Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Mamee Raikan Anak-Anak Yatim Sambil Berbuka Puasa

Posted: 22 Aug 2011 07:41 PM PDT

Sedar tak sedar, hari ini kita dah pun sampai ke hari 18 dalam bulan Ramadan al Mubarak. Cepat betul masa berlalu. Macamana puasa korang semua setakat ni? Okay ke tak ni? Maklumlah, bulan Ramadan memang banyak dugaan dan cabaran yang kita akan tempuh. Harapan Budiey korang semua dapat bertahan dan bersabar sehingga ke hari terakhir Ramadan. Barulah boleh seronok untuk beraya.

Sentuh pasal puasa ni, teringat Budiey dengan kenangan masa belajar di asrama dulu. Kalau tiada juadah untuk bersahur, biasanya Budiey makan snek Mamee je. Kadang-kadang, selalu sangat makan nasi masa bersahur pun naik bosan dan muak jugak, kan? Sekali sekala bertukar selera dengan makan snek Mamee pun kira ok gak lah. Alhamdulilah syukur sebab tu pun rezeki gak namanya. Bagi Budiey, snek Mamee senang nak sediakan, dan memang cepat dihidangkan. Taklah membazir masa untuk dihidangkan.

Mamee Sllrrrp Cup-Ayam 3D

Untuk info pembaca, produk Mamee ni dah lebih 40 tahun berada di pasaran. Siapa yang tak tahu dengan produk snek ni tak tahu la kan. Memang popular, sebut je nama Mamee ni, semua orang kenal. Yang penting sekali, produk ini tak perlu diragui kerana ia dah diperakui sebagai produk yang HALAL oleh JAKIM.

Buktinya, korang boleh buka LAMAN WEB JAKIM. Di situ, korang boleh buat carian dengan menaip: PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD. Pergi ke tab SYARIKAT. Kemudian, klik ikon sebelah tarikh tu untuk melihat senarai produk MAMEE yang ditelah disahkan HALAL oleh JAKIM. Sangat mudah.

mamee

Masa kat supermarket hari tu, Budiey ada jumpa beberapa perisa terbaru Mamee Monster and Sllrrrp. Mmm, packeging pun dah lain dengan reka bentuk yang lain.

MameeMonster-Chicken

Mamee Monster

MameeMonster-BBQ

Perisa Barbeque. Enak dimakan begitu sahaja.

Antara perisa yang Budiey rasa best sangat ialah Kari Xtra Pedas. Sesuai untuk makan sahur. Selain mengenyangkan, perisa ni memang lazat habislah. Tak caya, korang boleh rasa sendiri. Sekali makan mesti korang nak makan lagi.

Terbaru, Budiey dapat info yang mana Mamee Double Decker Group juga turut menawarkan pelbagai perisi dari snek kepada minuman seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.

Apa-apa pun, syukurlah dengan nikmat yang Tuhan kasi. Kat negara kita ni, memang banyak makanan lazat-lazat. Cuba korang tengok kat Somalia sana, anak-anak kurus kering sebab tak cukup zat makanan. Kesian betul kat diorang. Kemarau kat sana makin lama makin teruk sehingga menjejaskan mutu makanan dan menyebabkan orang di sana jadi kebuluran.

Jadi, bagi Budiey apa yang kita makan di bulan puasa ni biarlah sederhana dan berpada-pada. Sekaligus, di bulan puasa ni, menginsafkan dan menyedarkan kita bahawa jika kita susah, rupanya ada lagi yang susah dari kita. Kalau kita lapar, maka ada lagi orang yang lebih lapar dari kita.

Bertepatan dengan itu, Mamee juga telah bersetuju untuk bersama-sama dengan budiey.com bagi mengadakan satu majlis amal dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim dari Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah yang beralamat di No 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, km12 Jalan Ipoh Selayang, 68100 Batu Caves, KL pada 23 Ogos ini. Tak sabar rasanya nak berbuka bersama anak-anak yatim ni.

Terima kasih Mamee!

Di sini Budiey nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mamee kerana sudi menaja dan yang lebih penting dapat berkongsi kegembiraan bersama insan yang lebih memerlukan. Selain menyediakan juadah berbuka puasa, Mamee juga akan menghulurkan goodies hari raya untuk anak-anak yatim yang bakal diraikan nanti. Budiey harap sangat majlis amal ini sikit sebanyak memberikan sinar bahagia dan yang penting sekali diorang happy.

Pastinya selepas majlis berbuka puasa nanti, Budiey akan kongsikan pengalaman berbuka bersama anak-anak yatim di blog ni.

Untuk semua, selamat berpuasa!

IMG_6950

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi
  • Jom Berbuka Puasa Bersama Tv9
  • Selebriti Raikan Anak Yatim di Hotel Coronode KL
  • Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
  • Sekitar Majlis Berbuka Puasa Aquila Emas di Hotel Federal
  • Shamsul@Bazaar Ramadan TV3
  • Gambar Mawi dan Ekin di Majlis Berbuka Puasa Astro
  • Drama Bersiri Bola Cinta Musim Ke-2

    Posted: 22 Aug 2011 10:59 AM PDT

    DRAMA BERSIRI BOLA CINTA MUSIM KE-2 MULAI 6 SEPTEMBER 2011 DI TV2

    Setelah berjaya mengutip jumlah rating lebih 900,000 orang menerusi musim pertamanya, drama bersiri Bola Cinta yang berkongsi kegilaan remaja terhadap bola sepak dan pada masa sama melalui momen pergolakkan cinta kembali lagi untuk musim kedua mulai 6 September depan, setiap Selasa, jam 9.00 malam juga menerusi saluran sama, TV2.

    Pembikinan drama bersiri 13 episod itu pastinya menjanjikan keistimewaan yang tersendiri kerana menampilkan kesinambungan plot cerita dalam diri watak utama Haziq (Ryzal Jaafar) yang sedang pulih dari kecederaan mula berfikir tentang masa depannya. Adakah bola sepak boleh menjanjikan masa depan yang cerah untuknya? Ibunya mencadangkan Haziq menyertai Gemilang FC kerana pasukan bola sepak Gemilang FC bukan sahaja menawarkan Haziq mengejar impiannya tetapi juga memberi peluang kepada Haziq untuk melanjutkan pelajarannya.

    Ryzal, Memey dan Aidil merupakan pelakon utama bagi drama Bola Cinta musim kedua

    Semasa Haziq di kampung, Reena (Ainul Aisyah) yang begitu sayang pada Haziq sentiasa menelefon Haziq dan bertanyakan khabarnya. Ini menimbulkan rasa cemburu di hati Puteri Syakilla (Nuremy Ramli). Tetapi Puteri Syakilla masih dapat menyembunyikan perasaan cemburunya kerana sedar yang selama ini Haziq hanya menganggapnya sebagai kawan.

    Fiza (Memey Suhaiza) pula yang pulang dari luar negara telah memutuskan hubungannya dengan Jamal (Aidil Azizi) kerana tidak tahan dengan sikap baran dan cemburu Jamal.  Kini Fiza mencari cinta dan Haziq adalah jejaka yang menjadi idamannya.  Namun demikian, dia menghadapi persaingan apabila Reena semakin berani meluahkan perasaan cintanya terhadap Haziq.  Bahkan Fiza menganggap Reena telah menikam belakangnya apabila dia juga mencintai Haziq.

    Jamal yang kecewa kerana Fiza memutuskan hubungan, terus menjadi semakin liar dan kelakuannya sukar dikawal oleh ibu bapanya.  Bahkan prestasi Jamal di padang bola juga telah terjejas hinggakan dia sentiasa bergaduh dengan jurulatih dan juga rakan-rakan sepasukannya. Jamal mahu berhenti daripada Wira FC dan mahu menyertai pasukan lain.

    Ayah Haziq, Kamal ingin kembali bersama ibu Haziq dan telah bertemu dengan Haziq. Namun Haziq masih tidak boleh memaafkan ayahnya yang telah meninggalkan dia dan ibunya.  Kamal tidak berputus asa, bahkan ingin menyelesaikan beberapa lagi masalah yang dialaminya.

    Haziq kembali cergas dan disebabkan desakan ibunya, kini dia menyertai Gemilang FC. Haziq menimba pengalaman sebagai pelajar kolej dan pada masa yang sama cuba untuk mencipta nama dalam bola sepak. Haziq perlu fokus untuk berjaya dalam pelajaran dan juga bola sepak. Haziq juga terpaksa berpuas hati menjadi pemain simpanan sahaja.  Apatah lagi Haziq sentiasa berhadapan dalam dilema apabila Reena dan Fiza cuba memenangi hatinya.  Manakala kemunculan Kamal, ayahnya dalam hidupnya semakin merumitkan lagi keadaan.

    Dari segi percintaan pula, Haziq baru sedar yang hanya seorang sahaja gadis yang benar-benar mencintainya, iaitu Puteri Syakilla. Haziq menghadapi kesukaran menolak cinta Fiza dan Reena hinggakan persahabatan Fiza dan Reena terjejas.

    Dan ketika Haziq memikirkan yang semuanya berjalan lancar, tiba-tiba Kamal memberitahu rahsia yang benar-benar mengejutkan Haziq. Haziq dan Jamal adalah adik-beradik. Haziq dan Jamal terkejut. Masing-masing tidak mahu menerima hakikat yang mereka berdua adalah adik-beradik. Jamal keluar dari rumah tanpa pesan.  Dan ironinya mereka bertemu dalam perlawanan akhir sebagai lawan.

    Lalu bagaimanakah kesudahan drama penuh konflik ini? Dapatkah Haziq dan Jamal berdamai semula dan menerima kenyataan mereka adik-beradik? Siapakah yang terpilih menjadi kekasih hati Haziq? Segalanya terjawab apabila anda menyaksikan Bola Cinta 2 hanya di TV2.

    Turut membintangi drama ini Maria Fariza, Shahruddin Thamby, Redzuan Hashim, Rosnah Johari dan Kazar.

    Bola Cinta 2_front

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • One Three Hill Musim Ke-5
  • Drama Criminal Minds
  • NCIS Musim Ke 7 Kembali di 8TV
  • Drama Ohh… Bola Lakonan Ezani & Amyza Adnan
  • One Tree Hill Season 6
  • Drama Duyong Aridinata
  • Program Ceria Sempena Tahun Baru di TV2
  • Brilliant Legacy Han Hyo Ju, Lee Seung Ki
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • Pengarah Yusuf Haslam & Gerak Khas Hina Mahkamah?
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan