Nuffnang

Himpunan Kisah Sensasi

sumber :-

Himpunan Kisah Sensasi


David Beckham Mahu Victoria Beckham Tambah Anak Lagi

Posted: 03 Aug 2011 09:05 AM PDT

Walaupun sebelum ini, pemain bola terkemuka, David Beckham pernah menyatakan pada media bahawa dia ingin memiliki 4 anak dan bilangan tersebut dirasakannya sudah cukup untuk membuatkan keluarganya jadi ramai, namun hakikatnya ia masih tidak mencukupi buat suami Victoria Beckham itu.

Malah, David Beckham mengakui berasa iri hati apabila melihat reman-temannya memiliki lebih daripada 5 anak.

"Isteri kepada kawan saya baru saja melahirkan anak yang ketujuh. Anak tersebut sangat cantik, elok dan sihat," katanya.

Pun begitu, David Beckham yang memiliki nama lengkap David Robert Joseph Beckham ini masih belum lagi mengutarakan keinginannya untuk menambah cahayamata kepda Victoria Beckham.

Dia juga tidak pasti sama ada isterinya yang tercinta itu akan bersetuju dengan keinginannya untuk menambah anak.

"Dia baru saja melahirkan anak perempuan kami. Saya masih belum berani untuk menyatakan keinginan saya pada dia. Saya juga tahu apakah dia akan setuju atau pun tidak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan