Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


“Begitulah Awan Nano Nano Nano Nano” – Jozan Maharaja Lawak

Posted: 12 Jun 2011 10:48 PM PDT

OMG bukan main lawak lagi kumpulan Jozan ketika persaingan minggu 11, satu persembahan yang bijak & menunjal minda. Johan sudah terkenal sebagai peniru gaya Fadzilah Kamsah & Acai, dan kali ini dia meniru gaya Hafiz AF7 pula. Walaupun babak peniru gaya ini sudah kerap dihidangkan kepada penonton, namun Jozan berjaya mempersembahkan lawaknya dalam gaya yang lebih up to date.

Layankan persembahan "Awan Nano Nano Nano Nano" daripada Jozan, kompom terbarai perut! Ha Ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KL Gangster Kutip RM6 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Posted: 12 Jun 2011 09:52 PM PDT

KL Gangster memang filem pecah panggung. Tahniah buat Syamsul Yusof yang berjaya mencipta fenomena filem tempatan mencontohi jejak langkah ayahnya, Yusof Haslam yang pernah popular dengan filem Sembilu. Nampaknya, usaha gigih Syamsul Yusof semakin menunjukkan hasil yang melimpah ruah, terutamanya selepas filem Khurafat yang mengutip telah RM8.08 juta. Fenomena ini juga menunjukkan penonton tempatan tidak lokek membelanjakan wang andai kata jalan cerita kena dengan selera.

Menurut Zizan, kutipan KL Gangster sudah mencecah lebih RM6 juta! Satu pencapaian yang mengagumkan untuk sebuah filem yang baru mencecah hari ke-4 penayangannya di pawagam. Mungkin juga, kontroversi daripada pihak Pekida secara tidak langsung membantu mempromosikan KL Gangster. Iya'lah, orang luar pun nak tahu apakah ayat rahsia & buah Pekida, kan?

Hasil review yang dikumpul di laman Twitter, rata-rata amat berpuas hati dengan karya arahan Syamsul Yusof ini. Menurut sumber, babak berlawan & pergaduhan mengundang klimaks yang tidak terhingga. Itu kata sumber, apa pula kata anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan