Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Gambar) Keadaan Kereta Awi Rafael Yang Terlibat Dalam Kemalangan

Posted: 04 Aug 2011 10:23 PM PDT

GAMBAR KERETA AWI RAFAEL YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Buat yang masih tak tahu, pada hari Rabu lalu (3 Ogos 2011), penyanyi yang semakin meningkat naik dan popular dengan lagu Pulanglah iaitu Awi Rafael telah terlibat dengan kemalangan. Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Federal iaitu berhampiran dengan jejantas ala San Francisco yang menghubungkan kawasan Sunway dengan Kelana Jaya.

Seperti yang dikatakan oleh Awi Rafael melalui Twitter'nya, kemalangan tersebut berlaku disebabkan ada kereta lain melanggar keretanya dari arah belakang menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok. Good news, Awi Rafael tidak mengalami sebarang kecederaan teruk. Hanya kereta sahaja yang remuk.

Kat bawah ni beberapa gambar yang menunjukkan keadaan kereta Awi Rafael akibat kemalangan tersebut yang mungkin dapat membantu korang mengambarkan kemalangan yang berlaku itu. Saksikan.

GAMBAR KERETA AWI RAFAEL YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

GAMBAR KERETA AWI RAFAEL YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

GAMBAR KERETA AWI RAFAEL YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

GAMBAR KERETA AWI RAFAEL YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Gambar diperolehi dari Twitter Awi Rafael, @EzfarHelmie dan @popoamir

Sedikit hiburan, jom layan lagu Pulanglah nyanyian Awi Rafael kat bawah ni.

Psstt: Video iKLan GANGSTER ini buat kami tak kering gusi menonton'nya

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ally Iskandar Sah Putus Tunang

Posted: 04 Aug 2011 07:37 AM PDT

ALLY ISKANDAR SAH PUTUS TUNANG

Nampaknya berita yang sampai ke telinga kami mengatakan Ally Iskandar sudah putus tunang dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama iaitu Nur Aishah Zainal nyata benar. Ini berikutan pengakuan yang dibuat sendiri oleh Ally Iskandar yang kami petik dari portal GUA.

Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.

Walau bagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil.

Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu:-

Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu.

Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan. Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri.

Untuk info, Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal mengikat tali pertunangan tanpa pengetahuan media pada 11 Februari 2011. Kalau nak tengok beberapa gambar sekitar majlis pertunangan mereka yang serba merah itu, anda klik di sini.

Psstt: Benarkah ini rupa Ronaldo yang terkini?

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan