Nuffnang

Celebrity News

sumber :-

Celebrity News


Kisah Lawak : Robot Yang Suka Melempang

Posted: 21 Jun 2011 09:43 AM PDT

Sekadar Hiasan

Mizan merupakan seorang saintis yang sangat terkenal kerana berjaya mencipta sebuah robot yang mampu mengesan sebarang bentuk "pembohongan". Oleh kerana kejayaannya itu, di telah dianugerahkan dengan gelaran Professor Mizan. Robot ciptaannya itu sangat "terer" dalam mengesan pembohongan dan robot tersebut turut memiliki kelengkapan khas di mana apabila ia mengesan pembohongan dilakukan, secara automatik ia akan menampar si pembohong itu.

Kemudian, Leman dengan bangganya membawa pulang robot tersebut ke rumah dan meletakkannya di ruang tamu sambil menunggu anaknya Akram pulang.

Mizan : Kamu dari mana?
Akram : Dari kelas tambahan ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

Mizan : Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
Akram : Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…
Mizan : Cerita apa?
Akram : Cerita Papadom ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya sekali lagi.

Mizan : Katakan dengan jujur cerita apa?!
Akram : Maaf ayah… saya tengok cerita lucah


Mendengarkan itu marahlah Mizan.

Mizan : Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Mizan ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Mizan iaitu Tipah kemudiannya masuk ke ruang tamu dan langsung berkata…

Tipah : Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…

*PLANG* Robot menampar isteri Mizan sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…dan semua terdiam…


ZoOM : Opssss....Anda Faham? "_(

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Ustaz Dzul @ Dzulkarnain Hamzah Pengacara Imam Muda Kemalangan

Posted: 21 Jun 2011 09:24 AM PDT

Berita ini ZoOm baru terbaca di akhbar online Mstar pagi ni, kemalangan berlaku di lebuhraya di Sepang pada pukul 2.30 sabtu lalu ketika dalam perjalanan ke Port Dikson, Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah.

Kereta BMW beliau bertembung dengan lori yang membawa muatan kelapa sawit yang masuk ke laluan kanan tanpa memerhati keadaan selamat atau tidak ( Menurut Info tau )...

Beliau menerima 12 jahitan pada lutut serta 8 jahitan pada mulut tetapi selepas X-Ray tidak ada kecederaan dalaman didapati.

Dan untuk makluman anda Fahrin Ahmad akan menggantikan buat sementara Ustaz Dzul sebagai pengacara program Imam Muda.

Semoga beliau kembali sihat dan mengacara program Imam Muda semula.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan