Adsense

Isnin, 22 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Kumpulan K-Pop Cuba Promosi Di Majlis Raikan Anak Yatim

Posted: 22 Aug 2011 11:39 PM PDT

Baru-baru ini, sebuah portal online bersama 50 selebriti telah berganding bahu untuk meraikan sebuah rumah kebajikan anak yatim sempena program bersahur. Selain selebriti, program berkonsep amal ini turut mendapat sokongan ramai media yang hadir bersama untuk memeriahkan majlis.

Kebanyakan selebriti popular amat seronok bertemu & melayan kerenah kanak-kanak ini. Ada juga selebriti yang memberikan pengalaman istimewa buat kanak-kanak ini dengan persembahan nyanyian kegemaran mereka. Walau bagaimanapun, majlis meraikan anak yatim ini telah dicemari dengan insiden yang menjelikkan mata.

Al-kisahnya, sebuah kumpulan feeling K-Pop yang terdiri daripada 12 orang nampaknya tidak memahami erti "meraikan anak yatim". Ketika selebriti lain sibuk melayan kerenah kanak-kanak ini, kumpulan K-Pop ini duduk mendiam diri di belakang menonton sahaja gelagat orang ramai. Macam tengok drama swasta pula!

Ramai selebriti lain termasuk pihak media sekadar minum air kerana mengenangkan perihal kanak-kanak ini yang mungkin sekadar menjamah makanan bertaraf hotel setahun sekali. Tetapi, kumpulan K-Pop ini macam tak segan beratur bersama dengan kanak-kanak untuk menikmati juadah bersahur. Adoi, bagi'lah can dekat budak-budak tu, itu pun nak kena ajar ke?

Dan yang paling meluat, majlis ini sebenarnya telah disusun atur dengan persembahan selebriti-selebriti terpilih. Namun, kumpulan K-Pop ini bermuka tebal meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat persembahan, macam nak ambil kesempatan promosi diri pula, kan? Nasib baik niat kumpulan K-Pop itu tak dibenarkan oleh pihak penganjur. Kalau tak, memang tak dapat nak bayangkan macam mana!

Nasihat kami, tak salah kalau persembahan atau nyanyian tak sedap. Tapi, janganlah sampai perangai pun jadi buah mulut orang, faham?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leonardo DiCaprio Belikan Kereta Untuk Teman Wanita, Blake Lively.

Posted: 22 Aug 2011 11:28 PM PDT

Ya, kami pun inginkan teman lelaki sebegini, senang-senang saja dah dapat kereta sebiji terus. Tapi sayangnya, kami bukan gay dan tidak sesekali. Khabar terbaru mengatakan yang bintang utama filem box-office Titanic telah menghadiahkan teman wanitanya, Blake Lively yang membintangi  drama bersiri Gossip Girl sebuah kereta hybrid, iaitu Toyota Prius!

Itu satu komitmen yang tinggi dari Leonardo kerana 40,000 Dolar bukanlah satu jumlah yang sedikit untuk seorang wanita! Sebab beliau menghadiahkan kereta ini adalah kerana dia kurang selesa apabila Blake Lively hanya menggunakan kereta Range Rover yang tidak mesra alam.

Bayangkan teman lelaki anda tiba-tiba hadiahkan anda sebiji Mini Cooper, alasan dia sebab kereta anda tak mesra alam? Pergh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...