Adsense

Selasa, 27 Disember 2011

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Shila Amzah Akui Janggal Dipanggil 'Nabella'

Posted: 27 Dec 2011 06:23 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah (gambar)yang kini bergelar pelakon tidak selesa dipanggil Nabella selepas muncul dalam telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang.
Menurut Shila, pengalaman tersebut menyeronokkan tetapi cabaran terbesar apabila dia terpaksa menjadi orang lain melalui watak Nabella.
"Biasanya orang memanggil saya dengan nama Shila, jadi saya rasa janggal apabila dipanggil Nabella.
"Bagaimanapun, Michael dan hero telefilem ini iaitu Sharnaaz Ahmad tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar kepada saya memandangkan saya baru pertama kali berlakon.

"Saya juga rasa seronok kerana dapat menyesuaikan keadaan dengan krew produksi yang sama membikin penggambaran muzik video lagu Patah Seribu sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Kata Shila, telefilem yang turut dilakonkan oleh Amar Baharin, Sharifah Shahora, Jasmin Hamid dan Mahmud Ali Bashah itu dijangka akan disiarkan pada Februari 2012.
"Saya memang meminati bidang lakonan cuma sebelum ini saya tidak mempunyai kesempatan untuk mencubanya.
"Saya anggap tawaran untuk berlakon dalam telefilem ini sebagai takdir memandangkan Michael juga telah bertungkus-lumus membuat muzik video saya dan merasakan jalan ceritanya agak menarik.
"Sebab utama saya memilih untuk berlakon juga kerana telefilem ini menggunakan tajuk lagu nyanyian dan ciptaan saya serta berlandaskan kepada jalan cerita dalam lagu itu.
"Lagu Patah Seribu turut dipilih sebagai lagu tema," ujarnya.
Tambah Shila lagi: "Ramai peminat yang tidak sabar untuk menonton lakonan saya dan saya menganggap telefilem Patah Seribu sebagai hadiah untuk mereka pada 2012 nanti."
Shila tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk berlakon lagi selepas ini sekiranya ada watak yang sesuai.
"Buat masa sekarang, saya mahu tumpukan pada nyanyian dan pada tahun depan saya mempunyai banyak perancangan untuk nyanyian," katanya yang akan melancarkan muzik videonya serentak dengan telefilem tersebut kelak.
Bagaimanapun, peminat sudah boleh menonton muzik video itu di YouTube.
Menyentuh tentang hubungannya dengan heronya dalam Patah Seribu iaitu Sharnaaz Ahmad, Shila akui mereka masih berkawan tetapi hubungan itu sudah melebihi dari kawan.
"Hubungan kami sudah melepasi lebih dari kawan tetapi bukan kekasih. Saya mengenalinya sudah lebih setahun dan mula rapat sejak Anugerah Skrin 2011," katanya menjawab spekulasi hubungannya dengan Sharnaaz yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Jue Aziz Tepis Tuduhan Terkena Buatan Orang

Posted: 27 Dec 2011 06:21 PM PST


Jue Aziz memegang watak Dara dalam teater Se-Merah Padi yang sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. - Foto SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Pelakon Jue Aziz, 28, menepis tuduhan dirinya sakit akibat terkena buatan orang sehingga menyebabkan namanya hampir digugurkan daripada senarai pelakon teater Se-Merah Padi yang telah dipentaskan sejak 24 Disember lalu.
Jue yang memegang watak Dara dalam teater itu berkata, ketidakhadirannya menjalani latihan selama empat hari sebelum ini disebabkan mempunyai masalah kesihatan dan telah memaklumkan kepada pihak produksi tersebut.
"Sebenarnya saya telah memaklumkan kepada pihak produksi kerana masalah kesihatan. Mungkin terdapat salah faham pada masa itu membuatkan saya dianggap tidak berdisiplin.

"Bagaimanapun saya menafikan kononnya saya sakit akiibat perbuatan orang. Sedangkan badan saya lemah gara-gara terlalu fokus dengan latihan teater ini.
"Tambah pula banyak babak yang memerlukan saya berlawan dan bermain emosi. Sampaikan saya meminta doktor untuk memberikan ubat tidur bagi membolehkan saya mendapat rehat yang cukup," katanya.
Tambah Jue, dia juga menegaskan penundaan teater berkenaan yang sepatutnya bermula 22 Disember diubah dua hari kemudian tiada kaitan dengan 'kehilangannya' itu.
Dalam pada itu, Jue kesal dengan segelintir pihak media yang membuat andaian sendiri tentang dirinya.
"Pelik, entah dari mana sumber yang mereka (media) dapat sehingga mengatakan saya tidak berdisiplin, tambah pula penundaan pementasan buka kerana saya tetapi terdapat masalah teknikal di situ.
"Saya memberi komitmen sepenuhnya terhadap teater ini. Dan hanya kerana saya tidak hadir ke latihan untuk beberapa hari akibat tidak sihat, saya diberi pandangan yang negatif.
"Diakui, saya tidak melayan sebarang panggilan termasuklah media supaya tidak mahu mengganggu mood dengan soalan-soalan yang berbaur negatif tentang diri saya.
"Jika tidak, tahap kesihatan saya pastinya tidak seimbang dan ini membuatkan saya kurang penghayatan pada hari pementasan nanti," tegasnya.
Sebelum ini, penerbitnya, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno kesal dengan sikap Jue yang secara keseluruhannya menyebabkan produksi tersebut terjejas.
Kerana hal tersebut, pihaknya telah pun menggunakan khidmat pelakon lain bagi menggantikan Jue, iaitu adik kepada pengarah Ahmad Idham, Abby Nadzri.
Bagaimanapun, Jue muncul dua hari sebelum pementasan untuk meneruskan latihan. Justeri itu, watak Dara tersebut dibintangi oleh dua pelakon.
Beritahu pengarahnya, Rosdeen Suboh, walaupun terdapat sedikit salah faham antaranya dengan Jue, dia gembira kerana Jue serta Abby berjaya menjiwai watak dengan baik.
"Memandangkan kami mempunyai dua orang 'Dara', maka saya gilir-gilirkan persembahan mereka. Tambahan pula, kesihatan Jue belum sihat sepenuhnya," jelas Rosdeen.
Pementasan Se-Merah Padi yang turut dibarisi pelakon hebat iaitu Khir Rahman, Fauzi Nawawi dan Opie Zami itu masih lagi dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 31 Disember ini

SOROTAN 2011 : Panas & Kontroversi Santapan Dunia Selebriti

Posted: 27 Dec 2011 06:19 PM PST

Dunia seni tanah air tidak pernah suram dengan pelbagai cerita panas dan kontroversi artis yang sentiasa menjadi perhatian peminat.
Seperti tahun-tahun sebelum, 2011 juga mencatatkan pelbagai cerita kurang enak yang melibatkan segelintir artis dan mStar Online menyingkap kembali beberapa peristiwa menjadi bualan peminat.
1. Rozita Che Wan - Antara Shahir dan Zain Saidin
Rozita Che Wan menutup tahun 2010 dengan kontroversi apabila mengumumkan akan bersara daripada dunia lakonan sepenuhnya pada tahun 2011.
Namun wajah jelita pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah ini terus menghiasi kaca televisyen dan muka hadapan majalah apabila menyatakan tidak jadi bersara kerana tawaran lakonan diterima cukup banyak.
Belum reda kecaman daripada masyarakat mengenai 'cakap tak serupa bikin', Rozita terus menghangatkan 2011 dengan kontroversi dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasi, Shahir dan pasangannya dalam drama bersiri popular, Kiah Pekasam, Zain Saidin.
Bagaimanapun ketiga-tiga mereka menafikan dakwaan itu dan memberitahu mereka menjadi mangsa gosip dan hanya rapat sebagai kawan.

2. Konflik Pekida, KL Gangster dan Kongsi
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berang apabila filem KL Gangsterarahan Shamsul Yusof dan filem Kongsi arahan Farid Kamil didakwa menggunakan kata kunci pertubuhan itu yang selama ini dianggap rahsia selain dikatakan menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster orang Melayu.
Pekida Wilayah Persekutuan tempoh seminggu kepada Skop Production dan Metrowealth untuk membuat permohonan maaf kerana telah mempersendakan pertubuhan itu.
Kedua-dua pihak bagaimanapun enggan memohon maaf kerana menegaskan apa yang diangkat di dalam filem tersebut adalah tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, penerbit KL Gangster, Datuk Yusof Haslam mengambil jalan tengah apabila menyatakan ingin berdamai dengan Pekida dan memohon maaf kerana telah menyinggung perasaan pertubuhan itu.
Majlis yang berlangsung pada 17 Jun itu turut dihadiri oleh Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.
3. Arah Video Berunsur Lucah, Gambit Dikecam
Pertama kali mengarahkan klip video untuk penyanyi Prema Yin berjudul Marilah nyata memberi impak besar kepada kerjaya seni pelakon, Gambit Saifullah apabila ia dikatakan mempamerkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.
Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.
Gambit juga didakwa sengaja berbuat demikian bagi meraih publisiti murahan khususnya peminat industri hiburan tanah air.
Pelakon itu menjelaskan klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara.
Dia menganggap video tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Malah menurutnya, ia tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.
4. Raja Azmi Perosak Rumah Tangga Roslin Hashim
Tidak kering dengan pelbagai kontroversi, penerbit filem, Raja Azmi sekali lagi dikaitkan dengan penceraian kali kedua jaguh badminton, Roslin Hashim apabila dia dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh isteri Roslin iaitu Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pada pukul 8.30 malam.
Bagaimanapun Raja Azmi menafikan dakwaan telah melakukan khalwat bersama Roslin seperti didakwa oleh isteri Roslin sehingga kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
Penerbit filem ...Dalam Botol itu juga berang apabila beberapa kali kesnya itu ditangguhkan di mahkamah sehingga menyebabkannya berang.
Bagaimanapun, kes berkenaan selesai apabila tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).
Rentetan daripada itu, Raja Azmi dalam satu sidang media khas menyatakan ingin menyaman tiga individu yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada kemelut itu.
5. Marsha Tolak Dakwaan Bunuh Diri
Pelakon dan penyanyi jelita, Marsha didakwa telah cuba membunuh diri dengan menelan pil akibat kecewa dengan percintaannya yang putus di tengah jalan.
Ekoran itu, dia telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan telah memanaskan lagi spekulasi yang terpalit padanya.
Kecewa dengan tuduhan itu, Marsha dalam satu sidang media berkata, dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan bodoh iaitu membunuh diri hanya kerana putus cinta dengan menelan 30 biji pil seperti yang didakwa.
Marsha berkata, dia tidak menafikan percintaan dia dengan seorang lelaki berbangsa Melayu sebelum ini sering menghadapi masalah, tetapi hal tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
6. Sengketa Johan As'ari-Izreen Azminda.
Mengakui pernah membenci Johan ketika bersama-sama berlakon dalam siri popular, Juvana, pelakon Izreen Azminda bagaimanapun pernah memberitahu kebencian itu telah memaut hatinya kepada pelakon berusia 25 tahun itu.
Bagaimanapun, kasih sayang antara mereka tidak lama apabila Izreen dikatakan berang dengan Johan yang bergambar mesra dengan pelakon Fasha Sandha untuk poster promosi drama Cinta Elysa.
Tidak terhenti di situ, persengketaan mereka bertambah hangat apabila Johan enggan mengaku tentang status hubungan mereka yang didakwa Izreen bermula pada Mei lalu.
Izreen mendakwa, Johan sebelum ini pernah mengaku mencintai dan menyayanginya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Johan pula dalam kenyataan balas menyatakan kecewa dengan tindakan Izreen yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media.
Menurut Johan, Izreen sepatutnya berjumpa dan menyelesaikan masalah 'cinta' mereka terlebih dahulu sebelum menggembar-gemburkan perkara itu kepada orang ramai.
Mereka kini tidak lagi mempunyai hubungan cinta dan Izreen pula bakal bertunang dengan seorang jejaka Mohammad Riza Baharuddin pada 1 Januari ini.
7. Antara 'Sedetik Lebih' dan 'Penakut'
Kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM18) lalu telah mengheret penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai dalam kancah kontroversi.
Lagu ciptaannya, Penakut yang dinobatkan dalam anugerah itu ditarik balik dan mengumumkan pemenang baru iaitu lagu Sedetik Lebih ciptaan komposer, Edry Abdul Halim.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.
Rosmin berkata pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.
Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.
Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.
8. Chef Wan Berang Dengan Anak Sendiri
Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dengan anak lelakinya serta melemparkan kata-kata 'pedas' ekoran tindakan anaknya yang didakwa menipu mengenai pengalaman bekerja di luar negara dalam resumenya.
Chef Wan berkata, anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz) yang kini menjadi juri dalam rancangan masakan popular di saluran Astro Ria, Master Chef Malaysia perlu menghadapi akibat daripada perbuatannya itu.
Beliau telah memarahi anaknya lelaki tunggal itu sambil menyifatkan tindakan Chef Riz lebih teruk daripada seorang pelajar yang menipu dalam kelas.
Sebelum ini, Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysiayang dipaparkan dalam laman web Astro Ria.
Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin.
Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyataan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.
Chef Wan berkata anak sulungnya itu perlu memohon maaf kepada semua dan menerima tindakannya yang kurang bijak itu.
9. Kritikan Pedas, Adlin Aman Berang Dengan Chef Wan
Pelakon Adlin Aman Ramli baru-baru ini telah melancarkan 'Perang Facebook' terhadap juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuwan Ismail apabila dia bengang dengan komen negatif dalam entri Facebook milik Chef selebriti itu selain sering menerima kritikan pedas sewaktu melakukan persembahan di MLM.
Dalam beberapa entri, Chef Wan menyifatkan Adlin sebagai kurang sopan kerana pernah mempersendakan arwah bapanya sendiri iaitu pelakon A.R Tompel dalam persembahan yang dibawakan selain lawak yang dibawa tidak menjadi.
Adlin pula menolak dakwaan tersebut dan menganggap Chef Wan tidak faham dengan lawak yang dipersembahkan.
Chef Wan dalam satu kenyataan berkata, beliau enggan bersemuka dengan Adlin ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.
Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu ketujuh konsert itu, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook.

SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa

Posted: 27 Dec 2011 06:18 PM PST

Tahun 2011 menyaksikan industri hiburan tanah air telah kehilangan beberapa nama besar. Biarpun meninggalkan kita buat selama lamanya, namun jasa mereka dalam dunia hiburan tetap diingati.
Semoga Allah memberi rahmat kepada roh umat Islam dan mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
1 Januari 2011 - (Faizal Yusup)
Tahun baru 2011 dibuka dengan berita sedih apabila pelakon Mohd Faizal Yusup,33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), kira-kira pukul 1.45 petang iaitu pada hari Sabtu, akibat serangan jantung.
Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur. Faizal meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, hasil perkahwinan pertamanya bersama penyanyi Siti Nordiana, manakala perkahwinan kedua bersama Rosmunira Rashid dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Raqqim Fyzal.

19 Januari 2011 - (Antonio Vincent)
Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang akibat sakit jantung.
Antonio yang popular dengan lagu "Hatiku Kau Guris Luka" dan "Nak Kahwin Duit Tak Ada" ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.
Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.
21 Februari 2011 - (M.Vasudevan)
Penyanyi rakaman popular Malaysia, M. Vasudevan meninggal dunia di selatan bandar Chennai, China selepas mengalami serangan jantung minggu lepas.
Penyanyi berusia 67 tahun itu berada dalam keadaan kritikal selepas serangan jantung dan meninggal dunia di sebuah hospital swasta semalam.
Lebih dikenali dengan nama "Vasudevan Malaysia" di Kollywood, iaitu Bollywoood versi selatan, mendiang telah menyanyikan 8,000 lagu Tamil.
2 April 2011 - (Seri Bayu)
Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.
Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu. Jenazah beliau dikebumikan di rumah keluarga angkatnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.
10 Mei 2011 - (Aimi Jarr)
Pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yang juga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa, 10 Mei 2011.
Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.
Ketika hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P.Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P.Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media.
Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Production milik Datuk Yusof Haslam.
14 Mei 2011 - (Orchid Abdullah)
Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.
Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau "paraganglioma" sejak tiga tahun lalu.
21 Mei 2011 - (Mahyon Ismail)
Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetesnya sahaja.
Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.
19 Jun 2011 - (Zami Ismail)
Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Allahyarham yang popular dengan sitkom "Pi Mai Pi Pai Tang Tu" pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" (arahan Mamat Khalid) dan "Shh...Dia Datang" (Saiful Apek).
Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.
1 Ogos 2011 - (Hasnah Haron)
Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim.
Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru.
Antara lagu-lagu popular beliau ialah "Bersedih", "Sabar Menanti", "Aliran Usia", "Jauh Dariki", "Mengharap Kasih" dan "Bintang Pujaan."
5 Oktober 2011 - (Chee Hood Siong)
Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, "Baba Nyonya", Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.
Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.
Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.
Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak

Kevin Zahri Jawab Isu Sambut Krismas

Posted: 25 Dec 2011 06:20 PM PST


PETALING JAYA: Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, 33, (gambar) menjelaskan dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan para peminat yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.
Kevin berkata pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi Facebook "fan page" milik beliau itu dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri, 1, amat meminati pokok tersebut.
"Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.
"Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.