Nuffnang

Celebrity News

sumber :-

Celebrity News


Rekod Dunia Motosikal paling panjang di dunia!

Posted: 03 Aug 2011 05:36 PM PDT

GRANTHAM, Britain - Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.

Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.

Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.

Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.

Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. - Agensi
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster

Posted: 03 Aug 2011 06:18 PM PDT


Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster.  Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. 


 Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang.  Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

kredit to http://andyhowtt.com

ZoOM : Sure lawak cerita ni, tengok pelakon utama pun dah tau dan pasti meletup, harap-harap macam cerita Korea " My Wife Gangster"

Apa Komen Anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan