Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Kenapa Marsha Kahwin Senyap-Senyap, Atau Sekadar Propa?

Posted: 21 Jun 2011 10:40 PM PDT

Beberapa portal hiburan melaporkan bahawa Marsha Londoh sebenarnya sudah berkahwin Ahad lalu di FRIM, Kepong. Bukan itu sahaja, sekeping gambar bintang AF3 ini memakai gaun putih paras lutut bersama seorang lelaki bersut hitam turut tersebar, mungkin untuk menguatkan dakwaan tersebut.

Andai kata benar Marsha sudah berkahwin, apa motif nak sorok wajah lelaki tersebut? Kebiasaannya, selebriti-selebriti lain tidak segan atau lokek nak berkongsi gambar perkahwinan bersama media, namun berlainan dengan kes Marsha. Kata Marsha, semuanya akan dijelaskan kepada pihak media pada 26 Jun ini.

OHBULAN! ada beberapa teori yang berlainan dengan cerita Marsha ini:

  1. Marsha sebenarnya tidak berkahwin, ini strategi nak promosikan album terbarunya. Teknik viral marketing & seumpamanya.
  2. Sudah lama berkahwin, cuma terkantoi dengan pihak media. Lantas, nak coverline.
  3. Marsha masih bujang, cuma teringin nak main pondok-pondok.
  4. Calon lelaki minggu ini tak cukup hensem, kena tunggu sampai 26hb nak touch up muka.

Ini sekadar teori, jangan kau ambil serius pula.

UPDATE : Versi sekali terkantoi gambar behind the scene pula. Kami mempunyai confidence level 95% mengatakan ini sekadar rakaman video klip untuk single terbaru Marsha.

UPDATE: MStar sahkan bahawa cerita perkahwinan Marsha hanyalah gimik semata-mata. See, I told u dy, aite?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

“Tak Sengaja Baling Handphone Ke Pengarah” – Nur Fathia

Posted: 21 Jun 2011 08:36 PM PDT

Antara gambar Nur Fathia yang sempat kami tweet, semalam.

"Bukannya sengaja, saya memang tiada niat nak baling handphone kepada Along (pengarah). Ketika itu, handphone tu ter-slip daripada tangan saya sebaik sahaja selesai bercakap dengan seseorang. Saya akui, ketika itu saya memang dilanda stress & migrain, tetapi secara jujurnya saya tak sengaja.

"Saya sudah minta maaf kepada Along dan dia pun faham dengan situasi saya ketika itu," kata Nur Fathia mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa dia mula bersikap kepala besar, diva.

"Lakonan sebagai Amni Sorfina dalam Stanza Cinta memberikan tekanan yang sangat hebat saya. Saya perlu menghayati watak dengan mendalam kerana watak Amni sangat berlainan dengan karakter peribadi. Bukan senang nak bawa watak Amni, kadang-kala dalam sehari, saya perlu melakonkan babak menangis 4-5 kali," kata pelajar jurusan undang-undang di UITM Shah Alam ini.

"Mengenai watak Amni Sorfina, dia sebenarnya seorang yang alim & boleh dikatakan perempuan melayu terakhir. Tiba-tiba, seorang lelaki bernama Irfan (Aaron Aziz) yang biasa, normal cuba mendekati dirinya. Irfan telah mengubah perangainya yang nakal sejak bertemu dengan Amni. Nak dijadikan cerita, Taufiq (Fizz Fairuz) seorang lelaki yang alim telah datang dalam hidup Amni. Peristiwa ini membuatkan Amni serba salah kerana karakter lelaki seperti Taufiq merupakan idamannya selama ini, " jelas Nur Fathia mengakhiri temubualnya bersama OHBULAN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan