Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada David Teo kerana telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Syor-Syor Majlis Angkatan Tentera ke-508 untuk menerima Penganugerahan Tauliah (Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan-ASP) yang membawa gelaran Mejar (Kehormat).

Majlis penganugerahan yang disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohd Nazir bin Mami (Panglima 12 Briged) ini telah diadakan di Pejabat Panglima 12 Briged, Kem Wardieburn Setapak semalam.

DAVID TEO DIANUGERAHKAN PANGKAT MEJAR

Menurut David Teo, dia tidak menyangka dan terperanjat dengan penganugerahan tersebut kerana dia mengakui yang dia masih tidak melakukan yang terbaik untuk mempromosikan Askar Wataniah kepada masyarakat.

Kata David Teo lagi:-

"Jika ada yang mempertikaikan tentang penganugerahan ini, saya terima dengan hati yang terbuka. Bagi saya, niat menyertai Askar Wataniah bukan kerana inginkan pangkat. Dulu masa ditawarkan pangkat Datuk pun saya tak boleh terima. Saya memang tak ada niat untuk menerima penganugerahan ini.

"Apa-apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia di atas penganugerahan ini. Ini satu bonus dan pemberian yang sangat saya hargai. Dengan penganugerahan pangkat ini juga, ia menjadikan saya lebih bersemangat dalam menggalakkan masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah."

+ GUA

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.